Buying Baby 1st Shoes?

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Kasut oh kasut.

Seingat aku last sekali aku membeli kasut adalah seminggu selepas aku disahkan mengandungkan salman.. tahun lepas.. Pheww.. dalam setahun 8 bulan jugak lah aku tak membeli kasut baru. Salman pon dah nak genap 1 tahun sabtu ni insyaAllah. Masa tu aku beli 2 pasang, satu sandal flat dan satu lagi kasut bertutup raya ada heels tapi heels nya 1 inci je kot.. Both sandal and shoes aku still pakai sekarang.. Sandal tu kononnya aku pakai untuk ke kerja, mak yong kena pakai kasut flat je kan.. Yang heels aku pakai untuk raya laa.. Salman kan rezeki ramadan.. Alhamdulillah.. So omak shopping sekali la untuk raya. Mak yong nak melaram jugak di pagi raya. ngeee.. ^___^.

So setelah salman lahir, naik kerja lepas pantang dek kerana keselesaan kasut dan sandal tu aku masih belasah je pakai lagipon elok sangat lagi. Aku ni jenis tak de kasut banyak pelbagai jenis rupa warna dan fesyen.. Ada satu untuk jalan satu lagi kasut bertutup untuk mesyuarat atau majlis rasmi di ofis pon dah cukup dah. Kalau ada kenduri aku belasah je pakai kasut bertutup ofis tu.. Sandal pon aku pakai hari-hari ke ofis. Kikiki.. Selesa. 

Laki aku pon sama. Kasut dan sandal dia pon sama tak bertukar sejak sebelum raya 2 tahun lepas.. Elok lagi so kami raya tahun 2013 tu tadi memang melebihkan salman je la. Dipendekan cerita, awal bulan 3 hari tu aku pon bagitau husband yang aku nak beli kasut baru. Nak beli kasut kerja dan kasut flat untuk jalan-jalan. So kami pon memanjangkan langkah ke JPO. Cadangnya nak beli kasut kat FO Clarks, tapi aku tak kenan dengan kasut-kasut situ. Kalau ade design yang cantik pon mak aihh berinci-inci tinggi heels nya.. dengan aku nak mendukung salman lagi mau tergolek mak dan anak. Kalau tak mendukung salman pon aku rasa tak stabil nak pakai kasut heels lagi, pusat graviti aku menjadi semakin tinggi pulak nanti.. 

Pusing-pusing 1 clarks memang yakin tak jumpa kasut pilihan, tetiba tengok en hubby parking kat bahagian kasut kanak-kanak. Sudahnya kami laki bini beli kasut salman pulak. mama yang carik kasut salman pulak yang dibelikan kasut. Its his 1st shoes uools.. kelas anak aku kasut pertama terus belasah beli clarks. Kebetulan memang teacher salman bagitau dia sekarang perlukan kasut sebab dah pandai nak main keluar dah.. So beli satu sandal dan satu lagi kasut. Bajet terus nak pakai raya aku beli saiz besar terus, tak muat lagi kasut tu kalau sandal boleh lagi ketat-ketatkan kasut dah 2 kali pakai kaki salman asyik terkeluar mujur tak tercicir kasut.. Total 2 pasang kasut salman RM120 something gitu. Sandal tu murah sikit dari kasut. Murahla bagi aku untuk kasut berkualiti macam tu berbaloi-baloi la kot, tak muat salman nanti bagi adik pakai... Oleh sebab aku rasa macam tak wajar je nak bagi salman pakai sandal clarks ke taska jadi kami beli lagi satu  sandal untuk pakai di taska, beli baby kiko dekat JUSCO harganya RM38.90 beli je lah masa tu sebab dah takde choice dan kesuntukan masa Jusco dah nak tutup.
tengok betapa besarnya sandal aku beli untuk salman sampai tak nampak hujung kaki salman..  bagi lama sikit pakai.. baru berbaloi..
Berkejaran pergi bayar kasut salman.

Salman 1st shoe and sandal..
Lepas tu konon nak carik FO hush puppies sebab ada member bagitau hush puppies baru bukak cawangan di JPO. Aku dah berkurun tak pergi JPO so kami pon jalan lah anak beranak ke wing baru, sekali tak jumpa.. Bukan tak jumpa sebenarnya kami tak jalan sampai hujung memang lah tak jumpa. sebab dah penat berjalan, hubby aku soh tengok dari jauh je ade ke Hush Puppies kat wing tu.. aku plak maybe salah port berdiri nak tengok dan teropong dari jauh, sign board hush puppies tu terlindung plak dengan board kedai lain.. So aku ingat information kawan aku tu salah lahh.. Carik la ke tempat lain. Sudahnya tak jumpa. Aku dah monyok dah ni tak dapat apa yang hajati, sampai bawah laki aku nak pergi solat dulu, lepas solat kami ingat nak balik dah tapi terjumpa lak directory kat bawah. Tadi bijak sangat tak rujuk directory kan, sudahnya Hush Puppies tu terletak kat wing yang aku jenguk dari jauh tu.. Ke main eksited lagi omak masuk hush puppies. Try-try kasut memula berkenan dengan kasut flat bertutup tu, konon boleh 2 dalam 1 nak shopping or jalan-jalan boleh nak pakai kerja pon boleh. Beli satu kasut dah cukup.. Sekali aku gatal pergi sarung lagi kasut heel 2 inci ke 1 and half aku pon tak sure inci dia tapi tak tinggi mana kaler cream, sokaaa. pakai sambil dokong salman masih stabil la.. Nampak seksi lagi kaki uolls.. Then kat bahagian atas kasut heel tu aku terpandang plak kasut kerja formal kaler dark coklat..try test waahh selesanyaaaaa.. terus rasa nak lompat-lompat. So aku ada pilihan 3 kasut, semua aku mintak nak try both pair of shoes. Tapi bajet aku limit pada 2 pasang je.. So kena buat wise choice. Then aku decide laa nak amek kasut heel kaler cream n kasut kerja kaler coklat tu, laki aku plak tanye nape tak amek semua, aku sengeh-sengeh manja bila dia kata ambikla semua abang belanja.. Yabedabedu.. laju-laju suh tokey kedai bungkus semua.. So dapat la omak kasut 3 pasang..

Papa salman plak beli kasut di kedai kasut dalam Jusco, tak ingat dah kedai apa tapi dekat dengan Harris sebab main masuk je dalam perjalanan nak ke Harris tu haah.. Hubby ni jenis kalau kenan terus beli, takde jalan-jalan survey lagi macam aku. Senang orang laki eh.. Ada duit, berkenan terus bayar..

Kasut baru anak beranak
Koleksi kasut baru anak beranak papa 1 pasang, salman 2 pasang mama 3 pasang.. Mama kan Queen kena lebih. ^_______^

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.