Meet The Author

Saya Suraya Jafar,blogger yang berasal dari Sarawak tetapi sekarang tinggal di Johor Bahru, Malaysia. Seorang isteri dan ibu kepada dua cahaya mata. Lahir pada Jun 1985 dan sekarang merupakan pegawai kerajaan yang berkhidmat di salah sebuah Pusat Latihan Kemahiran Awam.

author
Showing posts with label aisyahhusna. Show all posts
Showing posts with label aisyahhusna. Show all posts

Kedai Emas Murah di Johor Bahru Part 2

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Tetiba ada pulak idea untuk update untuk kedua kalinya hihi. hopefully istiqamah laa mengupdate blog setiap hari begini. Actually entry ni khas untuk kite punya opismate yang tetiba terjumpa blog kite yang segan-segan hidup mati idok laa selagi kita tak tutup.. hahah.. (lambai sikit)..

Sebelum ni pernah buat entry pasal tips beli emas murah di JB.. dalam entry tu aku kongsi 3 lokasi membeli emas termurah di JB. Now aku nak share lagi 2. Jap lagi aku cerita apa pro dan con membeli emas di kedai-kedai yang aku nyatakan based on my own experience.

Sebelum ni aku cerita aku gila membeli emas sebaik sahaja husna lahir kan.. entry part 1 tu pun aku up selepas kelahiran husna. Since kelahiran husna itu aku memang giat menambah koleksi emas. Haha. Husba baru 2 tahun tahun ni.. lama gak sawan emas ni nak hilang. hahahah.. Wish untuk memiliki pandora emas seperti yang dinyatakan dalam entry lepas pon tercapai cuma takde laa charm aku meriah sampai membuatkan gelang pandora aku berat berpuluh-puluh gram. Tak penuh gelang laa kata orang still in progress mengumpul charm gitu.

Ok cukup mukadimah sampai 3 perenggan. Kedai emas pertama entry kali ni adalah..

Kedai Emas De Aurora
Jln Padi Emas 1/2, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor


Kedai emas ni ada banyak sangat design yang cantik-cantik memang rambang mata laa.. dah banyak kali jugak laa aku melabur di kedai ni.. kedai ni ada 2 harga emas.. 1 untuk yang jadi VIP member, 1 lagi untuk yang tak jadi member. harganya beza rm5 kot kalau tak silap.. Kedai ni aku dah jadi member.. dapat murah.. rm5/g adalah sangat berharga.. nasi ayam lepas..  Semasa aku beli emas di kedai ni sebelum hari raya tu. Harga emas nya rm185/g untuk member.. Masa tu aku rasa emas 916 di kedai-kedai emas terkemuka dah rm205.. Kedai emas ni nak compare dengan ada lagi 1 kedai emas sri temasek yang aku share dalam part 1 ni ada harga memang bersaing-saing.. pandai-pandai korang nak nego harga sebab harga dedua sama dah include GST.. Tetapi dua-dua kedai ada upah.. Yang bestnya kedai ni harga upahnya kalau korang pandai dan kena cara serta memang tertulis rezeki korang untuk dapat murah.. memang murah laa.. skill nego kena baik laa.. harga charm dia pun kadang belas2 ringgit aje.. teruja betul aku.. charm pandora aku tu pun datang dari kedai ni laa.. siap datang 2 kali haa beli charm semata.. lepas ni aku nak cari stopper plak.. susah beno nak dapat stopper.. asyik habes kena kebas orang aje.. cuma diingatkan kalau barang yang upah emasnya bawah rm50 susah laa korang nak minta upah kurang gilee. tips nyaa beli banyak-banyak lepas tu pepandai laa ayat adik jurujual tu.. dah beli banyak ni.. kali kedua aku datang pun aku beli ngan adik jurujual yang sama.. dapat murah lagi .. ko jaga akak customer ko ni dik.. sawan emas tak abes lagi ni.. dapat anak girl lagi bertambah-tambah kot sawan diaa.. Owh berita baik.. Sehingga tamat bulan ogos ni harga emas kat deaurora ni adalah hanya RM195 per gram siap upah all in. All in tau korang.. mane nak dapat tu..?? Kalau beli emas ala-ala italian tu.. upah je mau cecah rm500 - rm700 betapa banyak penjimatan disitu.. cepat-cepat pergi beli emas sekarang since takde upah.. Transaksi kedai ni boleh guna cash , online transfer dan juga kad kredit cuma kalau kad kredit ada extra charge.. berapa persen tak ingat. sebab i online transfer... g kedai, takut nak bawak cash banyak.. bayar guna maybank2u ajee.. senang..


