Wishlist part 2

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Rentetan entry wishlist yang dulu.. untuk entry klik sini yee. Wishlist pada tahun 2013, hahah tahun 2014 macam takdek aje wishlist konon.. hahah. So tahun 2015 kita hapdate laa wishlist yang ada dengan wish-wish tambahan..

1. Storksak nina diaper bag. Updated 2 julai 2013
2. Coach wristlet / wallet / handbag
3. Kate spade wallet / handbag. (Ehh payah nak letak satu2 jenama handbag.. Kite rangkumkan menjadi designer hand bag.. Nasib laa mampu beli ape. Kot mampu beli LV kee. Hikhikhik)
4. New car: Honda accord :p bakal berubah mengikut kegilaan semasa, sekarang ni nak yang ni, sebelum ni aku nak nissan teana.. apasai aku tukar taste pon aku tak tahu.. (2015 tak dapat honda accord terus tukar jadi honda civic facelift.. ok lah tu kereta baru...)
5. Melancong membeli belah ke bandung & medan & jakarta (hubby dah g jakarta tapi di gi atas urusan kerja)
6. Melancong ke hongkong disneyland
7. Mengerjakan ibadat haji & umrah
8. Mempunyai simpanan sendiri Tetap tak usik-usik (bukan campor duit husband ehh) lebih rm50k by 2020..
9. Membeli 2nd house di area KL @ selangor @ putrajaya
10. Melancong ke langkawi & kuching & kelantan & penang & labuan bersama suami dan anak-anak.
11. Europe tour erk ke kena letak satu2 negara ehh? Belasah la dulu.
12. Melancong ke negara kanggaro. Perth, sydney, melbourne..
13. nak bela kucing lagi.. Tak kisah la kucing kampung ke ape.. Asal kucing comel..
14. Buku sebenarnya saya isteri dia :p
15. Pasang aircond 1 rumah.. (2015- ok dah pasang tapi bukan satu rumah, bilik master dan living room aje)
16. Auto gate rumah
17. Alarm rumah
18. Membeli rumah corner lot.. Ni xsama eh macam wish 9.. Hahahaha.. Ni xkisahlah di mana-mana asal corner lot. Bape banyak umah aku nak ni?
19. Akikah salman dalam tahun ni jugek.. Hihihihi
20. Baby girl :p hikhikhik.. (2015 - ini mintak2 laa tercapai, adik baby ni malu, arini mama scan doktor kata adik baby tak nak tunjuk, tunggu la ada rezeki scan awal bulan 4 nanti, kalau tak adik baby memang nak suprise kan mama dan papa, takpe yang penting adik baby sihat, sempurna dan selamat lahir)
21. Memperbanyakkan koleksi barangan kemas.. Huehuehue..
22. Naik pangkat (aci tak)
23.Anugerah perkhidmatan cemerlang.. Wahahahahah.. Mintak2 la dicalonkan tahun depan.. Terganggu tau emosi bile 'orang tu' kate dah layak tapi tak dicalonkan bagi peluang orang lain.. Abeh saya? Xnak bagi peluang kat saya?:p (macam ade rezeki aje tahun ni, hopefully)
24. Memasak setiap hari untuk suami.. Hikhikhikhik..
25. Sambung master. (coming soon, macam dah ada aura-aura kuat dah ni)

wishlist tahun 2013 tu sampai sini aje.. so yang bawah ni latest addition.
26. Cat rumah at least luar dan living room dan kitchen sebelum raya.
27. Beli rak kasut dan almari baju salman dan adik baby
28. Breastfeed adik baby + salman selama 2 tahun
29. Menaikkan earning nuffnang dalam masa 1 tahun cashout rm1xx 2 kali.
30. Nak menceburi dengan lebih aktif bisnes online
31. Beli mesin jahit
32. Belajar jahit baju kurung sendiri
33. 

alamak tepu balik.. heheheh
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.