Meet The Author

Saya Suraya Jafar,blogger yang berasal dari Sarawak tetapi sekarang tinggal di Johor Bahru, Malaysia. Seorang isteri dan ibu kepada dua cahaya mata. Lahir pada Jun 1985 dan sekarang merupakan pegawai kerajaan yang berkhidmat di salah sebuah Pusat Latihan Kemahiran Awam.

author
Showing posts with label Lovelife. Show all posts
Showing posts with label Lovelife. Show all posts

Gitu Gini Kehidupan

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Hai.

Lamenya tak tulis blog, bukan aje tak tulis jenguk blog pon takde, apetah lagi blogwalking. Tadi belek2 blog list yang ade, ade a few yang still aktif. Ade yang eh macam lame tak aktif tetiba ada entry baru. semua baru kemas blog banyak habuk eh. So aku pun sama laa nak buang sikit sawang-sawang yang melekat kat blog ni. Cian dia terabai eh.

Life so far. Alhamdullillah..

Anak-anak alhamdulilah sihat dan semakin cheeky, siapa yang ada add facebook aku macam selalu gak update status kat FB, mostly pasal salman husna la. Macam-macam keletah.

Salman still belum diapers free. Sebenarnya dia dah pandai sangat buang air kecik dan besar di toilet, tapi dek kerana kemalasan mama (n papa dia sekali) kami still beli diapers untuk dia. padahal dia pandai aje kat taska diapers free. cuma tido dia still pakai. konon kat rumah masa tido je pakai diapers sekali dia pandai pakai sendiri laa.. sebab dia boleh amek pampers yang kitaorg simpan. Bila laa nak istiqamah ni mama awak salman padahal bulan 12 ni nak masuk tadika dah.. huu

Pasal study plak.. tinggal 1 sem. insyaAllah. Semua kelas dah abis tinggal tesis. Sem lepas adalah sem yang paling mencabar jiwa. UTM-Pasir gudang tu dah kira macam dekat sangat pulak. Hari2 berulang dek kerana nak mengejarkan semua kelas habis sem ke tiga tu. Supaya sem ni takyah ada kelas dan boleh fokus pada tesis.

Alhamdulillah supervisor sangat sporting, very fatherly gitu.. banyak SANGAT bagi guidance, tak lokek ilmu. A few people tanya kenapa berani pilih dia, semua cakap dia leceh laa itu laa ini laa.. namun dah tekad sebab kena kot dengan diri ni cara dia.. agaknya sebab perangai aku pada student pun ala2 diaa.. cuma aku tak fatherly, motherly laa.. hahaha.. so macam understand niat dia begitu dan begini sebab apa.. terima hati terbuka dan ikut apa dia nak macam mana.. of coz la sebab he know better.

Kerja? Alhamdulillah tahun ni aku promoted. So merasa la gaji naik 2 kali. Alhamdulillah.

Raya? Hehe tahun ni aku raya bintulu dulu Yeay!!. Tq la en husband sebab memahami dan mengizinkan. 2 tahun berturut2 raya bintulu. Lepas mak aku meninggal, rasa regret sangat ada tahun yang tak balik beraya, lepas ni berazam nak kena balik jugak bintulu even kejap masa raya. takkisah laa raya KL dulu or raya bintulu dulu since memang ada peruntukan tiket untuk balik kan. so takde excuse tak balik raya.

Tahun depan salman dah 5 tahun. So aku dah registerkan dia untuk pergi tadika tahun depan. Semoga anak mama behave dan suka gi sekolah. A few time jugak laa aku lalu-lalu sekolah dia berhenti sekejap dan bagi tau ni sekolah salman, tahun depan kita sekolah ye, salman nak g sekolah tak? Jawapan dia. "Aman, tak nak".. hamboi2 anak aku...

Ok lah, aku pun tak tau nak cerita ape ni. next time kalau rajin aku update lagi ye..

Daa..



Read More

Life so far

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Lamenyaa tak update blog. Life so far macam biasa la.. hehe. 2nd semester dah untuk master. ade lagi sebulan sebelum exam. fuhh.. amek 4 subjek sem ni. 3 ade exam 1 subjek universiti so xde exam.. Next sem start dah research study 1.. Another 2 sem to go insyaAllah.. semoga dipermudahkan insyaAllah.. Nak grad on time..

Perkembangan anak-anak. Macam biasa as usual. Alhamdulillah membesar menjadi anak soleh solehah yang sihat sentiasa hendaknya..

Kerja? Berjalan lancar. `

Huhu. Pendek betul posting. Belum dapat seru nak type panjang2.

Sekarang tengah kemaruk emas balik. Berjaya beli gelang pandora emas tu dan tengah gila nak kumpul charm.

Siapa area JB sila la ke kedai De Aurora yang letaknya di BBU. Macam heaven shoping emas kat situ.. Harga emas murah plus upah yang hamatlaa murah.. serendah rm20 gitu.. Sila lah join ahli sebab kalau berjaya kumpul points sampai 15000 leh dapat gold bar percuma..

owh btw.. 3 hari ni dia buat anniversary sale..RM178/g uollss.. silaa lah terjah.. sapa g esok kot laa kita terjumpaa sesama membelek emas..
Read More

Selamat Hari Raya

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Dah penghujung raya baru aku sibuk nak wish selamat hari raya dekat pembaca blog. Tahun ni turn KL. Balik KL tengahari rabu, balik semula ke PG pagi selasa.. cadangnya nak balik pagi isnin. tak jadi plak.. Rabu laki i dah kerja.. aku plak sambung lagi cuti bersalin sampai naik kerja hari ahad tu. Takde balik bintulu untuk raya tahun ni. How i wish boleh raya dekat bintulu jugak biarpon sekejap macam dulu. Wajib balik dedua kampung. Sedeh.. Well edisi raya tahun ni ada addition sorang lagi kekasih hati. penawar duka mama tak boleh balik kampung sendiri beraya.