Kedai kedua yang aku nak suggest.. kedai ni aku dah beli 2 kali.. kedai ni harga emas dia nak compare dengan deaurora adalah slightly higher.. kadang beza rm7-9/g Cuma yang bestnyaa tiada upaah.. sentiasa tiada upah tau.. bukan masa promosi aje tak de upah.. Haaa nampak tak nampak tak apa keuntungannyaa. Nama kedainya ialah.. Jumierah Jewel

Lokasi: Dalam Perling Mall Tingkat 2 kena naik lift bebetul sebelah lift kedai dia.

Sekarang pun ada promosi uolls.. rm189 free upah.

Cuma kedai ini agak susah nak minta diskaun lagi. read: Tak dapat diskaun lagi.. setakat dia tidak kira yang sen sen ajee.. katanyaa dah diskaun banyak dah bile upah dah takde.. Plus gelang yang ada kebanyakkan panjang kalau pergelangan tangan korang  penuh tak cekeding macam aku.. boleh la beli.. tangan aku pakai yang 16-17cm aje.. kalau pakai 18 dah panjang bebeno.. tak banyak choice.. Tapi design semua lawa-lawa. Charm tak banyak sangat. De aurora lebih banyak. Kedai ni terima cash dan online transfer je dan tak terima kad kredit.. installment pun boleh. .nego laa ngan tuan punya kedai.. hehe.

So pada hari tertulisnya entry ini kalau korang takde spesifik design yang korang nak asalkan cantik.. takde laa demand nak design terkini or nak design tertentu aje.. boleh laa terjah Jumierah dulu.. mane tau ade yang kenan.. haha..

So ape tunggu lagi.. Tutup hp / laptop g start kereta.. sedia duit pergi beli emas.. Emas makin naik wei.. tak caya tengok laa harga emas dalam entry sebelum ni.. rm170 gram kat kedai emas terkemuka rm190.. baru setahun dah rm 190 kedai biasa kedai terkemuka rm205.. dalam rm15-rm20 tu kan naik.. erm..

ok sekian. saya beli emas je.. tak jual emas tau..



Read More

Air dicincang takkan putus

Leave a Comment
Assalamualaikum..

Hye uolls..

Dah lama dah tak cerita kerenah 2 anak soleh & solehah ni. Makin hari macam-macam adegan lucu diaorg buat. Alhamdulillah adik beradik sayang menyayangi antara satu sama lain tapi bilaa bergaduh tu amboi.. main gigit-gigit.. selalunyaa abang laa gigit adik.. husna pulak menjerit ajee laa kerjanyaa tapi kalau dia geram dia debik jugak abang diaa tapi abang kan sadooo.. setakat tangan kecik adik apee ajee laa yang rasa..

Anak soleh solehah

Situasi 1:
Bangun pagi papa dah dukung husna turun dari bilik.. Husna ni setakat baru nak masuk 2 tahun ni seorang morning person. Agaknya sebab dia orang yang paling awal tido so awal jugak laa dia bangun. Setiap kali turun memang dia akan bawa botol susu dia turun sekali dan akan request susu dengan mama. Ow selalunyaa aku, husband n salman akan tido kat bawah.. tak tau napee haha.. selalunyaa tertido sebab kami suka tgk movie sama-sama waktu malam.. kalau tido dalam bilik plak salman akan tido sekali ngan kitaorang.. husna plak tido dalam baby cot diaa..

Dah jadi rutin awal pagi memang husna dan salman akan minum sebotol susu setiap kali bangun.. husna bila dah turun memang akan automatik goyang-goyang botol susu dia depan mama minta dibuatkan susu.. So aku memang bancuh sekali susu salman serentak. bila dah siap husna akan ambil dedua sekali dengan exitednyaa..  botol salman dia akan letak sebelah abang dia yang masih tidur.. dan dia akan baring sama ada sebelah abang dia or atas sofa.. kadang dia siap acukan puting botol susu kat mulut abang, abang sambil tido boleh capai and terus nyonyot susu diaa.. haha

