Salman Faris 8 Bulan

1 comment
Assalamualaikum.

Bersiaran dari opis hari ini untuk ketenangan mengupdate blog selain boleh update blog dalam masa yang singkat sebab takde tangan kecil comel tolong type sekali. Kalau kat umah mama akan terpaksa tekan backspace banyak kali, terpaksa tekan delete banyak kali, terpaksa off capslocks banyak kali..

So 8 bulan yang cemerlang bersama salman faris.

kite tepek gambar sebijik..

Ini bukan gambar terkini anak soleh kesayangan, tapi gambar waktu 8 bulan. See the cute teeth? Haha @ 8 Bulan dah ade 4 batang gigi.

2 gigi pertama mama perasan dah tumbuh sebelum mama outstation ke PICC untuk konvokesyen on 18 Nov 2013. dah perasan dah ade putih-putih gigi di gusi tapi kalau tengok dari depan belum lagi nampak gigi.

hari isnin minggu yang mama perasan gigi tu, salman demam sampai kena pergi emergency HSI. Sebenarnya takde la kerana demam tu salman pergi emergency HSI sebab sepanjang mama dok pangku salman tunggu giliran dekat HSI tu demam dah kebah. Tapi kerana salman hilang suara gara-gara kahak yang pekat. Batuk kadang-kadang. Tapi hilang suara tu yang buat mama risau. Nasib baek bagi ubat cair kahak suara manja anak mama semakin kedengaran.. Sepanjang hari EL sebab jaga anak hilang suara tu dok mengomel aku.. "rindunya suara anak mama".. esoknya mama cuti sebab nak bagi sepenuh kasih sayang kat baby yang bila exited pon takde bunyi sangat.. Sengih je manjang. Demam takde, mungkin kahak je, batuk pon sekali sekala.. Ikut mama ni jenis kahak pekat.. Dalam 2 hari cuti tu mama perasan gigi atas salman dah nak tumbuh.. Sebab tu kot demam..

Tapi dengan rasminya gigi arnab tu muncul di mata kalau tengok dari depan minggu mama outstation tu la. Balik rumah papa kata gigi salman dah tumbuh 2 batang. Ololo comel je tengok gigi..

2 batang gigi seterusnya tumbuh minggu nenek, atok, mak ngah dan kakak-kakak abang sepupu salman ada di rumah..Nenek yang perasan 2 gigi bawah tu muncul dan kelihatan hari rabu 27 Nov. Patutlaa ada waktu mama rasa macam salman demam, tapi check suhu badan tak berape nak demam.. Nak tumbuh gigi lagi rupanya..

So tepat pada 8 bulan salman dah ade 4 batang gigi.

Kepandaian lain. Dah pandai nak naik tangga sampai 3 anak tangga dah naik sendiri, kalau mama tak tahan dan dukung terus mau dia teruskan naik lagi beranak-anak tangga.

Perasan tak wordless wednesday yang ada gambar kerusi merentangi pintu dapur dan tangga? Sekarang dah bijak dah, kerusi yang merentangi pintu dapur tu dia dah ade cara untuk tolak supaya ada laluan masuk dapur. Dia tolak sikit je ade ruang dia mencelah terus dia masuk. Pernah sekali tengok dah gaya macam anak kucing je, tak sangka celah yang kecik tu dia berjaya loloskan diri untuk menjelajah dapur.

Cuma belum ada kemajuan untuk berjalan, salman macam agak malas nak tatih-tatih, kita ajak dia tatih pegang tangan nanti dia duduk melutut then dia merangkak. Tapi ada orang kata kalau merangkak lama anak jadi bijak.. Tak kisah laa.. Memang la exited bila anak maju ke depan dalam perkembangan & pembesaran dia.. Tapi biarlah berlaku naturaly..yang penting salman sihat dan berkembang dan membesar secara normal.. Jadi anak yang bijak & soleh.. Amin..

Ok lah tu je... daaa..
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

1 comment:

Powered by Blogger.