Online seller Review: EDZ

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Wah dah lame dah tak hapdate di blog kesayangan.... hari ni aku nak cerita rezeki terpijak yang terjadi  pada 16 jan yang lalu.. aku terbeli dress dekat EDZ.. hahaha.. Rezeki terpijak apelaa kan kena keluar duit bukan dapat dress free dari EDZ pon.. Kira rezeki jugak laa bagi aku sebab sapa-sapa yang pernah usha dress di EDZ korang tau laa dress dia harga nak mencecah rm300. Bagi aku yang kurang berkemampuan dan sedikit berkira nak beli baju more than rm100 ni.. memang tidak laa aku akan sesekali klik "BUY".. 

Nak dijadikan cerita ada EDZian Days on 16 Jan hingga 18 Jan haritu. Aku dari awal bulan dok usha merata nak mencari baju warna turquoise yang muat untuk mak buyung masa 9 bulan nanti untuk pakai ke majlis kawen adik ipar aku.. Soo.. bile mata terbeliak tengok diskaun 60% mau kau tak rasa macam rezeki terpijak.. dan-dan aje baru tengah bukak sale, stok baju pon masih banyak apa lagi terus la rembat sampai 2.. 

Perasaan? Puas hati laa gamaknya.. kalau selalu RM298 sehelai dress, ini dengan RM238 dah dapat 2 dress. 1 dress harga RM119.. Both baju sudah siap dirasmikan ketika majlis akad nikah dan majlis persandingan adik sedara laki aku.

Eh eh, tadi kata nak pakai masa wedding adik ipar kan, ape ke hal laa dah rasmi masa wedding adik sedara plak ni.. Ini adalah kerana laki aku dok kata baju turquoise tu warnanya dia tak berkenan.. dia tak mau cari kain matching untuk baju melayu dia dan salman warna cengitu.. Dia suh cari baju lain.. Pulak dahhh... 

Misi mencari baju majlis ni nampaknya masih tak setel laah ni..

Review baju.. Kain yang digunakan berkualiti tinggi, flowy gila ala-ala princess yang membuyung aku pakai. Siap ada yang tegur gitu tanya aku tempah kat mana dress tu, dia dok perati baju aku dari malam nikah lagi.. Dia ingatkan baju tempah gitu sebab ngam-ngam ngan size aku, terletak gitu.. tak sangka plak ready made.. jahitan adalah kemas.. memang vogue mak buyung minggu tu.. kalah baju pengantin .. tu mak buyung tak jadi nak entreprem lebih.. wakakak.. nasib baju pengantin bling-bling..

So sapa yang nak cari dress flowy-flowy gila-gila boleh laa terjah EDZ, ada boutique di Bangi, Shah Alam dan Wangsa Melawati, agak2 tak mampu macam aku kena tunggu masa EDZIAN DAYS laa.. boleh dapat diskaun up to 60% gitu.. 

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.