Tips membawa bayi menaiki kapal terbang

1 comment
Assalamualaikum.

Salam aidiladha. Macam mana raya anda. Kami beraya di sarawak.

1st time bawak salman naik kapal terbang. Alhamdulillah, salmanfaris memang anak yang soleh. So well behave. Sayang anak mama.

Our total journey was 2 hour and 40 minutes. 35 minutes from JB to KL and another 2 hours 5 minutes flight from KL tu Bintulu. Yezzaa its a transit flight journey experience.. Thanks Allah sebab ada transit, walaupon pada awalnya aku rasa owh sungguh leceh nak kena bertransit bagai.  Tapi nak buat bagaimana takde direct flight ke bintulu dari JB. Aku suka travel but i hate the journey.. Kan best ada pintu suka hati doremon.

Oleh sebab salmanfaris adalah baby susu formula dah sekarang.. So what i should prepare thermos air and pre-measured formula milk. Kena bagi salman minum waktu take off and landing untuk elak dia meragam sebab sakit telinga kerana perubahan tekanan udara.. Tapi oleh sebab salman adalah anak yang soleh, dalam pada kapal terbang tu tengah pusing-pusing jalan-jalan dalam landasan nak tunggu turn sebelum take off dia dah tertidur dulu. And stay sleeping until landing. Mama bersyukur sangat. Alhamdulillah. Bile transit (kiteorang transit di KLIA for 2-3 hours before next flight) dia jaga dan bermain macam biasa.. Gurau-gurau manja..

Aku perasan salmanfaris sangat senang tidur kalau di gendong tepuk-tepuk bontot.. Lagi lah kalau ade rasa dibuai-buai sikit. Owh salman tak tidur buai, dia tidur atas tilam kekabu yang mama meroyan sangat nak beli waktu mengandung di atas lantai. Yerpp no baby cot for salman (walaupon mama nak sangat beli) since papa dah belikan katil single untuk dia.

So untuk sesiapa yang nak bawa baby naik kapal terbang buat pertama kali. Here's my simple tips.

1. Susukan bayi semasa take-off dan landing tak kisah la susu formula or susu mama. (so sediakan lah nursing cover anda yang cun-cun ye mama-mama)
2. Kalau baby anda minum susu formula, susukan dulu bayi sehingga kenyang sebelum masuk depature hall dan sebelum boarding bancuh susu lain.. (guna pre-measured formula milk lah lebih senang dan mudah)
3. Kalau bayi anda minum susu mama, kalau tak susukan baby sebelum boarding pon takpe, since boleh sua breast je nanti dan tak payah risau susu habes.. kan senang kan.. nikmatnya boleh bagi baby susu ibu.. (i envy uolls u know.. huhu, minta-minta adik baby nanti susu mama meriah kan salmanfaris?)
4. Sangat di suggest untuk memenatkan bayi anda dan menghalang baby anda daripada tidur sebelum boarding. Tujuannya adalah supaya dalam flight nanti dia tidur dengan mudah sebab dah penat. Hehe, tapi janganlah kejam sangat kalau flight seterusnya ada lagi 10 jam anda tak bagi anak anda tidur pulak sebab nak tunggu naik flight baru nak tidur.. hehehehe.. Jagakan anak anda 2-3 hours before flight seterusnya..
5. Dalam flight ada air panas, boleh minta daripada flight attenden, kalaukorang tak ade perlu transit di mana-mana tak payah bawak thermos pon takpe, kalau kena transit, memang kena bawak sebab di terminal tak tau lah aku mana nak dapat air panas.. (see sungguh untung boleh breastfeed baby kan kan?)
6. Bawa lah bantal kecil untuk keselesaan bayi anda tidur. Tapi kalau MAS dia ada sediakan bantal dan selimut, tak payah minta nanti dia kasi, flight lain aku tak tau.
7. Pastikan anda dapat seat belt baby yang boleh di attach sekali dengan seat belt anda.
8. Kalau anda pergi berdua atau dalam group family atau kawan-kawan, adalah disuggest untuk minta seat bersebelahan dengan partner or family. Senang nanti kalau nak dapatkan bantuan dari partner or family or friend yang dikenali daripada minta tolong total stranger.. kalau terpaksa travel sorang, minta laa tolong flight attenden.. (flight balik JB aku dan hubby tak dapat seat bersebelahan, huhu nasib baik kejap je flightnyaa).
9.Request seat near toilet di depan seboleh-bolehnya dan tolong avoid seat pada bahagian ekor kapal terbang (juga dekat dengan toilet) since kadar gegaran kalau melanggar awan adalah sangat-sangat tinggi dan sungguh boleh mengegarkan jiwa kalau duduk bahagian ekor.. Percayalah, lagi-lagi kalau anda jenis boleh mabuk udara.. Kalau takde baby, boleh lah tidur, kalau ada baby korang memang tak dapat nak lelap mata sepenuhnya, lagi lah kalau bayi anda tak tidur dan tengah asyik berjaga..
10. Please change your baby diapers walau pon anda rasa tak penuh dan tak perlu tukar lagi setiap kali sebelum naik kapal terbang. Kalau tau jadual waktu poo poo anak anda, please avoid membeli tiket perjalanan pada waktu tersebut.. kalau anak jenis poo poo berjadual laa. Tapi perut baby takde siapa yang tahu... Heheh, bila-bila dia nak poo poo diaa poo poo.. Heheheh.. Sama lah macam perut kitaa.. hehehehe..

Aku rasa itu sahaja kot tips aku. Hehe.. Berakhir dah debaran nak bawak salman naik flight..

Bile balik kampung, salman dengan rasminya dah bergerak ke depan pada hari raya haji. Jauh jugak dia gerak.. Gerak ke depan sebab nak kejar kuih lapis sarawak jiran kasi waktu hari raya tu..   Sebelum ni salman gigih meniarap dan berpusing-pusing di kawasan setempat je.. Sebelum ni jenuh aku umpan dia dengan pelbagai benda nak suh dia mara ke depan. Dia dah naik ke posisi merangkak tapi statik kat situ je, nampaknya dia nak di umpan dengan kek lapis sarawak juga. Memang anak warisan sarawak betul...sekarang dah boleh maju ke depan dengan penuh gaya kadang nak gerak dalam posisi merangkak, tapi dia tak reti sangat kot nak balance badan dengan satu tangan je. Jadi dia turunkan badan, then gerak tangan, angkat badan balik then gerak bontot untuk gerak ke depan, nak jugak dalam posisi merangkak. sungguh kelakar bila dia sungguh-sungguh gerakkan bontot untuk mara ke depan dalam posisi merangkak tapi tak boleh gerak sebab tak boleh angkat tangan.. hahahaha..

kamek mok nait belon ya klak neee...
Tips ni boleh guna pakai kalau flight anda dalam lingkungan 2-4 hours maks.. dan day flight yee.. bukan night flight..

Sebab apa, kerana salman boleh tidur paling lama sampai 3-4 hour straight kalau siang dan dalam keadaan penat,  kenyang dan pampers bersih. Kalau malam baru dia boleh tidur lama sampai 6 hour tanpa terjaga dan up to 8 hours dengan bangun sekali menyusu.. dengan apa jua keadaan.. walaupon pagi dah nap sampai 4 jam.. night time is sleep time bebeh.. hehehe.. Oleh sebab ni day flight dan bukan night flight aku tak mo komen lebih..  kalau rutin tidur baby korang sama lebih kurang salmanfaris mama anak soleh.. boleh guna pakai kaedah aku.. hehehehe..





Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

1 comment:

  1. Good info..sy pun nak try ank sy this coming nov..risau jgk ni..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.