Salman's gadget: playpen

Leave a Comment
Assalamualaikum.

dah masuk bulan mei. Semalam hari pekerja jadi selamat hari pekerja semua.. heheh. Saje je nak cerita kisah playpen salman. Dah lama sangat nak beli sampaikan salman nak masuk setahun baru gedik nak beli.

Kiteorang beli jollykidz playpen dekat fabulous mom ulu langat. Jauh nau nak belinyaa. Harga aku dah lupa lama sangat dah beli holeh rujuk website fabulous mom since aku type entry ni melalui handphone.. plus aku beli playpen ni saing2 dengan beli baby carrier salman.

actually memula takde plan nak beli pon playpen ni.. aku ke fabulous mom ulu langat tu untuk membeli baby carrier ajer pon sekali hubby terjatuh cinta dengan playpen ni sebabnya masa tengah test baby carrier salman kiteorang biar dia dalam playpen dekat showroom fabulous mom tu.. bila nak test baru angkat dia keluar. Agaknya papa salman rasa sesuai playpen ni sangat membantu  salman yang suka mengexplore segenap inci rumah makanyaa dia beli sekali.. kebetulan ada diskaun..

Playpen ni yang kiteorang beli adalah set basic.. mengandungi 16 panel yang bila disambung boleh membentuk ruang bermain lebih kurang 4 kaki x 4 kaki.. yang paling best salman tak reti panjat keluar. Bentuknya pon bokeh ubah-ubah bentuk segitiga pon boleh kalau tengok dalam gambar dibawah korang tengoklah apa jadi dengan playpen tu bila salman dah tolak.. ringan tapi tak mudah tumbanglaa cuma takkan tetap pada kedudukan asal laa since salman boleh tolak-tolak dah jadikan playpen dia alat bantu untuk berjalan.. kesana kemari dia heret playpen tu cuma sama lah jugak dia boleh explore rumah cuma dia tak boleh nak panjat tangga. Capai suis yang ada. Plus bila aku boleh guna playpen tu jadi penghadang tangga bila mama tengah baik hati tak masukkan dia dalam playpen.. kalau aku sibuk nak buat kerja aku masukkan aje dalam playpen ni dan masukka semua toys dalam tu so salman boleh main tanpa sepahkan rumah..
Tengok betapa kreatip anak soleh ni mengubah bentuk playpen

Serbaguna boleh jadi penghadang tangga jugak
Jadi alat bantu untuk berjalan explore segenap rumah
Supposedly playpen ni dekat atas playmat ni dah bentuk nya segi empat tapi seperti gambar-gambar di atas bentuknya boleh diubah menjadi pelbagai even bulatan pon boleh dan boleh diheret ke sana kemari 
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.