Salam Aidiladha dan Anugerah Syawal :)

2 comments
Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya Aidiladha. Biarpon semalam umat islam merayakan hari kedua terbesar dalam kalender umat Islam namun tetap nak wish jugak..


Kami anak beranak tak ke mana raya tahun ni. Meraikan dirumah lengkap dengan baju raya jee.. Laki i siap paksa pakai tudung. Aku pakai kejap jee lepas tu nak makan bukak.. Hahaha. Baju kurung pon dah kira orait la tu..  Salman siap bersamping bagai laa. Nap tengahari pon bersamping bercekak musang anak aku. Sib baek cuaca tak panas, nyenyak dia tidur. Kekenyangan mungkin. Raya tahun ni aku masask soto. Kebetulan telefon MIL dia pon masak soto. Hahaha.. 

Cadangnya petang nak ke rumah mak ngah husband dekat pulai. Tapi keadaan aku yang fobia naik kereta buat masa ni bila husband drive telah membatalkan rancangan itu. Salah satu sebab kenapa kami tidak pulang beraya. Kalau drive dekat-dekat sahaja seperti dari rumah ke permas jaya aku dah angkat bendera putih, apatah lagi kalau drive jauh beratus-ratus kilometer.. kalau jem lagi naya la aku jadi lembik selembik lembiknyaa..

Owh kenapa pulak sebegitu?? Alhamdulillah sekali lagi.. Anugerah syawal yang sangat bermakna. Doakan aku dan bakal adik salman sihat dan selamat sentiasa. semoga baby selamat dilahirkan dengan sihat dan sempurna. Amin.. Im surviving my 1st trimester biarpon mengalami fasa mabuk yang lebih teruk dari salman. Huu aku fobia naik kereta bila husband drive, kalau aku drive takpe lagi.. Sekarang dah kurang sikit hopefully masa 1st trimester je lah.. Dan kebetulan tengah fasa melasak salman sekarang menyebabkan aku tambah lembik.. Nasib baik dia melasak melasak baby boy jee orang kata.. tak lebih-lebih..  waktu tidur masih punctual dan nyenyak macam biasa. fuh mama leh dapatkan beauty sleep macam baby jugak.. nyenyak sampai pagi.. Alhamdulillah salman memang anak yang senang dijaga semoga berterusan sehingga dewasa. jadi anak soleh yang menyenangkan dan mendamaikan hati ibu bapa..

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

2 comments:

Powered by Blogger.