Tips masuk rumah baru

28 comments
Assalamualaikum.

Hehe, harini kita bincang topik rumah. Yes a few of my friend dah dapat kunci rumah. So adalah share sikit sebanyak tips masuk rumah baru kat diaorang. Selalunya tips-tips masuk rumah baru ni yang lebih expert adalah lelaki la. So tips ni pon aku belajar dari lelaki jugak la sikit-sikit, kebetulan time masuk rumah baru tu dia pon masuk rumah area yang sama gak. ada jugak yang di grab dari internet.

Ok tips pertama.

Pastikan lepas dapat kunci rumah, lawatilah rumah anda. Masuk rumah dengan lafaz basmallah, bagi salam dan juga minta husband (atau korang sendiri, kalau pergi sendiri lah) pergi tingkat atas sekali, bukan loteng tau (kalau rumah dua tingkat, atau 3 tingkat atau banyak tingkat) kalau rumah setingkat memadai la kat bawah je, berdiri mengadap kiblat dan azan kuat-kuat bagi satu rumah dengar.

Kemudian, kalau nak explore rumah, explore lah dulu. Tips seterusnya adalah mengunci rumah anda, pagar, tingkap, tingkap toilet, sliding door pintu dan segalanya yang memungkinkan access mudah keluar masuk rumah oleh pencuri kabel letrik selepas anda explore rumah baru anda. Heheh. betul ni bukan lawak, sebab selepas dapat kunci rumah, developer tak akan bertanggungjawab kalau ada berlaku kes kecurian kabel kalau defect rumah developer tanggung la, kalau curi-curi selepas dapat kunci dia tak tanggung. rugi nanti wiring bukan murah. ni pesanan developer rumah sue dulu la. manggakan la gate tu kalau anda suka.

Tips seterusnya.

Apabila meter letrik dan meter air dah dipasang dan rumah telah mempunyai bekalan air serta bekalan elektrik. Sila pastikan pili air di rumah anda mengalirkan air dengan sempurna. Buka semua pili air anda serentak. Selalunya pili dapur dan pili luar rumah adalah aliran direct dari punca air kat luar so kuat sikit, pili toilet adalah dari tangki simpanan so bila bukak semua posibiliti air tu jadi slow adalah tinggi lagi-lagi kat tingkat atas. Kemudian, periksa keadaan tangki simpanan, kot-kot ade tikus mati ke buang dulu la. kemudian penuhkan tangki air simpanan tu, bila dah penuh buang semua air tersebut. nak buat dua kali pon boleh, saja nak cuci tangki dan bagi aliran air ok. Selain tu nak test samada tangki ada bocor ke tak.

Tip ke empat.

Selalunya, bila letrik dah ada, technican atau kontraktor yang buat wiring rumah akan buat pemeriksaan sama ada setiap soket atau punca lampu/kipas ada letrik. Dia selalu bawak satu mentol untuk pastikan letrik ada. Make sure, anda ikut dia buat pemeriksaan, kadang-kadang diaorang pandai ngelat skip-skip satu dua punca letrik dan soket terutamanya yang tinggi. So kalau korang ada tangga, sedia siap-siap sebab kadang-kadang diaorang tak bawak tangga pon, jadi punca letrik yang tinggi-tinggi diaorang skip.

Tips ke lima.

Pergi ke rumah dan duduk di dalam rumah baru anda di saat hujan sedang turun dengan lebatnya. Pastikan takde sambungan atap atau atap yang bocor dan mengalirkan air. Ok ni berlaku pada rumah aku ok. joint atap dia pendek sangat, dia seal tetap air hujan boleh tembus kalau hujan lebat gila. Caranya hanya dengan menukar joint atap yang lebih panjang. Seal-seal tak mo.

Tips ke enam.

Sila goyang-goyangkan pemegang tangga rumah anda, pastikan ia kukuh. kadang-kadang ada yang longgar dan bergoyang-goyang.

Tips ke tujuh.

Sila ketuk semua tiles rumah anda satu persatu. Ada yang kosong tandakan dan minta dia pecah dan tampal yang baru dengan elok. Nak ketuk ni paling senang pakai pemutar skru panjang. kalau taknak duduk mencangkung ikat la pemutar skru tu pada kayu penyapu ketuk la sambil berdiri. nak ketuk, bukan setakat ketuk sekali je kat tengah tiles tau. ketuk keliling perimeter tiles, sebab kat tengah-tengah selalunya ada simen, yang takde simen selalu kat tepi-tepi tiles. Pakai kayu pon boleh tapi kalau pakai besi ni bunyi ketuk kosong nya nyata sikit dari ketuk dengan kayu senang beza, kayu kan leh menyerap bunyi (ni teori aku la).

