My PhD Journey Part 1

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Hello.. Hai.. ade orang baca ke?

Dah lama sangat tak menulis di blog. Konon nak share cerita master tak tercerita2 sampaikan dah sambung plak ke PhD.. So sebagai merekod kenangan PhD nak bercerita la disini. Rewind sikit kenangan sambung belajar PhD.. Selesai sahaja submit hardbound tesis master kepada supervisor yang dikasihi, Dr Zol.. aku tanya berkenaan plan dia nak ambik cuti sabbatical.. jadi ke? Sebab nak bagitau mengenai plan sambung terus PhD.. Ye aku baru submit tesis ni terus gatal nak sambung PhD.. result pun belum dapat lagi.. aku masa tu cadang nak apply terus aje kat dekan.. sebab ada beberapa kawan master yang sambung PhD sebelum konvo master lagi.. kiranya terus bersambung laa..

Konvo master aku bulan 4

Oleh sebab semasa itu aku ingat bila cuti sabbatical tak boleh supervise pelajar.. so terhalang laa hasrat aku nak bersupervisorkan dr zol.. padahal sangat silap.. dia still boleh supervise aku rupanyaa.. aku tau lepas aku dah sambung dah PhD..so ni aku cita next time laa.. Lepas hantar tesis ke pejabat akademik, aku bercadang nak jumpa dekan untuk bertanyakan hasrat aku yang nak terus sambung PhD.. Oleh sebab sebelum ni memang pernah ambil kelas dengan prof sukri semasa dia menjadi timbalan dekan, jadi memang dia kenal laa. Kebetulan semasa aku jumpa prof sukri, Dr hasnah pun ada sekali.. apabila disuarakan hasrat aku nak sambung PhD.. prof sukri dan dr hasnah takde bantahan malah menyambut baik permintaan aku.. cuba bila ditanya siapa supervisor awak? terus krik krik krik.. aku takde approach mana-mana pensyarah lagi.. oleh kerana bulan 2 dah nak daftar ni so aku tanya laa prof sukri dia boleh tak jadi supervisor aku since dia memang pensyarah bidang aku.. after submit nama dan no kad pengenalan.. seminggu kemudian aku dah dapat tawaran PhD dengan bersupervisorkan prof sukri sendiri.

Tanggal 14 Feb 2018 secara rasminya aku bergelar postgraduate PhD pulak.. Oh ye.. aku sambung PhD ni atas tajaan sendiri.. so takde mengambil masa yang lama laa menanti.. sama seperti aku belajar master.. Kenapa taja sendiri? kaya sangat ke? tak kaya pun.. every month aku simpan duit tau nak bayar yuran.. yuran aku memang akan setel hujung sem.. sebab apa, sebab kena simpan duit dulu baru bayar yuran.. kenapa tak minta biasiswa? HLP ke? Owh itu aku ada sebab aku tersendiri.. next time aku cerita (eh dah janji 2 entry dah ni).

Semasa berjumpa prof sukri untuk kali pertama lepas lapor diri.. aku dah bagitau dia pelan aku untuk tamat PhD dalam tempoh paling minima. Yes aku tau aku bekerja sambil belajar.. Masa dengan anak-anak lagi masa untuk tugas lagi.. Prof sukri takde halangan pun dan dia memang mengharapkan aku GOT jugak, cuma dia minta aku kuat.. PhD tak seperti master, masuk kelas buat tugasan, ambil ujian, lulus..repeat lagi sem depan cukup jam kredit.. tamat master.. PhD perlukan aku rancang masa dan target sendiri.. cabaran lebih untuk aku sebab aku berkeluarga dan bekerja bukan PhD sepenuh masa. Oleh kerana aku bayar yuran sendiri, aku sendiri yang kena usaha untuk GOT.. more sem means more money, more quality time bersama keluarga yang perlu dikorbankan.. So aku kena fokus capai my small-small target setiap sem. Dia akan beri sokongan dari segi guidance dan motivasi.. perjalanan PhD aku kena manage sendiri.. Masa 1st time jumpa aku nyatakan isu yang aku minat nak dijadikan kajian.. Prof sukri tiada bantahan, dia hanya minta aku sediakan bab 1, 2 dan 3 dulu..