Situasi 2

Husna seorang yang agak payah makan ubat. dia punya mengelupur kalau kena makan ubat mama kena bukak segala bunga silat untuk tahan tangan diaa sambil tekan syringe ubat dalam mulut. Husna selalu kena marah kalau mama geram dia asyik tolak ajee ubat tu keluar mulut dengan lidah bila mama salah aim cara masuk syringe dalam mulut.. dari baby dah tak suka ubat.. sejak dah masuk setahun dia dah pandai meronta2 kuat xmo ubat.. tapi sekarang mama dah ade assistant.. bab nak bagi adik dia ubat salman orang yang paling exited.. exited nak pegang tangan adik diaa dengan kejap.. kuat jugak dia tahan walau adik dia meronta bagaimana pun.. so mama senang nak aim sudut mana nak tekan ubat supaya adik tak tolak balik ubat dia dgn lidah..

Situasi 3

Salman suka sangat main lego. Selalu dia buat helicopter, aeroplane dan robot.. Bila abang main lego husna suka bertidak sebagai ala-ala destroyer untuk musnahkan binaan lego abang diaa.. dah lerai lego tu dia ambil 1 or beberapa biji lego dan bawak lari.. haha

Situasi 4

Salman n husna suka tengok youtube dekat TV, setiap kali mama perasan diaorang  tengok dekat, aku akan suruh salman ganjak ke belakang untuk tengok TV. salman pulak akan dokong adik diaa yang tadi dok depan TV ganjak belakang sama.. haha

Situasi 5

Husna agak berdikari dalam bab pakai baju, lepas mandi siap marah mama dia ni yang nak pakaikan baju.. siap boleh bukak balik baju or seluar yang tadi kita dah half way pakaikan supaya dia boleh pakai sendiri. Salman pulak selagi mama tak pakaikan baju dia rela berbogel pakai pampers ajee.. hanya boleh pakai baju sendiri kalau dia nak mama bukakan TV or bawak jalan.. o ambilkan jajan dari tempat tinggi.. Faham x maksud aku.. dia boleh pakai baju sendiri tapi sebagai syarat untuk dapat kehendak diaa.. selalu aku bgtau gini.. ok salman pakai baju dulu baru mama bukak TV.. so dia pakai laa baju then tunjuk pada aku dah siap pakai baju sambil hulur remote..

Situasi 6

1 benda yang aku geram ngan husna ni adalah dia suka buka pampers diaa.. asal penuh sikit dia bukak.. tak selesa dia bukak.. paling aku pening kalau dia buka masa dah poo poo.. so aku kalau nampak dia dah start tanggal seluar diaa.. memang laju2 la aku pergi tukar or pergi pasangkan balik pampers dan seluar husna.. ade sekali ini salman demam tonsil seminggu . salman kalau demam or sakit sangat clingy.. berkepit aje dengan mama.. aku plak kalau anak-anak demam segala keperluaan akan ditunaikan even dia minta nak makan nasi tengah malam sekali pun.. sanggup masak nasi lagi sikit bila nasi dah habis takut anak hilang balik selera makan.. so demam seminggu tu aku dok mengentertain salman ajee laa kerjanyaa.. Husna agaknya jeles so one day masa salman tengah tido peluk tangan aku dekat sofa bawah husna merajuk naik atas.. dari bawah aku boleh nampak dia intai2 aku dekat kepala tangga tingkat atas.. kesian aku tengok husna agak terabai.. haha. pandai dia tarik attention mama diaa dengan bukak pampers dah jinjit pampers dia bagi aku nampak konon acah2 sembunyi atas tangga.. SO ape lagi belari terus laa aku naik atas ambik diaa.. salman perasan mama dia takde sebelah terus meraung laa jadinyaa.. hahah

Situasi 7.

Salman or husna dedua tak boleh tengok salah sorang duduk atas riba mama or kena peluk dengan mama.. dalam kereta lagi laa horror.. dedua berebut mama dia.. kalau sorang duduk atas riba.. sorang lagi pun nak duduk jugak.. kalau sorang mama peluk sorang lagi pun nak mama peluk.. kalau sorang tido menyandar dekat mama, sorang lagi pun sibuk nak menyandar.. kalau dedua ni reti nak berkongsi takpe.. ni bertolak-tolak, bertarik-tarik tangan mama.. kalau berebut-rebut tu tak bising takpe jugak ni.. menjerit-jerit menangis tak puas hati selagi tak dapat.. salman pun bukan reti nak beralah dengan adik diaa.. sebab selalu mesti salman laa menang sebab dia lagi besar dan sadoo.. bila dah tak dapat tu husna apa lagi menjerit menangis beriaa.. papa diaa bila dah rasa bingit mula laa marah dah dedua kena cubit papa geram..


