Meet The Author

Saya Suraya Jafar,blogger yang berasal dari Sarawak tetapi sekarang tinggal di Johor Bahru, Malaysia. Seorang isteri dan ibu kepada dua cahaya mata. Lahir pada Jun 1985 dan sekarang merupakan pegawai kerajaan yang berkhidmat di salah sebuah Pusat Latihan Kemahiran Awam.

author
Showing posts with label Salmanfaris. Show all posts
Showing posts with label Salmanfaris. Show all posts

Air dicincang takkan putus

Leave a Comment
Assalamualaikum..

Hye uolls..

Dah lama dah tak cerita kerenah 2 anak soleh & solehah ni. Makin hari macam-macam adegan lucu diaorg buat. Alhamdulillah adik beradik sayang menyayangi antara satu sama lain tapi bilaa bergaduh tu amboi.. main gigit-gigit.. selalunyaa abang laa gigit adik.. husna pulak menjerit ajee laa kerjanyaa tapi kalau dia geram dia debik jugak abang diaa tapi abang kan sadooo.. setakat tangan kecik adik apee ajee laa yang rasa..

Anak soleh solehah

Situasi 1:
Bangun pagi papa dah dukung husna turun dari bilik.. Husna ni setakat baru nak masuk 2 tahun ni seorang morning person. Agaknya sebab dia orang yang paling awal tido so awal jugak laa dia bangun. Setiap kali turun memang dia akan bawa botol susu dia turun sekali dan akan request susu dengan mama. Ow selalunyaa aku, husband n salman akan tido kat bawah.. tak tau napee haha.. selalunyaa tertido sebab kami suka tgk movie sama-sama waktu malam.. kalau tido dalam bilik plak salman akan tido sekali ngan kitaorang.. husna plak tido dalam baby cot diaa..

Dah jadi rutin awal pagi memang husna dan salman akan minum sebotol susu setiap kali bangun.. husna bila dah turun memang akan automatik goyang-goyang botol susu dia depan mama minta dibuatkan susu.. So aku memang bancuh sekali susu salman serentak. bila dah siap husna akan ambil dedua sekali dengan exitednyaa..  botol salman dia akan letak sebelah abang dia yang masih tidur.. dan dia akan baring sama ada sebelah abang dia or atas sofa.. kadang dia siap acukan puting botol susu kat mulut abang, abang sambil tido boleh capai and terus nyonyot susu diaa.. haha

Situasi 2

Husna seorang yang agak payah makan ubat. dia punya mengelupur kalau kena makan ubat mama kena bukak segala bunga silat untuk tahan tangan diaa sambil tekan syringe ubat dalam mulut. Husna selalu kena marah kalau mama geram dia asyik tolak ajee ubat tu keluar mulut dengan lidah bila mama salah aim cara masuk syringe dalam mulut.. dari baby dah tak suka ubat.. sejak dah masuk setahun dia dah pandai meronta2 kuat xmo ubat.. tapi sekarang mama dah ade assistant.. bab nak bagi adik dia ubat salman orang yang paling exited.. exited nak pegang tangan adik diaa dengan kejap.. kuat jugak dia tahan walau adik dia meronta bagaimana pun.. so mama senang nak aim sudut mana nak tekan ubat supaya adik tak tolak balik ubat dia dgn lidah..

Situasi 3

Salman suka sangat main lego. Selalu dia buat helicopter, aeroplane dan robot.. Bila abang main lego husna suka bertidak sebagai ala-ala destroyer untuk musnahkan binaan lego abang diaa.. dah lerai lego tu dia ambil 1 or beberapa biji lego dan bawak lari.. haha

Situasi 4

Salman n husna suka tengok youtube dekat TV, setiap kali mama perasan diaorang  tengok dekat, aku akan suruh salman ganjak ke belakang untuk tengok TV. salman pulak akan dokong adik diaa yang tadi dok depan TV ganjak belakang sama.. haha

