Assalamualaikum.
Entry peram dalam draft ni. Dah masuk bulan Muharram baru aku nak siapkan dan publish pasal ibadah qurban ni dalam diari digital aku ni. Tapi takpe bak kata omputih better late than never.
Alhamdulillah, ini lah kali pertama aku dan hubs buat ibadah qurban. Kami buat 1 bahagian sorang je pon. Join ibadah qurban handle by Jawatankuasa surau ofis aku. Aku register untuk join ibadah qurban ni bulan 11 tahun lepas. Bayaran 1 bahagian adalah RM600 bila join 2 bahagian jadinya keseluruhan RM1200 la. Kalau bayar lump sum sekelepuk rasa macam aduh aduh mahalnya. Tapi sistem ibadah qurban oleh surau ofis aku ni bayaran secara ansuran RM60 selama 6 bulan. Jadi takdelaa rasa terbeban sangat. Alhamdulillah ada rezeki aku dan hubs, terlaksana jugak ibadah qurban ni pada hari Ahad 27 September 2015. So layan gambar la korang yee..
Nilaa lembu nya. Ada 2 ekor lembu yang dikorbankan tahun ni. Lembu bahagian aku dan hubs yang kaler hitam nun haa. Total up yang buat ibadah qurban 14 orang la semua nya. Semuanya yang berqurban staff-staff ILP Pasir Gudang sendiri dan pasangan laa. Ada laa a few yang berpasang-pasangan ada yang buat sorang-sorang aje..
Kalau nak tahu ini lah pertama sekali aku join ibadah qurban. Jadi 1st time juga la aku tengok aktiviti melapah, menimbang, membahagi, membungkus semua. Total semua daging adalah 94.5 kg. Lembu pertama 49kg lembu kedua 45.5 kg. so average dalam 7 kg daging sorang. Dapat sekali dengan tulang belulang dan organ dalaman macam hati limpa dan sebagainya. Tapi aku amek daging aje, sebab kami tak makan tulang dan organ dalaman jadi aku bagi siap bahagian tulang dan organ dalaman yang kami laki bini dapat kepada staff yang datang tolong sembelih, lapah dan agih daging hari tu.
|
Ni tengah nak keluarkan organ dalaman macam perut semua tu.. |
|
Itu dia bahagian dalaman lembu. Aku jakun sikit, tak pernah tengok Dah 30 tahun hidup ni 1st time |
|
Kepala lembu. Masa sembelih aku tak tengok takut timbul rasa kesian plak. |
|
agih-agih timbang-timbang |
|
Seronoknya aktiviti macam ni |
|
Ini tulang lembu.. mai-mai sapa nak.. |
|
Timbang-timbang bungkus.. |
|
Hah potong timbang bungkus |
Hehe. Begitula sedikit sebanyak majlis qurban dekat opis aku. InsyaAllah ade rezeki panjang umur tahun depan boleh join lagi. Amin. Tengah ari semua aktiviti selesai. Aku terus balik zass ke rumah dan agihkan sesiap kat jiran-jiran dan kawan-kawan husband aku mane yang dekat-dekat. Bagi sikit sorang buat rasa. Sharing is caring. Malam tu hubs aku masak daging bakar. Konon nak masak steak agaknya steak dia tak jadi kot. Hahah. Ok lah dari tak ade.. Alhamdulilah.
Ok lah, Tq sebab baca. Tinggalkan komen dan link supaya saya boleh terjah blog anda.
0 comments:
Post a Comment