Baby Solid Food: Bubur nasi instant untuk baby

Leave a Comment
Assalamualaikum

Hah.. before semua mama-mama mummy-mummy ummi-ummi ibu-ibu jump into conclusion yang Iolls sampai hati nak bagi anak soleh I makan instant bubur nasi yang ada.. sila baca dulu sampai habis ye..

Actually takde lah instant process food tu makanan segera. tapi instant dari segi segera siap untuk aku mama yang nak bagi anak makan fresh food tapi takde masa nak melecehkan diri di dapur sebelum pergi kerja yang masa nya sangat mencemburui beta ini kalau awal pagi nieh.. Cepat je masa berlalu..

Tak ingat dari mana dapat idea instant bubur ni sebenarnya.. tapi ada lah baca di mana-mana masa tengah google resepi solid food untuk salman. Instant kerana buburnya cepat sangat siap dan takyah perlu nak blender lagi pepagi buta..

Salman start makan bubur ni dari umur 7 bulan.. dari gigi baru nak tumbuh 2 batang sekarang dah 8 batang hee love bubur ni. Selalu akan jadi makan tengahari di taska or makan malam kat umah..
Hoho.. bubur instant ni masih dari beras laa.. takde letak seasoning langsung pon.. simply just bubur..
Cara nak buat pon senang jee.. hikhikhik.. memula cuci beras bersih bersih.. jangan bagi sampai beras kembang plak.. pastikan air cuci beras betul-betul tos.. gunalah penapis lebih senang.


Lepas dah cuci bersih.. sangai laa dalam kuali atas dapur.. sangai sampai betul-betul kering.. kadang-kadang jadi macam brownish sikit sebutir dua or berbutir-butir beras adalah normal. Jangan semua kuning sudah kecuali kalau pakai brown rice.. Tips nak tau dah betul-betul kering tak beras adalah bile beras dah jadi putih solid.. alah putih cam kertas.. beras kan warna cam putih lutcahaya gitu.. tak putih sangat.. bile basah lagi lah dia semakin lutcahaya.. so bile keringkan atas dapur nanti dia tukar jadi putih solid. Cecuba try dulu nanti bile dah buat baru korang faham ape aku cakap ni.. jangan cuba test ngan jari dah kering ke tak beras.. ade melecur karang. Api janganlaa besar sangat ehh lagi kecik lagi bagus.. tapi api kecik sangat nanti korang kena lebih tabah untuk menyangai beras tu.. beras sekali letak jangan banyak sangat letak sedang-sedang biar senang korang nak bagi dia kering serata..


Ok lepas dah keringkan semua beras.. tunggu beras sejuk then blender halus-halus.. dah blender simpan dalam bekas kedap udara.. masuk dalam petiais pon boleh..


Bile nak guna.. masaklah macam masak nasi biasa.. selalunya akan guna 2 cup air untuk 4 sudu beras. Sudu aku guna adalah sudu aiscream yang dapat kalau makan aiskrim baskin robbins tu.. tu sukatan aku guna untuk masakan bubur untuk makan tengahari salman di taska.. aku letak dalam bekas makanan kedap haba untuk salman. Berapa lama masak? Selalunya aku masak bubur salman atas dapur je.. sebab kalau nak masak guna rice cooker alahh sikit bebeno.. hahah tak economic.. masak atas dapur lebih cepat siap.. api dapur boleb adjust2.. kalau aku masak sebelum mandi aku guna api sedang kurang 10 minit dah siap bubur salman.. keluar toilet mandi aku terus tutup je api dapur.. then letak sikit carrot blend and ikan bilis blend siaplaa..

Kalau aku nak bagi salman bubur ayam.. portion ayam memang dah siap aku asingkan untuk sekali buat bubur. Nak defrost pon cepat je.. aku cincang lumat-lumat ayam yang dah siap cuci then aku masukkan terus dalam bubur sebelum masak then masak cam biasa. Dappp.. kadang2 aku sengaja masak lebih sambil suap salman aku makan sama... kalau ada masa lebih nak makan bubur dengan ikan.. aku masak bubur dan rebus ikan sekali.. Rebus ikan asing laa bukan masuk dalam bubur.. dah siap aku ambik isi ikan then gaul je sekali ngan bubur yang dah siap.. tak yah dah blender lagi.. instant tak? Bagi aku dah cukup instant tu.. Kikiki..



Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.