Online Seller Review: Lynnsluxes

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Holla.. lame gila dibiarkan bersawang-sawang blog. Ada yang rindu tak ? :p

Oklah. Biarpon kegilaan aku ke atas handbag coach telah berkurang kepada minimum, pendek kata dah siuman balik. Tapi aku nak share la kat engkorang mane aku beli beg coach idaman hati aku tu sebelum ni. Aku dah ada 3 koleksi coach.. Wristlet, CarryAll bag dan satchel.. Malangnya baru aku sedar ketiga-tiganya adalah jenis fabrik. Aku tetiba nak bag leather plak dah.. Tapi kena tahan napsu la dulu, utamakan yang penting dulu.. Susu anak pampers.. holiday.. (eh penting ke holiday?) Beg Micheal Kors pon macam best jugak ehh..

Aku beli ketiga-tiga koleksi aku dari seller berlainan.. Untuk pengetahuan kakak-kakak adik-adik kawan-kawan dan semua pembaca sekalian, seller-seller yang aku beli ni semua tiptop servisnya.. Pantas memberi maklum balas.. penghantaran sebaik sahaja barang sampai or kalau beli barang yang ready stok bayar hari ni esok dah sampai.. dan yang paling penting original lahh.. Dijamin..!

Aku cerita pasal seller terlatest dulu lah ehh.. aku beli beg apa?? Meh skodeng beg pilihan aku.. Aku kira dah cukup lawa lah. dan harga pon berbaloi-baloi... Ok ok meh skodeng beg ehh.. Aku beli type Carry All.. Agak-agak besarnya boleh ku sumbatkan dua tiga keping diapers.. botol susu.. wallet.. handphone.. baju extra salman kira dah ok lahh.. Takmo besar sangat.. Lagi banyak benda aku sumbat karang..

Ni dia beg aku beli... Cantik tak cantik tak cantik tak dek non??
 


Dekat JPO mau cecah 7 or 8 ratos kot ke lebih lagi? tapi nak tau  aku beli rm520 jee. (jeee..??? terjegil biji mata mak aku kalau tau.. kes kes kes). Tapi cinta hati pengarang jantung yang bayar.. Takpe kot.. Beg raya wahahaha.

Aku beli beg ni di Lynnsluxes. Nama sellernya adalah Lynn.. Ada jugak page facebook korang boleh klik di sini. Dekat lynnn Luxes ni bukan sahaja menyediakan khidmat Pre-Order, tapi korang boleh beli yang dah sedia ada ready stock dalam koleksi Lynn Luxes. Lynn Luxes bukan sahaja menjual jenama Coach.. Tapi ada jugak brand lain macam Micheal Kors, Katespade, Furla, Marc Jacobs, Fossil dan pelbagai macam jenama lah.. Beg atas aku beli secara pre order.. Aku order awal April, sampai nya Awal Mei.. Kena sabar sikit la sebab nak beg pilihan hati sendiri. Aku beli beg ni masa Coach Factory di USA buat sale.. 70%.. Pilih secara online dekat laman web coachfactory dengan username dan password yang lynn bekalkan.. Kendian korang bagitau la beg pilihan korang pada lynn. nanti dia akan followup dan juga akan bagitau harga beg tersebut termasuk kos penghantaran ke Malaysia. Kalau korang minat dan setuju dengan harga. Bolehlaa bank in kan deposit nya. dalam 60 % gitu kalau tak silap laa.. Nanti selalunya dia akan bagitau kena depo berapa untuk proceed order. Macam biasa kalau beli online kena kemukakan bukti pembayaran then Lynn or wakilnya akan emailkan korang punya comfirmation booking tadi dan proceed untuk order..Kalau ada masalah contoh barang korang nak tak boleh nak order ke macam mana.. Duit deposit korang adan direfund.. Kalau takde masalah, korang tunggu la email dari pihak Lynn untuk makluman bila barang dah arrive Malaysia untuk bayaran baki  ye.. Macam biasa deposit adalah tidak akan direfund la kalau korang nak cancel. Kesian seller beli jauh2 tau.. So kena pastikan lepas barang sampai korang mampu bayar ye.. Bila dah buat bayaran baki tu, tunggu la pakcik atau abang posmen hantar parcel mengandungi handbeg baru anda dengan mata bersinar-sinar yee.. Selalunya cepat je sampai.. Tak sempat pon nak check tracking no. mehehehee.

Sesiapa yang gila beg tu boleh laaa order kalau minat.. buat masa ni, antara my favorite seller laa. Yakin dengan kualiti servis dan produk plus boleh choose sendiri laa beg yang diminati. Nak beli yang 70% discount boleh.. nak beli yang new arrival pon boleh. aku takat 70% discount boleh laaa.. kuikuikui...
Muka depan Lynn's Luxes

Selain order Coach brand lain pon boleh order..

Antara beg readystock...
So apa lagi korang cepat-cepat rembat beg idaman hati... :)
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.