Situasi 5

Husna agak berdikari dalam bab pakai baju, lepas mandi siap marah mama dia ni yang nak pakaikan baju.. siap boleh bukak balik baju or seluar yang tadi kita dah half way pakaikan supaya dia boleh pakai sendiri. Salman pulak selagi mama tak pakaikan baju dia rela berbogel pakai pampers ajee.. hanya boleh pakai baju sendiri kalau dia nak mama bukakan TV or bawak jalan.. o ambilkan jajan dari tempat tinggi.. Faham x maksud aku.. dia boleh pakai baju sendiri tapi sebagai syarat untuk dapat kehendak diaa.. selalu aku bgtau gini.. ok salman pakai baju dulu baru mama bukak TV.. so dia pakai laa baju then tunjuk pada aku dah siap pakai baju sambil hulur remote..

Situasi 6

1 benda yang aku geram ngan husna ni adalah dia suka buka pampers diaa.. asal penuh sikit dia bukak.. tak selesa dia bukak.. paling aku pening kalau dia buka masa dah poo poo.. so aku kalau nampak dia dah start tanggal seluar diaa.. memang laju2 la aku pergi tukar or pergi pasangkan balik pampers dan seluar husna.. ade sekali ini salman demam tonsil seminggu . salman kalau demam or sakit sangat clingy.. berkepit aje dengan mama.. aku plak kalau anak-anak demam segala keperluaan akan ditunaikan even dia minta nak makan nasi tengah malam sekali pun.. sanggup masak nasi lagi sikit bila nasi dah habis takut anak hilang balik selera makan.. so demam seminggu tu aku dok mengentertain salman ajee laa kerjanyaa.. Husna agaknya jeles so one day masa salman tengah tido peluk tangan aku dekat sofa bawah husna merajuk naik atas.. dari bawah aku boleh nampak dia intai2 aku dekat kepala tangga tingkat atas.. kesian aku tengok husna agak terabai.. haha. pandai dia tarik attention mama diaa dengan bukak pampers dah jinjit pampers dia bagi aku nampak konon acah2 sembunyi atas tangga.. SO ape lagi belari terus laa aku naik atas ambik diaa.. salman perasan mama dia takde sebelah terus meraung laa jadinyaa.. hahah

Situasi 7.

Salman or husna dedua tak boleh tengok salah sorang duduk atas riba mama or kena peluk dengan mama.. dalam kereta lagi laa horror.. dedua berebut mama dia.. kalau sorang duduk atas riba.. sorang lagi pun nak duduk jugak.. kalau sorang mama peluk sorang lagi pun nak mama peluk.. kalau sorang tido menyandar dekat mama, sorang lagi pun sibuk nak menyandar.. kalau dedua ni reti nak berkongsi takpe.. ni bertolak-tolak, bertarik-tarik tangan mama.. kalau berebut-rebut tu tak bising takpe jugak ni.. menjerit-jerit menangis tak puas hati selagi tak dapat.. salman pun bukan reti nak beralah dengan adik diaa.. sebab selalu mesti salman laa menang sebab dia lagi besar dan sadoo.. bila dah tak dapat tu husna apa lagi menjerit menangis beriaa.. papa diaa bila dah rasa bingit mula laa marah dah dedua kena cubit papa geram..


HAha.. banyak lagi situasi kelakar dua beradik ni.. tak kering gusi dengan telatah tiap hari.. Happy ajee.. kalau gaduh tolak menolak.. berebut tarik menarik kemudian nangis.. lepas kena marah boleh pulak lepas tu main sama balik..
Read More

Milestone 22bulan salmanfaris

Leave a Comment
Assalamualaikum.


Meh setepek gambar anak bujang dengan gurlpren diaa.. Hahha..

Takde laa, ni one of salman's friend dekat taska. Diaorang ni sebaya cuma gegurl tu lahir bulan 1. Comelsss aje dedua dok dalam tu sambil ada sorang kakak tolong tolakkan.  Cuma masa nak ambik gambar kakak tu larik pulak malu..