HAha.. banyak lagi situasi kelakar dua beradik ni.. tak kering gusi dengan telatah tiap hari.. Happy ajee.. kalau gaduh tolak menolak.. berebut tarik menarik kemudian nangis.. lepas kena marah boleh pulak lepas tu main sama balik..
Read More

5 bulan Aisyah Husna

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Alhamdulillah Aisyah Husna bakal menginjak usia 5 bulan esok. 24 September 2015. Milestone sekarang?

Mula meniarap sepenuh nya dengan jayanya di usia mejelang 4 bulan dan mula bergolek sakan di usia menjelang 5 bulan. Macam lebih cepat sikit compare dengan salman mungkin disebabkan faktor berat badan husna lebih kurang compare dengan si chubby muchie abang salman..

Sekarang bukan main dia golek-golek sakan.. sekejap ajee dia dah sampai hujung kaki kerusi makan.. tadi baru aje barangkan atas tilam hujung kaki sofa.. sangat seronok kalau abang dia teman baring sama.. senyap ajee tak nangis kalau abang ade teman.. minum susu 3 oz aje 4 kali minum sepanjang dekat taska.. balik rumah pantang mama tinggal dalam baby cot dalam bilik melalak-lalak macam kena cubit. dia bukan tak suka dok dalam baby cot, dia tak suka tinggal sorang.. kalau letak dalam cot then kita plak dok dalam bilik tu sambil lipat baju ke baca buku kee elok senyap jee dia berbunyi-bunyi mulut menyanyi-nyanyi..

suka senyum sengih-sengih kalau tengok mama. kalau nangis melalak la macam mana nyaring high pitching sebelum nyaa bila dukung dia atomatik terus senyap.. agak-agak masa menyusu dia dah keluar bunyi menyanyi-nyanyi tu lepas burp elok aje diaa dok sekali tengok movie or what so ever abang dia tengah tengok dekat tv.. kalau tak ditinggal seorang bila dah kenyang means kita baring sebelah dia lepas habis dia menyusu dia boleh dozed off begitu sahaja, kalau dia tinggal sorang perut kenyang mata ngantuk macam mana pon dia tetap tak mau tidur..

love to take a bath.. good macam abang salman gak.

sekarang salman pon dah ikut perangai adik pulak, tak nak tidur bila takde teman.. haihh.. jeles laa tu adik nak tidur mama sentiasa teman.. jadi tidurlaa anak beranak satu bilik sama-sama. memula tidur dalam bilik kiteorang katil tu ofcoz tinggi laa.. dah berpadat atas katil.. tapi ade 1 malam sedar-sedar husna takde sebelah.. dia ade tapi dah berganjak ke bawah sikit, mama dia dah seriau nak tidur katil tinggi.. haihh.. so tidur atas tilam bawah ajee, so pindah laa balik bilik abang salman.. guna pullout bed salman lebih selamat..

Owh pernah admit ward sekali masa 4 bulan.. paling kelakar dalam history hidup mama, warded hanya kerana husna batuk dan selsema dan ade fever.. sebab salman dulu pernah warded sebab lung infection maka mak dia ni paranoid.. tak memasal warded sehari. awal pagi mama bikin havoc hanya kerana husna muntah mama bg makan panadol terus bawak pergi emergency KPJ pasir gudang.. padahal baru sekali tu aje dia muntah.. dan mama ingat husna bernafas laju.. padahal normal baby seusia husna bernafas normal dalam kadar 40 kali seminit.. tapi takpe laa ada sebab nape husna bikin cuak mama, dia tak nak mama berenggang jauh dari diaa rupanyaa..  the day husna discharge, aku patutnya pergi batu pahat walaupon balik hari aku keberatan nak pergi.. so bila dia warded makanyaa aku ade excuse laa tak pergi batu pahat...

So layan sekeping gambar anak dara yang suka sengih ni.. gambar on 22 september 2015, mama mc 2 hari sebab gastrik.. isnin & selasa.. jadi hari ini mama sambung cuti rehat sebab esok dah nak raya. dok rumah layan anak biarpon sakit adalah heaven.. tengok salman dah terbaring kelelahan lepas mandi.. ni budak busyuk masam sorang ni dalam proses nak mandi jugak laa ni..


