Cooking time #Masak lemak kari ketam

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Again my intention adalah untuk share resepi supaya nanti resepi ni tak hilang aku boleh recalled balik sendiri. resepi dari my MIL. aku tak berapa suka ketam.. suka tapi kalau laki aku tolong korek isi dia.. aku malas nak makan kalau takde orang sudi nak pecahkan kulit ketam yang keras itu..


Sori presentable yang sangat tak presentable.. hahaha.. yang penting sedap..

Senang sangat resepi ni.. sesuai la untuk aku yang tak berapa nak pandai masak ni.. yang penting mudah tak payah nak kecah-kecah sangat.. tak macam masak chili crab.. pheww..

Bahan-bahan.. sorilah aku letak secukupnyaa pandai2 lah korang ejas2 ehh.. kikikiki

Ketam bunga secukupnya..
Santan secukupnya..
Bawang merah lagi banyak aku rasa lagi sedap..
bawang putih secukupnyaa
kari ikan secukupnya
halia secukupnya
serai secukupnya
air kalau nak kuah banyak (aku tak letak air sebab ketam keluarkan air sendiri dan aku rasa cukup)
garam secukupnya..

Caranya...

Siang ketam dan bersihkan.. Blend bawang merah, bawang putih, halia.. Masukkan bahan blend dalam periuk bersama-sama ketam. titik kan serai dan masuk kan dalam periuk... masukan kari ikan.. Biarkan ketam masak dan keluarkan air sendiri.. masukkan santan dan biar sampai mendidih.. masuk garam then siap ...

Selamat mencuba...

Tips
# katanya kalau nak dapat ketam isi penuh beli ketam masa bulan penuh... setakat ni kalau beli or makan ketam memang kami beli masa bulan penuh.. isi boleh tahan penuh.. aku lagi suka ketam bunga dari ketam nipah.. isi dia lebih manis.. tapi apa pon ketam bukan makanan faveret laa.. kikiki..
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.