Ada toddler and a baby membuatkan mama tak menang tangan. No no solat raya untuk mama, this two babies keep mama busy on 1st day of syawal. Sungguh tragic pagi syawal mama sebab both baby making their own "bomb" raya tahun ni. Bangun aje dari tidur papa dah sesiap mandikan salman. Syukur alhamdulillah papa banyak bantu mama handle abg salman since husna ada tahun ni. Bahagi sesiap salman papa handle, husna mama nyer tanggungjawab. Tapi kalau g mana-mana mata mama tetp tertumpu pada anak soleh mama yang makin cheeky dan tak takut orang ni. fuhh.. lap peluh 800 kali..

Bomb pertama dari anak teruna.. bila papa dan siapkan sehensemnya.. salman boleh plak projek buat kuih di pagi raya. Kena cecepat tukar laa.. papa lak dah selamat g solat raya. Berkejaran la mama nak tukar pampers anak bujang sebab kalau lama sangat takot nanti bau perfume dari "bomb" tu melekat plak ke baju raya, haru plak nanti.. Salah satu sebab bila dalam keadaan or tempat yang kurang familiar, mula laa salman buat perangai meragam bila nak cuci.. air sejuk sangat ke? tak biasa pakai hos ke? sebab kat umah cebok guna gayung.. dah berpeluk sakan di kaki mama nasib baik mama tak pakai baju raya lagi.

Bila dah setel siapkan salman balik, husna plak buat kerja.. Bomb kedua ni lagi dasyat. Siap melimpah ruah keluar dari pampers dan tak dapat dibendung oleh baju dan comfirmlaa kena dekat cadar. Ahh sudah.. kalau rumah sendiri takde laa cuak.. ni rumah mak mentua ku.. cuak gelabah semua ada.. mane nak cari kelengkapan cuci semua ni, berus mana,. sabun mana nak pakai.. Tau-tau laa najis baby yang poo poo sekali dalam tempoh 4 ke 5 hari ni.. memang penuh siap sekali dengan warna "emas" nya sungguh degil nak hilang ala-ala macam kena kunyit gitu.. sental kena berteknik dan sabun yang sesuai boleh bersih dengan lebih cepat adalah sabun mandi buku tu.. mane nak cari sabun mandi buku dekat umah MIL? fuhh.. tenang-tenang.. mandikan dulu puteri tu cecepat, dah siap pakai baju raya aku bia dia tidur dalam bilik MIL dulu.. Elok ajee husna lepas mandi dia tidur plak.. nasib baik laahh.. mak dia bertungkus lumus laa memcuci kesan najis di baju and cadar MIL.. uwaa.. nasib baik tak mandi lagi ni.. Nasib baik jumpa balance sabun mandi dalam tandas, agaknya tak pakai lagi sebab dah kering aje aku tengok.. Berjaya la hilangkan kesan tinggalan husna.. Di baju aku tak kisah lagi balik PG nanti aku leh sental balik yang kat cadar tu laa yang aku risau.. Sesiap cuci aku campak dalam mesin terus.. selamat..

Husband aku balik pelik aku tak siap lagi. aku cerita projek baik dua beradik tu kat papa diaorg.. dia bleh gelak aje.. happy la tu selamat dari menghadapi situasi yang mencemaskan tu..pagi tu aje dia terlepas.. sebab agaknya mak nya makan pelbagai menu raya ni husna mengulang bab bom atom dia tu lagi di raya ke-3.. kali ni nasib baik tak cecah cadar.. sebab mak dia dah alaskan selimut temoat tidur husna.. selimut sendiri takde laa cuak sangat kan..yang ni papa & wan dia terlibat sama.. hahaha.. Haru betul, aku nak cari laa pampers lain yang boleh menanggung extra load dari husna ni. sekali membuang terus penuh muatan.. Oleh sebab pagi mama huru hara jadi takde pose baju raya dari anak-anak.. Lagi haru sampai ke pose raya family di pagi raya pon takde..

Sibuk beraya di rumah sanak saudara aku banyak makan kuih aje.. tu je yang boleh untuk alas perut dari takde.. kalau ade tuan rumah yang baik hati or adik ipar tolong dukung husna kejap dapat laa jamah apa yang patut tapi semuanya super express.. Air mintak air kosong ajee.. maknya pantang lagi ais..

Beraya banyak belah my MIL side ke Jeram, Kuala Selangor, Klang.. boleh laa tahan collection duit raya salman n husna.. Husna dapat lebih sikit sebab dia baby lagi.. and salman keep on ter misssesi  duit raya sebab papa dia dah hangkut dia naik kereta dengan segera.. husna dapat lebih sebab mak dia terhegeh-hegeh kat belakang dengan wedges bagai..

Takpe laa yang dapat tu lah rezekinyaa.. boleh laa buat tambah-tambah simpanan bila nak sambung belajar nanti..

Tahun ni aku tak buat open house raya.. Pergi rumah pon banyak umah kawan-kawan husband aje. Marhaban raya ofis pon tahun ni dekat kuarters aje, agaknya faktor gaji seterusnya lambat lagi kot so semua bajet-bajet aje..

Last but not least.. Kami anak beranak sempat laa bergambar raya dekat studio, tu pon gambar di minggu terakhir raya.. walaupon bukan gambar pagi raya tapi still gambar pada bulan raya.. Raya kan sebulan.. Hahah. So Selamat Hari Raya Aidilfitri dari aku. Maafkan ketelanjuran kata dan bahasa dari aku. Semoga kita dirahmati Allah sentiasa.. Amin. Aku doakan good news pada semua TTCian.. Amin..



