Salam.
Dulu masa belum pregnant, jenuh berangan cara nak menyeprise kan laki dengan berita double line. Kunun2 nak check UPT sendiri, then bg suprise kat hubby. Kunun2 nak wat dulu ultrasound dan tunjuk gambar baby in my tummy kat hubby, then terpikir nak buat suprise dengan bagi suami hadiah barang baby, kunun2 nak tempah kek @ cupcake untuk bgtau hubby. Banyak lagi la angan-angan. Tapi bile double line betul-betul, memang dah tak boleh sembunyi-sembunyi lagi, beberapa saat kemudian terus bagitau hubby. dengan respon emm, kiss dahi dan peluk ajak tidur sambil tepuk. hahahah.. entah kemana semua angan-angan nak suprisekan papa to be tu. keh keh keh.
Then, after comfirmkan dengan doktor, malam minta izin suami nak terus call mak. sebab asalnya laki aku tak nak kasi tau sapa-sapa selagi tak sahih baby ada dalam rahim. tengok bini dia dah buat muka kelat, beriak-riak seakan-akan nak menangis. Terus dia bgtau, boleh lah call mak, minta mak doakan. mudah-mudahan baby dan sue selamat. Sepantas kilat call mak. hadoii, dah dasar anak cepat sayu, cembeng asyik nak nangis dengar je suara mak terus nangis-nangis.. Cepat-cepat minta maaf dengan mak dan ucap terima kasih sebab lahirkan aku ni. Sebab dulu mak pernah cerita, paling sakit dia nak lahirkan anak adalah lahirkan aku ni hah, anak bertuah dia. Terpinga-pinga mak aku anak dia ni nangis minta maap.. terus dia kate mak sentiasa maafkan anak-anak mak dan dia tanye kenape. aku pon directly terus cakap. "mak, kamek buntin" (ok tu slang sarawak, maksudnya, mak saya mengandung). Mak aku terus cakap alhamdulillah dah otomatik nada suara tukar jadi sebak. Mak aku pon nangis. Jadilah dua beranak menangis berkongsi berita gembira. Aku sangat berterima kasih dengan mak aku sebab tak pernah sekali pon sepanjang aku kawen dia tanya bile aku nak mengandung, kenape aku tak mengandung lagi. tak pernah sekali pon aku call, dia tanye dah ade isi ke dan seangkatan dengan nya. tak pernah, cuma tiap kali aku wish happy birthday, mother day, call bgtau aku dah masukkan duit, dia selalu doa supaya aku mudah dikurniakan anak. Famly aku pon sama ayah, kak long, kak ngah dan adik aku tak pernah sekali pon tanye. Syukur sangat dapat family yang memahami. alhamdulillah ya Allah..
Erm, then aku share berita ni ngan 2 orang kakak ofis yang aku percaya dan a male friend yang aku harapkan untuk membantu dari segi tolong cover kerja. kikiki. and my lovely cousin yang supportive.
Before balik Bintulu untuk raya, we break the news to my parent in law sekali ngan adik beradik dia. Beraya di Bintulu ada a few relative yang aku sampaikan berita gembira ini. Balik beraya di KL, my MIL break the news kepada her relative, yakni mak-mak sedara laki aku.
Bila aku start kena wat buku merah dan pergi appointment doktor aku bgtau my immediate superior, yelah sape nak tandatangan punch card aku kalau tak punch masuk sebab nak kejar nombor check up kat klinik kesihatan? sapa nak bagi aku kebenaran keluar pergi klinik.
Di ofis aku berahsia lagi, actually takde la rahsia, sape tanye directly kat aku, aku bgtau, cuma orang yang tahu tu aku mintak tak hebah kat orang lain.. that happiness still ours until raya lah. laki aku excited kot dia bgtau kawan dia, actually bukan la exited sampai dia bagitau "hey, bini aku mengandung", actually dia bertanya kepada yang senior la nak kena buat apa. buku pink nak buat bila. First time daddy la katakan. Dalam banyak-banyak kawan dia, kami ni la antara yang agak lambat sikit rezekinya, (hey, better late than never right, cepat lambat ketentuan Allah, dan Allah tak pernah lambat, dia beri pada masa yang tepat, Alhamdulillah ). So bila sorang tahu, sorang akan bagitahu sorang yang lain, bile lagi sorang ucap tahniah, yang lain pon ucap sama, jadi ramai la kawan laki aku yang tahu. Apa pun kami terima ucapan tahniah dan doa yang diucapkan dengan penuh gembira dan terima kasih, sampai jadi topik perbualan rumah terbuka hari raya pulak. dasyat jugak.
