Assalamualaikum..
Amek kau!! Tajuk panjang berjela. Yup, sejak dua menjak menuju ke tarikh EDD ni, aku suka men"stress"kan diri aku sendiri a.k.a saja takde kerja carik kerja untuk memilih breastpump ngan botol susu.
Erk, takdela pilih sangat pon since aku memang nekad dan tekad untuk membeli spectra3 sahaja, tak mampu den nak sambar swing, since niat yang satu nak bf anak exclusively sampai 2 tahun, insyaAllah.
Sila tahu, semangat aku berkobar sejak awal mengandung. Yes, ade kan entry review breastpump awal-awal ngandung dulu. Tapi, semangat pernah dilanda kemarau kejap.. tetiba kurang semangat dipertengahan kerana aku tak rasa pon sakit-sakit tegang-tegang perit-perit sensitif-sensitif breast or nipple sepanjang aku pregnant menyebabkan aku risau if beli pump elektrik, dan aku inverted nipple dibuatnya in the end susu aku takde kang rugi duit. Pemikiran negatif yang menyebabkan aku tetiba tak minat beli breastpump elektrik dan hanya nak beli manual. agak-agak susu melimpah ruah baru beli pump. Jahat tol pemikiran ni ek?
Walaupon aku dilanda mode negatif, but i still read susuibu forum. lompat-lompat dari 1 thread ke thread lain tanpa meninggalkan jejak. baca pengalaman orang yang dah berjaya breastfeed tapi same jugak menghadapi masalah waktu mula-mula.. nekad dan tekad untuk menyusukan anak walau apa halangan, aku kagum tapi tetap lagi aura negatif kuat until a few days before, semangat aku naik balik dan semakin naik semalam lepas pergi kursus keibubapaan di klinik kesihatan masai.
2 sebab..
1. Lawatan tapak oleh akak opis yang baru bersalin dan baru lepas cuti bersalin yang berkongsi masalah pencetus aura negatif aku sebelum tu tapi berjaya breastfeed anak dia dan susu dia banyak.. alhamdulillah. dia bagitau dia menyesal tak buat stok time pantang susu dia banyak gile sampai baju t-shirt sentiasa basah. bengkak susu sampai demam-demam. Nasihat dia supaya aku wat stok time pantang sambil susukan baby.. sama je sebenarnya kisah akak ni dengan kisah-kisah yang aku kagum gile baca dalam thread forum, tapi tak tau cite real life sebegini mampu menghapus semua aura negatif aku terus tukar ke aura positif..
2. Nurse KK bgtau, bile niat nak susu ibu, selalu motivasikan diri tiap hari "susu aku cukup untuk breastfeed baby" hari-hari agar hormon prolaktin terhasil. takde istilah susu takde bile lahirkan anak. jangan patah semangat.. kena bagi signal ke otak yang kite nak susukan baby.. insyaAllah susu ade. terus aku nekad untuk dapatkan jugak breastpump. yang paling aku mampu spectra 3 la sebab boleh powerpumping dua2 belah breast.. nak beli freestyle, takcukup pitihh.. ni hasil dari bacaan thread ni la, aku baca antara cara untuk banyakkan susu yang mula nya sikit.. powerpumping, walaupon mulanya hasil kecewa, kena teruskan jugak powerpump.. doakan semangat aku kuat ye.. amin.. doakan mudah perjalanan breastfeed baby aku.. amin..
So.. aku pon mengoogle dan menggoggle kembali since lawatan tapak akak opis tu lagi, yup, aku takdelah pening nak pilih pump mane dah, tapi aku pening nak beli kat mana? hahaha. online?? atau terus sahaja ke fabulous mom di skudai. Aci tak?? aku suka memeningkan diri kan? aku sebenarnya pening dengan tawaran pakej yang menarik. hahaha. betul aku tak leh decide ni. aku pening.. mesti korang kate, eleh, tu pon nak pening. huhuhuhu. haihh..
Why why why, nape aku terlampau fussy ni.. huhu.
Lagi satu.. botol air.
Since aku berkobar-kobar nak breastfeed anak, aku nak anak aku tidak akan merejek tetek mak dia ni bile dah naik kerja nanti Kena train juga minum susu mama dengan botol, since sedar diri sendiri adalah wanita bekerja..tapi tetek mak dia tetap sumber no 1, kena tolong mak dia rangsang susu lebih untuk supply demand meriah gile. amin amin.. aku minat gile dengan botol mam sebab botol dia comel dan warna-warni. Aku dah survey-survey starter set mam yang ada, around RM162 yang paling murah aku jumpa. Suddenly macam mana pulak aku boleh terbaca review time menggoggle carik set lebih murah tadi ke satu blog yang review pasal botol mam is not supportive of breastfeeding mum..hanya kerana bukaan mulut baby yang kecil tak seluas ketika directfeed menyebabkan nanti dia reject nipple ibu dan lebih suka minum dari botol.. APA!!! terus hati berbelah bagi nak pakai mam ke tak.. hanya kerana 1 review.. adehhh.. susah betul jadi aku ni cepat benar berubah pemikiran. menurut review tu avent lebih mesra breastfeed mum..
avent mahal dekat nak rm200 set newborn starter..lepas diskaun, tak diskaun dua ratus lebey..walaupon mam pon mahal jugak sebenarnya tapi much more cheaper than avent. sebenarnya aku tak yah susah-susah pon pikir nak beli botol apa since hubby pon kasi je pon beli botol avent, tapi aku dok memikirkan kalau duit aku laburkan rugi begitu sahaja kalau baby reject botol avent, tu satu alasan, lagi lah bila aku baca juga review yang banyak menyatakan botol avent leaking kerap sangat.. dah align betul-betul pon tetap leaking.. dua cane tu?? lagi sekali korang akan kate eleh, budak ni tu pon nak pening-pening.
Aku tanye-tanye orang yang lebih senior until aku dapat jawapan yang completely meyakinkan aku untuk tidak payah pening-pening. akak aku yang baik hati dok bagi ayat sedap, beli je ape-ape asalkan BPA free, siap ulang 2 kali BPA free sebab yang nak minum anak aku, jangan dok beli ikut sedap rasa aku yang aku suka terkinja-kinja nak beli tanpa fikir pasal baby. lepas tu dah beli yang mahal beratus, anak tak mo minum terus melolong tak tentu pasal. hahaha. ayat dia membawa maksud lebih kurang gitu laah.. so aku dah tak fikir dah nak beli yang mana, yang murah atau yang mahal yang penting BPA free. dan aku dah cancel dah niat untuk beli yang starter set, beli je asing-asing. oleh sebab hubby kasi beli avent, beli avent je la kot.. tapi kalau kat kedai aku terbeli yang lain.. as long as BPA free tu lah yang aku beli.. kalau baby taknak, kite tukar yang lain pulak.. yang penting BPA free hehe.
Suka peningkan kepala sendiri kan. ape daa..
Tapi sekarang aku still tak leh decide pakej pump yang mana.. hermm.. haha
tepuk dada tanya iman, ni aku pening semua sebab napsu je.. napsu semata.. napsu napsu..
moral of the story? aku saje je nak buat entry.. hahaha. nanti korang tengok la in the end, budak yang pening tak tentu pasal ni beli ape.. beli macam mana.. ikut napsu ke ikut ukuran ketebalan poket sendiri yang tak seberapa ni ke tak.. haha.
Terima kasih sebab membaca
Pemergian Kakak Arwah Abah
4 hours ago
0 comments:
Post a Comment