Monopod Murah.

13 comments
Assalamualaikum.

Yes aku dapat beli monopod murah.. Servey-servey seller yang paling murah ni memang kegilaan aku.. Nasiblaah dapat seperti yang diharapkan dan dapat jimat banyak. Alhamdulillah..

Mungkin agak terlambat sebab aku tau benda ni dah menular lama dah dalam masyarakat sekarang nak-nak lagi anak remaja.. So buat aku yang awal dewasa ni.. ecehh.. lambat sikit lahh mengikut trend bermonopod atau berselfie ni.. Aku pon takde lah suka benar berselfie, dan aku membeli monopod ni takde lah kerana mengikut sangat pon trend sekarang tapi aku rasa dengan membeli monopod ni ada banyak baiknya untuk aku lahh..

Aku baru je dapat monopod ni semalam. Beli hari isnin, sampainya selasa lah. Antara sebab aku membeli monopod ini adalah:

Pertama.

Masa pergi zoo singapore tu kami anak beranak tak bawak kamera, bijak sangat mak pak salman ni dah tau nak pergi zoo sorang pon tak ingat nak charge bateri kamera dan sorang pon tak ingat nak bawak kamera, dah sampai baru teringat nak jadi apa dah. Nasib baik laa camera hangpong samsung ni ada. Boleh tahan la juga pixelnya, kamera aku tu pon tak setanding pixel camera samsung ni. Tapi dengan handphone sekeping ni ko tak boleh laah nak letak atas flat surface and kasi dia selftimer sendiri nak ambik gambar anak beranak bertiga macam kamera, terpaksa pakai front camera yang pixel tak seberapa. huhu..

Kedua

Kami sangat la segan nak mintak tolong sesiapa yang lalu lalang untuk ambik gambar kami bertiga.. Mak pak salman ni pemalu sebenarnya.. hahaha. Kalau ada sedara mara yang ikut bersama takde la malu nak mintak tolong snapkan gambar kami bertiga..

Ketiga.

Kami ada 2 rancangan percutian terdekat ni.. Takmo berulang kes yang sama, bila mama dan salman bergambar papa takde sebab jadi tukang gambar.. bila salman n papa bergambar mama takde sebab yang sama lah tukang ambik gambar.. Bila mama n papa nak bergambar? Salman boleh ambik ke?? Tak boleh laa buat masa sekarang.. hahaha

Tu je sebab nya.. Aku ada lah tertengok pasal monopod ni di facebook a few days before nak pergi zoo tapi masa tu tak sedar kepentingannya, bila dah sampai zoo baru sedar, dekat zoo tu pon aku ada tengok orang bermonopod gak siap tunjuk kat husband nanti kita kena beli monopod cengitu haaa senang nak ambik gambar..

Bagi yang tak tahu apa itu monopod. Meh aku story sikit.. Monopod ni sangat berguna kepada sesiapa yang suka berselfie. kalau dulu nak selfie kena tengok cermin or kalau takde cermin pon tangan kena panjangkan ke depan sepanjangnya yang boleh untuk mendapatkan gambar dengan background seberapa besar yang boleh.. lagilah kalau nak selfie beramai-ramai.. kena carik tangan sapa lebih panjang.. kalau jenis tangan shakey memang payah lah nak berselfie, dengan adanya monopod ini korang boleh ambik gambar selfie dengan background yang maha besar.. ramai orang boleh muat dalam gambar dan juga kalau jenis tangan shakey pon tarak apa..

Monopod ni bukan takat pakai kat kamera je, dekat handphone pon boleh pakai.. dengan wujudnya aksesori seperti phone holder, kalau pakai handphone pulak sekarang siap ada lens tambahan la bagai untuk dapatkan effect fish eye laa, wide lens laa, macro laa.. siap ada wireless shutter lagi haa  kalau nak berselfie dengan handphone.. hamboi banyak lah kalau nak beli aksesori nyaa..

Sekarang ada ramai yang jual.. paling murah untuk basic monopod+phone holder boleh lah dapat RM50 tapi aku beli RM30 sahaja.. pendek kata tak sampai lah RM30.. aku beli RM 29.50 termasuk pos. Haha.. Aku beli dekat lelong.com.my.. My 1st purchase ever with lelong. Cepat pantas dan barang yang sampai sepertimana yang aku nak.. Takut gak memula apsal laa murah bebenor monopod ni, sama ke dengan monopod yang orang jual.. Alhamdulillah selamat sampai dan seperti yang diharapkan.. Korang pergi lah terjah lelong kalau nak monopod murah yerk..

Gambar monopod yang baru sampai, gambar berbalut tak sempat amik dah buka balutan postage baru teringat nak ambik gambar
ni lah contoh berselfie dengan monopod..

Selalunya seller jual 3 kaler tapi aku beli kaler universal warna hitam

Kebanyakan seller jual brand ni monopod ade je brand lain korang usha-usha lah yee..
Ni monopod yang aku beli.. Seperti yang diharapkan. aku beli kaler hitam..
Jadi moh lah korang mari membeli monopod..


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

13 comments:

  1. ehehe...i pon baru tau lately ni... nampak no la dah tue ni... ketinggalan... huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Sory, just nak tanye..dr seller mana yer saudari beli monopod ni. Nak try beli gak dr lelong, tapi 1st time..Tq in advance :)

    ReplyDelete
  4. Mcm mm cara nk Beli??scr online ea???mcm Susan je cara nk byr

    ReplyDelete
  5. mahal la tu.. saya beli rm20 include postage.. same material..

    ReplyDelete
  6. Nk num tepon yg jual mnopod ni bole x ? Nk bli scepat mgkin ..

    ReplyDelete
  7. Nk num tepon yg jual mnopod ni bole x ? Nk bli scepat mgkin ..

    ReplyDelete
  8. salam..sayer ader jual monopod and fisheye.
    boley wasap izza - 0162027975.
    price rm29. tq

    ReplyDelete
  9. Saya ade jual - mas (012-3380506)

    ReplyDelete
  10. Kt lelong jual 10 jer

    ReplyDelete
  11. mahal lah sys. saya beli RM15 je. Free postage pulak tu

    ReplyDelete
  12. kami ada menjual Pineng Powerbank ORIGINAL. 1 thn warranty
    boleh ke link di sebelah: http://kpgonline.blogspot.com/

    ReplyDelete

Powered by Blogger.