After raya, makin ramai la yang tahu, yes my morning sickness menyerang every day, tak kisah pagi petang siang malam, lapar je lambat makan akan timbul rasa nak muntah. Melepek je lam bilik, kawan aku kate "mendak". Tragedi muntah di depan bilik mesyuarat adalah yang paling dasyat.. kesian akak cleaner tu kena mop, cuma aku takde la muntah makanan segala yang keluar, aku muntah air je, so dia ingat air yang tumpah kebetulan aku tengah bawak gelas. Sori kak.. huhuhu. Aku keluar bila aku rasa bertenaga je, and adegan keluar masuk bilik mesyuarat adalah agenda biasa bila perut mengila lapar dek kerana mesyuarat yang lama.
Then, pengarah tahu, timbalan pengarah tahu kerana aku telah meng"el"kan diri pada hari isnin di saat diaorang carik aku kerana masalah pelajar, so nak tak nak bos aku pon hint-hint la kata aku tak sihat muntah-muntah. Nak jaga reputasi punya pasal, pegawai EL adalah boleh mendatangkan pandangan serong kepada pengurusan atasan. Tapi aku ahad tu aku memang muntah-muntah teruk, bukan setakat kerana lapar, tapi aku salah makan kot, aku perasan aku tak boleh makan makanan kesukaan aku, ikan. pasti muntah walaupun aku makan sebelum lapar. Orang berpengalaman macam pengarah aku of course la akan tangkap terus maksudnya. so a day after, bila naik kerja, aku masuk bilik pengarah nak mintak tandatangan memo, directly dia tanya aku soalan cepu emas. Awak dah mengandung ye, aku senyum tanya dia macam mana tahu. dia kata tahu hari aku emergency leave. Aku oo dan mintak dia doakan kesihatan dan kesejahteraan aku dan baby. Dia tanya lagi, hasil awak cucuk-cucuk ke (erm dia tahu aku pegi wat rawatan kesuburan), aku kate Alhamdulillah tak, saya cuba cara natural. hakhakhak.. Dia pon cerita pasal doa yang dia panjatkan untuk aku dan staff-staff dia yang lain yang belum ada cahaya mata semasa dia dan wife menunaikan haji tahun lepas. Terima kasih tuan haji :D. Terharu sekejap.
Lepas tu, status facebook "alhamdulillah" aku dia salah erti, alhamdulillah kerana hari tersebut, motosikal yang laki aku tunggu-tunggu akhirnya boleh dapat. penat aku dengar dia membebel motosikal belum boleh dapat lagi. Mungkin juga aku tak buat penerangan lanjut, tak buat penerangan lanjut sebab my MIL tak tahu laki aku beli motosikal, bukan tak nak bgtahu, takut dia risau. Nanti aku yang susah hati kalau dia risau. Nak membenarkan laki aku membeli dan belajar bawak motor ni bukan main la lama baru tertunai. Namun, hasil status itu, ada soalan-soalan dan ucapan tahniah dan mengundang persoalan di kalangan kawan-kawan lain. Terima kasih, terharu dengan ambil berat mereka, tapi aku tak mengiakan dan tidak menidakkan, kerana aku tak nak cerita dalam facebook sebab aku sendiri tahu dalam facebook aku bukan semua aku kenal, yelah dulu nak ada kawan main accept je semua yang request kan. Tapi kalau yang tanya aku depan-depan aku jawab dengan senang dan riang. cuma aku bila dapat perhatian lebih aku jadi malu. hey serius aku malu. tapi malu-malu aku gembira dengan respon, sikap ambil berat dan doa-doa mereka. Terima kasih banyak-banyak. :D
After 1st trimester, yakni genap 12 minggu, aku keluarkan kenyataan kat blog ni dan seterusnya mengelinkkan entry blog kepada rakan-rakan group UB facebook. hehe. lepas ni tolong beri tunjuk ajar ye kawan-kawan dan akak-akak UB sekalian, kawan-kawan UB semua dah ada pengalaman pregnant, melahirkan, membesarkan dan menambah bilangan anak. Saya budak baru belajar. Doa dan ucapan tahniah korang amat di hargai.
Amat bersyukur dengan nikmat dan rezeki yang Allah berikan. Kawan-kawan yang memahami dan mengambil berat walaupon ada yang tak pernah langsung jumpa. Moga semua mendapat rahmat Allah. Doakan sue dan kandungan selamat, sihat dan dilindungi sentiasa. Amin.
Pemergian Kakak Arwah Abah
4 hours ago
0 comments:
Post a Comment