Read More

Honda Civic Facelift Malaysia

Leave a Comment
Assalamualaikum. Salam 2015!

1 Januari 2015
Alhamdulillah..Hah macam mimpi lak tertiba ada, muncul dalam hidup.. nanti i story kisah hunting for saleman, hunting for plate number dan hunting untuk pasang tinted. memenatkan.. lagi dengan berbadan dua dan salman yang melasak.. tapi puas laa kot.. haha.. 


Read More

Suka Duka 2014

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Secara rasmi bila melangkah ke tahun 2015, maka berakhirlah 2015. Biasalah 1 Januari Johor kerja, so takde rasa new year sangat. Rasa macam hari-hari biasa aje, sebab rutin kerja sama macam semalam.

Bila orang buat kompilasi 2014 aku pon nak jugak laahh.. Hehehe..

JANUARI

Cubaan berbisnis baju.. Hehhe.. Baby step kata orang. Bisnis ni masih ada, alhamdulillah ada juga rezeki sikit-sikit. InsyaAllah tahun ni akan cuba dirancakkan lagi.. Sesiapa nak beli baju dress dan blouse muslimah murah cantik-cantik dan lawa-lawa boleh lah terjah sini. Blossom Bluebell Closet. Ada blouse dan dress baru masuk..

 Bulan ni jugak aku gila dengan beg coach.. Siap menyambar sebuah hand beg dan 1 wristlet coach..  hehehe



FEBRUARI

Anak bujang sulung saya officially dah 10 month bulan ni.. Bila dah nak masuk setahun ni salman dah start kerap demam, so mama beli thermometer untuk anak tersayang, selain tu, anak soleh ni dah bijak merayap ke dapur, abis di selongkar segala mak nenak bawang, periuk di dapur so papa belikan safety gate untuk salman.. Hehe puas hati mama awak tak boleh masuk dapur sesuka hati lagi.. heheh.


hehe, muka pasrah..

MAC

Bulan ni salman dah 11 bulan, 1st time mama & papa belikan salman kasut.. sebelum ni pernah beli masa salman masih dalam perut tapi dia tak pernah pakai pon kasut tu.. Haha apalah mama ni kan.. Mama officially melibatkan diri dalam dunia babywearing dengan membuat pelaburan membeli boba salman.. Bulan ni jugak 1st time salman admited hospital kerana jangkitan kuman pada paru-paru sebab selsema dan batuk yang teruk.. Huhu cian anak mama.. 




APRIL

1 April maknanya genap 5 tahun aku jadi penjawat awam. Hehe. Bulan April jugak salman genap 1 tahun. Genap setahun mama rasa contraction nak bersalinkan salman dan mama start misi nak TTC adik salman.. Birthday celebration salman aku buat doa selamat di surau ofis, makan nasi kerabu dan sedikit goodies untuk kawan-kawan salman dekat taska, dan as a reward untuk salman, mama dan papa, we spend time together at ZOO singapore.. 2nd time salman masuk Singapore, 3 rd time mama pergi Singapore.. 





MEI

Nothing much happen dalam bulan Mei cuma kami bertiga anak beranak 1st time melangkah kaki ke Negara Indonesia bila Airasia buka laluan ke Bandung dari Senai Airport.. So spend time la kami anak beranak di Bandung 5 hari 4 malam. Bershopping sakan, tapi rasanya yang paling sakan papa. Hahaha..


JUN

Bulan jun bulan memasak kot, aku tetiba ketagih membaking.. Hahaha.. Bulan puasa pon jatuh bulan Jun, begitu juga birthday aku.. Happy 29 years young to me..!!





JULAI

Oleh sebab birthday aku hujung bulan jun, maka nya hadiah birthday dapat bulan julai laa.. Hadiah birthday aku beg coach lagi.. Hahaha..


OGOS

Hari raya dah tiba.. Hehehhe.. Selamat hari raya.. dan juga another good news to us, Salman Faris anak soleh nak jadi ABANG!!.. Due insyaAllah Aril 2015!!



SEPTEMBER

Nothing much happen bulan 9 sebab aku morning sickness, motion sickness yang agak teruk.. 

OKTOBER

Surviving my 1st trimester.. Alhamdulillah cuma masih ada baki-baki morning sickness lagi. Bile dah masuk bulan ke 4 as usual aku mengannounce laa kehadiran adik baby dalam tummy dalam blog.. Heheheh..

NOVEMBER

Bulan 11 bulan cinta.. Heheh. Happy Anniversary to both of us baby.. Love u.. Hadiah tuntut bulan 12 sebab cik abang bizi kerja.. A small celebration just for us..

DISEMBER

Lepas tamat ke"havoc"an papa kerja, akhirnya projek pon selesai bulan 12, baru mama boleh tuntut beli hadiah beg "kayusepit" mama, boleh beli hadiah papa jugak.. Papa dan salman teman mama ke kelas ibu mengandung and mama beli 1st item untuk adik baby.. adik baby bulan ni genap 6 bulan.. Adik baby tunggu bulan depan yee, kita scan jantina adik baby, baru mama prepare barang untuk sambut adik baby ye sayang.. Semoga sihat selamat dan sejahtera dalam tummy mama.. Semoga membesar dengan sihat dan sempurna hingga selamat dilahirkan April ini.. Amin..






Read More

Online seller review: Eat Sleep Shop

Leave a Comment
Assalamualaikum.

