Marhaban Ya Ramadan soto ayam & begedil

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Pejam celik pejam celik kejap je dah puasa balik. Tahun lepas puasa masa salman baru 3 bulan.. Naik kerja seminggu terus puasa. Fuhh.. Tahun ni puasa salman dah 1 tahun 3 bulan Alhamdulillah..

Tahun ni puasa di Johor sahaja. Tak balik mana-mana. Oleh kerana johor cuti bila awal ramadan makanya bertapa la dalam rumah sahaja. Keluar membeli lauk untuk masak juadah berbuka pon cik abang sorang je.. dengan rasminya tahun ni berjaya masak juadah berbuka sendiri untuk puasa hari pertama. Tahun lepas kecundang di bazar ramadan..

Menu yang direquest adalah soto ayam. Resepi mak mentua. Sehari sebelum tu call tanya apa bahan-bahannya. Pernah lah buat sotonya tapi laammmmaaaaaaaa sangat tak buat so dah lupa..

So untuk mengelakkan lupa lagi maka kita nak share bahan-bahan disini. Cara nak buat senang je, macam buat sup sahaja..

Bahan-bahan. Ni untuk seekor ayam.. So pandai-pandai la nak adjust kalau sikit or banyak.. Hehe. Kuah soto ni adalah pekat, bukan macam sup biasa.. Cara nak buat je macam sup ayam tumis.. Hehehe. Ok ..

1 sudu serbuk jintan manis
1 sudu serbuk jintan putih
3 sudu serbuk ketumbar
5 batang serai*
18 ulas bawang putih*
15 ulas bawang merah*
lengkuas sebesar ibu jari*
halia sebesar ibu jari*
Bunga cengkih secukupnya
Buah pala secukupnya
Bunga lawang secukupnya
Kayu manis secukupnya
serbuk kunyit secukupnya
Seekor ayam potong 4
garam secukupnya..

Cara membuatnya
Kisar semua bahan bertanda *, Tumis semua bahan dikisar sampai naik bau, masukkan semua rempah ratus dan tumis hingga garing. Dah garing masukkan ayam dan biar seketika.. Kemudian tambah air secukupnya. Biar mendidih masukkan garam.

Keluarkan ayam then siat-siat isi ayam. Tulang masukkan semula kedalam kuah soto.

Cara membuat sambal kicap:

Blender sebati bawang putih, cili padi, air limau kasturi, kicap, garam dan gula.

Begedil daging

Bahan-bahan

Daging kisar
Kentang
Telur ayam - asingkan putih dan kuning
Serbuk lada hitam
Garam
Daun sup di hiris halus
Daun bawang dihiris halus

Cara membuatnya

Goreng daging kisar tanpa minyak, Kentang dihiris tebal, goreng kemudian tumbuk. Campurkan daging dan kentang tadi bersama kuning telur, serbuk lada hitam, daun sup, daun bawang dan garam. Gaul sebati. Apabila dah sebati bentukkan aduan bulat-bulat. Kemudian salut dengan telur putih sebelum mengoreng.

Untuk soto ikut suka lah nak rencah apa. Ada yang suka kacang goreng, taugeh dan sebagainya.. ikut citarasa sendiri ye :)

Selamat mencuba,
Gambar sumber google :)
Sempena ramadan yang mulia ni, aku ingin memohon maaf kiranya ada salah silap terguris hati, tersinggung dengan kata-kata aku di dalam blog ni. Semoga ramadan ni membawa seribu rahmat kepada kita semua. Amin.


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.