Meet The Author

Saya Suraya Jafar,blogger yang berasal dari Sarawak tetapi sekarang tinggal di Johor Bahru, Malaysia. Seorang isteri dan ibu kepada dua cahaya mata. Lahir pada Jun 1985 dan sekarang merupakan pegawai kerajaan yang berkhidmat di salah sebuah Pusat Latihan Kemahiran Awam.

author
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

My 2nd Pregnancy Ticker

2 comments
Assalamualaikum.

Sungguh gedik mama salman ni dah nak masuk 9 bulan baru nak tampal ticker.. Hee.. Layankan laah korang aku tengah ngantuk ni. Simptom mengandung masa memula syak diri pregnant adik salman dah berulang kembali. Ada gak termuntah sekali dua.. hopefully tak melepek laa... To date dah 35 weeks 4 day. Only 31 days to go.. Go go go.. Semoga selamat dan dipermudahkan semuanya. Semoga adik selamat dilahirkan dengan sihat dan sempurna..

Adik, papa, mama dan abang salman tunggu adik.. Membesar dengan sihat dan sempurna ye sayang.. :)


 Pregnancy Ticker
Read More

My Breastfeeding Plan Versi Bahasa Melayu

Leave a Comment

Assalamualaikum.

Selamat hari jumaat. So hari ni johor tak kerja, pagi tadi lepas buat pancake untuk salman dah tak tau nak buat apa.. Haha padahal banyak aje kerja, tapi selagi salman anak soleh ni tak tidur, aku memang tak boleh buat apa pon.. Jadinya aku decide nak upload plan penyusuan susu ibu aku yang akan dibawa bersama untuk diserah pada doktor/nurse yang jaga aku nanti. Dah sesiap print dan aku letak bersama dengan GL dan borang permohonan cuti bersalin aku untuk disahkan oleh doktor nanti. aku print extra jugak in case tercicir ke apa nanti masa nak bersalin. Aku nak suh laki aku bagi pada nurse/doktor yang sambut baby nanti.

Plan aku adalah seperti dibawah.. aku buat dalam versi bahasa melayu. English version nanti akan menyusul ye.. Aku ada bagi link untuk korang download My Breastfeeding plan ni kat bawah. Kalau korang berminat nak guna jugak laa.. sila-sila lah share.



Boleh download dekat link ini ye kalau ade sape-sape nak guna.. Tinggal tulis nama sendiri, nama husband dan no telefon husband untuk dihubungi aje.. 

Read More

Baby dan mama checklist

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Alhamdulillah dah 30 weeks dah adik baby another 10 weeks to go.. Nak update barang adik baby dan mama yang belum beli.

Barang Mama
Maternity Pad
Loop belt
Stokin
Selipar
Kain batik
T-shirt
Set bersalin
Bengkung
Tungku

Baby Gear (akan direvise selepas scan 4D ;p)
Baju-Lengan Pendek
Baju-Lengan Panjang
Seluar-Pendek
Seluar-Panjang
Sarung Tangan
Sarung Kaki

Baby Bip masih banyak baby bip abang salman
Topi
Romper 

Receiving Blankets / Bedung bedung abang salman banyak yang tak pernah pakai...
Barut baby Barut abang salman boleh pakai
Newborn shoes pakai stokin aje laah.. kasut newborn abang salman pon langsung tak pakai

Botol-Breast Feeding

Botol Newborn
Puting botol susu
Berus Pembersih botol comfirm dah ada
Bottle sterilizer guna air panas pon cukup
Breast Pump
Breast Pad
Nipple Cream
Breastmilk storage
Bottle & Food Warmer
Cooler bag
Ice pack
Detergen khas botol baby


Nursery
Baby Cot
Crib Set
Bantal & bolster
Mattress
Waterproof bed pads
Selimut
Kelambu

Bakul baju baby
Laundry basket

Bathing & Healthcare & Hygiene & Grooming
Bath tub
Bath seat untuk ibu
Tuala mandi
Sikat baby
Pengetip kuku baby

Medicine dropper tak diperlukan langsung
Medicine Syringe
Thermometer

Shampoo Baby
Baby Bath
Nappy rash cream
Lotion
Baby oil
Bedak baby
Cotton buds

Minyak telon
Colic water

Travel
Infant car seat
Baby carrier / sling

diaper bag
Fold & Go Changing Map
Car sunshade

Portable baby bed *macam tak perlu tp mama nak yang baru
Toys
Stroller


Diapering
Newborn diaper
Changing mat
Detergen khas pakaian bayi
Baby wipes

Wah ada banyak lagi ni mama tak beli.. Mode cuak is officially on.
Read More

Baby Check List

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Menginjak ke minggu 26, baru mama gedik nak buat check list. Since 80% gender adik baby insyaAllah berlainan dengan abang salman.. So mama 80% sure yang bajet barang baby ke arah baju dan accessorize akan dilebihkan sikit.. since kebanyakkan baju abang salman especially untuk keluar jalan-jalan adalah kena beli yang lain.. cuma mama comfirm akan beli bila udah scan 4d laa iyee adik baby..

So ini laah dia checklist secara umum.

Baby Gear (akan direvise selepas scan 4D ;p)
Baju-Lengan Pendek
Baju-Lengan Panjang
Seluar-Pendek
Seluar-Panjang
Sarung Tangan
Sarung Kaki
Baby Bip masih banyak baby bip abang salman
Topi
Romper 
Receiving Blankets / Bedung bedung abang salman banyak yang tak pernah pakai...
Barut baby Barut abang salman boleh pakai
Newborn shoes pakai stokin aje laah.. kasut newborn abang salman pon langsung tak pakai

Botol-Breast Feeding

Botol Newborn
Putting botol susu
Berus Pembersih botol comfirm dah ada
Bottle sterilizer guna air panas pon cukup
Breast Pump
Breast Pad
Nipple Cream
Breastmilk storage
Bottle & Food Warmer
Cooler bag
Ice pack
Detergen khas botol baby


Nursery
Baby Cot
Crib Set
Bantal & bolster
Mattress
Waterproof bed pads
Selimut
Kelambu

Bakul baju baby
Laundry basket

Bathing & Healthcare & Hygiene & Grooming
Bath tub
Bath seat untuk ibu
Tuala mandi
Sikat baby
Pengetip kuku baby

