Universal Studio Singapura by Public Bus

Leave a Comment
Assalamualikum..

Mari mari mari. entry panas dari oven. Baru terjadi semalam, yakni 14 November 2012 bersamaan hari Rabu. Hari cuti rehat.. Hahaha.

Planning nak pergi Universal studio ni dah lame gila. Dari bulan mei ye tuan-tuan puan-puan. Ye, tiket aku beli online bulan 5, bulan 11 baru terhegeh-hegeh nak pergi. Tu pon sebab tiket dah nak expired ok, kalau tak tertangguh la sampai bertahun-tahun. aku ngan laki aku memang berpenyakit tak boleh merancang cuti terlalu lama, comfirm akan tidak menjadi. Dia kena on the dot punya plan, baru menjadi. Tengok kisah nak g honeymoon aku, mane jadik.. ;p . Macam nak pergi USS semalam lah ni. Memang tak plan langsung, sudahnya pergi waktu cuti sekolah yang gile mak datuk ramainya orang..  So bagi sesiapa yang nak pergi USS sila beli tiket online sebab kalau beli on the spot akan beratur panjang hanya untuk membli tiket dan membuang masa, tiket online USS ni valid selama 6 bulan, boleh pergi bila-bila masa suka dalam tempoh itu.

Kebenaran ke luar negara bagi penjawat awam.

Owh, sebagai kakitangan kerajaan, sesungguhnya ko kena isi kebenaran untuk pergi ke luar negara. Luar negara lah sangat la setakat ko masak nasik di Johor, patah balik  Johor Singapore Johor pon nasik tak masak lagi. dengan syarat tak jem la ye, kalau jem, kau balik johor nasik dah hangus. kekeke. Tapi oleh sebab ini rancangan segera, so aku telah pergi tanpa kebenaran. bukan taknak mintak, nak mintak kebenaran paling lambat kena sebulan sebelum pergi. Dah tu kebenaran kena hantar ke ibu pejabatla pulak untuk dapat kelulusan. Aku actually dah banyak kali isi borang permohonan ke luar negara ni. Rasanya dah 3 kali. Pertama kali aku nak pergi Brunei time hari raya, kali ke dua nak g singapura ikut rombongan ofis pergi USS, kali ke tiga bulan 5 tahun ni la tadi, konon nya nak pergi USS lagi since aku tak jadi ikut rombongan sebab laki aku kerja pada hari kejadian. Kenapa perlu dapat kebenaran?? Actually, aku pon tak tahu tapi EO tempat aku bagi tahu kebenaran ni adalah untuk keselamatan kita, kiranya nasib tak baik berlaku apa-apa semasa kita di negara orang, segala kemudahan dan keistimewaan sebagai penjawat awam still terpelihara, nak guna ayat tak sedapnya adalah, kalau ko tetiba mati di luar negara, waris still akan dapat pencen selayaknya. Kalau tak tak laku. gitu la kiranya sefahaman aku la, kalau salah aku tak tanggung, sila tanya EO masing-masing ok.

So bebalik kepada cite panas baru keluar oven ni.

Penukaran mata wang dolar singapura. 

Aku dan laki aku tukar dolar singapura di citysquare JB, tukar RM500 dapat $200 dolar singapura. dengan nilaii tukaran mata wang $100 = RM250. Sikitnya dapat, huhuhu. Nasibla. Aku tukar duit tu satu hari sebelum pergi USS, yakni pada hari Deepavali. ngeh3. Rasanya ada tempat yang korang boleh tukar dengan nilai yang lebih menguntungkan kot. Sebab di CS JB tu, aku dan laki aku pergi 2 money changer yang sangat berdekatan, money changer pertama $200 = RM502, money changer kedua $200 = RM500. Kalau ikut aku, nak jelajah 1 JB punya money changer untuk dapat nilai lebih menarik, tapi laki aku mane nak melayan, dapat murah RM2 dia terus tukar. Jadikla RM2 boleh jugak guna untuk beli aiskrim sundae McD.

Pada hari kejadian.