On the midst of bulan cinta kengkononnyaa apa lagi napsu nak membeli handbag kembali memcanak-canak. Cuma bila sudah semakin read: TUA, aku dah kekurangan masa nak survey macam nak gila harga terbest kengkononnya.. Mana taknya, baru aku nak pegang laptop ada tangan kecik kiut miut dah sibuk tekan sama, tak sibuk tekan sama sibuk plak cabut power supply cable dr portnya.. Baru aku nak pegang handphone, ada jugak kepala comel sibuk nak tengok sama siap menghadang betul-betul depan-depan muka.. dah tak boleh nak tengok apa.. bila aku pegang ipad, nanti ada jugak yang sibuk nak tekan-tekan sama tak pon request nak tengok game dia.. sudahnyaa tak tersurvey laa, beli aje lah dari mana-mana trusted seller yang ada yang dulu pernah usha-usha.. Jumpa yang berkenan apa lagi gi terjah sampai ke kedai ;p

Nak tau aku terjah kedai mana?

Warga shah alam anda adalah sangat beruntung.

Aku beli kat kedai ni sebab dekat jugak laa dengan umah kak long aku, sambil menyambil menziarah mak ayah aku yang ada kat umah kak long aku pon menziarah lah kedai ni sekali. Balik dengan mata bersinar-sinar sebab dapat beg idaman hati.

Showroom address:
NO. 30 (Ground Floor)
Jalan Plumbum N7/N, Seksyen 7, Shah Alam
40000 Selangor. Call : 0355240184
Open daily : 10am-7pm
email: ilovewristlet@yahoo.com

Hee.. Dalam banyak-banyak online seller yang ni ada added value sikit yang mana kita boleh datang sendiri ke showroom untuk membelek beg idaman hati. Cuma beware aje lahh kemungkinan terjadi korang dah aim beg lain end up korang beli beg lain. Atau, nak beli 1 beg end up membeli ber "beg" 2.. hahah. Dah namanya online seller of course la korang boleh beli online jugak free postage ok. Harga sama macam beli kat kedai jugak so no worries la.. Semua beg adalah original dan dibeli oleh owner direct dari US, dia pilih sendiri ye so dijaminlaa keadaan beg yang sempurna. Tip top condition. Harga, untuk aku yang kaki survey ni among the best price offer la.. Untuk beg yang aku nak tu aku ada jumpa beg yang sama dengan harga lebih RM1++ daripada harga yang aku beli di sini. Dapat beg yang aku suka dengan harga yang lebih murah sapa taknak.. 

Tapi pandai-pandai korang la nak pilih or compare a few beg memang ada tempat lain lebih murah tapi tak beza banyak pon takat RM9 or RM19 gitu laa.. beg lain memang sini among the best price lah!! orang kata two thumbs up gituu... Rajin-rajin laa survey, kuasa membeli ditangan anda pembeli, agak-agak nak value for money lagi sila la rajin-rajin menjalankan survey.. Aku pon rajin survey cuma ruang masa dan kesempatan nak survey dah terbatas dek kerana anak yang sel-sel otak tengah kembang pesat berhubung ni.. Jangan nanti korang kata aku tipu dah komplot dengan owner kedai plak.. Hahah.. Kuasa review kan kuat, cuma ni review atas kehendak aku sendiri, aku suka nak review kedai ni supaya nanti korang mudah membuat pilihan.. Certain orang kan tahap ketidakpercayaan dia tinggi.. macam aku jugak..tu yang aku lebih prefer beli sampai ke kedai daripada order online jee.. aku lebih suka kalau dapat COD kalau area aku ni seller cover untuk COD, tapi kalau both takde servis tu aku gamble jugak beli online, tapi tawakal kena lebih.. review dari customer-customer kena ada.. Jadi kot la review aku ni boleh membantu.. Tak ke kita untung boleh membeli beg idaman hati dengan harga murah dari harga sepatutnya.. compare dengan butik sedia ada.. Come from US gitu..

Cuma aku mengharapkan agar next time kedai ni ada memuatkan diaper beg as one of the product sell here. Semenjak  dua menjak 2nd baby dah ada dalam tummy ni.. mula laa aku gatal nak survey designer baby bag plak.. Hadiah birthday tahun depan mungkin, boleh mama melaram pakai time raya. hehehe.. Boleh menjeling tajam siap berdehem lagi laki aku kalau baca statement ni.. beg storksak tania salman tu pon elok lagi.. Penggunaan yang cukup berhemah biarpon boleh tahan melasak aku pakai beg tu sembat perlbagai benda.. agaknya dipengaruhi oleh kualiti beg jugak kot.. Takpee, tak dapat baby bag lagi pon takpe birthday tahun depan..birthday tahun depan jatuh masa puasa so beli benda lain laa untuk hadiah birthday, gelang emas masdora kee.. Pandora aku tak minat MASDORA aku minat.. Handbeg next time boleh beli lagi.. Lagi pon keluar je dari kedai laki aku pon bersuara, len kali beli kat sini aje lahh.. wahh berbunga-bunga rasa hati next time ada chance nak datang lagi..

Owh yee, pada sesiapa yang kebetulan nak beli jugak designer handbag all the way from US, sila laa terjah butik or shopping online di Eat Sleep Shop sekarang, kerana apa? sebab ada YES sekarang uolls... diskaun dari RM50 gitu.. ada yang diskaun RM100 lagi.. tak ke berbaloi tu.. terjah terjah.. ada Coach, Marc Jacob, Kate Spade, Micheal Kors, Furla dan pelbagai lagi lah.. Selain handbag ada lanyard, ada jam, ada purse.. sila laa terjah.. YES sampai 22 Disember je uolss.. sempat lagi ni.. 


Pergi kedai ni ada sejarah sendiri.. 1st time parking di area jakel shah alam ni both of us tak tau dan tak alert pon yang parking kena letak kupon.. plus hari jumaat kat johor cuti soo dua-dua memang tak ingat lah.. aku of coz laa tak menyabar nak masuk kedai pilih beg, laki i pon tak teringat.. sikit lagi keta kitaorang nak kena denda dengan majlis.. sib baik laa hubby i sempat tahan lagi.. tq akak-akak MBSA.. Hahaha.. kalau tak spoil the mood, rezeki nak beli bag kayu sepit kata laki aku.. Hahaha..

