Breastfeeding Checklist

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Aku dapat checklist ni dari forum ratuhati. So semua ni aku copy bulat-bulat tau bukan aku yang cipta list ni. Kalau dah ade pengalaman nanti aku tambah la sesikit..

Saje nak tepek untuk rujukan aku nanti. Sebab bila baca banyak-banyak rasa konon macam dah cukup semua tahu.. banyak sangat rupanya ilmu penyusuan ni.. Aku setuju breastfeeding ni takde satu cara yang betul sahaja.. banyak cara.. banyak pendekatan, banyak tips, banyak pengalaman gali aje banyak-banyak.. Cuma tu lah.. Kadang dah baca aje, tapi belum ada peluang praktik (baby pon tak lahir lagi ni) jadinya lupaa.. Ada yang sesuai dengan kita ada yang tak sesuai.. lain orang lain badan.. sebenarnya banyak benda nak kena belajar dan akan belajar benda baru aje setiap hari, lagi laah aku yang baca teori aje ni, amali belum dapat lagi.. berdebar.. huu.. tapi yang banyak aku jumpa dalam pengalaman ibu-ibu luar sana key point breastfeeding adalah .. "positif mind" selalu fikir positif je tiap masa, kena happy sentiasa jangan stress pegang kata-kata "susu aku cukup", "susu aku banyak", "aku boleh".. "susu aku banyak cuma aku tak tahu cara betul nak keluarkan" dan last sekali tak putus asa laa . dont ever give up.. Jangan laa semangat aku patah tengah jalan lagi..

1. menanamkan azam, bersungguh2, niatkan menyusu kerana Allah.
2. dapatkan ilmu sebanyak mungkin daripada sumber yang tepat. Kelas penyusuan susu ibu, atau support group meeting.
3. Boleh buat check list semasa di hospital, takut terlupa sebab gabra ke kelam kabut.
4. Pilih hospital rakan bayi. Hospital yang menyokong penysuan susu ibu.
5. Simpan nombor rakan2 yang arif tentang penysuuan susu ibu. Lagi elok MBFPC

Antara yang boleh masuk dalam check list, apa yang patut kita buat masa di hospital
1. Beritahu gynae atau sesiapa yang menyambut kelahiran yang sha hendak menyusu.
2. Susukan bayi satu jam pertama, sebab masa ni baby alert.
3. Latch dengan betul. Jangan panik dan stress kalau rasa bayi tidak dapat latch. Kita dan bayi sama-sama belajar. Skin to skin lebih baik. Bayi biasanya pandai mencari p*t*ng ibu. Kuasa Allah...
4. Jika ada masalah dengan latching masa ni, minta bantuan jururawat/ doktor. Boleh juga call MBFPC kot2 ada yang free masa tu kan.
5. Bayi hendaklah bersama ibu setiap masa. Jangan letak kat nurseri kecuali atas nasihat doktor (tu sbb kena pilih doktor yg pro-BF, rakan bayi)

Antara ilmu apa perlu kita tahu

1. Bagaimana susu dihasilkan
Ini penting sebab tak mau timbul salah faham dan terpengaruh dgn dakyah2 yg kata susu tak ada la

2. kolostrum - cecair bernilai emas

3. keperluan susu bayi newborn - utk menangkis salah faham bayi menangis, kata susu tak cukup

Baca dekat link no 2 pon ade :)

4. Bayi muntah susu, reflux

5. Najis newborn

6. Cara latch yang betul

Time sebelum bersalin, tumpukan pada informasi tentang latching, kolostrum, merangsang penghasilan susu.. dan juga maklumat semasa berada di wad (kalau bersalin di baby friendly hospital, boleh rujuk dengan lactation nurse kat situ)

Pas bersalin, tumpukan pada topik penyusuan berkesan, cara mengenalpasti bayi cukup susu atau tidak, masalah2 penyusuan seperti breast bengkak, puting merekah dll dan cara nak elak dan rawat..

Dekat nak naik kerja, timba ilmu pula pasal mengepam di tempat kerja, apa persediaan yang perlu (kelengkapan), jadual memerah, proses penyimpanan dll..

Paling penting, cari phone no. rakan rujuk terdekat.. Kalau tak dapat contact PC, experienced BF mom pun boleh bantu.. yang penting adalah sokongan. (Betul ni aku amat setuju, kalau berbayar pon aku sanggup)

I WILL BREASTFEED MY BABY UNTIL HE/SHE IS 2 YEARS OLD

“Rabbi yassir wala tu’assir Rabbi tammim bi khair”

Ya Allah, permudahkanlah jangan dipersulit.. Ya Allah, sempurnakan dengan kebaikan..

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.