Medicine dropper tak diperlukan langsung
Medicine Syringe
Thermometer

Shampoo Baby
Baby Bath
Nappy rash cream
Lotion
Baby oil
Bedak baby
Cotton buds

Minyak telon
Colic water

Travel
Infant car seat
Baby carrier / sling

diaper bag
Fold & Go Changing Map
Car sunshade

Portable baby bed *macam tak perlu tp mama nak yang baru
Toys
Stroller


Diapering
Newborn diaper
Changing mat
Detergen khas pakaian bayi
Baby wipes

Owh my, macam tak banyak jee yang nak beli untuk adik baby ni.. memang mama akan berabis part baju lak macam ni. Barang lain lengkap dah.. cuma mama kena organize balik laa.. Ok baby, bajet untuk dibelanjakan pon mama dah dapat.. Kita tinggal scan 4D then mama dah boleh SHOPPING!!

Owh lupa lagi satu.. mama's responsibility untuk decide nama adik baby.. Banyak nama menarik tertarik makna pon cantik untuk adik baby.. mama pening nak pilih.. rasanyaa final nama akan didecide saat adik dah lahir nanti laa.. kalau tak nama adik baby akan keep on changing setiap kali mama jumpa nama cantik. Yang sure nya no Nur no siti no nurul infront of ur name.. 2 perkataan sahaja to match mama's name, preferable start from D or S tak decide lagi  and definitely satu lagi nama kena start from H untuk ambik huruf permulaan nama glamer papa.

Owh papa request nama dengan 2 suku kata.. macam abang salman.. SAL-MAN FA-RIS.. senang nak sebut.. Any suggestion aunties??
Read More

Tukang Urut Lepas Bersalin Pasir Gudang

1 comment
Assalamualaikum.

Oleh kerana aku berpantang insyaAllah di Pasir Gudang aku nak buat list laa untuk tukang urut. Tukang urut aku masa salman dulu pon sodap tapi saje jee nak buat list.. Korang layan kan lah kerajinan mak yong sorang ni ehh.. Kot laa ada yang mencari-cari tukang urut aku saje je nak buat kerja amal. List ni akan di update dari semasa ke semasa sebab aku malas nak simpan tempat lain takot entah kemana-mana aku simpan nanti. simpan dalam blog selamat sikit.. boleh access di mana-mana.. semua info kat bawah aku simply copy and paste.. original link aku sertakan sekali. aku akan wat update dari semasa ke semasa. Hadap jee lah korang ye kalau tetiba entry yang sama dok berulang-ulang terbit kat newsfeed blog korang.. Hihihi.

1. Kak liza 0177915207 / 0107628696  FB Page personal

2. PENAWAR POST NATAL & CONFINEMENT SERVICES

1) IN-HOUSE PACKAGE

FREE for 1st session!*
JUST pay for second & third session at RM50.00/session

* This offer is available for Hospital Penawar Pasir Gudang patient
* This offer is only held at Hospital Penawar Pasir Gudang
* This package is not valid for Post Natal Home Visit Services
* Package is for Massage & ‘Tungku’ service only
* Meal is not included in this package

2) HOME VISIT PACKAGE

Package A:
‘Urut, Tungku & Bengkung’
RM 85.00 (1 session)
RM 230.00 (3 sessions)

Package B:
‘Urut & Tungku’ ONLY
RM 50.00 (1 session)
RM 140.00 (3 sessions)

FREE HOME NURSING SERVICES WITH REGISTRATION OF
EITHER ONE OF THE ABOVE PACKAGE*
* This offer is available for Hospital Penawar Pasir Gudang patient
* Basic Physical Examination
* Nutrition Consultant
* Avalaible for first visit only

For appointment or any inquiries, please contact:

016-733 0994
Tel : 07-252 1800 ext 299

PHYSIO & OCCUPATIONAL THERAPY
LIFT C, LEVEL 1, CLASSIC CLINIC, HOSPITAL PENAWAR
No 17&18 (A-D), Pasir Gudang Business Centre, 81700 Pasir Gudang, Johor.
Email : cs@hospitalpenawar.com
Website : www.hospitalpenawar.com

3. Mahligai Ratu SPA / Postnatal Massage Centre
Pm/Watsapp/Wechat 0122444664

Rawatan Selepas Bersalin/ Berpantang adalah amalan turun temurun dan tradisional yang diamalkan sejak dari dahulu lagi. Ibu selepas bersalin memerlukan rawatan berpantang/penjagaan yang rapi utk mendapatkan terapi atau kesihatan yang baik utk tubuh badan dan minda. Ibu berpantang memerlukan rehat yang panjang sekurang kurangnya selama 44hari untuk bercuti dan penjagaan. Perkhidmatan tradisional masih diutamakan utk memberi keselesaan kepada ibu atau bayi berkenaan. CantikSihat sedia membantu dan memberi khidmat bantuan dan nasihat kepada ibu2 berpantang.

Pakej Asas Berpantang

Amalan berpantang hendaklah diamalkan bermula dari hari ke 3 atau 4 selepas bersalin

** Urutan Selepas Bersalin (1jam 30minit) , Bertungku (30minit), Mandian Herba (40minit), Param (10minit), Pilis (10 minit). Barang perkhidmatan akan disediakan oleh pihak kami.

3Hari ~ 3 jam/hari RM250
5Hari ~ 3 jam/hari RM400
7Hari ~ 3 jam/hari RM500

Pakej Premium Berpantang

Amalan berpantang hendaklah diamalkan bermula dari hari ke 3 atau 4 selepas bersalin

** Urutan Selepas Bersalin (1jam 40minit) , Bertungku (30minit), Mandian Herba (40minit), 1x Lulur Green Tea (50minit), Param (10minit), Pilis (10 minit), Ikat Bengkung. Barang perkhidmatan akan disediakan oleh pihak kami kecuali bengkung boleh tempah atau disediakan sendiri.