Bag kayu sepit korang, penat-penat kate spade design bag laki aku kata beg kayu sepit je.. "Beg brand apa ni, beg kayu sepit? nape tak beli coach?" Ape-ape je lah abg, yang penting aku happy dengan bag leather dari si kayu sepit ni..yang penting beg ni besar lagi murah dari wallet leather cenonet laki aku tu.. ;p
Read More

Bintulu Whitestudio Photoshoot Review: StudioPutra Visual Arts Centre

Leave a Comment
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ni aku sambung cuti Deepavali. Dah mengalahkan orang yang merayakan deepavali pulak dah.. Alasannya aku malas nak kerja hari ni sebab esok dah cuti lagi.. So biarlah kita berheaven-heaven cuti di rumah selama 4 hari. Konon lepas subuh boleh tidur balik tapi takdenya dapat peluang, haihhh kalau nak tidur kena tukar ke bilik lain, budak kenit salmanfaris kalau dia bangun pagi tengok mama sedap berlingkar atas katil dengan happynya akan bangun panjat katil dan lompat-lompat sebelah mama..

OK back to our review.. Aku dah lama sangat gila-gila nak ambil gambar dekat whitestudio. Tapi aku percaya kalau hanya aku hubby dan salman bertiga je nak bergambar whitestudio memang rasa sangatla hambarnyaa.. tak ade fun gitu.. Laki aku pon mesti memalu dan rasa awkward gitu.. Ada jugak laa cari-cari whitestudio di JB ni.. Tapi tu laahh malu satu hal.. jauh pon satu hal.. Jadi bila tiba hari raya.. dan  tertiba di pagi raya aku terbaca iklan whitestudio photoshoot di bintulu tu haa.. apa lagi dengan gedik tanya hubby boleh tak kita ambik gambar raya kat studio.. Harga pon not bad.. semurah RM150 sahaja untuk 1 Jam unlimited snap unlimited people semua gambar yang di snap akan masuk dalam CD Bleh kongsi reramai gitu.. Hehe.

Ada green light aku paksa adik beradik aku join sekali pada waktu yang aku tetapkab.. hubby aku belanja.. wahahah.. Paling payah laa nak set appointment dengan adik aku.. apalahh bz mengalahkan YB.. Tapi aku tau dia segan dengan lahki akak dia ni.. Menurut pon kata.. Plus telah di sound setepek oleh mak aku asyik keluar tak sudah-sudah bizi macam perdana menteri. Even bapak aku pon aku hangkut sekali.. Hahaha. Kata gambar family kan.

Ehh. Panjang no cerita.. photoshoot ini aku ambil di StudioPutra Visual Arts Centre. selidik punya selidik stalk punya stalk rupanya studio ni kepunyaan abang kepada abang senior aku di sekolah. Jiran sebelah lorong aje upanya.. Lagilah aku suka.. suka bukan sebab bleh mintak diskaun ke apa.. Suka boleh tolong orang kita.. Lagi lah orang yang kita kenal biarpon dia bukan kenal kita.. Aku pon taklah gedik bgtau yang aku kenal adik dia..

Plan yang aku pilih yang ada gambar 16r plus CD.. Semua dalam Rm320 laah.. Gambar besaq engkau sungguh cantik dan menarik.. 

Personality photographer. Quite friendly dan ada aura yang ko rasa boleh ko bergambar sakan dan mengedik depan camera.. Paling syok salman lah kot sebab majoriti gambar adalah gambar dia..dengan papa mama dia.. dengan pok su pon gambar dia.. dengan mak ngah pon gambar dia.. dengan papa gambar dia.. dengan mama gambar dia.. dengan atok nenek gambar dia.. gambar dia sorang pon comfirmla ada.. dah jadi prop untuk gambar pulak dah salman ni semua nak ambik gambar dengan dia..












Semuanya snap dalam masa 1 jam tu adalah lah dalam 175 gambar.. Aku suka sebab ada banyak gambar moment moment yang natural gitu sebab tangkap secara candid but a beautiful candid.. ko ingat senang nak dapat gambar statik salman? semua gambar dia adalah gambar natural.. tiada kepura-puraan.. Berlari.. mengerjakan patung dragon oren tu sampai tertunggang tebalik kemudian ketawa mengekek.. berebut prop ketupat dari tangan mama sampai kena haip.. gambar tu ada kat atas yang no 2 tu haa.. gambar poksu dia sibuk suh dia duduk bebetul atas dragon.. tu gambar last.. see tiada kepura-puraan.. hikhikhik..

So warga bintulu kalau ada yang berminat nak ambik gambar studio bleh laah terjah Studioputra.. prewedding boleh... Post Wedding bleh.. Family photoshoot boleh.. semua boleh laa asalkan datang nak ambik gambar bukan nak buat tempahan katering ke apa.. kih kih kih...
Read More

Selamat Hari Raya Aidilfitri

1 comment
Assalamualaikum.

Dah masuk minggu ke-3 baru sibuk nak wat entry raya. Tapi takde entry sangatlaa nak wish jee.. Hahaha biarpon macam terlambat tapi raya kan sebulan uolss.. ;p

Selamat hari raya, maaf zahir dan batin. :) Btw raya ke-3 tercapai hajat nak wat gambar raya white studio.. Lama mengidam.. hehehe.

Lari-lari dragon nak kejar

Read More

Genap 29 Tahun

3 comments
Assalamualaikum...

