16 Tips ke bandung bersama-sama bayi atau anak kecil

Leave a Comment
Assalamualaikum.

So sebelum entry trip ke bandung meh nak share tips dulu. Nak mengarang cerita kena banyak masa, sebelum tips-tips ni pon aku lupa kita story dulu tips ye.

Tips ni khas untuk ke bandung dan juga khas untuk yang pergi dengan baby or anak kecil lagi lah kalau korang pergi bertiga je, takde bantuan orang lain.

1. Tak perlu bawak stroller. Kalau baby korang kecik lagi guna la baby carrier, sangat mudah. Kalau dah baru pandai jalan macam salman pon lebih baik pakai baby carrier sebab senang nak jalan terutamanya di pasar baru. Kalau kat paris van java or dekat rumah mode boleh laa nak berstroller bagai tapi kalau ke factory outlet yang lain susah nak gerak kalau dengan stroller. Pergi tangkuban perahu dan strawberry farm lagi lah tak practical kalau mommy-mommy semua nak berstroller, nanti jenuh mengangkut stroller je anak kena dukung pulak, mane nak dukung beg shopping, mane nak pilih barang-barang..

2. Sila bawa international travel adapter. Kalau di bandung hotel yang aku duduk ade satu point je yang guna plug 3 pin malaysia.. yang lain semua plug 2 pin je.. Travel adapter boleh beli di kedai-kedai telefon or komputer.. Kau beli harga dalam RM30..

3. Bawa baju baby dengan secukupnya.. Selalunya orang kata kalau pergi bandung bawak baju yang nak pakai malam ni dan keesokannya sahaja since nanti comfirm akan shopping baju. Penyataan ni boleh guna pakai untuk golongan dewasa sahaja kot bagi aku. aku pon bawak 2 helai baju je.. Untuk baby bawak je lah baju yang cukup siap kena lebih lagi.. Salman aku bawak 12 pasang baju 5 malam 7 siang.. Alah baju dia kecik-kecik je tak makan space banyak.. Towel pon aku bawak 2 helai.. Kalau anak korang dah besar sikit umur 3, 4 tahun dan korang tak kisah dia pakai baju tak cuci  or korang rajin nak melaundry baju lagi sila lah bawak baju cukup2 je.

4. Asingkan siap-siap bayaran supir dan tax daripada duit belanja :). Masuk je dalam sampul asing-asing. Untuk kami bayaran supir 1 juta 170 ribu.. Untuk tax pulak 75000 rupiah seorang dewasa. Bayi tak payah tax. Duit ni aku asingkan di tempat yang selamat. Hari terakhir baru keluarkan.

5. Sediakan air mineral kosong untuk anak dan kalau anda haus :). Kalau nak rasa minum teh botol pon sodap..

6. Tempah supir daripada malaysia. Kalau cari masa dekat sana memang mahal gila-gila.. lagilah kalau ambik supir hotel... Ayayaiii.. Ada supir yang tak payah bayar untuk booking. Boleh la survey supir-supir yang ada, ada supir dah include semua dalam bayaran. Ko tak payah sibuk nak fikir parking, toll, tips minyak dan duit makan. Ada yang tak masuk minyak.. ada yang ko kena tanggung makan. Tapi kalau yang dah complete semua nak bagi sedekah belanja makan pon takpe.. Macam supir yang aku hired ni dah complete semua, tapi hubby aku kadang belanja la air kadang bagi duit makan.. alah dalam 10000 dah cukup dah..

7. Sila makan di restoran sahaja dan bukan makan di kedai makan kaki lima atau gerai bergerak kalau korang nak jaga kesihatan perut dan tidak menjejaskan mood shopping anda. Makan di restauran agak mahal tapi lebih mahal perut kau sakit.. Segala benda akan terbantut..

8. Bawa bekalan ubat asas macam panadol, ubat sakit perut dan ubat-ubatan untuk anak kesayangan anda. Themometer untuk bayi jangan tinggalkan pulak.. kalau anak selsema bawa sekali lah nasal aspirator. Salman sebelum berlepas ada selsema sikit, sebab tu aku bawak nasal aspirator.. Sekali sampai bandung dia sihat segar bugar. Selsema pon takde.. Alhamdulillah.. :)

9. Kalau ada baby kecil, takyah lah korang berangan nak start shopping pukul 8.00 pagi. Paling awal shopping pukul 9.00, kedai baru buka masa tu.. Kalau boleh korang gerak pukul 9.30 laa sebab kalau weekdays antara 8.00 hingga 9.00 bandung sesak.. Nanti lagi haru anak meragam masa dalam kereta yang tengah sangkut jem.. Ada orang bandung mula kerja pukul 9.00 ada yang mula kerja pukul 8.30. Kami selalu gerak mula pukul 9.30 am tu pon masih banyak jugak kereta.. Makan la puas-puas masa sarapan.. nanti boleh lunch lambat sikit.. Salman siap berak siap nap pagi lagi sebelum gerak.. Emosi anak kena jagalaah kalau nak shopping dengan gembira.. nak meragam nanti mama stress.. kalau stress nak membeli pon tension.. hikhikhik.

10. Kalau nak pakai teksi dan taknak pakai khidmat supir teksi yang pakai meter dan harga berbaloi adalah teksi bluebird sahaja. Ada banyak teksi bluebird ni.. Jangan risau ye.. Teksi lain pon ada yang pakai meter.. tapi kadang harga tinggi.

11. Kalau duduk dalam kereta or teksi jangan buka tingkap, sebab kalau berhenti jalan tengah sesak or di trafic light nanti ada peniaga jalanan paksa beli minuman or jajan.. Bahaya..

12. cuaca di bandung semasa aku pergi tak sejuk sangat, tapi kalau tak tahan sejuk boleh la bawa sweater.. baby pakaikan stokin.. dan pakaikan baju tebal sikit..

13. Rancang itinerary korang dengan baik. Nanti aku uplod contoh itinerary nya ok.

14. Dalam flight kalau korang gendong anak pakai baby carrier semasa duduk, tak perlu minta baby seatbelt, tapi kalau bayi kecil less then 1 year rasanya baik korang biar baby baring di lengan dan bukan dalam baby carrier dan request seat belt baby.. On da way pergi salman tak duduk dalam baby carrier dia duduk atas riba aku sahaja so aku request baby seat belt, nasib laa tak duduk dalam baby carrier sebab salman yakyak cuk.. kalau tak habeslaa baju mama.. On da way balik aku gendong je salman dalam baby carrier so takyah baby seat belt.. hikhikhik..

15. Bawak la minyak cap kapak.. Kalau sesiapa yang motion sickness macam aku, dalam kereta pon boleh mabuk jalan.. jalan di bandung kadang sesak terutamanya peak hour macam waktu makan tengahari or waktu balik. kalau boleh elak2 kan la waktu ni untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain untuk mengelakkan korang berada dalam kereta disaat supir-supir bandung ni menekan brek dengan kerap dan korang mula pening.

16. Sila beli simkad baru di indonesia, namanya SIMPATI.. beli di kedai biasa jangan beli di AIRPORT.. mahal.. Nak beli simkad cakap nak beli kartu.. nak topup cakap nak pulsa.. Kalau dah beli simkad ni nanti korang boleh pakai whatsapps dan wechat macam biasa..

Sekian 16 tips je dulu dari aku, kalau aku ingat lagi nanti aku update.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.