Developing Sleeping Pattern

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Alhamdulillah salman till now adalah seorang baby yang kurang meragam sejak lahir.. Kurang ye, bukan tek pernah meragam. Selalunya salman akan tidur lepas menyusu, kalau lepas menyusu tak tidur lagi, letak je salman kat atas tilam, kalau dia berada dalam keadaan rest (tak aktif dan tenang boleh buat-buat bunyi macam menyanyi-nyanyi, senyum dan tidak ketawa mengekek bile di agah) potensi salman untuk lelap sendiri adalah tinggi. Cuma jangan berinteraksi dengan dia, or just baring sebelah dia dan senyap.. (kadang-kadang mama yang tidur dulu.. hehe). Kalau dia masih berada dalam keadaan aktif, layan lah dulu sampai penat..(paling senang nak tau dia aktif ke tak, kite acah dia ketawa, or kalau berdiri dia melonjak-lonjak) Bile dah penat, comfirm dia akan tidur dalam sejam kemudian, tapi tu lah kena layan sahaje la kerjanya dalam sejam tu.. gelak-gelak.. bagi dia lonjak-lonjak sesuka hati.. nanti lama-lama dia penat.. letak je bawah dia menangis bagi susu nanti dia tidur la dengan lena dan selalunya sampai ke pagi.

Cuma cabarannya, jam pertama salman tidur, tak boleh ada gangguan bunyi langsung. Tengok movie tanpa bunyi hanya berpandukan subtitle adalah perkara biasa. even bunyi petik suis lampu pon boleh buatkan salman terjaga, apatah lagi kalau bercakap or bunyi mesin basuh or apa-apa bunyi lah.. cuma takde lah dia jaga terus buka mata, dia jaga nangis-nangis manja, kena cepat-cepat tepuk-tepuk bagi dia lena balik, kalau tak ambil masa lama nak bagi dia tidur balik.

Lebih mencabar kalau dia dah sehari suntuk berjalan dengan mama papa, tidur pon kejap-kejap je dan tak berapa nak lena.. dia akan mengamuk bila dah tidur then terganggu.. akan mula la episod salman didodoi dengan berdiri sebab masa tu dia dah tak mo minum dah. dia nangis sambil pejam mata tapi meronta-ronta.. Kena berdiri baru mama selesa nak hayun-hayun, pusing-pusing sambil tepuk-tepuk montot sambil selawat berzikir.. Dari menangis menjerit sakan tetiba nanti dia tidur, dodoi lah lagi a few minutes bagi betul-betul lena baru letak baring atas tilam.

Aku takdelah reti nak develop sleeping pattern salman, sleeping pattern dia berubah-ubah dari lahir.. cuma bila mama dah start naik kerja salman start tidur ke pagi. tapi masa bangun adalah 6 pagi dan ke atas. bile tidurnya cukup aku masih nak tidur-tidur lagi salman hanya akan senyap tak meragam, kalau tak berapa nak cukup dia akan menangis bile tak layan.

Cuma, start dari lepas pantang aku memang biasakan salman tidur start dari pukul 9-10 malam. Nak tidur kena lap badan, tukar pampers, sapu minyak telon dan tukar baju tidur baru menyusu.. Lampu tidur akan malap, dan tv kena dalam sound yang paling slow.. macam aku bagitau tadi, tengok movie berpandukan subtitle, takde makna nak layan sound effect bagai.. Alhamdulillah setakat ni salman boleh tidur lena..

For now malam salman akan tidur start pukul 9.00-10.00 bangun nanti pukul 5-6 pagi.. sometimes in between akan terjaga sekali or 2 kali, terjaga jenis yang tepuk-tepuk akan sambung tidur (sometimes mama tepuk sambil tidur), kadang-kadang kalau nangis sakan memang kena menyusu.. Kalau sabtu ahad, ade nap time pagi 8-10, then tengahari kejap.. then petang around 3-5.. kalau kat nursery tak sure tapi selalunya kalau amek pukul 5 lepas office hour, salman memang tengah tidur.. so by right memang dia ikut rutin tidur sebegitu kot

Tapi semenjak dah nak boleh makan ni, aku perhatikan salman selalu bangun dalam pukul 2 pagi menangis nak susu. Aku ada terbaca baru-baru ni.. dalam tengah sibuk mencari ilmu nak feeding baby salah satu tanda bayi dah perlu makan adalah sleeping pattern dah terganggu dimana bayi mula bangun lagi untuk menyusu biarpun sebelum ni dia dah develop corak tidur lena sehingga pagi. Aku tak tahu dokumen mana aku baca dah, ada banyak sangat sampai tak abes baca.. Main download jee.. hihihi..

So jadi nya tunggula entry salmanfaris and his first solid food esok..

Happy 6 months salman darling. Semoga menjadi anak soleh..
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.