3Hari ~ 4 jam/hari Rm300
5Hari ~ 4 jam/hari Rm450
7Hari ~ 4 jam/hari RM560

Pakej Rawatan Habis Pantang

Amalan habis berpantang adalah digalakkan kepada ibu bersalin pada saat akhir berpantang antara hari ke 44 ke 50 hari berpantang untuk menambah tenaga setelah menjaga bayi seharian & persiapan bekerja semula bg yg bekerja atau sebagai penjagaan kesihatan iaitu tambah tenaga dalaman dan penjagaan kecantikan

** Herbal Salt @ Cooling Salt Foot Therapy (30minit), Warm Ginger Scrub (30minit), Mandi Bunga dgn Aura 7 bunga (30minit) dan Urutan Tradisional 1 badan + Sengkak Rahim + Urutan Breast/Payudara (1jam 30minit)

1Hari ~ 3 jam/hari RM100
http://mahligairatuspa.blogspot.com/
CantikSihat Marketing SA0266289U

4. suri sani - 0187706411 (Info dari mudah.my)

5. Yang ni aku tak sure dah source nya dari mana.. kalau jumpa nanti aku tepek link ok.. save gambar je tak save link.. heheh

6. Rohana Mokhtar  - 0197895713


Owh kalau korang ada info, atau ada tukang urut terterjah kat sini, boleh lah tinggal no fon dan kalau ada website or alamat sekali.. area johor bahru laa kalau boleh yee.. 
Read More

Comfirm 80%

3 comments
Assalamualaikum.
Pheww.. seehari suntuk hari ni dok meeting je manjang..  Heheh aku ada 3 mesy harini.. Berganti-ganti.. Macam lari ganti-ganti lak, dari 1 mesy ke 1 mesyuarat..Dari kol 8,30 pagi sampai kol 4.30 petang jadi penghuni setiap bilik mesyuarat tapi hati rasa munga-munga jee rasa...

Nak tau nape?

Kitekannn.. hahahah dah pergi scan adik baby malam tadi..

Dann...

Doktor kata.. insyaAllah nanti anak kita sepasang.. ehh..

Chop chopp.. bukan ngandung twin tau.. sila padam fikiran itu.. tapi sebab doktor kata..


80% girl laa.. Doktor siap tunjuk munga adik baby.. aku tak faham pon siap rasa nampak macam boy je.. tapi macam mana rupa boy punya tut pon aku tak tau jugak sebab salman dulu confirm boy masa scan 4d. Ni scan biasa ajer.. tp doktor nampak yakin.. so mama yakin aje laa.. bleh gembira2 dulu berangan2 barang gegurl dan pilih nama adik baby.. biarpon mama bg 80% je dulu.. hikhikhik.. sukalaa.. tipu laa kalau tak suka..

Tapi honestly kalau takdir nanti lahir2 tup2 keluar laki pon tetap suka jugak.. yg penting sihat sempurna dan selamat..lagipon papa salman pon dah ready nama adik baby kalau boy.. cuma bila dah 80% girl ni mama leh laaa mengguna mandat boleh pilih nama adim baby.. diberi kuasa veto gitu oleh papa.. nak nama start apa eh? Salman dah memang start M macam papa.. tapi nama glamer salman start s macam mama..

So adik baby kena start D macam mama tapi nama glamer kena h macam papa ke?
Nak start dengan nur ke? Mcm tak syok jee sama nama ngan ramai orang.. semua nak letak nur kat depan.. nurul pon tak nak.. siti pon tak nak..

Haha.. syoknya leh pilih2 nama.. dulu masa salman leh agree ngan nama jee tapi nasib baik nama salman pon mama suka.. unik gitu tak berapa nak ramai yang letak nama salman.. ada laa sorang dua jumpa once in a while.. heheh..

Nama adik baby kena ada ciri kepahlawanan or kesrikandian islam macam abang salman gak ke?
Waahh..

Heheh.. nak comfirm 99% macam abang salman gender adik baby ni kena scan 4d jugak ni.. heheh..

Oklah.. tata korang.. tq sudi baca yerkk..

Hati still munga-munga.. moga selanat semuanya sampai melahirkan.. amin..
Read More

Boy or Girl

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Dah nak 22 weeks ni hati rasa membuak-buak nak scan gender adik baby.. Ramai kata girl tapi omaknya rasa macam boy.. Rasa laa.. kihkihkih.. Tapi omak rasa macam tak kisah kalau girl ke boy, yang penting adik baby sihat sempurna dan selamat sehingga dilahirkan nanti.. Membesar jadi anak yang soleh/solehah macam abang salman..

Sesajee membuang masa rehat dengan testing prediction dalam internet.. Hasilnyaa.. 3 out of 5 kata GIRL.. Ramai tilik perut mak buyung pon kata girl.. Tapi macam biasalah this is for entertainment purposes only.. Prediction sahaja.. nak comfirm kena scan laaa...Bebetul comfirm tunggu bulan April nanti adik baby lahir laa.. Yang penting selamat.. both mak dan baby selamat dan dipermudahkan proses kelahiran.. Amin..




Read More

Masa paling sesuai mengandung kali kedua

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Al kisah hari ni aku check up berdriver. Haha. Asalnya aku nak buat appointment aje pon sebab aku dok call Klinik Kesihatan Pasir Gudang ni berkali-kali berhari-hari tapi tak dapat.. Actually takde laa aku call banyak kali sangat pon, tapi hari-hari tu ye lahh.. Appointment check up aku patutnya selasa lepas, tapi dek kerana aku "car" less soo aku tak pi laa, pergi kerja pon laki aku hantar balik kerja dia ambik balik, bukan naik motosikal, tapi naik kereta jugak, kereta adik ipar aku. oleh sebab kereta tu manual adalah tidak mungkin aku nak drive ke kerja, so seminggu berdriver laa aku dengan salman.. Syok nyaa ada driver.

So arini oleh sebab laki aku cuti makanyaa aku suh dia hantar kejap ke klinik lepas punch card, aku nak check up ahad depan sebenarnya, tapi akak nurse tu suh check hari ni aje terus sebab patient pon tak berapa nak ramai. Jadi aku suh laa laki aku balik dulu mandikan salman dan tunggu sampai aku suh datang amik..

Apa kaitan check up aku dengan masa paling sesuai mengandung anak kedua..