Kami bertolak dari rumah pukul 8.00 pagi. Tapi aku suggest korang bertolak la awal-awal ye lain kali. Sampai JB sentral pukul 8.50, mengisi perut yang lapar di KFC sampai pukul 9.20. Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan yang nak ke USS menaiki public bus macam kami ni, kena lah tahu yang bas ke USS ada 1 dalam masa 1 jam, laki aku dapat info every 15 minutes per bus. Takde maknanya.. info tak betul. So oleh kerana pukul 10.00 ada lagi satu bas ke USS, maka tercongok la kami di stesen bas tu menunggu. Sebelum korang sampai ke stesen bas, korang kena lalu satu kaunter  immigration untuk pengesahan passport, masukkan sahaja passport korang dalam slit yang disediakan, lepas dia identify passport tu, dia mintak korang scan thumbprint. Bila setel kaunter akan lepaskan korang dan teruskan perjalanan yang boleh tahan la jauh untuk ke station bus. Semua orang aku tengok jalan laju-laju, tapi kalau dah tahu bas bertolak pukul berapa, korang boleh take time lagi. Aku sertakan sekali timetable bas untuk rujukan korang ye. turun ke platform A dan jalan terus ke station bas seberang jalan. Bas yang korang kena naik adalah bas TS8 dari syarikat bas Transtar. Tiket boleh dapat di dalam bas dengan bayaran RM 5.00 seorang, kanak-kanak aku tak sure sangat tapi rasanya RM2.50. Maybe ok, aku tak sure sangat.
Bile bas sampai, naik la korang dan bas akan gerak ke CIQ di singapura. Bila dia suruh turun bas, turun la dan hangkut semua harta benda jagan tinggal 1 pon, kerana peluang untuk naik bas yang sama adalah mungkin tipis. please stick to your ticket. Turun je bas, korang jalanlah selaju boleh ke kaunter immigration, beraturlah di barisan yang korang nak, nasib kami kurang baik kot, dapat barisan yang sepatutnya satu barisan satu kaunter tapi siapa lah bijak sangat jadikan 2 barisan 1 kaunter. memangla lambat gila nak sampai kaunter kerana kena berselang seli plak. Ok sebelum sampai kaunter isilah borang Disembarkation/Embarkation form for visitor. Rasanya borang ni singapore yang punya. Dia gelar "white card". Semua kena isi tidak berkecuali kanak-kanak atau bayi. So mak-mak bapak-bapak jangan lupa isi kan untuk anak-anak. borang ni boleh dapat di kaunter immigration di singapura tu. Isilah sambil berdiri menanti giliran anda ye. Keratan kecik yang dia tinggalkan dalam passport perlu apabila anda nak keluar dari singapura nanti. jangan hilang plak ye..

White Card

Lepas passport korang di cop, bolehlah bergegas keluar untuk naik bas, rezeki baik, boleh naik bas yang sama. Kalau tak, korang naiklah bas syarikat yang sama kemudiannya. Kena tunggu sekejapla since bas ada 1 jam 1 je..

Then korang akan menempuh perjalanan lebih kurang 40 minit untuk sampai ke USS, Kami sampai dalam pukul 11.45 gitu.. Sesampainya di USS, aku cadangkan korang beli terus tiket bas balik ke Johor dengan nilai tiket $5 per pax untuk adult. Selesai beli tiket, silalah naik ke atas. Naik-naik 1st thing yang korang boleh tengok adalah Globe USS yang famous itu. Bergambarlah sekejap sebab comfirm bila korang keluar nanti dah malam. Pandangan time pagi tak sama macam malam. Bagi yang dah ada tiket macam kiteorang tak payah la beratur beli tiket lagi, terusla masuk ke USS, nanti dia akan scan barcode yang ada di pintu masuk. Kalau korang bernasib agak kurang baik macam kami yang pergi di saat cuti sekolah, belilah Universal Express. Boleh dapat di kedai-kedai suvernior di dalam USS dengan nilai $30 per pass. tak payah beratur panjang-panjang nak main attraction atau show, cuma universal express ni boleh guna untuk sekali je untuk setiap attraction dan show, kalau nak masuk lagi sekali kena berbaris macam orang lain.

Bila korang masuk ke USS, benda pertama yang korang perlu ambik adalah Studio Guide dan Show list. Cadangan aku, kejarlah dulu setiap show yang ada, kemudian baru masuk attraction yang sepanjang masa ada. Sebelum mula ambil masa untuk rancang perjalanan dalam USS anda dengan mengambil kira show-show yang ada. Tak besar mana pon USS ni, tak jauh sangat jalan. Better kejar dulu show-show yang ada pada masa tertentu then main attraction lain di interval show yang di tentukan. Kami bernasib baik dapat kejar semua stage show yang ada. Seronok giler. Heheh. Attraction kebanyakkan tidak sesuai untuk ibu mengandung macam aku ni, jadi laki aku aje lah yang main. Aku tukang tunggu beg. Mulakan dari sebelah kanan dengan turutan Hollywood, Newyork, Sci-Fi City, Ancient Egypt, The Lost World, Far-far away dan Madagascar. Percayalah berbaloi-baloi. 

Korang layan lah gamba-gamba aku yang tak seberapa ni. Next entry aku cerita pasal tips-tips lain tak seberapa dari aku termasuk restoran makanan halal, surau dan lain-lain tips ye..
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.