Semester 1, aku ambil semua kelas compulsory untuk PhD, kelas research method, kelas academic writing dan, critical analysis.. kelas-kelas ni takde exam, tapi berstatus wajib hadir dan wajib lulus. Takde grad diberikan cuma status lulus/gagal. Oleh sebab aku berkerja, so aku mohon cuti kursus sambilan untuk mengikuti kelas. Untuk kakitangan awam yang menyambung mana-mana pengajian, layak mendapat kemudahan cuti kursus sambilan selama 30 hari dalam tempoh setahun apabila menyambung pengajian dengan kelulusan ketua jabatan.. Next time aku cerita ok.. (ok dah janjii 3 entry dah ni).

2nd perjumpaan dengan prof sukri. aku bentangkan my target dan goal. haha. kenapa nak bentangkan? dia tak suruh pun aku bentangkan gitu.. tapi aku perlukan prof sukri sebagai supervisor untuk bagi aku motivasi.. believe me salah satu tugas sv ada beri motivasi.. selain pastikan kajian korang berada pada landasan yang betul.. target dan goal ni aku yang kena kejar sendiri, bukan dia kena paksa aku kejar.. tapi at least dia tau target aku.. Main target.. Habiskan PhD dalam tempoh minimum. aku sebolehnya tak nak ada extra 1 sem pun.. insyaAllah semoga Allah permudahkan.. aku pun tak tau masa depan macam mana, tapi kalau takde target takut nanti aku happy-happy buang masa takde target.. at least bila ada target aku tau aku kena paksa diri aku untuk capai..

So semester 1 berjalan dengan lancar, bila diminta menyiapkan mini proposal untuk kelas research method, aku siapkan sekali proposal sebenar aku.. aku siap bayar untuk attend kelas mendelay dan menyiapkan tesis ikut template gaya UTM lagi.. ye kelas tu berbayar but it worth every penny.. so semasa present mini proposal, pemeriksa masa tu Dr Khata maklumkan methodology kajian aku dah ok cuma aku kena tambah baik lagi sedikit part literature supaya lebih komprehensif.

Camp Spirit of Togetherness Sekolah Pendidikan UTM

2nd sem.. aku target nak prepare full proposal untuk submit supaya boleh defense proposal. 2nd semester ni aku attend kem yang dianjurkan oleh fakulti pada bulan 9.. semasa 2nd sem ni jugak laa aku dapat tau yang aku terpilih untuk mengikuti 30 hari kursus management untuk junior officer (gred 41 & 44) ke jepun oktober membawak ke bulan nov. Ye cabaran belajar sambil kerja kan..? kursus ke jepun ni aku jugak yang mohon, tak sangka rezeki aku dah tertulis untuk ke jepun dan menjadi antara 20 orang yang terpilih dari seluruh Malaysia.. Confirmlaa aku nak pergi.. Bila lagi nak jejakkan kaki ke negara matahari terbit tu ditaja sepenuhnya lagi.. Masa 2nd sem ni aku jumpa prof sukri a few times. Nak submit draf, set appointment nak jumpa, betulkan semula proposal.. setiap bulan aku pastikan aku jumpa dia sekali.. bulan 9 sebelum pergi jepun.. bulan 10 aku dah di jepun.. bulan 11 selepas balik jepun jumpa lagi sekali lagi.. bulan 12 jumpa lagi dan aku dapat green light untuk submit proposal aku ke pejabat akademik untuk penetapan tarikh proposal defense. 21 januari aku dapat panggilan telefon dari pejabat akademik fakuti untuk submit draf proposal untuk evaluation.

