Bintulu Whitestudio Photoshoot Review: StudioPutra Visual Arts Centre

Leave a Comment
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ni aku sambung cuti Deepavali. Dah mengalahkan orang yang merayakan deepavali pulak dah.. Alasannya aku malas nak kerja hari ni sebab esok dah cuti lagi.. So biarlah kita berheaven-heaven cuti di rumah selama 4 hari. Konon lepas subuh boleh tidur balik tapi takdenya dapat peluang, haihhh kalau nak tidur kena tukar ke bilik lain, budak kenit salmanfaris kalau dia bangun pagi tengok mama sedap berlingkar atas katil dengan happynya akan bangun panjat katil dan lompat-lompat sebelah mama..

OK back to our review.. Aku dah lama sangat gila-gila nak ambil gambar dekat whitestudio. Tapi aku percaya kalau hanya aku hubby dan salman bertiga je nak bergambar whitestudio memang rasa sangatla hambarnyaa.. tak ade fun gitu.. Laki aku pon mesti memalu dan rasa awkward gitu.. Ada jugak laa cari-cari whitestudio di JB ni.. Tapi tu laahh malu satu hal.. jauh pon satu hal.. Jadi bila tiba hari raya.. dan  tertiba di pagi raya aku terbaca iklan whitestudio photoshoot di bintulu tu haa.. apa lagi dengan gedik tanya hubby boleh tak kita ambik gambar raya kat studio.. Harga pon not bad.. semurah RM150 sahaja untuk 1 Jam unlimited snap unlimited people semua gambar yang di snap akan masuk dalam CD Bleh kongsi reramai gitu.. Hehe.

Ada green light aku paksa adik beradik aku join sekali pada waktu yang aku tetapkab.. hubby aku belanja.. wahahah.. Paling payah laa nak set appointment dengan adik aku.. apalahh bz mengalahkan YB.. Tapi aku tau dia segan dengan lahki akak dia ni.. Menurut pon kata.. Plus telah di sound setepek oleh mak aku asyik keluar tak sudah-sudah bizi macam perdana menteri. Even bapak aku pon aku hangkut sekali.. Hahaha. Kata gambar family kan.

Ehh. Panjang no cerita.. photoshoot ini aku ambil di StudioPutra Visual Arts Centre. selidik punya selidik stalk punya stalk rupanya studio ni kepunyaan abang kepada abang senior aku di sekolah. Jiran sebelah lorong aje upanya.. Lagilah aku suka.. suka bukan sebab bleh mintak diskaun ke apa.. Suka boleh tolong orang kita.. Lagi lah orang yang kita kenal biarpon dia bukan kenal kita.. Aku pon taklah gedik bgtau yang aku kenal adik dia..

Plan yang aku pilih yang ada gambar 16r plus CD.. Semua dalam Rm320 laah.. Gambar besaq engkau sungguh cantik dan menarik.. 

Personality photographer. Quite friendly dan ada aura yang ko rasa boleh ko bergambar sakan dan mengedik depan camera.. Paling syok salman lah kot sebab majoriti gambar adalah gambar dia..dengan papa mama dia.. dengan pok su pon gambar dia.. dengan mak ngah pon gambar dia.. dengan papa gambar dia.. dengan mama gambar dia.. dengan atok nenek gambar dia.. gambar dia sorang pon comfirmla ada.. dah jadi prop untuk gambar pulak dah salman ni semua nak ambik gambar dengan dia..












Semuanya snap dalam masa 1 jam tu adalah lah dalam 175 gambar.. Aku suka sebab ada banyak gambar moment moment yang natural gitu sebab tangkap secara candid but a beautiful candid.. ko ingat senang nak dapat gambar statik salman? semua gambar dia adalah gambar natural.. tiada kepura-puraan.. Berlari.. mengerjakan patung dragon oren tu sampai tertunggang tebalik kemudian ketawa mengekek.. berebut prop ketupat dari tangan mama sampai kena haip.. gambar tu ada kat atas yang no 2 tu haa.. gambar poksu dia sibuk suh dia duduk bebetul atas dragon.. tu gambar last.. see tiada kepura-puraan.. hikhikhik..

So warga bintulu kalau ada yang berminat nak ambik gambar studio bleh laah terjah Studioputra.. prewedding boleh... Post Wedding bleh.. Family photoshoot boleh.. semua boleh laa asalkan datang nak ambik gambar bukan nak buat tempahan katering ke apa.. kih kih kih...
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.