Anugerah Perkhidmatan Cemerlang APC

2 comments
Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Syukur ya Allah. Rezeki anak. Akhirnya dapat jugak aku Anugerah Perkhidmatan Cemerlang atau nama glamer APC ni..


Entry ala-ala throwback. 

Sebab ni cerita hujung bulan Mac lepas. 26 Mac 2015. Ko tak tengok kebesaran tubuh bagai johan dan kesendatan baju aku tu.. siap kain terjongket-jongket gitu hah. Bagai tak percaya baju batik tu muat aku sarung ke badan biarpon sarungnyaa memang dah tak leh zip.. haha.
Gigih aku pergi Putrajaya ditemani suami dan salman, husna masih dalam perut masa ni :) Ye aku tengah sarat dah masa ni dah masuk 36 weeks. Sebulan kemudian anak cemerlang dan solehah ni pon lahir

belom lahir ko dah jadi pekerja cemerlang anak oii.. semoga jadi anak solehah dunia akhirat.

Boleh slash dah 1 wishlist aku..

Last but not least. Tq bos atas bimbingan, teguran dan motivasi. Untung aku dapat bos sporting, tenang aje buat keputusan. rilex dan cool sentiasa. Semua bos laa.. bos kecik, bos sederhana dan bos besar la..

Tq jugak buat buat staf-staf aku yang banyak membantu. Kak surani, kak bed, kak niza, en megat, en zahari dan affis.. juga ex staff, kak azira, kak shima, abg salleh, kak fatimah dan ct rahmah.

dan finally

Tq jugak pada suami, mak ayah, mak mentua pak mentua dan yang pastinya anak soleh sayang. Kadang mama bawak work balik umah, jarang sangat bawak kerja balik rumah sebenarnya so bila bawak balik kerja memang salman berpotensi kena marah dengan mama sepanjang mama siapkan kerja di rumah tu sebab dia tak boleh sangat kita tak fokus pada dia. Ade ajee yang bikin mama rasa panas. belum part dia tarik kabel laptop time kita gigih siapkan kerja.. memang menyirap laaa darah mama macam sirap hijau. dan tangan ketam mula laa berjalan nak kepit tubuh gebu diaa.. huu.. Sorry baby.

So next, naik pangkat plak.. Bile laa tu.. huhu.

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

2 comments:

Powered by Blogger.