22 bulan penuh indah.. walau kadang mama rasa geram dengan tingkah laku awak tapi bila mengenangkan u should have masa kecil yang indah mama jadi tak sampai hati nak marah. Setakat mama pandang dengan pandangan maut yakni pandang je dia senyap tanpa riak wajah nanti dia stop laa buat perangai, setakat ni belum pernah nak pukul laa.. kalau cubit pon tak mendatang kesan, mama cubit dia ketawa.. setakat babap-babap montot gebu bersalut pampers tu ada laa.. dah geram sangat.. setakat ni kalau pandang tak beriaksi muka tu dia senyap laa. Kadang dia lawan pandang balik tapi senyap, tak buat apa-apa dia berdiri aje tegak.. Tapi being a mama, tak sanggup nak bertahan pandang tanpa riak muka tengok the most adorable person in my world ni lelamaa..

Sekarang ni salman dah tak berdukung nak masuk taska balik taska dan masuk rumah. Sebab mama dahh tak mampu dah nak dukung dengan perut boyot. Haha. So now his faveret word bila nak keluar kereta adalah "kasut".. biarpon tak bunyi kasut tu jelas kadang-kadang jelas jugak laaa..

Sekarang dah pandai berbual di telefon. Pantang mama pegang hp call papa kee, nenek kee, atok kee wan kee dia sibuk nak berbual sama.

Ada few word yang salman dah boleh sebut kita faham, macam cat (his most faveret word and animal), mama, susu (cucu) , nak, jom, kasut (asut, sometimes betul dia sebut kasut, or its just my imagination?, yak, pampers (pers), mamam, papa, tak nak (nanak- sambil geleng kepala), bye, assalamualaikum (aakom), good night (night-night), ayok salman (auk aman), salman (aman/man), tu, Allahuakbar, amin, muhammad (amad), biskut (bis/or sometimes jadi akut), kismis (kis/or mis) dan so on laa..

sekarang nak mandi adalah perkara paling seronok sebab dapat main air, sometimes agak susah nak suruh keluar dia siap boleh macam nak kuak lentang dalam toilet, tapi selalunyaa dia nak keluar sendiri.

Perkara paling payah sekarang nak buat adalah masuk dalam bilik untuk tidur, masuk dalam bilik yee, nak panggil masuk untuk sleep tu mak aii, susah, siap buka tutup pintu dia still tak nak masuk even tadi kat bawah dah tergolek atau sujud atas karpet tanda dah memang ngantuk pon..  tapi bila dah masuk bilik dan dia dah landing kepala atas bantal nak tidurkan adalah mudah.. Baca doa tidur then boleh say good night dan dia akan tidur. Kalau papa dia ada memang mudah sikit laa, kalau dia tak mo masuk bilik untuk tidur papa dia dukung aje baringkan atas tilam, mama tak mampu dah nak dukung.. huuu so berdrama la sikit nak panggil masuk bilik, siap guna teddy dia lambai-lambai masuk.. Memula dulu menjadi tapi sejak dua menjak ni tak jadi lak, dia boleh datang ambik teddy then berlari keluar balik nak turun.. Kadang-kadang aku biar aje dia menangis di pintu bilik aku baring atas tilam diaa, lama sikit baru dia nak datang baring sama, kadang aku boleh terlelap tengok dia dah baring sebelah aku.. Bila dia dah baring tidur tu aku just betulkan laa kedudukan tidur diaa, gosok-gosok sikit tangan dia bagi dia bangun ala-ala mamai baca doa tidur the terus selimutkan dan tutup lampu.. Masa tidur sekarang paling lambat adalah 9 malam. Kadang aku tidurkan dulu sebelum isyak, kadang lepas aku solat isyak baru tidurkan salman..

Sepanjang tidur dia alhamdulillah masih belum meragam, kadang dia terbangun ngek ngek sekejap kemudian dia pandai panjat naik atas katil tidur sekali dengan kami, dah dedua anak bapak menghimpit mama, kadang aku takot gak dia tendang perut aku kalau tidur, bila salman naik aku peluk laa bolster tu untuk cover perut, salman ni boleh tahan ganas gak kalau tidur, kadang dia boleh nak jadikan perut aku ni haa bantal dia..

