Tips beli emas murah di Johor

1 comment
Assalamualaikum.

Apa khabar? Harga emas melonjak naik kan sekarang. Rasanya masa bulan puasa haritu kebanyakan emas di kedai-kedai emas di pasir gudang menjual emas 916 dengan harga RM170 segram. 2 tahun lepas, selepas kelahiran salman aku rasa harga emas RM155 segram je. Masa beli cincin risik tunang kawen lagi laa.. RM98 aje segram.. Sekarang mau juling mata tengok harga emas.. tu belum masuk upah.. sekarang dah include lagi GST.. adoyai.

Aku rasa setiap kali aku bersalin aku akan dilanda demam emas.. asyik nak membeli emas ajee.. gian sangat memanggil-manggil kedai emas tu, tapi aku rasa kali ni lagi maha dasyat kot, masa bersalin salman beli sekali emas demam emas aku terus kebah tak kunjung datang sampai laa bersalin lagi.. kali ni macam aku kata tadi dasyat ya amat.. masih tak kebah-kebah lagi ni walau dah beli 3 kali.. agaknya sebab dah dapat baby girl kot. Puiii alasan! Cuma ongkosnyaa tak gempak ditambah lagi dengan nilai harga emas yang agak tinggi. aku beli yang kecik-kecik ajee.. tak mampu laa nak beli emas berat-berat macam gelang aaisyah anak che taa.. agaknya sebab tu laa demam emas aku tak kebah-kebah kot.. belum cukup dos emas.. hahahah. Tapi nilai emas ni kan semakin naik. kalau tak beli sekarang nanti naik lagi putih mata. Beberapa hari lepas aku lalu kat pohkong jeling kat dalam tengok harga emas semasa mak aihhh RM190.. punah harapan nak dapat pandora emas untuk anniversary. tengok dalam masa 2 bulan naik rm20.. belum lagi upah dan GST... uwaaa...

Adakah impian memiliki pandora akan tercapai? agaknya dapat yang ni demam emas aku boleh kebah kot.. hahaha..

Tapi aku nak share sikit tips membeli emas murah di kedai.. Kena main silap mata sikit.. hehe takde laa.. kena rajin survey sikit laa, korang jangan laa beli emas di kedai-kedai ternama macam poh kong, jumbo, emas sri pinang, wah chan, tomei, habib jewels bagai.. Harga memang harga emas semasa tinggi mak aihh.. beli di kedai-kedai bukan jual jenama.. kedai-kedai emas biasa laa maksud aku.. ni aku share 2 kedai yang aku rasa berbaloi sikit membeli emas.

1. Kedai Emas Nasir di Taman Universiti skudai, dekat aje dengan AEON Taman Universiti
- kedai emas ni takde upah.. Tapi ada GST. Nak dapat kurang agak payah. Harga emas segram masa aku beli ni di kedai pohkong RM170 (belum GST) dekat kedai ni RM160 (belum GST) so lebih kurang RM 169.60 termasuk GST. kalau di pohkong RM180.20 include GST
- keuntungan nya kalau beli di kedai ni 1 harga per gram after GST lebih rendah.. dan takde upah.
- ketidak'bes'tan nya adalah tak boleh minta kurang. Setakat rm1 or rm2 ringgit tu boleh laa.. Masa aku beli kat kedai ni aku hanya dapat diskaun RM5.30 tu pon sebab nak genapkan ke nilai puluh yang ada.. boleh laa daripada takde..

2. Kedai Emas Sri Temasek BBU. dekat dengan Jakel
- kedai emas ni ade upah, tapi dia dah serap GST plus harga plus GST dia jauh lebih murah, masa aku survey di kedai Poh Kong masa tu udah cecah RM190, di kedai ni masih below RM160 per gram.. RM159.30 kot kalau tak silap.. harga tu dah masuk GST
- kedai ni masih boleh diskaun laa dari segi upah tapi takde laa dapat sampai upahnyaa RM20 gitu, tak tau laa kalau korang hebat dari segi bargain harga. Masa ke pohkong aku dah survey upah barang yang aku nak tu dalam RM300-RM350, dekat kedai ni boleh dapat dengan harga RM150-RM200 gitu. masa aku beli tu dapat kurangkan upah hingga RM106. Aku target nak dapat upah semurah bawah RM100 tapi takat itu aje aku mampu nak minta kurang.

3. Beli online. haha. ni by group WA la actually. tapi kira online laa sebab kena pos bagai.. Ni lagi hebat harganya.. Masa harga di poh kong RM190. kali ni aku beli dengan harga rm160 takde upah takde GST. semata-mata harga emas sahaja. masa ni duit dah yilek.. tapi sebab aku masih gian nak membeli emas makanyaa aku beli jugak cincin seberat 2.++ g. hahaha. Sebenarnya husband aku tak kasi pon beli emas secara online ni sebab risiko pos barang emas. Tapi ni aku beli tak pos.. Aku amek barang dari seller. kira aku beli dari kedai jugak laa cuma kedainya bergerak-gerak.. Kalau bukan sebab dapat barang terus dari seller takde maknanya aku nak beli emas online-online ni. Aku ni pon penakot jugak sebenarnyaa.. barang lain boleh beli online, beli emas aku tak berani.. beli yang kali ni aku curi-curi beli. Sib baek selamat dapat cincinnyaa..lap peluh di dahi.. cantik plak tu cincinya. boleh caya kakak ni (angkat 2 ibu jari). Aku pakai seminggu cincin tu dekat jari laki aku boleh tak perasan, kotak cincin pon aku saje pamerkan atas kabinet dapur. kot dia tahu tak marah atau dia tak tau lagi.. ke dah tau.. kalau dia baca ni nanti dia tau la kot.. (hai baby, minta ampun, ayang tak beli pos-pos pon, dapat dari tangan penjual sendiri..)

Yang bestnyaa.. ketiga-tiga kedai yang aku beli ni milik orang melayu.. Sama-sama meningkatkan perniagaan orang kita..

Ape lagi korang. Moh laa beli emas kalau korang suka. Aku memang peminat emas, jadi aku rasa tak rugi beli emas walaupon harga emas meningkat. harga makin naik, nak tunggu jatuh payah sekali.. entah jatuh entah tidak makin naik ada laa.

p/s aku dengar harga emas tahun 2020 boleh mencecah sampai ke RM500. betul ke tidak .. Wallahualam..
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

1 comment:

  1. Assalamualaikum ....


    kite pon ade jual emas .. meh la join beli dengan kite ..... kite pon ade buat kutu emas ,... hihihi ...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.