#Throwback. 1 Year ago.

Leave a Comment

Assalamualaikum.

1 tahun dahulu, boleh baca link ini aku start rasa mild contraction dan sudah semestinya masa tu aku tak tahu pon contraction. Subuh-subuh lagi dah rasa tapi aku tak tahu dah ada tanda dah.. sakit nya tak lama less than 1 minit.. kadang rasa kadang tak.. aku layan blog, layan facebook, layan movie hindustan Chal Mera Bhai, siap vakum rumah bagai.. Haha. Sempat tidur lagi.. Nampaknya itu tidur untuk simpan tenaga.. Tenaga untuk push.

Petang lepas laki aku balik kerja dah bagi tau nak pergi hospital untuk check sahaja kerana sakit tu kejap ada kejap takde.. tengahari tu setiap 5 minit.. tapi bila petang jadi makin lama pulak selang masa.. setiap 10 minit oleh itu aku membiarkan sahaja laki aku pergi main futsal, around 11 baru kami gerak ke hospital dan seterusnya boleh baca kat entry ni. Siapa sangka sudah tiba saat salman nak lahir ke dunia. Aku di tolak masuk ke dalam bilik bersalin kerana bukaan dah 4cm around pukul 12 tengah malam, pukul 12.30 pagi doktor pecah kan air ketuban, 4.35 pagi 5 April 2013 Muhammad Salman Faris anak mama & papa yang soleh pon lahir. Semuanya ditemani dan disaksikan sendiri oleh en hubby. His 1st experience as a father, selain memegang, mengazan dan mengiqamatkan anak sendiri adalah DIKENCINGKAN oleh anak sendiri.. how sweet. heheh..

Now after a year, aku rasa rindu saat tu, saat sakit melahirkan salman, of coz laa sebelum deliver tu memang nervous gila sebab tak pernah rasa lagi masa tu. Aku rindu bukan sebab tak sakit.. siapa cakap tak sakit, SAKIT yang tak boleh digambarkan dengan apa pon.. tapi sakit tu lah yang manisnyaa.. sakit tu lah yang membuatkan kita menghargainya.. sakit itu lah yang membuatkan kita lebih menghargai ibu kita.. sakit tu lah kasih sayang sejati pertama seorang ibu pada anak nya.. Hanya ibu sahaja yang Allah bagi nikmat, yang Allah beri kekuatan untuk mempertaruhkan nyawa demi anaknya.. Aku tak sabar nak rasa lagi sekali. Minta-minta Allah mudahkan salman untuk dapat adik pulak.. minta-minta Allah murahkan rezeki anak kepada kami sekeluarga, mudahkan untuk aku mengandung lagi... Amin.

After a year, semoga anak yang aku pertaruhkan nyawa untuk lahirkan ke dunia setahun yang lalu Muhammad Salman Faris membesar dengan sihat sempurna, membesar dengan penuh kasih sayang, menjadi anak yang soleh menjadi anak yang berjaya di dunia & akhirat.. panjang umur serta menjadi anak kebanggaan mama & papa.. Amin ya Allah..




Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.