Adakah anda berpuasa? Alhamdulillah, masih berjaya puasa penuh kali ni.. esok genap 7 hari kita puasa makanyaa aku dah berumur 29 tahun 7 hari.. Ngeh3. Tuaanyaaa dah aku. Yelah anak buah pun dah nak jadi anak dara dah tak lama lagi.. Ngeh3.. Tahun last memegang umur dengan pangkal 2.. tahun depan 3 series laaa kitaa.. Alhamdulillah Allah masih panjangkan umur.. Semoga Allah limpahkan rahmat kepada aku dan famili.. hidup bahagia hingga syurga..dan dimurahkan rezeki yang halal. Juga semoga Aku diberikan kesihatan berpanjangan dipermudahkan untuk beribadat..

Birthday celebration??

Oleh sebab birthday aku jatuh pada puasa pertama makanya celebration diawalkan sehari. on 28 tu laa laki aku dok wish happy birthday.. on 29 wish lagi.. takde tiup-tiup lilin segala sebab nak puasakan.. Sapa nak habiskan kek.. Tak kan nak hadap kek birthday tiap kali bukak puasa plak.. Bosan.. Jadinya kami celebrate di Secret Recipe sahaja.Sabtu tu lepas zas-zas membeli belah.. Kami ke rumah kawan uni aku tengok baby gurl dia yang baru lahirr.. Comell angat... membuatkan aku rindu nak ada baby kecik lagi, tapi Allah belum izinkan lagi.. Tapi aku haraplaa dalam masa terdekat.. ngeh3.

Malam lepas marghib baru ke secret recipe.. Makan lasagna since dah malam so tak nak makan spegeti meatball kegemaran aku.. Berat sangat lagipon esok nak puasa kena bangun sahur. makan lagi. Mane tak badan bagai di pam-pam.. Hopefully kurus sikit laa berkat bulan puasa.. Birthday kek?? Dapat 1 slice kek free dari secret recipe. tu pon lepas aku paksa laki aku bayar dengan kad kredit maybank untuk dapat complimentary 1 slice kek free dari recipe dengan pembelian more than RM40 kot aku rasa.. Aku nak brownies sebenarnya.. Tapi sebab aku lupa brownies mana yang sedap aku pernah makan sebelum ni, laki aku belikan ketiga2 brownies yang ada dalam tray secret recipe tu.. Birthday gurl katakan.. Hahaha.. 1 brownies tu masih ada dalam peti ais.. Hahahah..

Hadiah..??

Hehe.. Dapat awal dah macam biasa.. siap order dari obersea gitu.. kerlassss..


Aku masa menuntut hadiah birthday awal ni masih dalam mood "gila coach" wahahah. Nasib laaa.. Nasib baik laki melayan napsu bini.. Bukan selalu.. Beg coach yang aku pakai pergi kerja sekarang pon beli dengan hasil titik peluh "bonus" sendiri..  Setahun sekali mengepow laki.. Boleh pakai masa raya yeay!!. Owh aku dah sekarang berjaya menghilangkan kegilaan pada coach.. hihihi.. Hilang tanpa sedar dek kerana kebizian kerjaa.. Wahahaha.. Dah takde masa sangat mengadap pc.. Kadang pc ofis tak on pon.. Bizi memanjang...

Pada hari kejadian birthday, birthday girl masak sendiri sekali untuk berbuka.. soto ayam. boleh rujuk entry lepas kalau nak resepi.. Dan tambahan ada hadiah birthday extra.. Macam biasa coklat ferero rocher.. tapi dapat lambat.. Sebab bulan puasa balik umah jee kami bertapa dalam rumah. Hubby je yang keluar pergi terawih.. aku terawih dengan salman atas katil..




Read More

Hectic Life

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Haha. takdelah hectic sangat pon life aku. Cecumaa aku dah lama tak berblog sebab sibuk. Kih kih kih..

5 Mac lepas salman dah menginjak ke usia 11 bulan. Alhamdulillah. Dari 10 bulan ke 11 bulan anak aku mencipta sejarah sendiri. 1st time masuk hospital. hopefully yang last laa, tak mo masuk lagi.

Nak dijadikan cerita.. 2 minggu lepas batuk manja-manja, tau batuk manja2 macam mana.. batuk yang orang yang tak duduk dengan dia lama tak kan tau yang salman tengah mengalami batuk, kadang-kadang teacher yang kat taska pon tak tau yang salman batuk, means sepanjang hari di taska dia takde batuk.. malam or awal pagi je kadang-kadang dia batuk terutama kalau menangis lama.. aku gelar tu batuk-batuk manja.. tetiba hari ahad (minggu aku start hari ahad sebab johor kerja hari ahad) minggu yang warded tu dia batuk macam berkahak dan kerap. batuk tanpa demam. Aku bawak ke klinik doktor kata takde ape, dan bagi ubat cair kahak. Aku bagi ikut dos biasa la.. tapi tetiba malam selasa dia demam pulak pagi selasa tu dah kebah dah but dia tetiba bersin dan keluar hingus.. means selesema la.. kebiasaan aku dan laki aku kalau salman demam malam even pagi dah kebah aku or suami akan ambil cuti untuk monitor, hari selasa tu kebetulan ade lawatan instrument dari BPTV so aku memang tak boleh lah nak cuti.. en somi lah yang kena cuti. Tengah hari aku balik rumah jenguk salman. Dia takde demam pon tengahari tu dan aktif macam biasa. Dos ubat memang bagi 6 jam sekali.

Namun begitu, biarpon salman tak demam, petang balik kerja aku dan somi tetap bawak salman ke klinik untuk check up. salman tak demam tetapi doktor kate salman ade bunyi cam wheezing dan salman terpaksa di neb kan. After neb bunyi tu tetap ada dan tak hilang..  dia buat surat refer ke KPJ Pasir Gudang, since taska salman dah ada 2 kes baby kena jangkitan kuman pada paru-paru.. So kami pergi bahagian emergency KJP Pasir Gudang, doktor check dan memang comfirm ade wheezing tapi suhu salman 37.3 dalam border antara demam dan tak demam dan dia tanya nak warded ke or refer pakar kanak-kanak esok pagi? Laju je suami aku kata tak nak warded. Balik laa kami ke rumah semula.. Cuma nasihatnya kalau salman deman tinggi cecepat bawak ke hospital. Dapat appointment jumpa dr aziz esoknya. Jadi mama pon EL la untuk hari rabu.