Read More

Aisyah Husna

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Hee.. Hari ni dah 22 hari dah usia aisyah husna. Dah 22 hari jugak laa jadi mama 2 anak. Half way to go untuk habis pantang.. Lebih teruja bila alhamdulillah dah sepasang dah. Makin rajin la mama stalk ig ig fb fb yang jual barangan gegurl.. Tapi kadang masih kandas di ig or fb yang jual barang boboi.. Macam teruja aje mama nak beli mainan yang boleh jadi gelongsor jadi kuda untuk abang salman.. Tapi harga nyaa mak aihh kena suh papa beli laa mama nak save duit.. Kikiki..

Ok meh cita detik kelahiran anak dara aisyah husna ni. Due date aku adalah 23 april.. Hari-hari aku dok doa supaya anak nan sorang ni cecepat lahir. Abang salman dulu 5 hari awal.. Ni lagi 5 hari nak due date pon takde tanda-tanda pon. Ade lah pernah rasa sakit sehari on da way balik dari ofis.. Dah teruja sensorang dalam kereta ingat dah nak beranak dah.. Sekali sampai rumah aku g shi shi terus hilang rasa sakit...  Kendian takde langsung tanda lain.

Aku dah lah risau kalau postdate ni.. Bukan tak boleh postdate tapi aku risau kalau postdate ade komplikasi lain macam baby berak dalam perut laa.. Baby stress kalau kena induce laa.. Dan aku takut kalau kena induce orang kata sakitnya lebih sakit dari sakit contraction biasa.. Biasalaa aku semua benda takut.. Huhu..

So aku start laa buat solat hajat.. Solat duha.. Solat taubat.. Segala macam doa aku baca.. Aku start buat senaman untuk cepatkan bukaan jalan macam jalan itik.. Sandar pada dinding dan buat ala2 duduk tanpa kerusi.. Mencangkung.. Cuma tinggal tak beli gym ball ajee..

Last checkup kkia aku diberi date 28 april tarikh serah diri ke wad bersalin kalau still tak bersalin lagi.. So aku mengiatkan lagi usaha dengan banyakkan berjalan.. Biarlah aku ulang alik ofis ke mana2.. Memo2 aku hantar sendiri by hand sebagai alasan untuk berjalan kerap gitu..

On 23 aku masih kerja macam biasa. Hari khamis kan so kerja sampai 3.30 petang je.. Aku berkeputusan hari tu lah last aku kerja sebelum bersalin. Aku redha laah kalau belum bersalin lagi hujung minggu tu aku nak amek cuti rehat je. Kebetulan hari tu laki aku tak kerja sebab tak sihat. Petang tu aku ajak laki aku berjalan-jalan di taman bawak salman jalan-jalan.. Sampai 2 round kitaorang pusing sampai salman pon kepenatan.. So papa kena dukung laa.. Kesian salman mama..

Balik rumah aku tak rasa sakit pon. Rasa macam biasa aje.. Lepas solat isyak aku ajak laki aku pergi cari air kelapa.. On the way pergi cari air kelapa tetiba aku rasa sakit perut dan perut aku mengeras..  Aku rilex lagi.. Aku suh laki aku pegang perut aku.. Dan dia kata perut aku keras. Aku kata sekarang tengah sakit.. Kami teruskan juga cari air kelapa.. Pergi ke mydin aje.. Sampai mydin aku pon order laa air kelapa kat food court dia.. So teman laki aku makan sampai minum air kelapa sambil layan sakit.. Cuma sakitnya takde laa dasyat lagi.. Boleh gelak-gelak lagi aku tengok cita yang tengah tayang di mydin tu..

On the way balik aku tengok sakitnya dah selang 5 minit sekali.. Setiap kali sakit less then a minute.. Sampai rumah salman tak tidur lagi. So lepas bancuh susu aku dan husband pon tidurkan salman..  Syahdunyaa aku rasa bila salman siap kiss aku and kiss adik dia dalam perut sebelum dia tidur.. Tau eh mama nak berjuang lahirkan adik pagi tu.. Esok salman will officially akan jadi abang.. Aku plak tidur-tidur ayam sambil layan sakit. Aku ingat boleh tahan lagi sampai esok pagi..pukul 11 aku bangun dan bgtau yang aku dah tak tahan meh pergi spital.. Siap-siap semua dokumen.. Beg baby dan bag aku memang dah ade dalam kereta..so lepas aku tanggalkan semua barang kemas.. Keluarkan semua mak nenek kertas dalam beg aku.. Tinggalkan semua kad2 yang tak perlu aku cuma tinggalkan duit sikit, kad pengenalan dan lesen dalam wallet aku.. Masukkan kurma dan air zam-zam dalam handbag dan double check buku merah, GL dan surat cuti bersalin aku supaya tak tertinggal lepas bgtau parent aku yang kami dah nak ke hospital aku sempat kiss salman yang dah nyenyak tidur..

