Ingat lagi entry tajuk Feeling Pregnant? Entry aku menceritakan yg betapa downnya aku bila cik P mai bulan 7 tu. Yelah selepas aku lewat 4 hari. siap emergency leave 1st day cik P. Aku type entry feeling pregnant tu setelah aku cam boleh menerima hakikat dan redha, Allah belum sampaikan lagi rezeki aku. Aku cuma perlu terus berdoa dan memang aku sangat mengharap berkat bulan ramadan Allah makbulkan doa aku dan suami. Alhamdulillah, atas ketentuan dan kehendak Allah, rupanya saat tengah type entry Feeling pregnant tu rupanya baby dah ada in my tummy. Syukur sangat. Alhamdulillah.
Macam yang korang tau, aku memang ade ambil pil kesuburan clomid dan suntikan hormon follivia cycle yang aku tak berjaya tu. Tapi, bila period 3 julai tu, aku rest sekejap daripada ambil pil or suntikan sebab tujuan aku ambil suntikan tu sebab nak buat IUI. IUI mane boleh buat bulan puasa, untuk yang muslim laa, sebab IUI memerlukan suami mengeluarkan benih secara manual dan proses memasukkan sperma yang da dicuci ke dalam rahim. karang batal la puasa laki den dan den sendiri.. berdosa lak. (opps, malu sekejap, tapi tu la realiti nya antara usaha kami golongan TTC, trying to concieve ni). Doktor pesan untuk datang semula selepas raya untuk proceed IUI. so cycle bulan 7 tu cuma berusaha secara natural.
Dalam entry feeling pregnant tu aku ade cerita yang period aku lame sangat sampai ari ke 11 baru suci kan. Tu la kali pertama cik p mai sangat banyak sampai masih bertukar pad tengahari dan sebelum tidur sampai hari ke lapan. Time tu aku hanya ingat tu effect pemakaian Premium Beautiful dan pil hormon je la. Ingat lagi sepanjang cik p mai tu, aku tengah on diet. Sarapan 1 sandwich, tengahari buah2an. Petang 1 sandiwich lagi dan malam buah. Tak makan nasi. Minum banyak sangat air. hari ke 13 dan 14 aku keluar egg white yang sangat banyak.
Macam mana aku tau aku mengandung? Ingat tak dalam entry feeling pregnant tu aku bgtau aku kalau check je UPT comfirm akan period keesokkannya, or malamnya? dah berikrar tak nak buat UPT lagi dahh. siap bagitau agaknya kena check kat klinik or bila aku rasa breast sakit or morning sickness menyerang baru tau pregnant? Heee. aku check jugak UPT on 5 Ogos tu. pada hari ke 34 Cycle day aku. Kalau kira 28 hari cycle memang la dah delay 6 hari kan. Tapi sebelum-sebelum ni aku jenis period yang lama more than 40 days usually dan tak pernah kurang dari 35 days. Kecuali bulan-bulan aku makan pil clomid, period 33 days dan 32 days gitu. Jadi aku tak feeling pon aku dah delay time tu. Cuma a week before aku test, perut aku mengila sakit macam nak period gitu, org kata senggugut.. tapi tak mai gak. Aku ni jenis yang tak senggugut bila period, selalu dia just bagi warning sekejap je rasa sakit menyucuk, bila check kat toilet, ade la kawan baik datang melawat. Tu jela yang aku pelik. lama gila aku sakit menyucuk, seminggu jugak la, until 2 days before aku check UPT aku rasa akit yang tak pernah rasa, rasa ngilu kat vagina. Ooo dah la dia ngilu menyucuk time solat terawikh. aiyayai, aku ingat dah sakit lain dah sebenarnya. Risau sangat hati time tu. Rupanya, memangla sakit lain, sakit buatan orang. hiks :D
Hari sabtu 4 ogos, laki aku seperti biasa kerja halfday lah.. malam sebelumnya lepas terawikh aku ngadu aku ngilu kat vagina tu. dia kate nak bawak g jumpa doktor esoknya, yakni hari sabtu la. Pagi aku relax lagi, tak rasa dah sakit, then dekat nak tengahari, ngilu tu datang balik. Aku tahan je la sebab dia kejap mai kejap ilang, kejap mai kejap ilang. nyut2 gitu rasanya. Aku tunggu laki aku balik kol 1. tak sampai2, kol 2 pon tak sampai, alih-alih aku sms bagitau aku sakit nak pergi jumpa doktor balik la cepat. So dalam kol 3 dia balik siap-siap solat tukar baju kami pun pergi klinik panel. Kebetulan doktor masa tu doktor lelaki india. aku segan la nak cerita semua. aku cuma bagi tau aku sakit perut area pinggang sampai perut bahagian abdomen bawah. Dia tanye aku pregnant ke tak. Jawapan aku " entahla doktor, saya pon tak tahu", dia suruh baring and di ketuk-ketuk perut aku gaya nak check kembung ke tak, pastu dia buat kesimpulan perut aku masuk angin. aku laki bini pon oo je la. Lepas ambil ubat, aku nak laki aku terus pecut ke JPO.
