Salman 1 Year milestone

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Anak dah 1 tahun 1 bulan baru nak update 1 year milestone. Maaf kan mama sayang :)

Salman adalah anak yang mudah diurus. Suka menjerit dan senang menangis. Part menjerit aku tak tau menurun siapa.. aku dulu suka menjerit ke, ke menjerit sebab kenan mama asyik menjerit dalam kelas?? Menangis ye menurun aku. Ambik barang sikit secara "ganas" aka merampas barang dari tangan dia seperti handphone or anything nanti dia akan menangis. Jatuh sikit nangis.. marah menangis.. mama jegil mata tak menangis pulak.. ketawa sengih-sengih.. ishh..

Salman juga baby kuat menyusu. Malam-malam masih bangun 2 kali untuk menyusu.. pukul 1-2 dan pukul 5-6.. sebelum tidur pun menyusu juga. Nak tidur pon agak senang laa.. Tapi mula develop perangan tidur dibawah ketiak mama. Kalau dia tidur di sebelah papa pon boleh bangun melangkah atau menyeberang papa dan tidur atas badan mama jugak akhirnya.. Alhamdulillah salman bukan baby berjaga malam minta mama teman main. Sumbat je nenen mama boleh sambung tidur lena..

Salman dah boleh berjalan. acah-acah nak berlari pon boleh.. Cuma of coz la tak laju. Mula berjalan on 18 April 2014.. pada hari birthday abg saudara salman.. mula menapak kononya seminggu sebelum.. nak menapak pon malu-malu ada papa or kalau mama nak ambik video salman terus merangkak.. Dia start konon nak berjalan bila aku cakap dekat dia.. "bila salman nak jalan sayang, kita nak pergi bandung ni salman tak nak berjalan ke?" terus petang tu dia menapak... exited betul aku..

Gigi ada 8 batang, 2 3 hari ni aku perasan gigi gerham dah macam nak tumbuh.. Gusi gigi taring atas pon aku tengok dah bengkak.. Salman juga baby kuat makan. Sekarang aku dah mula beri salman makan nasi campur sup. Berselera dia makan.. cuma aku je yang masih takut-takut nak bagi salman makan.. ayam ikan semua makan laa daging aku belum bagi..till now salman belum makan lagi telur dan kekacang. Aku dah lupa bila boleh start bagi makan kekacang yang aku tahu salman belum boleh makan telur until he 2 years old since aku ada history eczema.. now still suffer from it..

Now sangat cheeky.. kalau dia gigit ko jangan laa mengaduh even dia gigit itu masyaAllah sakit yang amat macam kena hiris kulit ni haa dek gigi dia.. kalau ko keluar je perkataan "aduh" or "awuuu" or "sakit" makin exited dia nak gigit lagi sambil ketawa-ketawa mengekek nak mengigit lagi.. Kalau dia mula nak membuat aksi mengundang jeritan mama macam naik tangga or cabut wayar hdmi dari laptop or cubaan masuk ke dalam dapur yang pagar tengah terbuka dia akan datang dekat sasaran diaa contoh dia akan pergi depan tangga, then jenguk mama tengah buat apa kalau leka sikit dia akan teruskan aksi stuntmen dia dan dengan exitednya panjat tangga. Sekarang aku selalu akan ikut dia yang tengah exited naik tadi dekat belakang sambil mulut membebel "ok naik lahh naik laa mama papa naik tangga nak masuk bilik jee jadi salman naik tangga ni nak naik bilik salman kan.. nanti mama tinggal salman dalam bilik sebab mama nak tengok tv dekat bawah.." makanya aku tinggalkan dia menangis dalam bilik untuk 10 minit then buka balik.. hahaha tau takut sensorang dalam bilik nak naik sangat tangga kan.. a few time jugak laa aku buat.. macam kejam kan.. tapi sekarang dia dah tak berapa hairan dengan tangga, takut kena kurung laa tu.. hikhikhik kesian salman..

aku suka tengok movie sambung dari laptop ke TV.. even salman ada dalam playpen dia masih boleh capai or usik kabel HDMI yang ada.. kegemaran dia adalah usik kabel tu sampai takde visual dekat tv dek kerana kabel yang terganggu.. or kalau tetiba movie tu terstop tetiba dia tertekan mana-mana keyboard kalau aku dah start kata "alaaaa salmannn".. nanti dia start laa ketawa mengekek senyum-senyum dan lari kononnyaa dengan muka nakal diaa.. nampak sangat menurun aura mengusik aku hahaha..

Kuat merajuk pon sama.. tapi senang nak pujuk.. hug je laa nanti dia ok balik.. dia agak takut dengan stranger.. tapi suka orang usik-usik dia.. nanti dia buat manja ala malu-malu.. ko tak yah cuba nak dukung kalau baru jumpa.. senyum pon mahal anak aku ni. Bagi dia masa 15 minit ke 30 minit baru boleh cuba dukung.. kalau perempuan cepat sikit.. kalau lelaki then ada jambang lagi lambat.. hahaha..tapi ada a few people yang memang ada aura menarik pada bebudak boleh tackle salman dengan cepat.. perempuan cantik terutamanya.. hahah. macam sinchan plak anak aku ni..

Salman buat masa ni suka sangat cat dan bird.. kalau nak pergi taska nampak bird or cat suka sangat dah anak aku ni.. ada chance laa mama nak beli kucing lepas ni.. hahahah..salman dah pandai salam tangan dan buat flying kiss tapi bye-bye tak pandai lagi.. tepuk-tepuk tangan dah lama pandai..
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.