LEP02: Junior Office Management Training di Jepun.. oo ni bukan slot training, ni slot jalan2 masa weekend (Osaka Castle)

aku enjoy sekejap lepas submit draf.. layan movie lepas balik kerja, layan salman husna pergi taman depan rumah.. sementara menunggu tarikh untuk defense proposal.. siap pergi kelantan untuk majlis sambut menantu adik ipar dan pergi hatyai semasa tahun baru cina..

Ye sampai ke CIQ sungai kolok (golok) untuk ke Hatyai

Entering 3rd sem.. 13hb Feb dapat makluman daripada prof sukri tarikh untuk defense proposal.. 14hb pejabat call untuk maklumkan perkara yang sama.. 17hb aku berjumpa prof sukri untuk mock presentation.. dan aku ke pejabat akademik untuk dapatkan surat rasmi makluman untuk defense proposal. Prof aturkan mock presentation bersama-sama pensyarah dalam bidang yang akan aku buat.. Sangat membantu untuk aku olah semula proposal agar menjadi lebih fokus. so setiap hari aku bersengkang mata lepas kerja untuk mengedit semula presentation dan proposal, tambahbaik berdasarkan ulasan yang diberikan pensyarah semasa mock presentation.. Masa mock presentation aku dapat 2 calon co sv untuk membantu memberikan panduan dalam kajian aku kelak.. Dr Zol (ye aku dapat balik SV master aku) dan Dr Nad.. my idol.. since kajian yang aku akan laksanakan kena dengan kepakaran mereka.

Nak submit proposal untuk evaluation dah masa ni

Then tiba saat presentation. 2 hari sebelum presentation aku ke penang untuk site visit. Nasib baik balik dengan flight dari penang ke JB, tapi kepenatan sangat terasa. Balik rumah sempat masukkan beg dalam rumah terus naik kereta hantar salman ke reading class. pukul 9.30 baru masuk rumah, mandi dan tidur. Belum print lagi slide.. practice present pun belum.. perlu tido sebelum demam melanda kerana kepenatan. Nasib baik dalam fasa Allah bagi cuti. Pukul 4 pagi 27 Feb 2019 bangun, mandi, print slide, practice present, iron baju, bangunkan salman, siapkan beg sekolah salman, hantar husna ke taska terus zass ke UTM. 8.00 pagi tepat dah terpacak depan bilik prof sukri. After a few last minute session dengan SV, dia tengok balik slide presentation, then he say, ur ready to present.. confident ajee present pesan SV..

Pukul 9.00 gerak ke bilik viva.. dengar ada bunyi someone talking to each other dalam bilik viva, kompius sekejap betul ke biliknya.. Call kak rohaya confirmkan bilik.. betul lah biliknya, masuk tengok pemeriksa kedua-duanya ada dah dalam bilik viva. A few minutes perkenalan, padahal aku dah kenal both prof and dr. prof yahya pernah ajar kelas falsafah TVET, dan pernah jumpa Dr Aede di ofis sebab dia kawan pengarah ofis aku. Setup presentation dan aku bagitau pemeriksa aku ada buat a few changes after mock presentation tempoh hari.. Then prof sukri masuk pun bagitau perkara yang sama.. then kami tunggu pengerusi sesi prof baharin sampai.

Lepas pengerusi sampai, at 9.40 am sesi aku dimulakan and i have 20 minutes to present my proposal. After 20 minutes, aku rasa aku terlebih masa sikit since bila sampai slide last, prof baharin interupt bertanyakan aku ada banyak slide lagi ke..then i quickly end my slide after presented my last slide. Aku duduk, then tiba masa mendebarkan.