Begini ceritanya.. Haha, seperti yang aku maklum sebelum ni, adik baby akan lahir genap salman 2 tahun. Takde la tarikh birthday sama tapi bulan yang sama.. Jadinyaa misi yang check aku hari ni pesan, kandungan seterusnya kalau boleh jarakkan 2 tahun. Aku blur-blur ayam pon bagi tahu, ooo tak sesuai lagi yee, "abang dia" yakni salman nanti adik dia lahir dah genap 2 tahun. Akak misi pasir gudang ni semuanyaa baik-baik belaka.. Dia senyum dan ketawa.. bukan selang 2 tahun gitu.. maksudnyaa bagi kosong dulu 2 tahun, lepas anak sulung 2 tahun baru mengandung lagi..

Gitu.. oo aku faham. Tapi.. dia tapikan lagi, kalau Allah bagi rezeki takpee, dari segi perubatan je, Allah perancang terbaik.. Kalau boleh laa untuk anak ke tiga bagi adik dia ni 2 tahun, puas manja, dapat adik tak jeles, dah boleh main sendiri, tak melasak sangat, tak berkepit aje dengan mak nyaa.. Yang sulung tu perangai macam tu tak.. melasak, nak berkepit dengan mak, manja.. anak sulung kan.. Nanti dapat adik pandai la tu nanti jeles, salu dapat mak untuk dia sorang tapi tengok mak dah sibuk dengan adik..

Suka aku jawapan misi ni, biapon dia menasihat untuk menjaga amanah kerja dia kuasa Allah dia tak lupa.. Tak marah-marah pon.. 2 thumbs up lahh..! sejuk hati mak mengandung, takde laa takot kena marah, dia nasihat untuk kebaikan jugak.. tapi dari segi perubatan aku tak sure, belum sempat google lagi ni hah, rindu nak update blog. Biasalahh awal-awal tahun kan, napsu blog konon masih hangat.

Check up kali ni berat badan aku naik 1 kg je.. bulan lepas naik 4 kg, takotnya aku tengok, dari berat badan makin turun masa 3 bulan pertama tu, tetiba dia naik terus 4 kg agaknya napsu makan dah ada, morning sickness pon dah takde.. Nurse suh makan nasi sesenduk je, or separuh dari kadar biasa, snek dengan buah-buahan.. Nasib baik kali ni berat naik 1 kg ajee.. Hopefully maintain je laa naik dalam kadar normal.. Kalau tak ada chance dapat diabetis lagi mengandung kali ni.. Huuu.

Ok lah korang.. itu sahaja. tq sudi baca..


Read More

Suka Duka 2014

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Secara rasmi bila melangkah ke tahun 2015, maka berakhirlah 2015. Biasalah 1 Januari Johor kerja, so takde rasa new year sangat. Rasa macam hari-hari biasa aje, sebab rutin kerja sama macam semalam.

Bila orang buat kompilasi 2014 aku pon nak jugak laahh.. Hehehe..

JANUARI

Cubaan berbisnis baju.. Hehhe.. Baby step kata orang. Bisnis ni masih ada, alhamdulillah ada juga rezeki sikit-sikit. InsyaAllah tahun ni akan cuba dirancakkan lagi.. Sesiapa nak beli baju dress dan blouse muslimah murah cantik-cantik dan lawa-lawa boleh lah terjah sini. Blossom Bluebell Closet. Ada blouse dan dress baru masuk..

 Bulan ni jugak aku gila dengan beg coach.. Siap menyambar sebuah hand beg dan 1 wristlet coach..  hehehe



FEBRUARI

Anak bujang sulung saya officially dah 10 month bulan ni.. Bila dah nak masuk setahun ni salman dah start kerap demam, so mama beli thermometer untuk anak tersayang, selain tu, anak soleh ni dah bijak merayap ke dapur, abis di selongkar segala mak nenak bawang, periuk di dapur so papa belikan safety gate untuk salman.. Hehe puas hati mama awak tak boleh masuk dapur sesuka hati lagi.. heheh.


hehe, muka pasrah..

MAC

Bulan ni salman dah 11 bulan, 1st time mama & papa belikan salman kasut.. sebelum ni pernah beli masa salman masih dalam perut tapi dia tak pernah pakai pon kasut tu.. Haha apalah mama ni kan.. Mama officially melibatkan diri dalam dunia babywearing dengan membuat pelaburan membeli boba salman.. Bulan ni jugak 1st time salman admited hospital kerana jangkitan kuman pada paru-paru sebab selsema dan batuk yang teruk.. Huhu cian anak mama.. 




APRIL

1 April maknanya genap 5 tahun aku jadi penjawat awam. Hehe. Bulan April jugak salman genap 1 tahun. Genap setahun mama rasa contraction nak bersalinkan salman dan mama start misi nak TTC adik salman.. Birthday celebration salman aku buat doa selamat di surau ofis, makan nasi kerabu dan sedikit goodies untuk kawan-kawan salman dekat taska, dan as a reward untuk salman, mama dan papa, we spend time together at ZOO singapore.. 2nd time salman masuk Singapore, 3 rd time mama pergi Singapore.. 





MEI

Nothing much happen dalam bulan Mei cuma kami bertiga anak beranak 1st time melangkah kaki ke Negara Indonesia bila Airasia buka laluan ke Bandung dari Senai Airport.. So spend time la kami anak beranak di Bandung 5 hari 4 malam. Bershopping sakan, tapi rasanya yang paling sakan papa. Hahaha..


JUN

Bulan jun bulan memasak kot, aku tetiba ketagih membaking.. Hahaha.. Bulan puasa pon jatuh bulan Jun, begitu juga birthday aku.. Happy 29 years young to me..!!





JULAI

Oleh sebab birthday aku hujung bulan jun, maka nya hadiah birthday dapat bulan julai laa.. Hadiah birthday aku beg coach lagi.. Hahaha..


OGOS

Hari raya dah tiba.. Hehehhe.. Selamat hari raya.. dan juga another good news to us, Salman Faris anak soleh nak jadi ABANG!!.. Due insyaAllah Aril 2015!!



SEPTEMBER

Nothing much happen bulan 9 sebab aku morning sickness, motion sickness yang agak teruk.. 

OKTOBER

Surviving my 1st trimester.. Alhamdulillah cuma masih ada baki-baki morning sickness lagi. Bile dah masuk bulan ke 4 as usual aku mengannounce laa kehadiran adik baby dalam tummy dalam blog.. Heheheh..