Hari kejadian salman makan panadol pukul 9 dek kerana demam balik.. pukul 10 sebelum jumpa doktor suhu badan salman dah 38.4.. dia tanya bila salman last makan ubat dan makan ubat apa.. aku jawabla pukul 10, syrup paracetamol... dia call doktor untuk advise dan dr arahkan salman diberikan dimasukkan laa ubat bontot.. . aku ni tanye laa untuk kepastian ubat bontot apa yang dia bagi sebab ubat bontot yang aku dapat dr klinik jenis paracetamol jugak dan dinasihatkan oleh pharmacist klinik kalau baru bagi dos makan paracetamol tak boleh masuk ubat bontot.. boleh guna selepas 6 jam.. Even tu aku tahu hospital pakar aku tak dapat menahan diri untuk tanya sebab secetek pengetahuan aku ni ubat bontot tak boleh dimasukkan kalau baru makan panadol.. masa tu salman baru je makan ubat pukul 9. Dia cakap tu bukan paracetamol dan dia tak bagi full dose, dia hanya masukkan half je..

Dipendekkan cerita after jumpa dr pakar, dia comfirm ade bunyi dalam paru-paru salman disertakan dengan comfirmation dengan blood test dan x-ray memang ade jangkitan kuman dalam paru-paru kanan salman terpaksa admit ward.. Nasib laa result blood test salman still atas border line.. takde laa teruk sangat. Dan salman aktif macam biasa cuma kuantiti susu yang salman minum berkurangan dari biasa.. mean dia tak mo menyusu sangat.. Selalunya pantang sua susu.. nenen je kerjanya.. Jadi, bermalam lah kami 4 hari 3 malam di ward. Every day papa balik kerja akan stay dengan salman n mama di hospital. awal sebelum subuh papa balik siap-siap pergi kerja. Tengahari pon papa balik jenguk di hospital, lepas solat zohor pergi balik kerja. Nasib baik dapat bilik 2 katil je.. ruang bilik luas.. selesa.. dan nasib baik insurance company papa boleh cover. dapat masuk hospital dekat dengan rumah dekat tempat kerja. hari-hari dok tenung bumbung rumah dari tingkap bilik.. hari ke 3 salman dah tak drip.. dah minum macam biasa.. selera pon bertambah-tambah siap makan nasi ayam.. demam hari pertama dah takde tapi since kena drip antibiotik so kene tunggu antibiotik habis.. huuu..

Minggu salman warded tu jugak laa berlangsung festival layang-layang yang mama tunggu-tunggu nak bawak salman pergi. Even discharge hari sabtu festival masih berlangsung tapi tak kose dah nak bawak salman bersesak-sesak dikhalayak ramai di tengah panas.. After salman dicharge hari ahad papa jaga dirumah.. isnin dan selasa mama jaga plak. Hari rabu salman ikut mama meeting plak sampai hari sabtu.. Balik je dari meeting mama plak yang demam-demam. Sebenarnya sebelum meeting tu dah rasa tak sedap badan.. Ingatkan sebab dok hospital jaga salman, so badan letih..so abaikan.. Akhirnya melarat jadi demam dan pening-pening kepale yang havoc.. ditambah dengan cik P yang datang menziarah.. sungguh tidak terdaya dengan period pain plak tetiba ada.. Namun, alhamdulillah dah kembali seperti biasa..

Niat di hati ni macam nak pergi SPA plak urut-urut badan yang lenguh-lenguh. Nak ganti puasa pon badan rasa lemau gila.. huhu.. Gitu laah al kisahnyaa.. rindu nak update blog idea ada tapi masa takde.. haha.. Nanti-nanti lah ye..
Read More

9 month old baby

Leave a Comment
Note: Aku dah peram entry ni for about 2 weeks.. hahah. Sory..

Assalamualaikum

Opps. sory ehh kalau ade yang terasa entry sebelum aku ni macam riak takabur. Huhu. aku beli yang murah-murah je.. yang penting coach.. wahahah. bajet pon ciput je kan, korang pon boleh je beli kalau nak. Aku nak beli pon sebab aku tengok bag coach kawan opis aku even dah usia sedekad lama nya still in good condition. beg aku beli sekarang pakai setahun pon dah terkopek sana sini especially area handle dia.. hahah.

Cuma, tu lah akak tu maybe cermat jaga bag dia, dan dia takde lah pakai bag yang sama je hari-hari pergi kerja, kenduri kawen dan semuanya. Hahaha. Tak macam aku. Satu beg for all occasion. Sudahnyaa.. nak bawak pergi meeting pon dah segan. aku rela jalan berlenggang sumbat handphone dan IC dalam blazer.

Soo tinggalkan bag coach sebab aku dah setel hal tu, no more surveying, eyeing, googleling, comparing etc. sambung lagi maybe end of this year? nak bag Michel kors lakk.. wahahah.. Larikkksss...

Aku nak cerita hal salman lak.

Genap 9 bulan pada ahad lepas. Alhamdulillah. Sekarang gigi dah ade 6 batang, 4 atas, 2 bawah, dah pandai panjat sofa, turun dari sofa, suka sangat main air masa mandi sampaikan sekarang kena letak towel kat bawah bath tub dia sebab comfirm akan basah lantai sekali dengan mama lencun kalau mandikan salman.. suka main hempas-hempas barang. Tak suka ditinggalkan seorang comfirm nangis, aku ingat aritu kalau tutup pintu dia nangis, rupanya kalau ditinggalkan sorang especially kalau dalam bilik dia (cum bilik solat kami) dia akan nangis beria macam kena gigit. Risau jugak aku kalau nanti nak suh tidur dalam bilik sensorang tak mau pulak.

