Baking time #kek lumut tradisi sarawak

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Nak dijadikan cerita, ye aku tengah gila membaking sekarang.. Kali ni aku masak kek lumut sarawak, salah satu kek kegemaran aku semasa raya. Namun, kek ni aku tak pernah buat masa raya, aku makan dekat rumah orang lain je. Yang selalu buat masa raya adalah arwah makcik aku.. *semoga ruhnya tenang di alam sana .. al-fatihah..*. So entah kenapa aku rasa nak buat, aku curi-curi selit bahan masa laki aku dengan rela hati membeli barang untuk buat congo bars aka brownies dia haritu... Dia mane tau bahan-bahan nyaa so aku selit-selit lah sekali.. muahahahaha..

Resepi ni sebenarnya aku ambil dari facebook anak saudara aku yang takpernah langsung bersua muka.. sebenarnya dia dah boleh dipanggil kakak sebenarnya, sebab umur dia lagi tua dari kak long aku.. so aku lagi suka panggil kakak lah tanda hormat kan.. :)

Ni kek lumut hasil cukup bahan

Ni kek lumut versi aku tak cukup pes pandan..
nampak kek atas tu macam mengiurkan je rasanya kan.. 1st time aku tengok dalam facebook rasa terujanya nak try.. Aku tak pernah buat pon kek lumut ni tak tau mak aku ada resepi tak. Tapi aku suka makan kalau tiba time raya.. Masak-masak je aku teruja nak makan dalam keadaan panas-panas tu.. mau melecur lidah dan 1st taste aku rasa.. erk.. camni ke rasanya.. Aku tetiba kompius.. Bila laki aku try makan, dia makan dah lewat petang masa kek dah sejuk..Aku tanya la jugak sedap ke tak? Jawapannya.. "Bagi abang yang tak suka kek ni sedap laa" Lagi lah aku kompius dengan jawapan.

Aku buat kek tu untuk bawak ke sesi potluck ofis esoknya. So aku potong la sesiap then masukkan dalam bekas simpan dalam peti sejuk. Sampai ofis aku suh try, orang ofis kata sedap.. Aku plak tetiba fikir yeke sedap. Hidang-hidang masa potluck.. aku melantak la makanan lain yang ada tapi kek lumut aku tu aku tak sentuh makan pon. Ambil makanan yang lain aku masuk dalam bilik menjamu selera sambil buat kerja.. 2nd time

nak ambil makanan lagi ada lah dalam sejam lepas tu tengok kek lumut aku tinggal tiga empat slice je.. WAHH!! laku jugak rupanyaa.. Suma yg try kata sedap siap minta resepi.. So aku share resepi kek yang aku buat ni lah.. Ada balance lagi kek lumut ni jadi 2 hari lepas aku makan sebab lapar dan dah takde snek lagi kat umah.. Sekali rasa kek lumut ni.. Eh ehhh.. Nape rasa sedap seperti mana yang diinginkan .. Rasa macam raya plak.. HAhah..terkenang-kenang plak hari raya.. puasa pon tak mula lagi.. Boleh laah buat lagi untuk hari raya kalau macam ni.. So ni resepinyaa...

KEK LUMUT SARAWAK
Respi Tahun 1993
By: Jamayah Bujang

BAHAN2:-Saiz: 8" Bulat/8"x8"(menggunakan cawan 200ml)

5 biji Telur
1 cwn Gula Halus
200g Mentega
½ cwn Tepung Suji
1 cwn Nestum - kisar halus
½ cwn Susu Ideal
½ cwn Air Teh
4 sudu Pes Pandan

CARA2:
1. Pukul telur sehingga kembang.
Masukkan gula sedikit2 sambil di pukul.

2. Pukul mentega sehingga kembang & campurkan ke dlm adunan telur.
Masukkan tepung suji & nestum & gaul sebati.
Masukkan susu, teh dan Pandan Pes.

3. Kukus selama 2 jam sehingga masak.

So selamat membaking yang ingin mencuba :)
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.