NOVEMBER

Bulan 11 bulan cinta.. Heheh. Happy Anniversary to both of us baby.. Love u.. Hadiah tuntut bulan 12 sebab cik abang bizi kerja.. A small celebration just for us..

DISEMBER

Lepas tamat ke"havoc"an papa kerja, akhirnya projek pon selesai bulan 12, baru mama boleh tuntut beli hadiah beg "kayusepit" mama, boleh beli hadiah papa jugak.. Papa dan salman teman mama ke kelas ibu mengandung and mama beli 1st item untuk adik baby.. adik baby bulan ni genap 6 bulan.. Adik baby tunggu bulan depan yee, kita scan jantina adik baby, baru mama prepare barang untuk sambut adik baby ye sayang.. Semoga sihat selamat dan sejahtera dalam tummy mama.. Semoga membesar dengan sihat dan sempurna hingga selamat dilahirkan April ini.. Amin..






Read More

Kelas ibu mengandung percuma Hospital Penawar

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Seperti yang dimaklumkan dalam entry yang sebelum-sebelum ni aku telah meregisterkan diri aku dan suami untuk kelas ibu mengandung PERCUMA di Hospital Penawar Pasir Gudang. Oleh sebab semasa mengandungkan salman aku tidak menyempat nak menyertai kelas ibu mengandung percuma anjuran hospital penawar ini cuma hadir kelas ibu mengandung anjuran klinik kesihatan ibu dan anak Masai sahaja maka aku memang tertunggu-tunggu kelas ni dari awal aku mengandung. Memang rezeki adik baby salman after a few session of stalking Facebook Penawar Group akhirnya hajat aku nak join kursus ni pon mula menampakkan akan termakbul bila Penawar Group telah mengupkan iklan kelas ibu mengandung ni.. So apa lagi.. aku zasss pergi register balik je dari kerja..

So sehari sebelum hari kejadian, aku dapat panggilan sebenarnya dari hospital penawar untuk pengesahan kehadiran ke kelas ni. Oleh sebab HP aku mode silent maka jadi lah missed call, nasib baik dia sms bila tak leh call, terus laa aku call balik comfirmkan kehadiran 1+1+1 hahahah.. Oleh sebab kelas ni hari sabtu, taska salman adalah tutup terpaksa laa aku hangkut sekali bakal abang tu ke kelas ibu mengandung ni..

Kesannyaa..

Memang havoc!!

Siap salman berguling-guling atas carpet di hospital tu... aku pejam mata laa layan geram. Mama papa sibuk bersenam dia pon buat aksi senaman sendiri.

Kelas mula 9.30 sampai 12,30. Kami sampai agak lambat sedikit, kelas dah mulaa. Cuak jugak memula sebab tengok macam takde orang je kat hospital masa tu.. Bila sampai women dan child clinic tu baru lah lega, betul jugak tempatnyaa. kot laa register tempat lain kelasnya tempat lain. Mau naya jugak aku kenal bebel nanti.. Aku ada a few time memang main yakin jee tanpa ada kepastian, a few time jugak laa tersasar sikit dari perkara sebenar especially bila cari kedai laa..

Ok, Kelasnya ada 3 slot. First talk dari awal mengandung hingga saat melahirkan oleh Dr Pakar Sakit Puan dekat situ which is Dr Hasmah. 2nd adalah talk mengenai penjagaan luka lepas bersalin samada normal or ceaser oleh midwife kat situ.. 3rd adalah talk mengenai senaman ibu mengandung oleh Physio Hospital Penawar. Banyak jugak laa senaman yang kita boleh buat masa mengandung, badan masa mengandungkan asyik lenguh-lenguh jee terutama part pinggang..

Masa talk 1st and 2nd salman behave lagi, ada laa jugak ter jerit sekali dua.. dalam pada talk 2nd tu rasanya dah sampai puncak tempoh masa dia boleh behave kot sampai papa dia kena dokong jugak akhirnya.. Ada jugak laa yang bawa anak, termasuk aku ada 3 orang.. ke lebih aku pon tak perasan sebab yang aku tengok ada lagi 2 budak perempuan. Yang lain semua bawa anak dalam perut laa termasuk aku. Tapi anak laki standard laa lasak sikit sebab girl dua orang tu dah besar sikit more than 2 years aku rasa..

Masa talk pertama dan kedua salman ada daat pek jajan dari pihak pengajur, tapi oleh sebab aku tak bagi lagi salman makan jajan segala gegula or coklat so aku tak dapat la bagi, boleh buka kerepek potato sayur jee.. tu pon salman tak berapa nak gemar.. So lebihnya macam mama makan banyak..

Masa sesi senaman, awal-awal orang lain semua ada sorang je assistant yakni suami masing-masing.. Aku ada 2 assistant.. assistant kecik sorang tu sedap gak tau kalau tangan kecik dia pukul-pukul badan sebab tak berapa nak kuat tapi tetap rasa, cuma tu lahh dia tak berapa nak paham lagi bila kita kata nak lagi.. sebab dia tak tau pon yang mama dia tengah kesedapan di pukul badan oleh tangan kecik dia tu.. so masa dia tengah pukul tu biar aje lah sampai dia stop sendiri.. kalau request nak lagi tak dapat punya lahh, ko akan dapat senyuman sengihan atau bebelan comel je dari dia.. Penat or sakit kot tangan tadi pukul mama tapi mama tak bertindak balas. buat bodo jeee.. padahal dengan melayan diri diurut anak sendiri..

Tapi..

Assistant kecik tu kejap aje ada sebab the rest of the 3rd talk ada staff hospital penawar yang entertain dia.. So mama papa boleh bersenam dengan senang hati.

End of the session kelas ibu mengandung ni, macam biasalahh ada sesi promotion, pakej bersalin di Hospital Penawar dan check up di situ.. Pakej Physio.. siap ada jual nursing pillow offer baik punya, kalau beli kat luar RM65, kalau beli masa kelas tu RM45.. Tapi oleh sebab aku dah ade nursing pillow tu so aku pandang je lah.. Tapi boleh tahan laa dia punya lawa nursing pillow cuma dia isi fiber jee bukan kekabu.. Dan aku macam berminat dengan pakej urut selepas bersalin dia, akan difikirkan kemudian nanti.