Tips ke lapan.

Buka tutup tingkap anda semaksimum mungkin. Pastikan tingkap boleh kunci sempurna. Sliding door selalu ada masalah bila dah kunci dia tak berkunci pon. Erm, paham tak maksud aku? korang dah naikkan selak dia tapi still boleh terbukak jugak, maksudnya selak dia walaupun dah naik tapi tak bertemu dengan lubang selak yang sepatutnya. mintak dia ganti selak lain or adjust selak tu. tak menjadi mintak dia tukar satu set sliding door. hahah. (ni jadi kat rumah kuarters dulu tau, sebab aku takut tinggal sorang diri dengan sliding door yang tak kunci aku suh diaorang repair selak tu).

Tips ke sembilan.

Bilik air tingkat atas tidak bocor. Hehe. Caranya, ambil binding tape, sealkan sepenuhnya lubang aliran air keluar. Penuhkan bilik air dengan air buat ala2 kolam gitu. Biarkan seminggu, kalau kering topap la airnya kalau nak lagi lama pon boleh. Lepas seminggu, tengok ada kesan air bocor tak di siling tingkat bawah rumah korang. Kalau ada, tunjuk la dengan wakil developer dan sila la minta dia pecah balik lantai toilet tu dan pastikan dia letak sealer toilet tu dengan sempurna. Selalunya lepas letak sealer ni dia kena tinggalkan sehari bagi kering. Korang pergi la check sealer dia tu penuh ke tak penuh.. lepas dia repair toilet yang bocor itu ketuk satu-satu tiles dia. jangan bagi ada kosong.

Tips ke sepuluh.

Periksa dinding rumah anda, kalau ada retak sila maklumkan segera.

Dah cukup semua sampai tips ke 10, boleh la buat renovation rumah dengan senang hati. Kenapa sue suruh wat semua dulu benda kat atas tu sebelum renovation?? kerana selalunya developer tidak akan melakukan baik pulih ke atas bahagian rumah yang telah anda renovate.

penutup saluran air toilet atas

penutup saluran air toilet master bedroom
Tips ke sebelas ni anda kena buat semasa proses renovation baru nak bermula iaitu, aliran air keluar dari toilet tingkat atas. Ni buat kalau korang nak buat cornish rumah la. Perasan tak rumah korang ada siling yang terjojol keluar dari siling sepatutnya.. selalunya dibuat daripada kayu dan letaknya betul-betul dibawah toilet di tingkat atas. Ni adalah penutup saluran air toilet atas. cara nak wat pemeriksaan adalah minta kontraktor anda buka penutup ni sebelum dia mula nak buat cornish, memang selalunya dia bukak dulu la sebelum buat apa-apa, kemudian korang bukak air dalam toilet supaya air mengalir dalam saluran ni kalau boleh biar lama sikit sebab kalau sikit bocornya memang air keluar pelahan-lahan. So kalau bocor, cepat-cepat mintak developer repair sebelum buat cornish, sayang woo kalau dah buat cornish baru tahu bocor.. cornish nak buat pon bukan murah dan cornish ni bukan tahan air pon. kena air rosak la dia. ni pengalaman sendiri ni, nasib baik kontraktor aku ni boleh tahanla jujurnya bila dia bukak penutup ni dia tengok ada bocor, dia cepat2 call aku suh developer repair dulu sebelum dia proceed dengan cornish.

Ok selepas proses menyiasat rumah dengan 11 tips di atas selesai barulah anda boleh merenovate dengan jayanya.

Kalau aku buat permulaan, aku carik orang grill dulu sebab grill ambil masa nak siap. Bila rumah dah bergrill dengan senang hatinya korang boleh simpan segala peralatan untuk renovate macam simen, tiles di dalam rumah tanpa takut kena curik. heheh. Berlaku tau kecurian simen dan tiles. hahaha. dan lagi besi untuk naik tembok rumah tu.. tu pon orang ada hati tau nak curik, gamaknya untuk wat renovate rumah dia kot. hihihihi.