Part makan, alhamdulillah dia belum memilih lagi kecuali makanan tu tengah panas, menyusu Alhamdulillah masih minuman faveret lagi.. macam yang aku cerita sebelum ni laa 40-50 oz susu.. Sekarang dia dah pandai makan dengan sudu sendiri tapi dengan pengawasan laa, lagi laa kalau makan koko krunch, air kena buang. Makanan faveret macam papa, buah dan kismis..

Perkara paling suka adalah melompat dan berlari. Berlari setempat yaa siap pegang tangan mama then berlari setempat.. haha cute. hari-hari mama kena layan dia berlari setempat, agaknya selalu sangat tengok papa jogging kot.

Kadang dalam sebulan ada lah sekali dua bawa ke taman tempat yang orang joging tu, mama boleh duduk tunggu je since doktor tak bagi banyak jalan uri adik baby agak ke bawah, salman dengan papa boleh round sampai dua kali taman.. Siap dia kadang-kadang berlari-lari papa dia kejar, sambil tu papa jogging sekali laa.. Lepas jalan papa teman main playground. Lepas tu baru pergi sarapan.

Sangat suka dengan kucing, cuma mama tak kasi pegang laa kecuali kucing mak ngah dan kucing mak long sebab kucing tu dok rumah, kalau kucing yang berkeliaran  mama kasi tengok dan acah-acah dari jauh aje...,,

Suka tiru perilaku orang, kalau baca buku dia nak buku jugak, kalau main hp dia nak hp jugak kalau pegang laptop dia nak jugak, suka ambik baby wipes dan lap muka sendiri..

Sekarang ni kadang-kadang masa bangun pagi ada drama sikit nak turun tangga.. takpon tetiba nangis nak berpeluk dulu baru senyap.. sindrom adik nak lahir dah mai.. u'll be always be our baby sayang.. nanti adik, adik baby, salman abang baby yee sayang.. papa jadi baby papa.. semua kita ni baby yee sayang.. hehe

Ok lah tu aje laah kot.. 







Read More

Susu Ilham : Susu berasaskan makanan sunnah

1 comment
Assalamualaikum.

Hari ni aku nak review susu formula salman tapi sebelum tu please jangan condem entry aku. Kalau rasa nak condem jangan baca dan sesilaa klik x cecepat.

Kepada sesiapa yang mencari-cari pilihan susu formula untuk anak. Boleh masukkan susu Ilham keluaran ebunda ni sebagai salah satu pilihan. Salman start minum susu Ilham ni sejak keluar ward tengah tahun lepas. Sebelum tu dia minum enfagrow. Keluar aje dari ward aku terus tukar susu dia kepada susu ilham ni. Alhamdulillah dengan izin Allah salman dah jarang demam. Kalau demam pon hanya semalaman.. esok dah kebah.. tapi mama kena berjaga jugak laa bukan automatik kebah gitu.. tuam badan tetap kena buat. Kalau selsema sekejap aje kering takdelaa lamee hingus meleleh-leleh kadang sampai dah hingus hijau tuu, tapi tu .pon mama kena rajin sedut hingus salman jugak laa..
Tapi semuanya dengan izin Allah.. salah satu usaha je lah ni. Lagipon susu ni diperkaya dengan makanan sunnah macam kurma, badam dan kismis.. Selain tu turut dibacakan ayat-ayat al-Quran. Jadinya susu ini tidak boleh dilangkah.. lagipon kismis dan badam memang faveret salman.. aku jadikan ala jajan gitu untuk salman..

Harganya?? Tiada yang lebih bernilai dari susu ibu. Susu ibu adalah yang paling berharga.. T__T.. susu ilham ni harganya RM48.90.. tapi aku suka beli satu kedai ni dapat harga rm46 tapi kena beli 5 kotak ke atas. As for salman sehari dia comsume sebanyak 40-50 oz susu.. makanyaa aku memang memerlukan minimum 6 kotak untuk salman sebulan. Tiap kali gaji ajee.. memang RM300 diperuntukkan untuk susu salman sahaja. Setakat ni tiada pengurangan pengambilan kuantiti susu lagi bertambah-tambah lagi ade.. paling minimum salman akan habiskan 4 botol susu 10oz sehari.. 1 botol penuh masa pergi taska.. tengahari di taska 1 botol.. balik 1 botol.. sebelum tidur 1 botol.. kadang masa tengah malam dia bangun dia minta lagi sebotol..