Lepas masuk je dalam kereta aku rasa macam dejavu plak.. Ape taknya..masa yang lebih kurang sama aku pergi hospital masa nak bersalinkan salman.. Sama lewat malam khamis pagi jumaat.. Masa pon lebih kurang cuma bezanya kali ni aku kerja pagi sebelum nak bersalin tu..Aku takde tidur pon nak simpan tenaga..siap guna tenga untuk pusing taMan gitu.. Huu..siap aku terpikir ade tenaga ke aku nak push nanti..

Dalam kereta nak ke HSI ambik masa 15 minit. Masa ni contraction masih selang 5 minit tapi setiap contraction amek masa lebih seminit.. Still aku layan-layan lagi sambil praktiskan pernafasan dan baca doa nabi yunus. Sampai je bahagian kecemasan macam biasalaa drop off mak yong yang dah nak meletop dulu baru laki aku pergi parking. Sambil2 tunggu aku jalan-jalan mundar mandir kalau sakitnya datang. Laki aku sampai jee terus laa pi naik atas untuk ke bilik saringan. Sampai aje register dulu then aku zass ke toilet sebab nak terkucil yang amat. Tapi keluarnya sikit ajee pon.. Tapi aku pernah baca kena selalu kosongkan bladder kalau nak jalan cepat bukak. Betul ke tak aku pon tak tau.

Bila nama dipanggil aje untuk ke bilik saringan, aku pon masuklaa.. Doktor tu suh bukak seluar dan pakai kain pink hospital tu. Since baru sakit je lepas isyak tu around kol 9 aku was-was jugak laa jalan dah bukak kee? Dah boleh bersalin terus pagi ni macam salman ke? Kena tolak labour room terus ke masuk wad dulu since aku pon dah overdue.. Macam-macam aku pikir sementara tunggu giliran. Kali ni macam ramai plak yang kat bilik saringan masa salman dulu ada 2 orang aje.. Sampai turn aku ape lagi sesi cek bukaan pon berlangsung. Macam biasa tarik napas dalam-dalam masa dia nak seluk.. Comfirm tak sakit rasa senak-senak aje.. Tetiba masa dia tengah seluk masa tu jugak laa contraction nak datang. Doktor tu siap tanye tengah sakit ye.. Aku jawab aah.. Dia keluarkan tangan bila dah takde contraction dia suh bagitau sebab nak seluk balik..

Lepas selesai seluk dia bagitau nurse ape entah term dalam medical tapi yang aku dengan ada sebut 6 gitu then dia ambik baju dan kain pink lain suh tukar dan bgtau nurse yang tolong dia suh prepare labour room.. Dia tanye anak no berapa.. Aku cakap anak no 2.. Dia tanya lagi anak sulung berat berapa.. Aku jawab 3 kg. Then turn aku pulak tanya dr.. Dah berapa cm doktor.. Dia jawab dah 6 cm. Dalam dia aku ucap alhamdulillah nampaknya boleh laa aku timang baby hari ni jugak.. Sebab masa salman 4 cm dia terus tolak labour room.. Patut laa dia suh nurse prepare labour room tadi..

Ok.. Aisyah husna dah ngek ngek balik nak susu.. Nanti kisah dalam labour room sampai checkout kita sambung part 2 ehh.. Dadaaa..
Read More

Aisyah husna part 2

Leave a Comment
Assalamualaikum..

Ok sambung part 2 kelahiran aisyah husna. Lepas kena tolak ke labour room dengan kerusi roda, aku kemudian dipasang dgn ctg untuk monitor jantung dan contraction. Aku macam tak berapa suka dipasang alat ni sebab susah lah aku nak gerak. Selepas pasang ctg nurse pon datang prepare alat-alat untuk doktor pecahkan air ketuban. Dalam pukul 1.30am gitu air ketuban pon dipecahkan.. lepas je air ketuban dipecahkan aku dengan nurse panggil hubby aku masuk.. macam kelahiran salman dulu bila dah pecah air ketuban makanya contraction akan start menjadi semakin sakit. Masa ni contraction dah 3-4 minit sekali datang dan lebih kurang 1 minit gitu sakitnya.. yang peliknya kali ni lega je dr contraction kejap aku boleh terlelap.. hahaha. Penatlah kot agaknya.. sepanjang dalam labour room selain baca doa nabi yunus dan selawat.. aku asyik terkenang salman ajee.. rasa sayu je hati ni bila mengenang salman yang tadi aku tinggalkan tidur dirumah.. lepas ni jadi abang long laa salmanfaris anak soleh tu..