As for door gift, aku dapat free gift dibawah untuk adik baby.. Sample percuma, biarpon takat sample asal percuma semua nak kan.. Bila daftar je kehadiran untuk kelas aku dapat Sample detergen baju baby comfort ultra dan diaper rash yang dalam tiub tu dan 2 kupon makan tengahari di kafe west meet east di bawah hospital penawar ni. Makan nasi ayam.. Masa sesi dengan dr pakar aku ada tanya soalan, so aku dapat lagi another 2 bungkus sample diaper dalam dia ada 2 helai dan travel baby shower top to toe.. Oleh sebab kelas ni percuma dengan ilmu tambahan selain refresh ilmu yang ada melalui kelas ni aku rasa berbaloi-baloi laa..

Read More

Nursing Pillow Kekabu Little DJE

1 comment
Assalamualaikum..

Apa khabar.. Hari ni isnin aku el. Salmanfaris anak soleh demam plak. Siap pakej batuk dan selsema. Semalam batuk dia agak teruk, non stop batuk sambil tertunduk-tunduk dia batuk. Pasti sakit sangat. Kesian anak mama. Semalam tengah malam dia start demam, pagi ni dah kebah sikit dah. So mama turun bawah update blog sementara dia tidur lena.

Agaknya dia penat kot, bayangkan laa kami bertolak ke KL pukul 10 malam hari khamis lepas cik abang balik kerja, sampai shah Alam umah kakak pukul 2.00 pagi. Esok paginya pukul 8.00 dia dah bangun sebab tak berapa selesa kot environment baru. Sampai pagi tu dia kedip2 mata lagi dalam gelap bukan terus tidur pon, untuk keselesaan dan mencari kebiasaan bawah ketiak mama la port dia tidur, bila dah tidur baru aku alih ke bantal dia.

Memang penat kot aku rasa journey JB-KL-JB tu. dengan berbadan dua dan beranak kecik melasak gila. Nasib baik sepupu sepapat dia anak-anak kak long rajin melayan. So mama bleh la kejap handfree di rumah mak long. Agak penat bila tengahari jumaat tu kami ke melawati pulak menziarah mak mentua yang tak sihat. Kat umah mak mentua penat sikit laa kena mengekor dia ke hulu ke hilir kalau tak entah apa-apa la tragedi berlaku kat umah mak mentuaku.. tu pon dia dah berjaya tumbangkan lampu. Belum aku risau dia mengetuk dengan gembiranya almari kaca wan nyaa.. Bertuah betul salman faris ni. Berderau darah aku takot pecah lak haii kaca tu.. Petang kami ke berjayatimes square konon nak cari kasut hubby takde plak kedai kasut nike kat situ. So kejap je laa, balik dari situ kami makan ke kedai makanan arab on da way balik melawati. ya da ya daa panjang nya cerita.. pendek kata kalau aku rasa penat lagi la si kecik ni even dalam kereta dia boleh tidur, mama dia tak tidur.. lelap-lelap mata jee. Tapi tak selesa kot tidur dalam car seat, aku rasa dia kecik lagi untuk tidak di car seat kan nak suh baring di kerusi belakang.

Supposedly semalam ahad aku tak hantar dia ke taska biar hubby jaga dia, tapi hubby lak nak g servis kereta yang akhirnya tak jadi servis pon.. betul salman bukan nya ada buat apa kat taska cuma kalau kat rumah dia selesa untuk berehat bagi aku laa..

Oh my, aku nak cerita pasal nursing pillow little DJE sebenarnya melalu-lalut panjang. Semua mak-mak mesti familiar kat dengan Little DJE
Little DJE:
20, 1st Floor, 
Jalan Opera L U2/L, 
Sesyen U2, TTDI Jaya, 
40150 Shah Alam
 Selangor, Malaysia
Opening Hours: 
Mon - Fri: 10:00–19:00
Sat - Sun: 11:00–19:00

Kebetulan aku memang plan nak beli nursing pillow kekabu, cuma tak decide lagi pon nak beli di mana, bila yang mana, aku seriusly takde buat survey mengila pon macam masa aku cari barang salman dulu. Tapi kebetulan masa aku nak ke KL tu little DJE tengah buat sale.. Sekarang masih lagi sale jadinyaa aku pon apa lagi, ajak laa cik abang ke TTDI Jaya on da way nak balik ke JB. Kan dah dekat sikit nak keluar ke tol batu 3 tu hah.. Masa tak sale harga nursing pillow tu RM75. Bila sale harganya jadi RM70. Oleh sebab aku walk-in ke kedai so aku save la duit postage RM15. Total penjimatan aku adalah RM20 laa nampaknya. So aku tak pikir panjang terus grab je laa.

Dan aku memang berkenan corak yang ni. tak nampak kotor kot bagi aku walaupon nursing pillow cover Little DJE ni boleh bukak dan cuci.

Little DJE nursing pillow
Bahagian belakang
bahagian depan corak cupcake
So ni lah barang pertama yang aku beli untuk menyambut ketibaan adik this coming April nanti. adik dah entering 22weeks dah sekarang. Mama hope adik doing well dalam tummy membesar dengan sihat dan sempurna jadi anak bijak macam abang long salman.

Sekarang salman pon dah pandai panggil baby adik. Even nampak ada stroller pon dia panggil adik, abang-abang sangat dah salman sebab dia berdiri dan berjalan.. adik kena duk dalam stroller. Hahaha. Last few days aku tunjuk gambar dia masa baby dan tanya dia ni siapa, dia cakap "adik".. Ye lah sayang, nanti jadi abang yang penyayang dan soleh ye..

Owh ini bukan entry review sebabnya aku tak bukak lagi pon nursing pillow tu dr plastik, tapi dilihat dari kekemasan jahitan, bagi aku yang tak reti menjahit ni aku rasa kemas lah. Hehhe.. Owh tetiba nasu menjahit membuak-buak plak.. hheheh.. sila abaikan statement itu.

Read More

Free Antenatal Class

1 comment
Assalamualaikum.

Moms or mommy to be yang berhampiran meh join tambah ilmu.

COME JOIN OUR FREE ANTENATAL CLASS!!