Hari ahad 5 Ogos, pagi tu laki aku dah bebel sebab aku tak makan pon ubat yang doktor kasi, haha aku jenis suka pergi klinik tapi tak suka makan ubat, oleh sebab masa tu dah habis dah waktu sahur, jadi aku janji yang aku akan makan ubat time buka puasa petang nanti. Lepas sahur, solat subuh, aku tidur balik. sebelum tidur tu memang dah shi shi siap-siap sebab dah minum air banyak gile masa sahur. Dalam pukul 8 aku bangun, entah kenape, bangun tidur tangan aku laju je pergi ambil stok UPT yang banyak gile dalam laci dalam bilik tidur terus pergi test. Without any hesitation. Lepas letak je test dalam urin aku perhati je UPT tu, a few seconds, naik line yang paling bawah dengan samar-samar. Masa tu tak tahu pon itu test line, dengan mata rabun aku, aku anggap itu control line la macam biasa. kemudian tetiba naik line atas dengan terang nya. line atas tu control line, aku angkat terus UPT tu dari urin dan tengok betul-betul sekali lagi instruction, eh yang pertama naik samar-samar tadi tu rupanya test line. Dengan percaya tiada percaya aku letak balik test tu dalam urin dan kira sampai 30. Kunun-kunun 30 saat la bagi urin tu banyak sikit serap. Line test menjadi semakin terang dan nyata. Dalam hati "double line, ya Allah" terus masa tu air mata merembes keluar tak henti-henti, keluar toilet nangis-nangis bangunkan husband cakap yang diri ni pregnant and dia bakal jadi papa. Laki aku kes mamai punya pasal dia kate ermm je n kiss dahi terus peluk ajak tidur sekali. Aku mane dapat tidur, baring je lah sambil nangis-nangis dia peluk sambil tepuk-tepuk badan aku, gaya nak bagi baby tidur tu. Pukul 11 lebih aku buat balik UPT sebab macam tak percaya je pregnant.. Yakin sahih memang double line. Alhamdulillah. Laki aku time tu dah bangun dah, dia dah buat sujud syukur dan ajar aku buat sekali.
Disebabkan aku belum lagi due seminggu, aku dan laki aku tak terus pergi jumpa doktor. Petang tu, selepas beli juadah buka puasa, aku ajak laki aku gi watson untuk beli clear blue digital tu. Aku beli satu dan esok pagi aku test dengan urin pertama. Sebelum test tu aku test yang manual dulu, mahal beb, haha still tak percaya, bila double line, baru rendam clear blue.Tertera di clear blue tu. Pregnant 3+ week. Owh betapa bahagia rasa hati, Allah sahaja yang tahu. Mulut ni tak henti-henti ucap Alhamdulillah. betapa bahagia nya bila dapat tahu nikmat dan rezeki yang ditunggu-tunggu Allah sampaikan dan makbulkan juga di bulan ramadan yang berkat tu. Allah dengar dan makbulkan doa kami suami isteri. Air mata ni dah tak tahu dah tumpah banyak mana mengenang rezeki, nikmat dah kebahagiaan yang Allah beri kan. Alhamdulillah ya Allah. Moga aku dan kandunganku selamat, sihat dan sempurna sentiasa. Amin.
Petang balik kerja, aku ajak laki aku pergi klinik untuk comfirmkan. Doktor scan dan dia kate rahim kembang tapi karung tak nampak lagi sebab kandungan masih baru. dia kira 4 weeks 6 days. dia suruh mai lagi lepas raya nak check dan hopefully masa tu dah boleh tengok kantung dan jantung baby. :D.
Ok sambung next entry. Doakan aku dan bayi selamat dan sihat sentiasa kawan-kawan. bagi yang mengharapkan bayi pertama macam aku, yang baru kahwin atau yang dah lama kahwin. Doa ku agar nikmat ini sama kita dapat rasa. dan bagi yang nak anak ke dua, ke tiga dan seterusnya, ehemm , "kak elly" .. pun sama di doakan juga untuk rasa lagi sekali nikmat ni. InsyaAllah. Amin..
Congrats on ur pregnancy....take care & tdo puas2 :)
ReplyDeleteaik..nama saya ada disebut ke..hihihi pandai eh..
ReplyDeleteserius kak elly rasa sebak baca entry ni.. tahniah..jaga diri jaga kesihatan okay.. kak elly dah tak berharap sangat dah sue..kalau ada tu ada lah.. kalau tak de..cuba lagi..
:)
ryy.han: hehehe. tq. doakan sue dan bby selamat ek. a'ah. skrg ni mmg tgh tidur puas2.. hihihi
ReplyDeletekak elly: tq akak. sue doa utuk semua yang nak pregnant lagi. tak kisah la anak pertama kedua or seterusnya.. heheh
As salam sue..salam perkenalan.
ReplyDeleteboleh saya tahu kat mana sue beli UPT test "one step pregnancy test" tu yer...murah ke smpi beli byk tu?
senang2 jemput dtg ke blog sy http://iwannabeumie.blogspot.com
salam. tahniah sy ucapkan. sy nak tanya, masa awak period bulan julai tu awak dah pregnant la yeh? darah yg awak sangka period lame tu kesan dari implantation bleeding la kan?
ReplyDeleterasa sebak sgt baca entry ni..sampai berair mata ni..
ReplyDeleteSalam perkenalan memang menarik sy baca tentang pengalaman awak boleh saya tahu selepas proses iui awak cuba membuat test pregnant adakah masa keputusan positif itu due awak sudah lepas
ReplyDeleteTahniah..mgalir air mata bl bc entry awak..sy pun berharap dpt mrasai kgembiraan tu...sy doakan awak n bby shat dan slmat..amin.
ReplyDeleteSeronok sgt baca entry sis suraya ni. cx cari about egg white actually then found your entry. Cx pon baca jela and sgt touching baca exp sis ni. Hope so lps ni rezeki cx plk :) amin.
ReplyDeleteSharing yg sgt best..
ReplyDeleteTouching dan sebak baca post ni
ReplyDeleteGood sharing sis❤️❤️
Do follow saya lalabiestory.blogspot.com
Pelbagai tips kesihatan. Untuk mamii ada