Salam maal hijrah. 4 tahun dahulu pada tarikh islam ini berlangsung our majlis bertandang. Hikhikhik.. Ingat but anniversary present of coz laa dapat masa actual date ikut tahun masihi..
Kebetulan cuti maal hijrah ni jatuh ngam ngam pada tarikh salman mencecah 7 bulan. Happy 7 month salmanfaris darling, semoga sentiasa membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh, kuat dan bijak..
Oklah cerita pasal zoo johor. Zoo johor ni boleh tahan cantik dan menarik.walaupom binatang tak berapa nak banyak, tapi ada singa, harimau, gajah dan unta. Ada banyak lagi tapi yang ni je yang aku tau comfirm ada, cuma gajahnya tengah training.. Takde dalam kandang. Siap ada sesi bergambar dengan ular sawa dan trip menunggang kuda. Pendek jee lawatan ke zoo johor ni, salman of coz laa tak faham apa lagi, mama suh tengok tiger dia sibuk perhati payung mama. Mama guna payung tu tiap kali hujan dan panas tau sayang, itu juga yang menarik.
Bayaran masuk untuk ke zoo johor rm2 untuk dewasa. Kanak-kanak tak sure berapa and of coz laa baby free.. Kikiki. Ramai giler orang pergi zoo johor ni. Tempat dia bersih, sampah tu tetap ada but tempat dia terjaga dan landskap dia marbeles, tu yang naik seri kot.
Zoo johor terletak berhadapan dengan pintu masuk masjid sultan abu bakar. Kami keluar darirumah pukul 11 lebih, pergi makan di food court larkin terus zass ke masjid dulu solat zohor. Parking terus kat perkarangan masjid then jalan kaki ke zoo.
Cuma zoo johor ni tak berape friendly dengan stroller baby, berbukit dan banyak tangga.. so berbabywearing adalah amat digalakkan.. Kami pakai stoller nasib baik stroller ringan, angkat dengan salman sekali pon papa gagah lagi.. Kuat betul papa.. Hikhikhik.. Pusing dalam tu tak lama pon since panas dan papa dah penat hangkut salman dalam stroller, kurang dari sejam kot kiteorang kat dalam tu.. Gambar pon kurang. Hanya ada gambar mama dan salman je banyak.. Amek pakai ipad je sebab mama lupa charge bateri kamera. Siap ade gambar tercover dengan casing ipad jugak.. Tapi gambar mama n salman tetap cun. Tq papa amek gambar cun.
Dan untuk perkembangan salman sempena 7 bulan ni. Dah pandai hulur tangan balik kalau kite hulur tangan kat dia nak dukung, suka gile berdiri, dah pandai merajuk, pandai carik mama dah kalau orang lain dukung dia. Nak tidur mama kena landing sebelah baru cepat sikit tidur, dah ada bunga-bunga nak duduk sendiri, sekali je dia duduk 2 hari lepas. Dah pandai berdiri dengan sokongan kabinet or mama or papa.. Aku takut gile dia tersembam ke belakang.. Kite baring dia sibuk jadikan badan kita untuk ampu diri supaya dapat berdiri.. Suka dengan segala berupa remote dan suka masuk dalam kabinet tv.. Dah pandai merangkak dengan jayanya, tapi kadang-kadang masih wujud aksi ulat bulu or merayap.. Dan yang paling best dia dah macam pandai sebut mama.. Kalau nangis je keluar laa emmmaa emmaaa.. Suke walaupon tak sure tu dia panggil aku ke tak tapi asal bunyi nyaa maaa.. Hahaha..
Paling suka juak part merajuk, nak solat aku letak dia atas carpet sebelah sejadah aku, memula dia tenung je aku solat, masuk rakaat ke 2 dah sudah dia start bunga nangis.. Bile aku sujud dan duduk antara dua sujud macam boolayan dia walaupon dia dah nangis makin kuat nangis.. Sampai rakaat ke 4 dia dah start nak panjat-panjat bantal peluk aku bentengkan supaya dia tak gerak ke area toilet.. Gaya macam nak merajuk siap pandang2 aku dan acah2 nak gi jauh sebab aku tak layan dia..aku habes je salam, terus panggil nama dia sambil hulur tangan, dengan lajunya dia merangkak balik dekat aku then sembam muka kat pehaa.. Olohhh.. Comelnyaaa.. Manja anak aku ni macam mama dia..
Hoho..
0 comments:
Post a Comment