Bila aku kata salman minum 40-50 oz susu sehari semua macam terkejut.. kuatnya minum susu.. kalau dekat taska pon salman antara hero susu sebab suka minum susu. Aku lagi suka dia minum susu banyak gitu sebab aku pon kurang bagi minum air lain.. air kosong pon kurang.. uwaa.. aku kena ajar jugak mak aku kata.. aku akan bagi minum air lain macam air buah ke kalau salman demam.. dia ni kalau demam bercinta sikit nak tengok dia habiskan susu. Sebab dia demam pakej batuk gitu, agaknya tekak perit tak nak terima susu..

Apapun aku berazam untuk adik baby aku nak susukan dengan susu ibu hingga 2 tahun. Amin.. doakan aku berjaya yee.. tak nak kecundang ditengah jalan macam salman lagi. Kesian anak mama.. mama down gilaa takboleh nak ingat zaman gelap tu nanti mesti nangis..

Read More

Suka Duka 2014

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Secara rasmi bila melangkah ke tahun 2015, maka berakhirlah 2015. Biasalah 1 Januari Johor kerja, so takde rasa new year sangat. Rasa macam hari-hari biasa aje, sebab rutin kerja sama macam semalam.

Bila orang buat kompilasi 2014 aku pon nak jugak laahh.. Hehehe..

JANUARI

Cubaan berbisnis baju.. Hehhe.. Baby step kata orang. Bisnis ni masih ada, alhamdulillah ada juga rezeki sikit-sikit. InsyaAllah tahun ni akan cuba dirancakkan lagi.. Sesiapa nak beli baju dress dan blouse muslimah murah cantik-cantik dan lawa-lawa boleh lah terjah sini. Blossom Bluebell Closet. Ada blouse dan dress baru masuk..

 Bulan ni jugak aku gila dengan beg coach.. Siap menyambar sebuah hand beg dan 1 wristlet coach..  hehehe



FEBRUARI

Anak bujang sulung saya officially dah 10 month bulan ni.. Bila dah nak masuk setahun ni salman dah start kerap demam, so mama beli thermometer untuk anak tersayang, selain tu, anak soleh ni dah bijak merayap ke dapur, abis di selongkar segala mak nenak bawang, periuk di dapur so papa belikan safety gate untuk salman.. Hehe puas hati mama awak tak boleh masuk dapur sesuka hati lagi.. heheh.


hehe, muka pasrah..

MAC

Bulan ni salman dah 11 bulan, 1st time mama & papa belikan salman kasut.. sebelum ni pernah beli masa salman masih dalam perut tapi dia tak pernah pakai pon kasut tu.. Haha apalah mama ni kan.. Mama officially melibatkan diri dalam dunia babywearing dengan membuat pelaburan membeli boba salman.. Bulan ni jugak 1st time salman admited hospital kerana jangkitan kuman pada paru-paru sebab selsema dan batuk yang teruk.. Huhu cian anak mama.. 




APRIL

1 April maknanya genap 5 tahun aku jadi penjawat awam. Hehe. Bulan April jugak salman genap 1 tahun. Genap setahun mama rasa contraction nak bersalinkan salman dan mama start misi nak TTC adik salman.. Birthday celebration salman aku buat doa selamat di surau ofis, makan nasi kerabu dan sedikit goodies untuk kawan-kawan salman dekat taska, dan as a reward untuk salman, mama dan papa, we spend time together at ZOO singapore.. 2nd time salman masuk Singapore, 3 rd time mama pergi Singapore.. 





