Piegon Peristaltic PLUS review

3 comments
Assalamualaikum.

Hai.. Hari ini nak bagi review pasal puting botol susu salman. 3 bulan pertama kelahiran salman, dia guna puting mam. Tapi sebelum aku naik kerja yakni sebelum salman di hantar ke taska, atas nasihat kak long dan abang long aku, aku tukar puting botol salman dengan puting piegon Peristaltic plus untuk 3 month.

Kenape aku tukar?

Erm katanya puting ni bagus sebab dia guna teknologi cross cut yang berfungsi untuk mengelakkan air susu keluar tanpa hisap walaupon botol tu diterbalik 90 darjah sekalipon.. dia guna mekanisma kalau baby tak hisap dia tak akan mengalir. sekaligus untuk mengelakkan bayi tersedak susu.. InsyaAllah.

Jenuh aku tonggengkan botol salman sambil snap gambar untuk tunjuk yang air susu tak menitis pon walau tonggengkan lama mana pon.. 

Sekarang salman pakai untuk 6 month plus
Alhamdulillah salman bukan jenis bayi reject puting susu. so takde masalah, tapi ada banyak review di internet ni yang kata kebanyakkan bayi boleh terima puting susu ni. Kebanyakkan ye, bukan semua. Setakat ni yang aku baca semua review aku baca mengatakan akhirnya bayi diaorang nak hisap puting botol ni setelah banyak botol dan puting botol di cuba.. Boleh lah korang tanya encik or makcik google ye.

Puting botol ni senang je ak carik, dekat Jusco, Tecso, giant kedai baby apatah lagi semua ada. Cuma selalu out of stock. Aku selalu kalau time Jcard day, item wajib aku beli adalah puting botol salman ni. Setakat ni salman ada 4 biji botol je, 3 dekat rumah 1 dekat taska. kalau dekat taska aku tukar puting 1 bulan sekali, dekat rumah 2 bulan sekali. Harga puting susu ni RM24, kalau ada sale dekat jusco boleh la dapat diskaun lagi. Selalunya dekat jusco dia tampal stiker warna hijau untuk puting susu ni.. aku tak sure warna hijau untuk berapa peratus.. 10 % kot..

Botol piegon peristaltic plus ni boleh tahan la jugak mahalnya. aku rasa macam lebih mahal dari botol mam.1st time aku beli puting ni dulu aku beli sekali dengan botolnya. 50 lebih jugak lah sebotol untuk yang 8 oz tu. Tapi sekarang ni aku just guna botol biasa yang BPA free untuk salman, yang penting botol kena wide neck supaya puting ni boleh diguna pakai..

Herm itu sahaja la kot. Aku nak sambung kemas rumah sebab salman dah tidur. hehe.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

3 comments:

  1. Salam perkenalan sis.wahh lepas ni boleh la beli puting pigeon ni.ramai kwn yg suggest brand ni utk bby ;)

    ReplyDelete
  2. a'ahh.. salman ok je ngan puting ni, ciri2 cross cut tu agak melegakan hati bile hantar anak ke taska/pengasuh..

    ReplyDelete
  3. salam, sy pn nk tukar botol anak ngn btol lebih murah tp nk pki puting pegion, ley suggest btol cmne yg fit?thanks

    ReplyDelete

Powered by Blogger.