DATE: 20 DECEMBER 2014
TIME: 9.00AM - 12.30PM
VENUE: WOMEN & CHILD CLINIC, HOSPITAL PENAWAR PASIR GUDANG

HURRY!! SEATS ARE LIMITED!!
"REFRESHMENTS WILL BE PROVIDED"

FOR REGISTRATION AND ENQUIRY,KINDLY CONTACT 016-7331309 OR
0167331326


Leh rujuk Hospital Penawar untuk maklumat lanjut

aku dah register semalam, lepas balik kerja zass je ke hospital penawar dengan salmanfaris pergi naik level 1 bahagian women and child clinic. Bagi nurse in charge dekat kaunter nak register class. Nanti dia bagi borang dan boleh isi untuk register.  Dia maklumkan apa-apa hospital penawar akan maklumkan by phone sebelum class tu nanti. Amat digalakkan menghangkut sekali suami sebab ada senaman ibu mengandung.. Refreshment provided uolls.. free jee.. Ilmu free sapa tak nak..
Read More

@8weeks

4 comments
Read More

Tanda simptom awal kehamilan 2nd Edition

Leave a Comment
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sebelum aku pregnant adik salman ni.. aku selalu baca entry Tanda dan simptom awal kehamilan aku masa ngandungkan salman dulu. Tanda yang aku sempat rasa hanya krem perut cuma macam biasala krem aje perut aku tak yah fefeling laa pregnant bagai sebab paling lambat sejam kemudian "bendera jepun" pon berkibar-kibar dengan jayanya...

So oleh sebab itu lah naluri keibuan aku kuat merasakan ada khalifah kecil dah wujud in my tummy bilaa krem perut aku keep on datang tapi "bendera merah" tak kunjung tiba ...  cuma ada a few simptom yang tak sama macam masa dapat tau pregnantkan salman laa..

Antara simptom yang aku rasa untuk adik baby ni..

1. Krem perut.. cuma tak mengila masa pregnantkan salman laa.. sakitnya mild-mild gitu macam yang aku rasa sebelum nak period..

2. Sensitif pada bauan wangi dan tak wangi.. Semua bau buat aku rasa nak muntah...

3. Jerawat muncul lagi.. cuma tak seteruk masa ngandung salman laa..

4. Penat dan aku rasa mengantuk yang amat.. lagi dasyat ngantuk aku kali ni.. dulu aku ngantuk tidur awal malam jee sekarang kat opis waktu rehat aku mesti rasa nak tidur.. kat umah pon tidur lagi awal sama macam salman gak..

5. Motion sickness aku teruk.. aku menjadi seorang yang mabuk perjalanan.. jadi aku tak suka keluar ke mana-mana.. Masa salman aku suka betul keluar berjalan.. Sekarang nak gi sehingga permas jaya pon aku rasa surrender.. dekat je tu tak sampai 10 minit pon..

6. Angin semulajadi keluar dari badan melalui mulut dan bon*** (opsie) dengan galaknyaa... 

7. badan serasa panas seperti nak demam tapi tak demam terutamanya di petang hari.

8. Ooo yang aku tak alami masa pregnant salman cuma cik nip dan cik b macam sensitif sikit.. yang paling perasan cik nip macam membesar sikit dan tegang aje selalu.. hopefully ni tanda good news laa..

9. Masa salman 6 week aku dah start mabuk-mabuk muntah... kali ni aku start dalam 8 weeks gitu.. cuma masa salman aku tak muntah selalu sangat dan lembik sedasyat adik baby ni.. pregnat adik baby ni memula fasa morning sickness dulu asal makan je muntah... lambat makan muntah.. salah makan muntah... banyak makan muntah.. paling teruk masa weekend.. even dah nak masuk minggu 14 ni fasa muntah still menghantui.. lama sikit fasa muntah kali ni... Takpelahh sebab dengan muntah mama tau adik baby sedang membesar bagai juara kat dalam tummy mama.. Adik baby sihat mama muntah pon takpee.. ngee...

10. Adik baby HATE milo, choco, coklat dan semua benda berasaskan koko... asal mama makan adik baby pasti akan tolak keluar semua balik...

aku rasa tu je kot. hehehe. :)
Read More

UPT Positif

2 comments
Assalamualaikum..

Alhamdulillah..

Alhamdulillah...

Alhamdulillah...untuk pengetahuan entry ini sebenarnya di tulis pada 23 ogos.. sabtu di penghujung bulan syawal.. cuma baru upload hari ni.. hahaha.. alhamdulillah aku type entry ni dengan status bakal mama anak 2.. ;p.. yerp alhamdulillah salman faris bakal jadi abang long. Alhamdulillah syukur ya Allah.. and to date aku dah 13 week pregnant. Compare dengan masa pregnant salman 13 week aku dah cergas sikit muntah pon takde la hari-hari.. Tapi adik sayang ni masih wat mama dia muntah tiap hari lagi.. cuma dah kurang sikit.. takde lagi fasa muntah setiap setengah jam.. or muntah setiap kali makan.. huhu..

Sebenarnya aku bila-bila masa bersedia untuk mengandung lagi. After deliver rasa rindu sangat saat mengandung.. bila pergi klinik tengok muka ibu2 mengandung rasa bestnyaa bila mengandung.. oleh kerana aku mengalami pelbagai cabaran untuk mengandungkan salman jadinya aku tak ambil apa2 protection or prevention untuk mengandung.. aku serah pada Allah kalau ada rezeki dia bagi aku terima.. alhamdulillah..

Nak dijadikan cerita puasa lepas aku berangan yang aku dapat puasa penuh lak tahun ni. Tapi ketentuan Allah aku period on 16 julai.. period aku lama 8 hari.. hari ke 9 baru suci.. berkat bulan puasa pemakanan pon dijaga makan kurma makan kismis... minum air pon banyak dan aku sahur dengan ESP shaklee.. Rasanya Eggwhite aku pon keluar banyak.. aku xkira hari keberapa tapi sebelum aku balik dari kampung laa.. 