MEI

Nothing much happen dalam bulan Mei cuma kami bertiga anak beranak 1st time melangkah kaki ke Negara Indonesia bila Airasia buka laluan ke Bandung dari Senai Airport.. So spend time la kami anak beranak di Bandung 5 hari 4 malam. Bershopping sakan, tapi rasanya yang paling sakan papa. Hahaha..


JUN

Bulan jun bulan memasak kot, aku tetiba ketagih membaking.. Hahaha.. Bulan puasa pon jatuh bulan Jun, begitu juga birthday aku.. Happy 29 years young to me..!!





JULAI

Oleh sebab birthday aku hujung bulan jun, maka nya hadiah birthday dapat bulan julai laa.. Hadiah birthday aku beg coach lagi.. Hahaha..


OGOS

Hari raya dah tiba.. Hehehhe.. Selamat hari raya.. dan juga another good news to us, Salman Faris anak soleh nak jadi ABANG!!.. Due insyaAllah Aril 2015!!



SEPTEMBER

Nothing much happen bulan 9 sebab aku morning sickness, motion sickness yang agak teruk.. 

OKTOBER

Surviving my 1st trimester.. Alhamdulillah cuma masih ada baki-baki morning sickness lagi. Bile dah masuk bulan ke 4 as usual aku mengannounce laa kehadiran adik baby dalam tummy dalam blog.. Heheheh..

NOVEMBER

Bulan 11 bulan cinta.. Heheh. Happy Anniversary to both of us baby.. Love u.. Hadiah tuntut bulan 12 sebab cik abang bizi kerja.. A small celebration just for us..

DISEMBER

Lepas tamat ke"havoc"an papa kerja, akhirnya projek pon selesai bulan 12, baru mama boleh tuntut beli hadiah beg "kayusepit" mama, boleh beli hadiah papa jugak.. Papa dan salman teman mama ke kelas ibu mengandung and mama beli 1st item untuk adik baby.. adik baby bulan ni genap 6 bulan.. Adik baby tunggu bulan depan yee, kita scan jantina adik baby, baru mama prepare barang untuk sambut adik baby ye sayang.. Semoga sihat selamat dan sejahtera dalam tummy mama.. Semoga membesar dengan sihat dan sempurna hingga selamat dilahirkan April ini.. Amin..






Read More

Bintulu Whitestudio Photoshoot Review: StudioPutra Visual Arts Centre

Leave a Comment
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ni aku sambung cuti Deepavali. Dah mengalahkan orang yang merayakan deepavali pulak dah.. Alasannya aku malas nak kerja hari ni sebab esok dah cuti lagi.. So biarlah kita berheaven-heaven cuti di rumah selama 4 hari. Konon lepas subuh boleh tidur balik tapi takdenya dapat peluang, haihhh kalau nak tidur kena tukar ke bilik lain, budak kenit salmanfaris kalau dia bangun pagi tengok mama sedap berlingkar atas katil dengan happynya akan bangun panjat katil dan lompat-lompat sebelah mama..

OK back to our review.. Aku dah lama sangat gila-gila nak ambil gambar dekat whitestudio. Tapi aku percaya kalau hanya aku hubby dan salman bertiga je nak bergambar whitestudio memang rasa sangatla hambarnyaa.. tak ade fun gitu.. Laki aku pon mesti memalu dan rasa awkward gitu.. Ada jugak laa cari-cari whitestudio di JB ni.. Tapi tu laahh malu satu hal.. jauh pon satu hal.. Jadi bila tiba hari raya.. dan  tertiba di pagi raya aku terbaca iklan whitestudio photoshoot di bintulu tu haa.. apa lagi dengan gedik tanya hubby boleh tak kita ambik gambar raya kat studio.. Harga pon not bad.. semurah RM150 sahaja untuk 1 Jam unlimited snap unlimited people semua gambar yang di snap akan masuk dalam CD Bleh kongsi reramai gitu.. Hehe.

Ada green light aku paksa adik beradik aku join sekali pada waktu yang aku tetapkab.. hubby aku belanja.. wahahah.. Paling payah laa nak set appointment dengan adik aku.. apalahh bz mengalahkan YB.. Tapi aku tau dia segan dengan lahki akak dia ni.. Menurut pon kata.. Plus telah di sound setepek oleh mak aku asyik keluar tak sudah-sudah bizi macam perdana menteri. Even bapak aku pon aku hangkut sekali.. Hahaha. Kata gambar family kan.