Aku dah start biar dia tidur di lantai (atas tilam lah) sorang diri, tapi mama lak yang tak biasa, nak juga bangun dalam pukul 3, 4 pagi tidur sebelah anak. Haihhh..

Sekarang dah tidur super nyenyak, jarang sekali bangun kecuali nak susu.. Sekarang kalau tinggalkan susu tepi dia (tak tutup botol) dia pandai ambik sendiri dan masuk dalam mulut.. nanti mama tengok balik susu dalam botol dah abes, takde nangis or bunyi bangun pon..

Benda paling faveret hp mama, pantang nampak boleh capai terus masuk mulut.. Baby yang sangat exited, suka merangkak laju kalau kite panggil siap lambai2. Suka geleng kepala.. Setiap kali exited tetiba nanti dia geleng kepala.. bila mama stop dari gelak then tanye apsal.. dia pon stop kejap and start ketawa balik n geleng kepale.. Bila kita geleng kepala sama pon dia geleng jugak ikut.. Kalau kita angguk di geleng.. kita geleng dia pon geleng.. kena ajar angguk la plak.. ni tergeleng-geleng jee..

Sekarang kalau nak ambik barang daripada pegangan kena cakap terima kasih then ambik. Baru dia tak nangis.. nangis jugak tapi takde la macam kena picit.. Kalau merengek tak berhenti kita start mengaji nanti dia senyap.. Alhamdulillah, semoga sentiasa suka dengar mama mengaji eh sayang..

I thinks thats all. happy weekend peeps..

Read More

How to spot the fake coach

1 comment
Assalamualaikum.

Pergh.. dah boleh bg tips kenal pasti beg coach dah.. I wonder bila laa aku ni tinggalkan kegilaan membeli beg coach.. belum sampai lagi 1 beg aku dah berkira nak tempah lagi 1 bag.. but bukan coach laa.. yikes.. maybe i should hold the thought until june perhaps.. Birthday gift from husband.. Selamat duit i. Tapi macam terngiang-ngiang je di telinga ni husband akan cakap.. "What another bag, membazir.." hahaha. I dunno darling, i supposed i need to find other things to divert this madness towards handbag elsewhere.. Perhaps another creative project untuk birthday salman??

Ok lah. a few ask me tak takut ke kena tipu beli handbag online.. Original ke.. Authentic ke? Sebenarnya memang takot pon.. takot gile.. Wei seriously takot.. Macam biasalah aku jenis akan berkira-kira nak beli online kalau yang melibatkan duit more than hundred ni, takot jadi tipah tertipu bang.. baik aku guna untuk beli ayam kepsi.. kenyang sebulan. hihihi..

Alhamdulillah, wristlet yang aku tempah terbukti original.. Phewww..

Tips ni bukan dari aku pon, aku google jee.. Gigih mak menggoggle kau.. korang pon boleh google sekali ada banyak sangat tips di internet.. but its basically the same lah semua tips.. Kalau korang malas baca and google, aku bagi 1 je tips paling senang. SILA BELI DI COACH RETAIL yang ada berdekatan anda.. Comfirm original and authentic. Tapi duit di poket / handbag / purse / bank pon kena original berkepuk-kepuk laa..

Ini tips yang aku dapat from various source... VShub, ebay, wikihow

but this tips are from vshub.. yang paling senang lah nak bantu kenalpasti fake ke tak.

Tips #1. Print
Symmetry - All signature C's should be identical in size and in perfect symmetry. Exceptions: Scarf Prints, Optic Prints, Ikat Prints, Inlaid Patchwork and Poppy series.
Mirror image - Both sides of the bag/wristlet will look exactly the same. All the signature C's will be lined up perfectly
Perfectly centred. Never off-centred for Signature print.
It should look like a 'C' and never 'G' or 'O'
Prints on the outside and NEVER inside





Authentic Coach products are perfectly symmetrical and perfectly centred prints



Exception to the general rule


Ikat Prints




Inlaid Patchwork




Optic Signature Prints




Scarf Prints




Chainlink Prints




Coach Poppy Series

Tips #2. The Zipper
YKK Zips
Coach uses only high quality YKK zips
The alphabets 'YKK' can be seen on the zip itself unless the zip has a leather pull
The zip should be sturdy, not flimsy





Tips #3. Hand Tags
The 'A' must always be pointed at the top. The pointed top of the 'A' should never flat or rounded.
The punch hole should fit perfectly and not a gaping hole.
The stitching must be precisely aligned and neat. Fake hangtags will have uneven stitching and rounded edges.
The word "Coach" should be embossed neatly and not printed.






Tips #4. Leather Creed
Made of cowhide leather.
There should be a 5-digit serial number. Those with the "F" preceding the 5-digit serial number denotes Coach Factory Outlet model.
The stitching should be neat and perfect.
The words should be clearly printed, without any grammar mistakes.



Authentic Coach Leather Creeds

Tips #5. Lining

Most current Coach bags have dashed satin lining without any signature prints. If the signature print bag has signature prints on its lining as well, it is probably a fake.


Authentic


Tips #6. Workmanship

Seams and hang tags are stitched and not glued for durability. All the stitching on Coach items are neat, consistent and precise.


Perfect Stitching

Tips #7. Hardware

All metal hardware are of high quality. The word "Coach" is inscribed on the metal parts such as snaps, buttons and O-rings.






Tips #8. Country

Coach items are currently being manufactured in China, India, Thailand and Philippines.

Ok peeps.. Happy shopping yaw!!






Read More
Previous PostOlder Posts Home
Powered by Blogger.