`Sihat? aku mc hari ni jadi ada masa terluang ni aku nak share pasal peluang bisness yang ada di usahawan.com hari ni. Jadi bakal usaha"wang"- usaha"wang" di luar sana stay tune ok.
Tapi sebelum tu aku nak start mukadimah aku dengan kisah aku dan wafel. Korang nak tau tak sepanjang aku pregnantkan husna, of coz selepas habis aje fasa asal makan aje muntah atau morning sickness, aku adalah GILA dan OBSESS dengan wafel sampai ke tahap aku plan nak beli sendiri mesin buat wafel tu. mana taknyaa.. orang lain lunch makan nasi, aku plak makan wafel. Paling aku suka wafel peanut butter dengan coklat. all time faveret la aku rasa, lagi best kalau boleh minta 3 flavour, aku akan tambah dengan blueberry.. Yummy. Aku ni selain hantu pasta, merupakan hantu coklat, tapi sepanjang pregnant husna, asal makan aje coklat faveret aku menolak-nolak semua makanan berebut-rebut nak keluar dari perut, tapi kalau makan wafel coklat, aik hairan bin ajaib boleh terima plak, sebab tu laa aku menjadikan wafel sebagai pelepas gian aku dengan coklat sepanjang mengandung husna dedulu tu. Macam dah lame plak aku ngandungkan husna, rindu plak.. ade can nak dapat adik husna kalau mama dah rindu nak ngandung ni..
Hah menjejes tak air liur?? Sumber: Google |
Hishh, bila teringat sekarang rasa menjejes-jejes air liur ni hahhh kalah air liur husna. Aku rasa memang untung kedai wafel pusat bandar tu sebab aku hari-hari makan wafel, tak cukup satu untuk makan terus aku siap tapau bawak balik. Boleh kira dengan jari sebulan berapa kali aje aku lunch nasi.. Mahap laa napsu makan mak yong masa tu yee, i put all the blame on puan hormon.
Gila panjang mukadimah wafel aku, bukan apa kalau korang tergerak nak bukak bisnes wafel tapi tak tahu macam mana apa kata korang terjah Usahawan.Com ni. Agaknya kalau aku jumpa usahawan.com ni masa aku gila mentekedarah wafel dulu agaknyaa dah ade mesin wafel ni sebijik dekat rumah aku buat bukak bisnes masa pendaftaran pelajar.. Hishh korang mesti rasa hek elehh aku bukan peminat wafel macam kau. Wait a minute you gaizz, bukan bisness wafel aje lah.. ade banyak peluang bisnes lain yang usahawan,com sediakan. Sebut je ko nak niaga makanan ape, nak crepes?? nak ayam goreng??nak takoyaki? Ice cream? pop corn? ice blended?? jangan mintak stew daging sudah. tu pakai periuk ajee..
klik gambar untuk maklumat lanjut |
Kenapa pulak la hai aku nak suruh korang semua meniaga eh? Kenapa anda perlu berniaga? berbisnis? berjualan? Macam menarik aje berniaga ni. Hah, kenape kenape kenape nak berniaga, buat sesusah aje keluar modal, untung nya belum tentu. Tak tau jawab? kalau aku tanya nak kaya tak? Mesti semua nak kan? Cuba korang tanya orang kaya kat luar sana. Yang betul-betul kaya tau, bukan yang berlagak kaya tapi hutang keliling pinggang, loan sana loan sini.. Aku jamin 90 % akan jawab diaorang kaya sebab berniaga. ko cuba tanya aku yang makan gaji ni. hujung bulan sesak sikit napas wei. Dalam agama Islam pun menggalakkan perniagaan sebagai kerjaya umat muslim. 9/10 sumber rezeki datangnya dari jalan perniagaan. Rasul SAW junjungan kita sendiri merupakan businessman yang berjaya. Jadi nak kaya moh kita berniaga.
Tapi.. haa ada tapinya, nak berniaga dan menjadi kaya berniaga, kena ada ILMU dan PASSION dalam meniaga. Kesungguhan tu memang wajibul ghunnah laa kena ada, kalau malas rezeki yang dah ada depan mata pon tak kan dapat. Modal ciput? Jangan risau di usahawan.com dengan modal RM1000 pun dah boleh mula berniaga. Selain itu semua rakan niaga agak mendapat latihan mengenai produk yang dibeli dan juga perkhidmatan selepas jualan (After sales services) jangka panjang dari segi khidmat nasihat dan bantuan teknikal. Takde laa lepas korang beli mesin buat soft aiskrim contohnya korang terpaksa godek-godek mesin dan baca manual sendiri, bila tak reti mesin kemana ais krim pon ke mana korang plak tarik rambut di kepala.