Ehh. Panjang no cerita.. photoshoot ini aku ambil di StudioPutra Visual Arts Centre. selidik punya selidik stalk punya stalk rupanya studio ni kepunyaan abang kepada abang senior aku di sekolah. Jiran sebelah lorong aje upanya.. Lagilah aku suka.. suka bukan sebab bleh mintak diskaun ke apa.. Suka boleh tolong orang kita.. Lagi lah orang yang kita kenal biarpon dia bukan kenal kita.. Aku pon taklah gedik bgtau yang aku kenal adik dia..

Plan yang aku pilih yang ada gambar 16r plus CD.. Semua dalam Rm320 laah.. Gambar besaq engkau sungguh cantik dan menarik.. 

Personality photographer. Quite friendly dan ada aura yang ko rasa boleh ko bergambar sakan dan mengedik depan camera.. Paling syok salman lah kot sebab majoriti gambar adalah gambar dia..dengan papa mama dia.. dengan pok su pon gambar dia.. dengan mak ngah pon gambar dia.. dengan papa gambar dia.. dengan mama gambar dia.. dengan atok nenek gambar dia.. gambar dia sorang pon comfirmla ada.. dah jadi prop untuk gambar pulak dah salman ni semua nak ambik gambar dengan dia..












Semuanya snap dalam masa 1 jam tu adalah lah dalam 175 gambar.. Aku suka sebab ada banyak gambar moment moment yang natural gitu sebab tangkap secara candid but a beautiful candid.. ko ingat senang nak dapat gambar statik salman? semua gambar dia adalah gambar natural.. tiada kepura-puraan.. Berlari.. mengerjakan patung dragon oren tu sampai tertunggang tebalik kemudian ketawa mengekek.. berebut prop ketupat dari tangan mama sampai kena haip.. gambar tu ada kat atas yang no 2 tu haa.. gambar poksu dia sibuk suh dia duduk bebetul atas dragon.. tu gambar last.. see tiada kepura-puraan.. hikhikhik..

So warga bintulu kalau ada yang berminat nak ambik gambar studio bleh laah terjah Studioputra.. prewedding boleh... Post Wedding bleh.. Family photoshoot boleh.. semua boleh laa asalkan datang nak ambik gambar bukan nak buat tempahan katering ke apa.. kih kih kih...
Read More

Aqiqah Photographer Review: Faruq Studio

2 comments
Assalamualaikum.

Berbulan lama dah buat aqiqah baru sekarang ni aku nak buat update pasal hal ni.. Ngeh3. Jadilah dari tak ade.. Wahaha

Untuk aqiqah salman yang berlangsung pada bulan 12 tahun lepas.. aku hired photographer untuk capture the moment. Katanyaa anak 1st kan.. mane boleh lepaskan peluang. Nasib baik idea nak hired photographer ni dipersetujui hubby. Lagipon akak ipar aku pon hired photographer jugak.. Tak nak laa menempel je kat photog dia kan.. Nanti gambar salman tak banyak.. Aku takde bajet banyak Aku rasa RM500 adalah maksimum bajet yang aku peruntukkan untuk majlis aqiqah salman ni.

Cari punya cari.. Google punya google akhirnya aku jumpa photog ni.. hasilnya bagi aku dah superb la.. Menepati citarasa aku..  harga pon not bad.. within bajet gitu..

