Ingin Honeymoon

1 comment
Honeymoon ke hornymoon.. ekekek..

Assalamualaikum.

Sejak aku dan yang tercinta kahwin dah hampir 3 tahun ni serasanya la aku tak pernah rasa berhoneymoon yang sebenar-benarnya.. Tau sebab ape, setiap kali kami pergi mana-mana mesti sebab ada aktiviti keluarga atau turut serta bersama keluarga atau rakan-rakan atau sebab kerja. pernah bercuti berdua, tapi tak leh nak gelar honeymoon sebab tempoh cuti yang singkat dan bercuti yang penuh terisi dengan pelbagai aktiviti baik shopping atau kehulu kehilir ke sana ke mari tergopoh gapah nak ke tempat-tempat menarik sekitar tempat percutian yang akhirnya menyebabkan balik ke hotel, melepek kepenatan. Setakat ini takde lagi cuti santai-santai, candle lite berdua, aktiviti masage-massage berdua,masa memang khas untuk berehat berdua-duaan takde nak tergopoh gapah pergi sana terkejar sini ar terpikir-pikir hal kerja..

Akceli aku dah pon booked tiket nak ke langkawi bulan januari tahun hadapan. Ni masa air asia tengah wat promotion free seat la ni.. kami akan pergi selama 5 hari 4 malam. lame kan? kikikiki. hotel pon tak booked lagi sebab masih ada lebih kurang 1/2 year lagi kan.. tak sabarnya nak pergi langkawi.

Seminggu dua ni hubby actively menggoogle pakej honeymoon di mana nak tau tak?? Cameron Highland. Aku tak pernah jejak kaki ke cameron highland you all, selalu pergi genting highland je.. banyak kali pergi sampai dah tak terkira.. hihihihi. so we decide nak pergi sana after raya ni nanti.. Read: After raya, which is akan pergi raya ke-4, memang sangat after raya. hahaha. tapi ni plan je, tapi plan yang ke arah akan buat la kot tak kisah la bile nanti... finger cross ladies, kiteorang ni suka hangat-hangat taik ayam je.. tapi insyaAllah jadik laa cuma macam tak berapa nak berkenan la tarikh nak g raya ke-4, macam tak berfamily plak ekk.. orang raya mengunjungi sanak saudara, ni raya nak berholiday plak..



Puas hubby menggoggle, memula dia tunjuk honeymoon package di hotel De' La Fern , dia dapat package ni.


Memula aku macam setuju then tergerak hati nak baca review hotel ni kat tripadvisor, tetiba cam.. eh cam tak best je, hubby pon google lagi laa.. dia bukak equatorial hotel cameron highland punye pulak..



owh lagi murah, dan hubby siap call lagi nak tak exact location sama ada kat tower or apartment since dia terbaca review yang tak berapa nak best kalau dapat bilik kat apartment.. lagi pon ni lebih murah dari option atas tu.. hikhikhik.. so macam memang dah decide nak hotel ni.

Then jumaat lepas, time tengah hari yang bosan, aku dengan rajin nya menggoggle lagi other option for us untuk honeymoon kat cameron highland tu.. dan dapat yang ni. newly renovated Strawberry Park Resort Honeymoon Package.. sangat menarik hatiii.. phuewwww


So anyone ada pendapat x?? sape pernah pergi ketiga-tiga hotel yang disenaraikan.. 

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

1 comment:

  1. Su, tiga tiga x pernah pergi. Tapi kita vote for strawberry park. ;))

    ReplyDelete

Powered by Blogger.