Balik JB aku menjalani kehidupan macam biasa. ALhamdulillah tahun ni kami suami isteti berjaya habiskan puasa  sunat 6 di awal bulab syawal lagi.. laki aku extra sehari laa.. sebab ada 1 hari aku tak puasa sebab ada majlis raya ofis.. dek kerana nak teman bini.. dia puasa lebih sehari laa.. wahaha..
Tujuan aku habiskan awal sebab aku bajet bulan akan mengambang di akhir syawal.. takot tak sempat habiskan macam tahun-tahun lepas. Aku puasa berturut2 hari kerja.. cuti masa weekend je sebab nak beraya katanya.. tunggu punya tunggu bulan tak mengambang.. aku tekad dalam hati khamis ni kalau takde jugak petang balik kerja aku beli.. pagi jumaat aku check.. tapi naluri keibuan aku (eceh) rasa yang aku sedang mengandung adik salman.

Masa nak habiskan 2 hari lagi puasa sunat 6 syawal tu.. ofismate dan bos aku tanya kenapa aku nampak lain macam.. mcm moody.. nampak penat dan lesu.. aku jawab maybe sebab puasa kot.. aku pon rasa aku letih yang amat dan asyik ngantuk jee.. selalu kalau puasa pon aku bertenaga jer.. maybe penat raya jugak kot aku rasa..

Habis je puasa 6 hari rabu.. khamis malam jumaat aku ada buat open house kecil2lan.. aku masak laksa sarawak yang lainnya aku tempah.. siap sewa kerusi meja lagi hah.. lagi lah penat kan.. jumaat sabtu pon ada open house lagi.. sabtu lak birthday husband aku.. aku ternanti2 jugak saat bulan mengambang.. rasa cramp mild yang salu aku rasa saat dia nak mai tu dah ada.. tapi bersih lagi.. tertanya2 jugak aku start la hati berbunga2 harapan.. tapi nanti satt.. aku tak rekod saat aku keluar ew tu.. so aku tak berani nak pin point saat aku berovulasi yang sebenarnya.. so aku tunggu sampai hari jumaat genap 21 hari aku balik dari kampung.. hati macam exited. Tapi takot gak mengharap.. takot keciwa.. hati ni tiap hari balik cam meronta2 nak singgah farmasi beli upt.. tp macam biasa laa aku takot nanti negative esoknya cik p mai.. bila laki aku tanya ayang tak mai period lagi kaa..aku just jawab.. agaknya salah kira.. agaknya salah kira.. laki aku usik2 sebab aku keep on asking him untuk dukung salman.. ayang rasa ayang pregnant ehh?? Ciss saje je tau dia ni.. aku repeat jawab salah kira kot.. walau hati ni munga2 dah ni.. hikhikhik..

Aku menunggu dalam debar seminggu tu.. hari berganti hari.. siap ikut aktiviti rewang u tuk majlis hari raya ofis.. terisi jugak masa aku.. rasa laa masa berlalu denga  agak tidak dirasai.. masa majlis raya aku takot gak cik p mai sebab cik p aku ni salu pilih hari yang ada event2 nak mai.. senang aku nak ingat kot.. hari event tak memasal laki aku call kata kena ke jakarta hari jumaat sebelum subuh lagi nak kena gerak ke airport.. dah sudah cane tu plan aku? Tak boleh check pagi jumaat laa.. kena awalkan plan laa cengini..petang rabu balik kerja hujan plak.. aku takmolaa salman kena hujan.. jadi malam tu aku minta husband aku belikan upt lepas dia balik dr masjid.. boleh plak dia tak beli.. pagi khamis tu tak dapat laa nak check.. tengahari kebetulan member ofis ajak siapa2 nak ke pusat bandar follow diaa.. aku apa lagi.. ting ting ting.. saya nak ikot... lepas  order makanan aku naik sat pergi watson.. pergh berdebar2 ni nak membeli yang mana lagak macam 1st time nak beli dah.. ada brand rm5 ada yang mahal.. oleh sebab aku cadang nak check sekali petang ni esok pagi sekali lagi incase urin petang tak tunjuk result memberangsangkan.. bleh check lagi 1.. aku beli dip and tell.. sebab ada 2 stick.. heheheh.. laju2 bawak ke kaunter.. dah comfirm nanti baru beli yang digital..hehehe..
Balik umah tak sempat aku nak check aku dah tershishi lak.. dah tunaikan hajat baru la teringat nak wat test.. jadinya terpaksala tunggu lagi.. erm.. petangnyaa laki aku tetiba lak mengajak g money changer sebab esok pepagi dah bertolak ke airport.. singgah solat marghib di shell.. tak memasal lak aku kena tahan shishi sebab upt nya aku letak atas meja takde dalam hand bag.. dalam hati aku kata kalau lambat lagi tak tahan shishi ni aku test esok pagi je lahh.. dah moody tak memasal sebab tak leh test.. balik je dr money changer laki aku tanya nak singgah farmasi tak beli test.. aku ckp dah beli dah tengahari tadi.. hihihi.. sampai je kat umah terus aku laju capai test.. masuk toilet terus test.. kali ni pakai cermin mata takdelah rabun2 lagi.. kali ni dah tau jalur pertama dari bawah adalah test line.. hehehe.. celup jee dalam urin tak sampai 10 saat kot aku rasa dah nampak dah bayang test line naik dulu sikit2 dan seterusnya line control yang jelas.. waaaa rasa cam terkedu lakk.. terus automatik ucap alhamdulillah dalam hati banyak kali.. bila dah naik terang bederang 2 line.. keluar toilet tak bleh nak sembunyi dah senyum tersengih terus gelak hehehe.. tunjuk kat hubby dia ucap alhamdulillah...  tak sangka naik terang bederang even check waktu malam.. 


alhamdulillah.. salman faris bakal abang long.. hubby lak keluar ayat penyataan  birthday sama bulan dengan salman laa adik baby.. aahh laaa.. cecepat check due date.. sama bulan cuma dulu salman due date 10 april.. adim baby 22 april.. alhamdulillah.. genap2 salman 2 tahun adik baby lahir.. syukur ya Allah.. Kau sihatkan lah dan sempurnakan lah kejadian anak dalam kandunganku ini ya Allah.. lindungikanlah dia dan selamatkanlah dia dalam rahimku sehingga aku selamat melahirkannya ya Allah.. jadikan dia hambaMu yang soleh dan solehah.. amin..
Read More
Previous PostOlder Posts Home
Powered by Blogger.