Pakej ni aku rembat dari blog faruq @ http://faruqstudio.blogspot.com/
Aku suka part unlimited time dan unlimited shoot tu. sebab kita tak tau macam mana situasi baby masa majlis. dibuatnya sepanjang majlis dia tidur takde laa gambar waktu dia bangun photographer da balik.. di hari kejadian salman siap tidur lagi.. kalau bukan kerana unlimited time ni mesti ada gambar salman tidur jee kekeke.. plus siap ada custom album lagi.. mama dia teringin, masa kawen dulu takde pon custom album bagai.. kesian aku.. ;p

Personality photographer. Friendly yang amat dan tidak menakutkan bagi salman. Salman ni jenis kalau orang yang tak dikenali ko jangan harap nak rapat dengan dia.. mimik muka dia nanti sepesen jee.. Dia tak takut tapi nanti dia buat muka pelik lagi garang.. Hahah.. nasib baik laaa ngan faruq ni dia tak buat perangai.. tengok je camera uncle faruq dia dengan muka natural bukan muka pelik kerut-kerut kening..











Ada banyak gambar yang menarik lah bagi aku.. bagi aku lahh tak tau kalau korang rasa tak menarik..  hehe. tapi aku rasa memang menariklaa.. yang penting anak aku nampak comel dan menyerlah dalam gambar..
Ni princess untuk hari ini bersama mama diaa.. size salman 2 kali ganda dia.. beza 2 bulan jee.. comeii tak??
yang bestnyaa kan... heheh.. uncle faruq janji nak bg gambar dengan frame 6'x8' tapi salman dapat gambar besarnyaaa lebih dari size yang dijanjikan... heheh tq uncle faruq :)

So korang-korang yang berminat dengan hasil kerja faruq's Studio bolehlaa terjah ehh.. fb page pon ade tau.. sesila-sesilaa lah klik klik link tu ehhh.. Bukan hanya ambil gambar aqiqah, photoshoot newborn pon boleh apatah lagi gambar tunang dan kawen.. pon boleh... heheh..


Read More

Salam Aidiladha dan Anugerah Syawal :)

2 comments
Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya Aidiladha. Biarpon semalam umat islam merayakan hari kedua terbesar dalam kalender umat Islam namun tetap nak wish jugak..


Kami anak beranak tak ke mana raya tahun ni. Meraikan dirumah lengkap dengan baju raya jee.. Laki i siap paksa pakai tudung. Aku pakai kejap jee lepas tu nak makan bukak.. Hahaha. Baju kurung pon dah kira orait la tu..  Salman siap bersamping bagai laa. Nap tengahari pon bersamping bercekak musang anak aku. Sib baek cuaca tak panas, nyenyak dia tidur. Kekenyangan mungkin. Raya tahun ni aku masask soto. Kebetulan telefon MIL dia pon masak soto. Hahaha.. 

Cadangnya petang nak ke rumah mak ngah husband dekat pulai. Tapi keadaan aku yang fobia naik kereta buat masa ni bila husband drive telah membatalkan rancangan itu. Salah satu sebab kenapa kami tidak pulang beraya. Kalau drive dekat-dekat sahaja seperti dari rumah ke permas jaya aku dah angkat bendera putih, apatah lagi kalau drive jauh beratus-ratus kilometer.. kalau jem lagi naya la aku jadi lembik selembik lembiknyaa..

Owh kenapa pulak sebegitu?? Alhamdulillah sekali lagi.. Anugerah syawal yang sangat bermakna. Doakan aku dan bakal adik salman sihat dan selamat sentiasa. semoga baby selamat dilahirkan dengan sihat dan sempurna. Amin.. Im surviving my 1st trimester biarpon mengalami fasa mabuk yang lebih teruk dari salman. Huu aku fobia naik kereta bila husband drive, kalau aku drive takpe lagi.. Sekarang dah kurang sikit hopefully masa 1st trimester je lah.. Dan kebetulan tengah fasa melasak salman sekarang menyebabkan aku tambah lembik.. Nasib baik dia melasak melasak baby boy jee orang kata.. tak lebih-lebih..  waktu tidur masih punctual dan nyenyak macam biasa. fuh mama leh dapatkan beauty sleep macam baby jugak.. nyenyak sampai pagi.. Alhamdulillah salman memang anak yang senang dijaga semoga berterusan sehingga dewasa. jadi anak soleh yang menyenangkan dan mendamaikan hati ibu bapa..

Read More
Previous PostOlder Posts Home
Powered by Blogger.