Owh lagi satu, bila meter air dah dipasang, kalau dia tak pasangkan sekali kunci untuk meter air, korang beli la ye di kedai-kedai hardware berhampiran.. meter air pon ade tau orang nak curi. hahaha..
macam ni lah lebih kurang rupe kunci meter airnya.. 
Lepas carik grill, kalau korang agak rasa nak tinted rumah, boleh la tinted. Tapi kena tau la kalau tinted waktu malam kalau bukak lampu sekiranya rumah tidak berlangsir memang nampak terang dan nyatala dalam rumah ye. Tinted ni kena pasang sebelum korang pasang grill tau. bile dah pasang grill dah takde peluang nak tinted melainkan korang kopak kan grill cantik korang tadi.

Grill ada tiga jenis. jenis stainless steel yang gila mak datuk mahal nak mamposs, grill jenis wrought iron yang terbahagi dua, solid mari atau hollow mari atau gabungan solid dan hollow.. dan lagi satu adalah mild steel yang selalunya akan di coatingkan dengan coating jenis powder coating. kalau banding harga la, ni mengikut pengalaman aku sebenarnya. paling mahal stainless steel la, then diikuti oleh solid wrought iron, combination solid dan hollow wrought iron then hollow wrought iron dan juga mild steel.. heheh. Aku ambil yang combination sebab laki aku yang nak, ikut hati nak yang powder coating tu sebab lawa giler. wrought iron cepat karat gitu tapi korang leh cat balik sendiri, kalau powder coating takde dah nak cat-cat balik sebab nak buat coat dia pon kena masuk oven khas. tapi powder coating ni idaklah sekejap je dia bertahan, lame jugak laa adelah dekat 10 tahun gitu boleh tahan lagi cantiknya.. kononnya la menurut kontrakktor itu. huhu.

Lepas grill kami tempah langsir. rumah aku pakai langsir kain untuk sliding door je, yang lain semuanya pakai blind konon-konon nya. bajet tak nak tukar-tukar dah la blind tu pakai la berpuluh-puluh tahun. tapi tengoklah nanti macam mana.. hehehe

Lepas langsir,aktiviti membeli lampu dan kipas. heheh.

sambil-sambil pilih lampu dan kipas, renovation untuk kitchen cabinet, cornish dan wiring berjalan serentak.

hehe.

Owh, tips memilih kontraktor. kalau korang bajet lebih, boleh hired kontraktor yang glamer ataupun interior designer (ID). hehe. harga dia berlipat-lipat kali ganda. hahahah. Ni pengalaman sendiri la, tapi kalau interior designer ni dia lengkap pakejnya dengan quality check and warranty. tu yang kena bayar mahal sikit tu. Kalau bajet ciput macam aku, selain usha-usha dengan opismate yang dah pernah renovate rumah, boleh la korang tunggu kontraktor yang banyak menyerang dengan quotation-quotation semasa korang menziarahi rumah. Percayalah, korang belum lagi sampai rumah nanti ade la kereta kontraktor mengekor, korang berhenti je, nak bukak pintu rumah nanti dia keluarlah menyapa.. heheh. masa tu mintak je quotation dan name card banyak-banyak. mintak dia tunjuk secara reallife kerja dia. Sama ada rumah orang lain yang dia tengah renovate, atau show house yang dia buat, atau showroom kat kedai dia. aku tak berapa suka kalau dia nak tunjuk showhouse atau showroom dia sebab of coz la dia akan membina contoh yang sangat berkualiti, tapi kebetulan ada area rumah yang baru jugak lah dapat kunci sebelum rumah aku dan tengah membuat renovation so bolehla aku tengok hasil real yang bakal diperoleh. Kualiti mesti mau ada walaupon harga murah. hehehe. lepas ada banyak pilihan, buatlah pilihan terbaik dari segi harga dan kualiti.

Kalau aku dulu, kitchen cabinet aku tu rm3300 je tau, siap dia pakej singki, aluminium dish rack, full aluminum 5 ft'  top cabinet dan 10 ft table top complete with aluminium cabinet door pintu serta adjust piping untuk singki, piping untuk washing machine dan piping untuk pipe luar rumah. murahkan.. kalau dengan ID mau cecah 10k tau. sebab aku nak yang full aluminium, bukan pintu cabinet je alumimium, yelah duk umah yang posibiliti dihinggapi anai-anai tinggi ni kena kurangkan penggunaan kayu semaksimum mungkin. hehehe.

