Of Aqiqah salman

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Iolss baru lepas mengemop uolss gara-gara anak soleh yang telah berjaya menjengahkan diri ke dapur mama. Aku baru tinggalkan dia sekejap sebab nak mandi.. Aku takdelah mandi berjam-jam, rasanya mau 5 minit je kot, itu pon dengan pintu terbukak. sejak ada anak mandi tak boleh lama, pintu tak boleh tutup since kalau dia nangis tengok mama takde, aku boleh jerit dari toilet cakap "mama mandi, tunggu sekejap"..

Berbalik pada kisah dia meniarap nak masuk dapur tu, aku keluar-keluar je dari bilik mandi, aku tengok dia dah meniarap kat depan pintu dapur, bile tengok keluar aku dia sengih mengekek exited. bulat biji mata aku terkejut tengok dia dah merangkak jauh. Sejak dah pandai merangkak balik dari kampung aku 2 hari lepas, 1st time aku tengok dia bergerak jauh dari area playmat tempat dia guling-guling golek selalu. Perghh, kemajuan besar, mama dah kena seal dapur lah lepas ni.. Shopping pagar baby la pulak.. aku ingatkan lah dia tak reti lagi nak merayap, setakat dekat-dekat je dan tak akan meniarap atas lantai.

Kena kerap mop lantai la mama lepas ni.. huhuhu..

Eh aku nak cerita pasal aqiqah lah.

Rancangan asal nak buat aqiqah salman dan cousin dia ni pada 28 Disember, tapi di anjak 1 hari atas faktor catering banyak yang tak free hari tersebut. Jadinya majlis aqiqah akan di adakan pada 29 Disember (Ahad). Aku dan husband serahkan semua urusan catering pada my sis in law. Menu utama adalah daging kambing la. So majlis ni ada 3 ekor kambing. Puas la makan kambing nanti. hehehe.

Untuk fotografi aku dah book en faruq ni.. Faruqstudio. Gila marbeles hasil dia aku tengok dan pakej aqiqah yang dia sediakan aku rasa sangat menarik.. For less then RM500 dapat custom album with unlimited time & shoot. Plus dia tak charge pon transportation and dia ada anak lelaki cumeelll gilee. dia jadikan anak dia model. Dan juga aku suka hasil fotografi yang nampak clean dan tak serabut dengan pelbagai gaya editing..

Sekarang goodies pulak yang belum dihabis fikir.. My sis in law nak bagi bunga telur teddy untuk orang masjid, then nak bagi fancy cookies untuk tetamu yang hadir. Aku ingat nak bagi yasin with box & fridge magnet.. then berubah ke asma ul husna plak then sekarang terus blur tak tau nak bagi apa.. My sis in law rasanya memang nak jugak bunga telur teddy tu coz she ask us to buy the yasin, tapi bile mengenangkan yasin memang ramai sangat orang kasi, aku plak rasa tak berapa nak best.. kan best kalau ada yang bagi custom made ayat-ayat manzil ke ape.. ke ada eh??

Aku sampai dah ke tahap nak buat printing sendiri dah ni. hahaha..

Ok lah.. kalau ada idea goodies yang korang boleh share, please share ehh. Tq.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.