Cookies Review: Cadbury Cookies dan Congo bars by Mrs Nawuza Bakery

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Sekarang aku tengah sibuk menghabiskan puasa ganti yang ada 10 hari tu. Now dah solesai ganti 8 days so 2 more days to go. I dont blame puasa made me surfing or craving or buying or stalking or imagining  all kind of food, cookies and all kind of food yang jarang makan. aku salahkan napsu aku.

Haha. Bila puasa aku rasa automatik napsu aku mengila nak makan, lagilah sebab tengah ganti puasa, ko puasa masa orang lain boleh makan. Mula la aku kepingin nak makan. for this week je 1st day puasa aku makan KFC, 2nd day KFC & McD, 3rd day Manhattan Fish Market dan 4th day today aku makan MCD balik..

Ok kenapa plak nak makan McD banyak kali.. KFC makan sampai 2 kali. Hehe. Sebab hari pertama aku beli ayam for hubby, zinger dan wedges untuk aku. End up aku cuma makan wedges.. Hari ke-2 aku beli nugget ayam, spicy chicken mcdeluxe dan apple pie, none for hubby sebab dia outstation balik kol 3 pagi aku just makan burger zinger KFC dan apple pie sahaja. on the 3rd day puasa hubby aku amik cuti half day pagi sebab penat, bukak peti ais dia boleh habiskan nugget dan spicy chicken mcdeluxe aku so in return dia bawa aku buka puasa di manhattan fish market. Oleh sebab spicy chicken mc deluxe is MY favorite so hari ini aku zass lagi ke McD untuk beli lagi, plus kali ni aku beli ayam goreng McD untuk hubby dan apple pie laa macam biasa. Untuk hari ini aku berjaya habiskan makanan aku. Haha. Sungguh tidak senonoh dok makan fast food je.. dan sungguh nyata napsu aku membeli makanan macam-macam lebih dari yang apa perut aku boleh terima. Nasib baik hari ke-4 aku dah insap dah.. Beli apa yang aku mampu telan. Ko tak tau bertapa tempted nya aku nak beli sundae coklat dan bubur ayam jugak tadi. Nasib baik dah sedar diri. Esok aku ingat nak masak je, dah kebetulan cuti kan. aku baru dapat ikan free, fresh lagi.. yummm.. teringat ikan yang aku makan di manhattan semalam..

Sungguh panjang mukadimah.. sori... sori. actually aku nak review mengenai salah satu tuntutan napsu aku. Sungguh tempted tengok dalam facebook aku apa lagi terus zass whatsapps.. Aku dapat ni dari blog yang pernah singgah di blog aku ni. Tengah takde kerja tengahari, tengah puasa tak keluar makan kan apa lagi aku blog hop laa ke blog blog yang terjangkau dek keyboard aku.. Jumpa la entry pasal congo bars ni. Aku tahu pemilik tuan blog tinggal di kawasan taman aku, tak tau pulak adalah jiran.. Ambik tempahan yang dah siap sambil berjalan kaki. Hahah.. Aku beli on 2nd day aku puasa tapi dapat on 3rd day since Mrs Nawuza Bakery buat freshly made congo bars. Tempah, bagitau bila nak then dah siap nanti ambik.

Nak tengok rupa congo bars..

Tada..

Congo bars by Mrs Nawuza Bakery
Sori lah aku dah ngap dulu baru ingat nak ambik gambar. Hehe. Aku beli medium size 18 pcs for RM25. Worth every penny sebab aku bila aku makan tak sangka dah sampai 3. Sedap, banyak kacang dan chocolate chips..Bagi pencinta coklat macam aku memang sedap lah..

Lagi satu aku beli cadbury cookies. Pon RM25 gak..Sedap bak famous amos. Hubby pon suka. Gambar aku culik dari facebook Mrs Nawuza bakery. Sebab aku punya dah kat dalam perut tak dan dah nak ambik gambar. Ko nampak cadbury yang nampak seketul-seketul tu.. emmm.. tergoda?



Ni je lah yang sempat di snap sebelum di makan. Aku bawak sikit ke ofis sebab dah janji ngan ofismate. Dia pon cakap sedap..

So sesiapa nak order boleh order ye..

Boleh dapat congo bars dan cadbury cookies ni di Mrs Nawuza Bakery

Facebook Page : Mrs Nawuza Bakery owner dia nama ain. :) Dia buat delivery ke luar johor jugak tau..

Plus dia boleh cater untuk doorgift or favours jugak kalau tak silap. Boleh tanya ain sendiri ye. Selain cookies ada gak cake, nak tempah pon boleh dari apa yang aku tengok kat facebook ye.. Cer korang terjah page dia like dan tanye sendiri ye.

Ok selamat makan congo bars..
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.