Meh aku share salah satu peluang peniagaan menarik yang di offer oleh usahawan.com. Sudah tentulah pakej perniagaan wafel klasik. Kata hantu wafel kan. Ade 2 pakej, pakej pertama dengan modal serendah RM899 korang dah boleh bukak bisnes wafel depan rumah or dekat universiti. Pakej kedua pula dengan nilai RM1850. Apa beza dua pakej ni? Bezanya adalah dapur wafel yang korang pilih. Kedua-dua pakej ni dah lengkap dah dengan tepung premix wafel & jem, Bunting promosi, peralatan untuk buat wafel, manual & cd penggunaan serta penghantaran terus ke dapur kedai anda. Untuk lebih lanjut korang boleh contact sendiri usahawan.com. Boleh klik gambar untuk ke maklumat lanjut mengenai pakej perniagaan wafel ni. Lengkap dengan butir-butir dan kira-kira kewangan macam mana korang boleh jana keuntungan dengan menjadi rakan niaga usahawan.com. Usahawan.com ni bukan aje jual food equipment untuk masak wafel tapi segala rencah tepung premix, jem dan spreadder untuk wafel pon ade. Kalau dah habis boleh beli dekat usahawan.com jugak. Tak payah sesusah nak cari supplier lain. Kata rakan niaga kan. Semua usahawan.com dah sediakan, tinggal korang sedia modal, jadi rakan niaga dan BE CREATIVE. dan jana pendapatan Kaching.. Kaching..
So macam aku bagitau awal-awal tadi kan, bukan hanya pakej perniagaan wafel yang korang boleh pilih di usahawan.com tapi ada banyak lagi pakej perniagaan makanan yang lain. Klik gambar untuk maklumat lanjut ok.
Hah, tunggu dulu bukan aje ada pakej perniagaan food dan beverages aje tau di usahawan.com ni. Tapi ada jugak pakej perniagaan percetakan. Contohnya pakej perniagaan button badges, pakej perniagaan business card, pakej perniagaan t-shirt dan cenderahati, pakej perniagaan flash stamp dan banyak lagi. semuanya ada di usahawan.com
1. Modal bawah RM1000. Berpatutan dan mampu dimiliki
2. Demo dan Latihan percuma disediakan.
3. Khidmat sokongan selepas jualan dari segi nasihat dan bantuan teknikal.
4. Bukan sistem francais so tak payah risau nak bayar royalti bulanan dan lain-lain kos.
5. Pengimport/ Pembekal Secara Langsung & Memiliki Kilang Sendiri. Untuk bahan-bahan mentah untuk buat wafel, perasa untuk kentang spring tu semua, InsyaAllah halal dan ada pengesahan halal dari JAKIM.
dan yang ke 6. Usahawan.com adalah syarikat milik penuh bumiputera. :) Diaorang ni berpegang teguh dengan motto “Mencipta Peluang Perniagaan Baru untuk Peniaga Kecil dan Sederhana”
Dengan RM1000 pun boleh mula bisnes kecil-kecilan. Bisnes dari rumah pun boleh, kelab-kelab usahawan dekat sekolah/kolej/universiti pon boleh ambil peluang untuk jana pendapatan tak pun guna untuk institusi sendiri. Buat button badge, mug, t-shirt, key chain untuk barang-barang promosi betul tak? Koperasi sekolah jual wafel, kentang spring?? Idea menarik kan? Tak cukup lagi lah RM5 duit belanja sekolah lepas ni.. Kikikiki.. kenape koperasi sekolah aku dulu tak jual wafel, jual jajan aje banyak.. kenyang apa makan wafel dari makan jajan. memang menarik laah, lagi lama usha website usahawan.com, menarik tertarik memanggil-manggil aje supaya jadi rakan niaga. Sebab pakej perniagaan nyaa memang seriously memang mampu milik. Boleh bayang duit kaching kaching masuk akaun bila buat bisnes.. aku boleh usul pada ofis aku sendiri kalau macam ni. Buat sendiri barang promosi ILP. Dahlaa usahawan.com memang ada cawangan di Johor Bahru biarpon main office nya ada dekat Senawang. Dah dekat sangat dah tu. So kalau korang berminat dan memang tercari peluang perniagaan mampu milik ni boleh usha website usahawan.com or korang terjah ajee cawangan yang berdekatan dengan korang.
Pejabat Urusan Usahawan.com di Senawang Negeri Sembilan |
p/s Tangan aku dah gatal nak buat paperwork wujudkan kelab usahawan ILP ni, usulkan pada pengarah, tak dapat pakej perniagaan wafel takut nanti staf dia ni asyik makan wafel tak henti-henti baik aku usulkan wat bisness wat button badges t-shirt mug dll untuk bahan promosi pun menarik ni.
wah boleh ini jadi usahawan :-)
ReplyDeletehehe. Kan mampu milik semuanyaa..
Deletemcm mcm jenis perniagaan yg boleh kita buat skrang ni untuk cari rezeki kan.. yg penting usaha
ReplyDeletehaah... mampu milik kak.. nanti la nk ckp dekat makcik pakcik..
ReplyDelete