Misi Projek Kasih Sayang #1 "Made with love": Bunga Telur Teddy Bear Part 1.

2 comments
Assalamualaikum.

Entah kenapa napsu DIY aku macam mencanak-canak pulak sekarang. Aku nak sediakan bunga telur teddy bear untuk majlis aqiqah salman. Semalam aku dah call my SIL, dia dah tempah 50 bunga telur teddy bear colour green and white untuk majlis aqiqah tu. Aku tak bagi tau pon aku dah beli teddy bear, aku bagi tau yang aku nak buat Goodies bag untuk majlis tu.. Which will become my Misi Projek Kasih Sayang #2. Haha aku jual nama asben aku padahal aku yang terhegeh2 nak bagi goodies tu.. Aku yakin laki aku on sahaja, sedekah kan untuk majlis tu. Pahala mama & papa & salman share sama-sama.. Aku dah terlupa dah yang aku nak beli magnet & yasin tu, macam dah berlalu begitu sahaja. Kih kih kih.. Tapi kalau ada rezeki terlebeh maybe aku beli jugak kot..

Nape DIY, sebab aku rasa seronok mengimbau detik-detik DIY untuk kawen hampir 4 tahun lepas.. Rasa puas sangat dapat buat bunga telur dan bunga dulang sendiri masa tu. So untuk anak bujang yang baru sorang ni mama buat Misi Projek Kasih Sayang (MPKS): "Made with love". Kau siap bernama projek serta tagline lagi. Hopefully bukan hangat-hangat tahi ayam sahajor.. Target untuk MPKS #1 buat masa sekarang cuma 50 ekor beruang kecik sahaja. Tema pastel green and white.

Aku suka pilihan warna kakak ipar aku. So thoughtful of her.. Yelaa anak dia gegurl, anak kami boboy.. Takkan nak pilih pink or blue.. macam berat sebelah kan, so to be safe green and white adalah 110% sesuai.. kalau tengah pregnant, scan-scan tak nampak jugak jantina, sure akan pilih 2 kali ni kan.. Tetiba aku rasa macam nak pergi tempah baju laa pulak.. sudahhh.. hahaha.

Comel kan.. Credit tuan punya hasil karya http://cutezteddy.blogspot.com/ korang suka design macam ni boleh beli dengan diaa ehh..
Dah 2 hari balik je kerja aku bawa salman merayap ke kedai-kedai pengantin nak survey barang, alah kedai dekat-dekat rumah je, hari ni aku ke kedai yang aku ada kad member.. Survey-survey dulu sebab aku ingat nak ke kedai cowboy kulai untuk tengok barang yang sama. hagak-hagak sane murah terus beli, kalau kat sini lagi murah karang aku beli sini je lahh nanti..

Sekarang aku rajin survey and cari idea nak buat MPKS #1 aku ni tercapai dengan jayanya.. Berdebar jugak, majlis ada lagi 2 bulan baru nak langsung.. Dulu DIY projek nak kawen aku single mingle lagi, tengok TV sambil pintal dawai bunga boleh lagi. Ni dah ada buah hati pengarang jantung , ada yang demand perhatian.. Kalau tak pegang, tepuk-tepuk, uli-uli usik-usik karang menjerit. Sungguh attention demand betul, dari menjerit tak dilayan then menangis tersedu sedan bertukar jadi menjerit-jerit macam kena picit, kite angkat boleh terus sengih-sengih.. ceh, salman saje buat mama heart attack ye sayang..

Owh sungguh tak sabar nak pergi beli barang nak mulakan MPKS #1 aku ni.. en asben dah janji sabtu kerja separuh hari. Sabtu kan cuti sibuk nak kerjaa. Sib baik dia sporting nak bawak g cowboy kulai tu, aku tak ingat kat mana dan macam mana rupanyaa.. Tapi aku pernah lalu, tapi aku tengok sepintas lalu aje.. Baca komen dekat blog orang, dia dari awalnya berangan hanya nak membeli seketul dua barang bile keluar dari tempat tu tolak satu troli penuh barang.. Acaneer laa tu ehh.. aku tak mo bayang ahhh..

Ok lahh ngantuk. Nak layan novel Projek Memikat Suami ni sementara salman tengah tidur nyenyak ni..

Tq sudi baca ;p
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

2 comments:

  1. Assalam.. Thanks promote akak punya Bunga Telur Teddy Bear.. Akk owner cutezteddy.blogspot.com... Sila2 lah jenguk page FB akk juga ya.. Bunga Telur Teddy Bear. /https://m.facebook.com/bungatelurteddybear

    ReplyDelete
  2. Assalam.. Thanks promote akak punya Bunga Telur Teddy Bear.. Akk owner cutezteddy.blogspot.com... Sila2 lah jenguk page FB akk juga ya.. Bunga Telur Teddy Bear. /https://m.facebook.com/bungatelurteddybear

    ReplyDelete

Powered by Blogger.