Laki aku plak boleh tunggu aku sambil tertidur plak kat sebelah aku. Kesian dia dah laa demam. Nampaknya laki aku ni dua-dua anak dia sambut dengan demam. Haha. Masa salman demam lepas kesejukan dalam labour room teman aku balik je demam.. ni dengan husna dia dah memang sedia demam cuma bezanya kali ni dia dah sesiap pakai baju dua lapis.. agaknya bagi orang nak bersalin ni labour room tu tak rasa sejuk kot dek kerana melayan rasa sakit nak bersalin sebab kali ni pon aku tak rasa labour room tu sejuk.. ke sebab memang waktu malam aircord dah tahap minima.. kan ke masa aku lahirkan salman dan husna ni waktu lebih kurang sama jerk?

Doktor yang sambut husna ni tak de dalam bilik selalu. Dia datang periksa jantung dah tahap contraction je.. aku rasa ada lah dalam setengah jam sekali dia datang jengah aku.. kali ni aku rasa sakitnya tak sedasyat masa salman. Masa salman aku rasa sakit lagi.. last sekali pukul 3 lebih gitu doktor datang lagi dia tanya ada rasa nak teran tak puan? Masa dia tanya tu aku tak sakit jadi aku cakap laa tak. Tetiba kendian rasa mak aih contraction yang lain sangat dari tadi.. tetiba aku rasa tak tahan dan rasa nak terberak.. aku bagitau  yang aku dah sakit sangat dekat doktor tu.. masa tu doktor tu tanya lagi.. puan dah rasa nak meneran ke? Aku jawab ye dan dia terus check bukaan.. kemudian dia kata dah boleh dah ni.. aku debgar je gitu terus laa ke posisi nak meneran rapatkan dagu ke dada dan tarik pegelangan kaki..dia suruh aku tahan jangan teran dulu.. aku rasa masa tu nak terkeluar dah kepala husna ni.. doktor tu tengah setup ape ntah dia suh aku tahan dulu.. hoii bagai nak gila aku rasa tahan rasa nak meneran. Bila dia suh aku teran aku teran cuma terkeluar pulak suara  sebab tetiba macam tak ready nak teran.. tadi kan dah rasa nak teran sangat tapi dia suh tahan.. masa tu masuk sorang nurse.. aku takde rasa nak meneran dah.. nurse tu suruh laki aku sokong belakang aku supaya aku senang nak teran dan dia suh teran bila rasa sakit.. rasa sakit yang kedua aku pon teran lagi dengan bantuan episotomy akhirnya 3.15am 24 april 2015 lahir laa aisyah husna..

husna masa tu macam nangis lambat sikit.. tak macam salman keluar aje nangis.. lepas potong tali pusat baru aku dengar husna ek ek ek nangis. Kecik je suara husna. laki aku yang bagitau yang lahir tu gegurl.. aku dah terbaring kepenatan.. nurse cecepat bawa husna untuk disedut.. aku xsempat skin to skin pon.. huhu.

Laki aku pon mengikut husna keluar lepas dibersihkan aku boleh dengar laki aku azankan husna.. tak buat dalam labour room pon macam salman dan takde adegan anak kencingkan bapak haha.. sopan anak dara aku.. salman dulu tak menyempat keluar-keluar dia kencingkan bapaknyaa dulu masa azan..

Aku plak sempat tanya doktor ada koyak banyak x.. doktor kata tak banyak sikit part yang dia gunting je. Nasib baik aku teran tak angkat montot tadi..

