Movie online free

4 comments
Assalamualaikum

Korang minat tengok movie? Salah satu kegemaran aku adalah menonton movie. Dulu zaman berdua selalu jugak hujung minggu tengok wayang, bila ada cerita menarik laa. siap buat movie maraton gitu. Kali terakhir aku jejak kaki ke panggung wayang adalah semasa tengah sarat gile dengan salman dalam perut yakni 2 hari sebelum aku bersalin. Sekarang salman dah setahun 8 bulan dah laa. Betapa lamanya record aku dan hubby tak jejak kaki ke panggung wayang.

Jadi bagi menghilangkan ketagihan kami laki bini dengan movie.. Maka dengan itu dibelilah TV LED 42' (tak mampu la besar-besar) dan bila mana masuk je coverage unifi di kawasan perumahan kami ni, terus jadi orang pertama melanggan unifi. Dapatla mendownload movie banyak-banyak.

Terubat sikit la ketagihan movie kami, sampai satu ketika (di saat salman tengah elok mempunyai tahap ingin tahu yang tinggi) harddiskyang kami simpan segala mak nenek movie pon menamatkan riwayatnya. Terbantut sikit laa napsu menonton movie dek kerana hard disk laptop tak sebesar mana kalau download banyak-banyak karang semput. Kesian laptop pinkish aku ni.. banyak jasa ni.. Sayang dia banyak-banyak..

Dek kerana taknak membebankan laptop aku cari alternatif streaming movie.. Akhirnya aku jumpa link ni..

g2g.fm..dulu dikenali sebagai glowgaze.. Yang paling aku suka website ni adalah dia ada cerita berseri yang terlampau laa syok nak tengok.. Hari ni aired kat US kita pon boleh tengok jak.. Cerita bersiri favorite aku setakat ni Once Upon A Time.. sekarang tengah season 4.. Belum masuk TV lagi kan.. Hatta astro pon aku rasa tak masuk lagi ni.. Aku jumpa ni masa season 2 tengah main kat astro baru episod 2 kot. tu pon aku tengok kat umah member. Disebabkan astro aku tak subsribe Channel yang tengah dok tayang movie tu aku on saje je dok mengoogle.. alkisahnya terjumpa laa glowgaze ni.. Hikhikhik syok je tengok sebab dekat glowgaze ni dah ada episode finale dah.. Aku belasah tengok 3 hari 3 malam masa tidor je berhenti.. Hahaha.. Sekarang tengah tayang season 4 ni.. Siapa minat elsa dan anna frozen sila laa tengok sebab season 4 ada anna dan elsa.. kristof, sven dan sapa putera yang jahat tu.. hans? pon ada... Menarik sangat!! anna dan elsa cantik sangat.. aku prefer anna.. sebab comel.. dalam cerita once upon a time ni ada kesinambungan cerita frozen kartun tu.. Asal usul glove yang elsa pakai dalam kartun untuk conceal power dia yang mak ayah dia bagi tu pon ada.. Korang tengok laa mesti addicted punyaa. Sekarang dah episod 10 dah.. Episod baru setiap isnin..

sumber g2g

Selain cerita bersiri ada jugak movie lain. Kualitinya not bad.. Kadang ada jugak yang tahap bluray gitu.. Glowgaze korang boleh download or tengok online je.. Aku salu tengok online je.. Terima kasih dengan kepantasan Unifi aku boleh stream movie tanpa tersekat-sekat.. Alhamdulillah.. Cuma kann.. Kelemahannyaa kadang movie yang dah lama-lama masuk glowgaze dah takdak dahh.. Rasanya dia ada kapasiti or quota tertentu je kot untuk bilangan movie.. Heehee... Tapi banyak jugak laa movie nya bukan takat 20 30 jee..

Satu lagi website favorite aku untuk tengok movie.. adalah onlinemovie.pro pon syok jugak. Yang ni banyak sikit laa pilihan movienya.. HD ada yang bukan HD pon ada.. Dan kualiti not bad laa jugak.. Series pon ada cuma tak selatest macam glowgaze laa.. Aku suka tengok movie-movie yang dulu aku pernah tengok tapi lama dah tak tengok.. Sama macam aku suka ulang baca novel yang dulu aku pernah baca tapi lama dah tak baca.. Movie yang lama-lama ni advantagesnya kualiti memang tiptop laa setaraf HD bluray gitu..

Agak-agak korang suka tengok movie macam aku meh laah terjahh dua site ni.. Copyright isu aku tak sure. sementara masih ada ni boleh laa tengok.. katanya free kan.. bukan aku beli yang cetak rompak.. Dah bagi free aku tengok je lah.. Ampun...
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

4 comments:

  1. Movie ke drama series awak? Lagi satu tgk Kat www.couchtuner.eu Atau www.watchseries.lt
    Kat situ pun ada cerita series. Update on the spot.. Slalu layan Kat henpon je la.. Tu je la masa Nak ngadap on the pegi balik kije..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe dua2 ada.. tq sebab menambah sumber movie streaming sy.. hikhikhik

      Delete
  2. waaa... bestnyee... i suka once upon a time jugak!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.