Of wirid and dua ketika hamil

2 comments
Assalamualaikum.

Sepanjang mengandungkan salman dari start positif upt until a day before melahirkan aku mengamalkan bacaan berikut setiap hari. Sikit sahaja tapi aku nak pastikan salman mendengar alunan wirid dan dua untuk dirinya setiap hari. Aku baca juga a few surah yang jadi amalan orang mengandung. Macam surah maryam, yusof, luqman etc.. Aku rasa korang semua tau fadilatnya untuk apa dan aku tak payahlah nak bagitau kat sini. Heheh. Tapi itulah, kadang-kadang tak sempat baca since kalau balik umah melepek je keja kepenatan.. Usually aku baca di ofis lepas solat.. Setakat baca sehelai taklah ambek masa sangat boleh rehatkan diri sekejap dari kerja bagi refresh minda orang kate.. Kadang tak menyempat jugak oleh kerana kekangan kerja. Sometimes aku baca surah-surah lazim je pun.. Huhu..

Sedar kekhilafan dan kelemahan diri ini, aku harus jugak peruntukkan sedikit bacaan al-quran untuk salman in my tummy setiap hari.. Ape aku buat? Setiap hari aku akan baca selawat nabi, al-fatihah sekali, ayat kursi sekali, surah al-ikhlas 3 kali, then wirid nama-nama Allah, al-awal, ya dzaljalaliwalikram dan al-jalil setiap satunya 21 kali.. Itu je.. Wajib baca tiap hari. Untuk elak aku lupa or leka.. Aku baca tiap pagi on da way pergi kerja.. Sampai parking aku baca wirid tu since nak kena kira kan, karang tak fokus lak driving.. Actually boleh je baca banyak-banyak sambil-sambil drive tu.. Tapi korang taulah aku ni lesen je dah bertahun tapi aku pemandu 'muda'.. Boleh kira ngan jari bape bulan je baru aku bawak keta..tak abes lagi jari tangan ni buat kira experience aku bawak keta.. Kehkehkeh.. Kalau boleh aku nak biar je tanda "P" tu kat keta..

So itu jelah amalan lain yang aku amal semasa pregnantkan salman. 3 nama Allah yang aku baca tu fadhilatnya supaya kandungan sihat dan selamat dan mengelakkan keguguran.. Dengan kuasa dan kehendak Allah. :)
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

2 comments:

  1. Insya Allah semua bjalan dgn lancar ye..
    all the best and take care

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah dah selamat lahir babynya.. dengan kuasa Allah dipermudahkan sepanjang mengandung n melahirkan.. :)

      Delete

Powered by Blogger.