Petua Ketika Hamil: Anak Muka Berseri-seri

3 comments
Assalamualaikum.

Tengah mengantuk gila, surfing internet tetiba terjumpa petua ni. Sepanjang mengandungkan salman memang aku banyak makan buah delima, tapi tujuan aku supaya bibir salman merah bak delima disamping nak dapatkan khasiat delima. Tak pernah pulak tau salah satu sebabnya adalah untuk mendapatkan bayi yang mukanya berseri-seri.

Berseri-seri ye, tak semestinya comel ke, kacak ke, cantik ke, cerah ke.. hitam ke putih ke sawo matang ke kuning langsat ke yang tu aku rasa ikut genetik mak pak nya lah kot. Tapi tujuannya nak muka anak berseri-seri.. Semua mak pak akan kata anak dia comel yee dok?? hahaha

Aku jumpa di sini: 

dan aku copy dan paste kan yee..

WAJAH ANAK BERSERI-SERI

Oleh: HASNITA PAMA
Tarikh: 30 September 2013



Setiap ibu bapa pasti menginginkan bayi yang dikandung lahir sihat, sempurna dan comel. Semua bayi sememangnya dilahirkan comel.

Kata orang tua-tua, ketika mengandung, ibu elok amalkan makan buah delima sebiji sampai habis jika mahu wajah anak berseri-seri. Tetapi rahsianya, buah delima tersebut tidak boleh dikongsi dengan orang lain.In sha ALLAH, muka bayi akan berseri-seri bila dipandang.

Ni hasilnya bile aku makan semasa mengandungkan salman. korang rasa berseri tak? Mak pak nya takde laa berseri mana.. kalau rasa berseri boleh laa amal..



InsyaAllah. Lagipon delima banyak khasiat.. makan aje tak salah kan..


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

3 comments:

  1. anak pertama mmg tak makan
    anak kedua makan
    anak ketiga makan tapi kongsi

    hasil kajian yang no 2 tu puteh melepak2, sampai tak percaya tu anak sendiri
    sebab mak ayah warna coklat

    http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/11/vivix-shaklee-ikhtiar-murah-sakit-kronik.html

    ReplyDelete
  2. Kyra ada juga ngidam n beli buah delima ni.. tp still dlm peti ais tu, tak mkn2 pun lg.. huhu insyaAllah dgn izin Allh semuanya,kan.. amin..

    ReplyDelete
  3. Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Petua Cepat Hamil

    ReplyDelete

Powered by Blogger.