Milestone 22bulan salmanfaris

Leave a Comment
Assalamualaikum.


Meh setepek gambar anak bujang dengan gurlpren diaa.. Hahha..

Takde laa, ni one of salman's friend dekat taska. Diaorang ni sebaya cuma gegurl tu lahir bulan 1. Comelsss aje dedua dok dalam tu sambil ada sorang kakak tolong tolakkan.  Cuma masa nak ambik gambar kakak tu larik pulak malu..

22 bulan penuh indah.. walau kadang mama rasa geram dengan tingkah laku awak tapi bila mengenangkan u should have masa kecil yang indah mama jadi tak sampai hati nak marah. Setakat mama pandang dengan pandangan maut yakni pandang je dia senyap tanpa riak wajah nanti dia stop laa buat perangai, setakat ni belum pernah nak pukul laa.. kalau cubit pon tak mendatang kesan, mama cubit dia ketawa.. setakat babap-babap montot gebu bersalut pampers tu ada laa.. dah geram sangat.. setakat ni kalau pandang tak beriaksi muka tu dia senyap laa. Kadang dia lawan pandang balik tapi senyap, tak buat apa-apa dia berdiri aje tegak.. Tapi being a mama, tak sanggup nak bertahan pandang tanpa riak muka tengok the most adorable person in my world ni lelamaa..

Sekarang ni salman dah tak berdukung nak masuk taska balik taska dan masuk rumah. Sebab mama dahh tak mampu dah nak dukung dengan perut boyot. Haha. So now his faveret word bila nak keluar kereta adalah "kasut".. biarpon tak bunyi kasut tu jelas kadang-kadang jelas jugak laaa..

Sekarang dah pandai berbual di telefon. Pantang mama pegang hp call papa kee, nenek kee, atok kee wan kee dia sibuk nak berbual sama.

Ada few word yang salman dah boleh sebut kita faham, macam cat (his most faveret word and animal), mama, susu (cucu) , nak, jom, kasut (asut, sometimes betul dia sebut kasut, or its just my imagination?, yak, pampers (pers), mamam, papa, tak nak (nanak- sambil geleng kepala), bye, assalamualaikum (aakom), good night (night-night), ayok salman (auk aman), salman (aman/man), tu, Allahuakbar, amin, muhammad (amad), biskut (bis/or sometimes jadi akut), kismis (kis/or mis) dan so on laa..

sekarang nak mandi adalah perkara paling seronok sebab dapat main air, sometimes agak susah nak suruh keluar dia siap boleh macam nak kuak lentang dalam toilet, tapi selalunyaa dia nak keluar sendiri.

Perkara paling payah sekarang nak buat adalah masuk dalam bilik untuk tidur, masuk dalam bilik yee, nak panggil masuk untuk sleep tu mak aii, susah, siap buka tutup pintu dia still tak nak masuk even tadi kat bawah dah tergolek atau sujud atas karpet tanda dah memang ngantuk pon..  tapi bila dah masuk bilik dan dia dah landing kepala atas bantal nak tidurkan adalah mudah.. Baca doa tidur then boleh say good night dan dia akan tidur. Kalau papa dia ada memang mudah sikit laa, kalau dia tak mo masuk bilik untuk tidur papa dia dukung aje baringkan atas tilam, mama tak mampu dah nak dukung.. huuu so berdrama la sikit nak panggil masuk bilik, siap guna teddy dia lambai-lambai masuk.. Memula dulu menjadi tapi sejak dua menjak ni tak jadi lak, dia boleh datang ambik teddy then berlari keluar balik nak turun.. Kadang-kadang aku biar aje dia menangis di pintu bilik aku baring atas tilam diaa, lama sikit baru dia nak datang baring sama, kadang aku boleh terlelap tengok dia dah baring sebelah aku.. Bila dia dah baring tidur tu aku just betulkan laa kedudukan tidur diaa, gosok-gosok sikit tangan dia bagi dia bangun ala-ala mamai baca doa tidur the terus selimutkan dan tutup lampu.. Masa tidur sekarang paling lambat adalah 9 malam. Kadang aku tidurkan dulu sebelum isyak, kadang lepas aku solat isyak baru tidurkan salman..

Sepanjang tidur dia alhamdulillah masih belum meragam, kadang dia terbangun ngek ngek sekejap kemudian dia pandai panjat naik atas katil tidur sekali dengan kami, dah dedua anak bapak menghimpit mama, kadang aku takot gak dia tendang perut aku kalau tidur, bila salman naik aku peluk laa bolster tu untuk cover perut, salman ni boleh tahan ganas gak kalau tidur, kadang dia boleh nak jadikan perut aku ni haa bantal dia..

Part makan, alhamdulillah dia belum memilih lagi kecuali makanan tu tengah panas, menyusu Alhamdulillah masih minuman faveret lagi.. macam yang aku cerita sebelum ni laa 40-50 oz susu.. Sekarang dia dah pandai makan dengan sudu sendiri tapi dengan pengawasan laa, lagi laa kalau makan koko krunch, air kena buang. Makanan faveret macam papa, buah dan kismis..

Perkara paling suka adalah melompat dan berlari. Berlari setempat yaa siap pegang tangan mama then berlari setempat.. haha cute. hari-hari mama kena layan dia berlari setempat, agaknya selalu sangat tengok papa jogging kot.

Kadang dalam sebulan ada lah sekali dua bawa ke taman tempat yang orang joging tu, mama boleh duduk tunggu je since doktor tak bagi banyak jalan uri adik baby agak ke bawah, salman dengan papa boleh round sampai dua kali taman.. Siap dia kadang-kadang berlari-lari papa dia kejar, sambil tu papa jogging sekali laa.. Lepas jalan papa teman main playground. Lepas tu baru pergi sarapan.

Sangat suka dengan kucing, cuma mama tak kasi pegang laa kecuali kucing mak ngah dan kucing mak long sebab kucing tu dok rumah, kalau kucing yang berkeliaran  mama kasi tengok dan acah-acah dari jauh aje...,,

Suka tiru perilaku orang, kalau baca buku dia nak buku jugak, kalau main hp dia nak hp jugak kalau pegang laptop dia nak jugak, suka ambik baby wipes dan lap muka sendiri..

Sekarang ni kadang-kadang masa bangun pagi ada drama sikit nak turun tangga.. takpon tetiba nangis nak berpeluk dulu baru senyap.. sindrom adik nak lahir dah mai.. u'll be always be our baby sayang.. nanti adik, adik baby, salman abang baby yee sayang.. papa jadi baby papa.. semua kita ni baby yee sayang.. hehe

Ok lah tu aje laah kot.. 







Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.