Assalamualaikum.
Al kisah hari ni aku check up berdriver. Haha. Asalnya aku nak buat appointment aje pon sebab aku dok call Klinik Kesihatan Pasir Gudang ni berkali-kali berhari-hari tapi tak dapat.. Actually takde laa aku call banyak kali sangat pon, tapi hari-hari tu ye lahh.. Appointment check up aku patutnya selasa lepas, tapi dek kerana aku "car" less soo aku tak pi laa, pergi kerja pon laki aku hantar balik kerja dia ambik balik, bukan naik motosikal, tapi naik kereta jugak, kereta adik ipar aku. oleh sebab kereta tu manual adalah tidak mungkin aku nak drive ke kerja, so seminggu berdriver laa aku dengan salman.. Syok nyaa ada driver.
So arini oleh sebab laki aku cuti makanyaa aku suh dia hantar kejap ke klinik lepas punch card, aku nak check up ahad depan sebenarnya, tapi akak nurse tu suh check hari ni aje terus sebab patient pon tak berapa nak ramai. Jadi aku suh laa laki aku balik dulu mandikan salman dan tunggu sampai aku suh datang amik..
Apa kaitan check up aku dengan masa paling sesuai mengandung anak kedua..
Begini ceritanya.. Haha, seperti yang aku maklum sebelum ni, adik baby akan lahir genap salman 2 tahun. Takde la tarikh birthday sama tapi bulan yang sama.. Jadinyaa misi yang check aku hari ni pesan, kandungan seterusnya kalau boleh jarakkan 2 tahun. Aku blur-blur ayam pon bagi tahu, ooo tak sesuai lagi yee, "abang dia" yakni salman nanti adik dia lahir dah genap 2 tahun. Akak misi pasir gudang ni semuanyaa baik-baik belaka.. Dia senyum dan ketawa.. bukan selang 2 tahun gitu.. maksudnyaa bagi kosong dulu 2 tahun, lepas anak sulung 2 tahun baru mengandung lagi..
Gitu.. oo aku faham. Tapi.. dia tapikan lagi, kalau Allah bagi rezeki takpee, dari segi perubatan je, Allah perancang terbaik.. Kalau boleh laa untuk anak ke tiga bagi adik dia ni 2 tahun, puas manja, dapat adik tak jeles, dah boleh main sendiri, tak melasak sangat, tak berkepit aje dengan mak nyaa.. Yang sulung tu perangai macam tu tak.. melasak, nak berkepit dengan mak, manja.. anak sulung kan.. Nanti dapat adik pandai la tu nanti jeles, salu dapat mak untuk dia sorang tapi tengok mak dah sibuk dengan adik..
Suka aku jawapan misi ni, biapon dia menasihat untuk menjaga amanah kerja dia kuasa Allah dia tak lupa.. Tak marah-marah pon.. 2 thumbs up lahh..! sejuk hati mak mengandung, takde laa takot kena marah, dia nasihat untuk kebaikan jugak.. tapi dari segi perubatan aku tak sure, belum sempat google lagi ni hah, rindu nak update blog. Biasalahh awal-awal tahun kan, napsu blog konon masih hangat.
Check up kali ni berat badan aku naik 1 kg je.. bulan lepas naik 4 kg, takotnya aku tengok, dari berat badan makin turun masa 3 bulan pertama tu, tetiba dia naik terus 4 kg agaknya napsu makan dah ada, morning sickness pon dah takde.. Nurse suh makan nasi sesenduk je, or separuh dari kadar biasa, snek dengan buah-buahan.. Nasib baik kali ni berat naik 1 kg ajee.. Hopefully maintain je laa naik dalam kadar normal.. Kalau tak ada chance dapat diabetis lagi mengandung kali ni.. Huuu.
Ok lah korang.. itu sahaja. tq sudi baca..
Powered by Blogger.
0 comments:
Post a Comment