Untuk yang buat wiring, silalah ambik kontraktor yang mempunyai akuan dari suruhanjaya tenaga ye. Mahal sikit yang penting kualitinya ada dan keselamatan terjamin. hehhe. tolonglah jangan ambil wiring dari kedai letrik yang belum comfirm ada akuan untuk buat wiring, sebab selalunya kedai letrik ni dia tau pasang je, wiring-wiring belum tentu yakin cantik.

Takat ni je lah dulu ye.. hehehe. kalau rajin nanti adelah kesinambungannya ek. hehehe
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

28 comments:

  1. Kitchen cabinet aluminium tu buat kt mane? How about the quality?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy buat dgn ez golden sdn bhd..quality bagus.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Ble bg contact kitchen cabinet x??
      mohdazeme@gmail.com
      Tq..

      Delete
  2. Thanks 4 sharing

    ReplyDelete
  3. Tips yang sangat2 bagus..Thanks 4 sharing..;p
    sambil2 follow u..;p

    ReplyDelete
  4. bestnye tip kat cni... tq2. sy nak buat reno umah. nasib baik search dulu. kalau x mesti kontraktor dah xnak bertanggungjawab kalau dah reno baru dpt tau ada pe2 defect kan.

    ReplyDelete
  5. KITCHEN CABINET ni buat dengan siapa?

    ReplyDelete
  6. kitchen cabinet buat dengan sapa ye? mohon emelkan ke emel sy : nurdeeina.1905@gmail.com

    ReplyDelete
  7. tqvm, ada perkara yg saya x terpikir, till saya terbaca ur tips, tq

    ReplyDelete
  8. kitchen cabinet buat dengan sapa ye? mohon emelkan ke emel sy : nurshuhadakhairi@yahoo.com

    ReplyDelete
  9. slm.rsnye kte berjiran la..sbb umh sy pon sama pattern ngn awk...btw nk tny..area umh awk ade naik anai2 x..coz umh sy kne anai2. pdhl br jee sthn dok umh ni..ni sjambak brapa?

    ReplyDelete
  10. terbaik kebetulan sy nk msuk rumah bru..tq bg info bguna ni

    ReplyDelete
  11. kitchen cabinet buat dengan sapa ye? mohon emelkan ke emel sy : botaqs_80@yahoo.com

    ReplyDelete
  12. saya rasa selepas dpt kunci yg pertama sekali ialah check rumah tu ada ke tak dulu.... hehehe

    ReplyDelete
  13. Boleh minta no tel syarikat buat aluminium cabinet tu? email saya, manstir7@gmail.com

    ReplyDelete
  14. Thanks for the infos. Sangat2 berguna. 😊
    Boleh tau kitchen cabinet buat dengan siapa ye? And contact numbernya?
    ziana.azizan@gmail.com
    Thanks! 😊

    ReplyDelete
  15. Terima ksh atas perkongsian yg besttt..boleh jd panduan d ms akn dtg :)

    ReplyDelete
  16. Saya pun nak tau pasal kichen kabinet. Dapat tak lagi harga tu?

    Emailkan ye contact nabihah.hamid@gmail.com

    ReplyDelete
  17. Saya rasa x salah kot nk nyatakan company kitchen cabinet tu kat sini. Kalu kualiti bagus, harga berpatutan elok sebarkan utk kebaikan semua. Company tu pun takkan marah kan?

    ReplyDelete
  18. Mohon emailkan contact no kitchen cabinet .... sharom76@gmail.com

    ReplyDelete
  19. Hi..tq for the info... semoga u dipermudahkan urusan.. boleh x sharing contact nombor ez golden sdn bhd? Email i.. mashi_wanie@yahoo.com

    ReplyDelete
  20. Mohon emailkan contact number kitchen cabinet.....farahrequired1002@gmail.com

    ReplyDelete
  21. Sharekan jugak company kutchen kabinet ea.
    nfadilah3@yahoo.com

    ReplyDelete
  22. mohon email kan no contact kitchen cabinet topena55@gmail.com tq..

    ReplyDelete
  23. mohon email kan no contact kitchen cabinet topena55@gmail.com tq..

    ReplyDelete
  24. mohon email kan no contact kitchen cabinet topena55@gmail.com tq..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.