Khasiat Buah Delima untuk wanita hamil

7 comments
Assalamualikum.

alhamdulillah sepanjang mengandung ni belum ade masalah nak dapat buah delima, teringat dulu masa tengah TTC nak dapat buah delima memang susah. Sekarang ni pergi je Kipmart Masai bahagian buah banyak sangat buah delima dijual. Ade yang sebiji RM5 ade yang RM 3 biji, pilih je mana suka. Aku suka gile buah delima yang RM5 1 biji tu, isi dia merah manis dan buahnya besar. Berbaloi-baloi. Buah delima ni kalau beli aku sorang je yang makan. Sekali hadap habis sebiji buah. Nyum nyum nyum sedapp..

Aku tahu delima ni bagus untuk wanita yang ingin hamil dan wanita yang sedang hamil.

Aku share petua yang aku dapat dari mak aku dulu masa aku tengah berusaha untuk pregnant. Cari buah delima yang kelopak atasnya masih ade semua. Erk, paham tak aku maksudkan ape..  aku tandekan dalam gambar ape aku maksudkan dengan kelopak delima.. tak taula istilah betul dia ape, tp mak aku kate tu kelopak so aku ikutla kelopak. Kate mak aku untuk jadikan delima ni sebagai ubat, petuanya carik delima yang kesemua kelopak nya stil attach pade buah, kalau ade yang patah carik buah delima yang lain. So tiap kali beli delima memang aku carik yang kelopaknya masih ade, cuma cantik tak cantik je laa.. hahah. Bile makan buah delima ni dia suruh baca al-fatihah dan ayat kursi, dan niat dalam hati nak kite nak ape. jangan ko niat dalam hati aku nak kereta plak, tak dapatnye lah kereta.. niat untuk kesihatan tubuh badan la ek.. hehehe..

Delima Kipmart masai RM5 sebijik..
See kelopak atau crown delima yang cantik atas tu..

INI KEBAIKAN DAN KHASIAT BUAH DELIMA..tak semestinya untuk wanita yang mengandun' je ye, semua pon ley dapat khasiatnye....

  • Mengekalkan keadaan jantung dan hati yang sihat
  • Membersihkan hati dan saluran perkumuhan
  • Menyingkirkan lemak berlebihan
  • Meningkatkan tenaga seksual suami/isteri 
  • Mencegah rasa mual
  • Menstabilkan hormon semasa haid dan melancarkan kitaran haid
  • Mencantikkan kulit muka
  • Membantu memulihkan pesakit kencing manis
  • Berupaya menghapuskan kahak
  • Memberi tenaga dan mencegah keletihan
  • Mencegah angin ahmar bagi warga emas
  • Meningkatkan peredaran darah
  • Mencegah dan merawat kanser
  • Membantu menstabilkan tahap kolestrol dalam darah
  • Membakar lemak dan mengurangkan berat badan
  • Membantu menguatkan sistem percernaan dan usus
  • Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung
  • Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu
  • Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan
  • Membantu mendapat bayi yang sihat dan kulit yang cantik
  • Membantu mengurangkan batuk dan lelah
  • Membantu merendahkan dan menstabilkan tekanan darah
  • Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar
  • Membantu membaik pulih sistem hati dan limpa
  • Membantu mencuci buah pinggang dan saluran kencing
  • Membantu menstabilkan hormon wanita yang menopous

****Buah Delima disebutkan dalam al-Quran “Dan Dialah yang menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.” – Al-An’am:99

Nabi Muhammad SAW bersabda, “Tidak ada delima yang tidak mempunyai buah dari delima surga di dalamnya” (HR Abu Nu’aim)

Rasulullah bersabda, “Buah delima dan kulitnya memperkuat pencernaan di perut.” (HR Abu Nu’aim dan Al-Jauzi)

Setiap kali Ibnu Abbas mendapati buah delima, dia akan memakannya. Orang-orang menanyakan kepadanya mengapa dia melakukan hal itu, dan dia menjawab, “Aku benar-benar percaya bahwa tak ada satu pun buah delima di dunia ini yang tidak mengandung satu biji dari salah satu biji dari surga. Barangkali biji ini adalah yang dari surga itu.” (Kisah sahabat)

Akak ofis aku kate, kalau selalu makan buah delima time mengandung nanti bibir anak merah bak delima. betul ke tak aku pon tak sure, nanti tengok bibir anak aku merah ke tak ek..
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

7 comments:

  1. akak makan sepanjang preggy husna dulu...husna mmg xkena kuning walaupun peluang tinggi sbb akak dr O

    ReplyDelete
  2. ooo.. eh.. delima memang baik untuk kulit baby ek. sue darah AB, tapi hubby darah o. akan kena kuning tak ek?? ade petua kate minum ribena beberapa bulan sebelum deliver kalau tak nak anak kuning betul ke kak yana?

    ReplyDelete
  3. Air ribena cm xberkesan ja..sy dulu mmg hari2 minum ribena sbb mmg suke tu ms pregnant..p bby kena kuning jugak..plus drh o..hihi..

    ReplyDelete
  4. Fantastic goods from you, man. I've understand your stuff previous to and you are just too magnificent. I actually like what you've
    acquired right here, certainly like what you're stating and the way by which you are saying it. You are making it entertaining and you still take care of to keep it wise. I can't wait to read much more from you.
    This is really a wonderful website.

    My web site How to get rid of stretch marks

    ReplyDelete
  5. Have you ever considered publishing an e-book
    or guest authoring on other websites? I have a blog centered on the same information you discuss and
    would really like to have you share some stories/information.

    I know my subscribers would enjoy your work. If you're even remotely interested, feel free to send me an e-mail.

    Also visit my webpage: stretch mark lotion

    ReplyDelete
  6. Info yang sangat menarik dan berguna. terima kasih untuk perkongsian. :)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum...
    Salam perkenalan..
    Ape rasa buah delima ye?
    Nampak gayanye nak kena preggy lagi la ni sebab preggy 4x dulu tak pernah teringin nak makan buah delima..alangkah ruginya..
    Jemputla menyinggah ke laman blog saya...
    Terima kasih... :D

    ReplyDelete

Powered by Blogger.