Salmanfaris 1st solid food

Leave a Comment
Yummy..

Eh ehh.. Assalamualaikum..

Hai hai.. Hari ni 5 Oktober, menandakan yang salman faris dah boleh makan solid food. He is now 6 months old bebeh.. Hahah exited aku nak bagi anak sorang ni makan secara rasmi, dengan bib dan baby plate bagai.. sudu pon omey kau.. 

Jadi aktiviti bergambar hari ini..

After morning nap around 10 am, salman dah jaga dengan senyuman manja..

Then kena lah layan meniarap golek-golek atas play mate.. Hari ni belajar angkat bontot.. dah gaya nak pumping dah anak mama.. nak kuatkan lengan ehh??


Dia dah start hisap jari menandakan salman faris mama mula lapar.. So mama pon membelah avocado lenyek-lenyek jadi salman punya 1st solid baby food.. lenyek dengan sudu dan garpu je..


the avocado.. 
Campur sikit air.. letak dalam baby plate.. Rasanya portion ni adalah 1/4 daripada sebiji avocado. Tapi bile letak air jadi banyak pulak.. memula susukan salman dulu sikit.. then jom kita makan..



Memula salman duduk atas bean bag since mama tak beli pon high chair. Pada mulanya dia duduk elok, nganga mulut bila kita suakan sudu.. after a few suap dia mula jadi restless bila montot dia semakin tengelam dalam bean bag.. tangan pon mengapai-gapai sudu, siap hisap-hisap bib.. tak henti gerak susah mama nak control..


Jadi mama terpaksa ribakan salman dan support belakang dengan lengan. Salman teruskan makan dengan gumbira. Nganga mulut everytime nampak sudu.. Bila kita tunjuk sudu depan dia dia nganga baru suap.. kalau tak tak suap.. dari satu suapan ke satu suapan ambil masa 1-2 minit.. siap ada bunyi macam menyanyi-nyanyi dan gelak-gelak lagi salman makan.. Salman makan 20-30 suap.. Good boy anak mama. Tak habis pon potion atas tadi since suap tu guna sudu baby yang kecik, memula pakai yang besar tapi makanan keep on keluar, agaknya dalam sangat kot sudu tu, bila guna yang kecil tak dalam sangat, so boleh suap semua masuk mulut salman tak comot.. cukuplah untuk 1st day, dia nganga mulut tanda berminat nak makan dan boleh terima rasa avocado tu aku dah happy giler alhamdulillah.. Esok kita makan bila papa ada kat rumah ok sayang..


Lepas makan kena tukar baju since dah kotor jugak walaupon salman pakai bib. tangan tak reti duduk diam, nak jugak capai dan pegang sudu bila mama sua ke mulut.. Dah tukar baju boleh bermain dengan gembira sampai penat dan mengantuk..

Talk to the hand

Then talk to the leg..
Dah ngantuk mata kuyu..
Sekarang salman tengah tidur.. afternoon nap time pulak. Proses nak makan ambil masa sejam jugak laa.. Seronok sungguh tengok dia nganga mulut nak makanan.. Siap capai sudu suh masuk mulut lagi.. kikiki.. tak menyabar sungguh.. macam papa.. oopssiee.. hahaha
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.