Hectic Life

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Haha. takdelah hectic sangat pon life aku. Cecumaa aku dah lama tak berblog sebab sibuk. Kih kih kih..

5 Mac lepas salman dah menginjak ke usia 11 bulan. Alhamdulillah. Dari 10 bulan ke 11 bulan anak aku mencipta sejarah sendiri. 1st time masuk hospital. hopefully yang last laa, tak mo masuk lagi.

Nak dijadikan cerita.. 2 minggu lepas batuk manja-manja, tau batuk manja2 macam mana.. batuk yang orang yang tak duduk dengan dia lama tak kan tau yang salman tengah mengalami batuk, kadang-kadang teacher yang kat taska pon tak tau yang salman batuk, means sepanjang hari di taska dia takde batuk.. malam or awal pagi je kadang-kadang dia batuk terutama kalau menangis lama.. aku gelar tu batuk-batuk manja.. tetiba hari ahad (minggu aku start hari ahad sebab johor kerja hari ahad) minggu yang warded tu dia batuk macam berkahak dan kerap. batuk tanpa demam. Aku bawak ke klinik doktor kata takde ape, dan bagi ubat cair kahak. Aku bagi ikut dos biasa la.. tapi tetiba malam selasa dia demam pulak pagi selasa tu dah kebah dah but dia tetiba bersin dan keluar hingus.. means selesema la.. kebiasaan aku dan laki aku kalau salman demam malam even pagi dah kebah aku or suami akan ambil cuti untuk monitor, hari selasa tu kebetulan ade lawatan instrument dari BPTV so aku memang tak boleh lah nak cuti.. en somi lah yang kena cuti. Tengah hari aku balik rumah jenguk salman. Dia takde demam pon tengahari tu dan aktif macam biasa. Dos ubat memang bagi 6 jam sekali.

Namun begitu, biarpon salman tak demam, petang balik kerja aku dan somi tetap bawak salman ke klinik untuk check up. salman tak demam tetapi doktor kate salman ade bunyi cam wheezing dan salman terpaksa di neb kan. After neb bunyi tu tetap ada dan tak hilang..  dia buat surat refer ke KPJ Pasir Gudang, since taska salman dah ada 2 kes baby kena jangkitan kuman pada paru-paru.. So kami pergi bahagian emergency KJP Pasir Gudang, doktor check dan memang comfirm ade wheezing tapi suhu salman 37.3 dalam border antara demam dan tak demam dan dia tanya nak warded ke or refer pakar kanak-kanak esok pagi? Laju je suami aku kata tak nak warded. Balik laa kami ke rumah semula.. Cuma nasihatnya kalau salman deman tinggi cecepat bawak ke hospital. Dapat appointment jumpa dr aziz esoknya. Jadi mama pon EL la untuk hari rabu.

Hari kejadian salman makan panadol pukul 9 dek kerana demam balik.. pukul 10 sebelum jumpa doktor suhu badan salman dah 38.4.. dia tanya bila salman last makan ubat dan makan ubat apa.. aku jawabla pukul 10, syrup paracetamol... dia call doktor untuk advise dan dr arahkan salman diberikan dimasukkan laa ubat bontot.. . aku ni tanye laa untuk kepastian ubat bontot apa yang dia bagi sebab ubat bontot yang aku dapat dr klinik jenis paracetamol jugak dan dinasihatkan oleh pharmacist klinik kalau baru bagi dos makan paracetamol tak boleh masuk ubat bontot.. boleh guna selepas 6 jam.. Even tu aku tahu hospital pakar aku tak dapat menahan diri untuk tanya sebab secetek pengetahuan aku ni ubat bontot tak boleh dimasukkan kalau baru makan panadol.. masa tu salman baru je makan ubat pukul 9. Dia cakap tu bukan paracetamol dan dia tak bagi full dose, dia hanya masukkan half je..

Dipendekkan cerita after jumpa dr pakar, dia comfirm ade bunyi dalam paru-paru salman disertakan dengan comfirmation dengan blood test dan x-ray memang ade jangkitan kuman dalam paru-paru kanan salman terpaksa admit ward.. Nasib laa result blood test salman still atas border line.. takde laa teruk sangat. Dan salman aktif macam biasa cuma kuantiti susu yang salman minum berkurangan dari biasa.. mean dia tak mo menyusu sangat.. Selalunya pantang sua susu.. nenen je kerjanya.. Jadi, bermalam lah kami 4 hari 3 malam di ward. Every day papa balik kerja akan stay dengan salman n mama di hospital. awal sebelum subuh papa balik siap-siap pergi kerja. Tengahari pon papa balik jenguk di hospital, lepas solat zohor pergi balik kerja. Nasib baik dapat bilik 2 katil je.. ruang bilik luas.. selesa.. dan nasib baik insurance company papa boleh cover. dapat masuk hospital dekat dengan rumah dekat tempat kerja. hari-hari dok tenung bumbung rumah dari tingkap bilik.. hari ke 3 salman dah tak drip.. dah minum macam biasa.. selera pon bertambah-tambah siap makan nasi ayam.. demam hari pertama dah takde tapi since kena drip antibiotik so kene tunggu antibiotik habis.. huuu..

Minggu salman warded tu jugak laa berlangsung festival layang-layang yang mama tunggu-tunggu nak bawak salman pergi. Even discharge hari sabtu festival masih berlangsung tapi tak kose dah nak bawak salman bersesak-sesak dikhalayak ramai di tengah panas.. After salman dicharge hari ahad papa jaga dirumah.. isnin dan selasa mama jaga plak. Hari rabu salman ikut mama meeting plak sampai hari sabtu.. Balik je dari meeting mama plak yang demam-demam. Sebenarnya sebelum meeting tu dah rasa tak sedap badan.. Ingatkan sebab dok hospital jaga salman, so badan letih..so abaikan.. Akhirnya melarat jadi demam dan pening-pening kepale yang havoc.. ditambah dengan cik P yang datang menziarah.. sungguh tidak terdaya dengan period pain plak tetiba ada.. Namun, alhamdulillah dah kembali seperti biasa..

Niat di hati ni macam nak pergi SPA plak urut-urut badan yang lenguh-lenguh. Nak ganti puasa pon badan rasa lemau gila.. huhu.. Gitu laah al kisahnyaa.. rindu nak update blog idea ada tapi masa takde.. haha.. Nanti-nanti lah ye..
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.