Setel bab meneran nak lahirkan husna yang aku rasa macam lebih senang compare dengan salman.. tapi kali ni part nak keluar uri plak.. haihh.. agak payah sebab tali pusat husna sangat laa nipis.n doktor takut nak tarik uri dengan tali pusat takut putus dan terlepas. Part ni la paling payah dah aku rasa part nak keluar uri ni lagi sakit dari sakit kot.. haha. Masa ni ada midwife datang tolong assist.. dia tolong tekan perut dan doktor tu tolong keluarkan uri. Banyak kali jugak laa part kena batuk-batuk.. hoi sakit la haii.. memang rasa ada menda dekat cik v tu sedang dalam proses dikeluarkan.. nak keluarkan kepale baby sekali lalu je dah lega.. ni rasa ade mende dok lame dekat cik v.. biarpon tak keras tapi sungguh tak selesa..

Sambil berusaha nak keluarkan uri doktor tu tanya samada aku pernah gugur sebelum ni.. aku jawab tak pernah.. tapi.. siap bertapi tapi lagi dengan doktor tu.. jeng jeng jeng.. aku tak tau laa ada kena mengena ke tak.. nurse tu pon tanye tapi ape sebab aku bertapi tapi kemudian diam kejap sebab masa tu doktor suh batuk.. haha.. nurse tu tanya baru aku sambung balik yang masa lahirkan salman aku kena mrp. Manual removal placenta.. doktor tu pon cakap patutlaa kena extra carefull macam ni sebab dia taknak mrp lagi.. nurse tu suh aku baca doa nabi yunus sambil tu dia pon sama baca.. akhirnyaa semua uri berjaya keluar. Yeayy.. bila dah keluar semua aku rasa lega seleganyaa.. lepas doktor tu minta 2 collegues dia comfirmkan adakah uri complete.. dia bungkus uritu dan labelkan.. dia suh aku rest kejap dan minta nurse tu bagi aku air milo.. sempat aku lelap kejap dan barulah aku rasa sejuk yang amat labour room tu.. mengigil-gigil aku. Nurse datang bagi milo dan ambil tekanan darah.. kendian start plak sesi menjahit.. aku tanya jahit kena bius tak sebab aku salu baca orang kata jahit dekat hsi takde bius.. masa salman dulu memang masih ada kesan bius untuk mrp masa aku dijahit so takde rasa sakit.. aku takutlaa tak kena bius biarpon dia kata jahitnya sikit.. doktor tu pon jawab mestilaa kena bius.. cucuk jarum sikit pon sakit takkan laa nak dijahit tak bius katanya.. part yang nak kena jahit je dia bius untuk kebaskan.. nasib baik masa jahit tu tak sakit rasa cam kena gigit semut sikit.. ade tiga jahitan jee.. nasib baik tak banyak..  lrpas setel jahit doktor suh aku tunggu nurse tolak aku ke ward.. nak kena tolak ke ward ni lah yang lama sikit aku tunggu.. doktor dah siap check husna dah aku kena tunggu kat luar labour room tu dengan husna dekat dalam pelukan aku. Masa tu husna aku tengok dok mencari nenen.. aku lak tak reti nal bagi nenen sambil baring.. acane acane.. nasib baik husna tak nangis masa tu.. dekat luar bilik2 labour room tu aku dapat dengan pelbagai bunyi ibu-ibu yang nak lahirkan anak.. ade yang nangis ade yang menjerit-jerit pon ada.. huhuhu.. aku memahami sakitnyaa macam mana..

Aku dengar kelahiran di hsi dari pukul 12 am tu ada seramai 24 bayi.. 23 kelahiran.. satu pasangan twins.. nurse tengah rekod sebab nak tukar shift dah kot..

Oklahh part dalam ward jap lagi lah next entry nak prepare baby-baby aku ni untuk mandi plak.. byee..

Read More

Our 2nd bundle of joy is here

2 comments
Assalamualaikum..

Hee.. Dah 2 minggu dah pon.. Punyalahh tunggu anak solehah yang bertuah sorang ni lahir sampai overdue jugak akhirnya.. Nasib baiklahh on due date rasa sakit.. Mama dia takmo postdate lelama.. Alhamdulillah lahirlah Aisyah Husna on 24 april 2015.  Dua-dua adik beradik nak lahir awal pagi jumaat ehh.. Macam dejavu plak tengah malam pergi HSI. Ulang alik depan kecemasan tunggu hubby sambil layan contraction yang dah 5 minit sekali.. Masuk bilik saringan kena seluk beza kali ni check bukaan dah 6cm.. Fuhh..

Oklah tak sempat mak tang nak update pepanjang.. Adik baby salman dah uwek2 nak susu..
Read More
Previous PostOlder Posts Home
Powered by Blogger.