Komen dimulakan oleh prof yahya. Komen pertama dia adalah, dia suka gaya penulisan aku.. mirip kepada gaya penulisan dia. Aku rasa of coz la ada sikit sebanyak aku cedok gaya penulisan prof yahya sebab dalam kelas falsafah dia dulu, most of the time dia turut ajar cara menulis.. Since nama prof yahya adalah bagi aku sangat glamer bila membaca artikel, jadi aku terikut2. Semasa master dr zol ajar aku kesinambungan antara isi, bagaimana cara mengembangkan perenggan ke perenggan.. dari isi ke isi.. Tapi aku ada satu kelemahan, aku tak reti memendekkan ayat. Bab meringkaskan idea dalam 1 ayat yang ringkas tapi padat macam tak boleh nak garap lagi. Then ayat aku akan menjadi sangat panjang.. Dr aede pulak komen yang tajuk asal aku general, tidak mengambarkan kandungan proposal aku. Selalunya tajuk boleh mengambarkan kandungan, tapi oleh kerana tajuk aku memang sangat general, skop mcam besar sangat.. sebenarnya masa mock presentation pun dah kena tegur pun perihal tajuk tu.. Prof yahya proposed tajuk yang sesuai dimana aku hanya perlu tambah sedikit sahaja sebab 70% kandungan proposal aku dah mengambarkan tajuk yang dia cadangkan. Katanya aku dah tak perlu tambah banyak dalam proposal dan dipersetujui oleh dr aede. Katanya kalau aku tetap dengan tajuk asal, dia sebenarnya ada banyak nak tanya.. tapi bila masa present aku dah ubah tajuk, so apa yang dia nak tanya dah terjawab sendiri, cuma dia minta aku rujuk balik ulasan dia dalam report nanti untuk tambah baik.. Ada few suggestion dari pengerusi juga.. dan other suggestion dalam bab-bab yang lain. Pengerusi minta aku banyakkan lagi bab literature.. memang aku akui sikit sangat.. tapi proposal aku tu ada 40 muka surat isi sahaja, padahal proposal not more than 40pages katanyaa.. belum masuk lagi bab rujukan, kandungan dan senarai rajah, senarai jadual tu.. so aku cut out banyak literature tinggalkan yang penting-penting aje..

Lepas sesi komen dan terima idea untuk tambah baik, aku diminta keluar untuk perbincangan keputusan. A few minutes je aku rasa, sebab masa keluar, aku try nak call bapa aku tapi tak sempat ayah aku jawab prof baharin dah keluar semula untuk panggil aku masuk. Lepas aku duduk semula.. pengerusi terus cakap " congratulation, dayang.. kami sepakat memutuskan untuk beri awak P2, lakukan correction proposal berdasarkan komen-komen tadi dan perlu dihantar kepada supervisor sahaja dalam tempoh 1 bulan, laporan pembentangan ini awak boleh terima dari pejabat fakulti minggu depan". Prof sukri pun ucap tahniah dan dia minta jumpa dia semula pukul 12.30 tengahari. Lepas aku ucap terima kasih kepada pemeriksa dan pengerusi. aku tengok jam baru 11.45 pm. so aku ada masa untuk pergi semula ke pejabat fakulti untuk dapatkan borang untuk lantik co sv. serta surat untuk kumpul data daripada pejabat fakulti yang aku mohon masa mock presentation lepas.

12.30 aku jumpa balik prof sukri dan kami discuss a few thing untuk tambah baik bab 1, 2 dan 3 aku.. Now dah takde limit pages katanya.. Prof sukri proposed juga another co sv yang mahir dalam sem iaitu dr rustam. Aku ok jee since aku tau dia sibuk, to keep on momentum aku perlu jumpa sv kerap.. di akan pastikan aku GOT katanya.. by sem 5 dah kena setel untuk viva.. so tak dapat jumpa prof sukri, aku boleh jumpa dr nad, dr zol or dr rustam.. herm, officialy aku crossed another one goal.. one of the biggest goal kot sebab tak setel proposal tak proceed laa dengan kajian..

Time to double up the afford and keep on praying.

Aku harap aku kuat dan Semoga Allah permudahkan segalanya.. Amin..
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.