Air dicincang takkan putus

Leave a Comment
Assalamualaikum..

Hye uolls..

Dah lama dah tak cerita kerenah 2 anak soleh & solehah ni. Makin hari macam-macam adegan lucu diaorg buat. Alhamdulillah adik beradik sayang menyayangi antara satu sama lain tapi bilaa bergaduh tu amboi.. main gigit-gigit.. selalunyaa abang laa gigit adik.. husna pulak menjerit ajee laa kerjanyaa tapi kalau dia geram dia debik jugak abang diaa tapi abang kan sadooo.. setakat tangan kecik adik apee ajee laa yang rasa..

Anak soleh solehah

Situasi 1:
Bangun pagi papa dah dukung husna turun dari bilik.. Husna ni setakat baru nak masuk 2 tahun ni seorang morning person. Agaknya sebab dia orang yang paling awal tido so awal jugak laa dia bangun. Setiap kali turun memang dia akan bawa botol susu dia turun sekali dan akan request susu dengan mama. Ow selalunyaa aku, husband n salman akan tido kat bawah.. tak tau napee haha.. selalunyaa tertido sebab kami suka tgk movie sama-sama waktu malam.. kalau tido dalam bilik plak salman akan tido sekali ngan kitaorang.. husna plak tido dalam baby cot diaa..

Dah jadi rutin awal pagi memang husna dan salman akan minum sebotol susu setiap kali bangun.. husna bila dah turun memang akan automatik goyang-goyang botol susu dia depan mama minta dibuatkan susu.. So aku memang bancuh sekali susu salman serentak. bila dah siap husna akan ambil dedua sekali dengan exitednyaa..  botol salman dia akan letak sebelah abang dia yang masih tidur.. dan dia akan baring sama ada sebelah abang dia or atas sofa.. kadang dia siap acukan puting botol susu kat mulut abang, abang sambil tido boleh capai and terus nyonyot susu diaa.. haha

Situasi 2

Husna seorang yang agak payah makan ubat. dia punya mengelupur kalau kena makan ubat mama kena bukak segala bunga silat untuk tahan tangan diaa sambil tekan syringe ubat dalam mulut. Husna selalu kena marah kalau mama geram dia asyik tolak ajee ubat tu keluar mulut dengan lidah bila mama salah aim cara masuk syringe dalam mulut.. dari baby dah tak suka ubat.. sejak dah masuk setahun dia dah pandai meronta2 kuat xmo ubat.. tapi sekarang mama dah ade assistant.. bab nak bagi adik dia ubat salman orang yang paling exited.. exited nak pegang tangan adik diaa dengan kejap.. kuat jugak dia tahan walau adik dia meronta bagaimana pun.. so mama senang nak aim sudut mana nak tekan ubat supaya adik tak tolak balik ubat dia dgn lidah..

Situasi 3

Salman suka sangat main lego. Selalu dia buat helicopter, aeroplane dan robot.. Bila abang main lego husna suka bertidak sebagai ala-ala destroyer untuk musnahkan binaan lego abang diaa.. dah lerai lego tu dia ambil 1 or beberapa biji lego dan bawak lari.. haha

Situasi 4

Salman n husna suka tengok youtube dekat TV, setiap kali mama perasan diaorang  tengok dekat, aku akan suruh salman ganjak ke belakang untuk tengok TV. salman pulak akan dokong adik diaa yang tadi dok depan TV ganjak belakang sama.. haha

Situasi 5

Husna agak berdikari dalam bab pakai baju, lepas mandi siap marah mama dia ni yang nak pakaikan baju.. siap boleh bukak balik baju or seluar yang tadi kita dah half way pakaikan supaya dia boleh pakai sendiri. Salman pulak selagi mama tak pakaikan baju dia rela berbogel pakai pampers ajee.. hanya boleh pakai baju sendiri kalau dia nak mama bukakan TV or bawak jalan.. o ambilkan jajan dari tempat tinggi.. Faham x maksud aku.. dia boleh pakai baju sendiri tapi sebagai syarat untuk dapat kehendak diaa.. selalu aku bgtau gini.. ok salman pakai baju dulu baru mama bukak TV.. so dia pakai laa baju then tunjuk pada aku dah siap pakai baju sambil hulur remote..

Situasi 6

1 benda yang aku geram ngan husna ni adalah dia suka buka pampers diaa.. asal penuh sikit dia bukak.. tak selesa dia bukak.. paling aku pening kalau dia buka masa dah poo poo.. so aku kalau nampak dia dah start tanggal seluar diaa.. memang laju2 la aku pergi tukar or pergi pasangkan balik pampers dan seluar husna.. ade sekali ini salman demam tonsil seminggu . salman kalau demam or sakit sangat clingy.. berkepit aje dengan mama.. aku plak kalau anak-anak demam segala keperluaan akan ditunaikan even dia minta nak makan nasi tengah malam sekali pun.. sanggup masak nasi lagi sikit bila nasi dah habis takut anak hilang balik selera makan.. so demam seminggu tu aku dok mengentertain salman ajee laa kerjanyaa.. Husna agaknya jeles so one day masa salman tengah tido peluk tangan aku dekat sofa bawah husna merajuk naik atas.. dari bawah aku boleh nampak dia intai2 aku dekat kepala tangga tingkat atas.. kesian aku tengok husna agak terabai.. haha. pandai dia tarik attention mama diaa dengan bukak pampers dah jinjit pampers dia bagi aku nampak konon acah2 sembunyi atas tangga.. SO ape lagi belari terus laa aku naik atas ambik diaa.. salman perasan mama dia takde sebelah terus meraung laa jadinyaa.. hahah

Situasi 7.

Salman or husna dedua tak boleh tengok salah sorang duduk atas riba mama or kena peluk dengan mama.. dalam kereta lagi laa horror.. dedua berebut mama dia.. kalau sorang duduk atas riba.. sorang lagi pun nak duduk jugak.. kalau sorang mama peluk sorang lagi pun nak mama peluk.. kalau sorang tido menyandar dekat mama, sorang lagi pun sibuk nak menyandar.. kalau dedua ni reti nak berkongsi takpe.. ni bertolak-tolak, bertarik-tarik tangan mama.. kalau berebut-rebut tu tak bising takpe jugak ni.. menjerit-jerit menangis tak puas hati selagi tak dapat.. salman pun bukan reti nak beralah dengan adik diaa.. sebab selalu mesti salman laa menang sebab dia lagi besar dan sadoo.. bila dah tak dapat tu husna apa lagi menjerit menangis beriaa.. papa diaa bila dah rasa bingit mula laa marah dah dedua kena cubit papa geram..


HAha.. banyak lagi situasi kelakar dua beradik ni.. tak kering gusi dengan telatah tiap hari.. Happy ajee.. kalau gaduh tolak menolak.. berebut tarik menarik kemudian nangis.. lepas kena marah boleh pulak lepas tu main sama balik..
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.