Meet The Author

Saya Suraya Jafar,blogger yang berasal dari Sarawak tetapi sekarang tinggal di Johor Bahru, Malaysia. Seorang isteri dan ibu kepada dua cahaya mata. Lahir pada Jun 1985 dan sekarang merupakan pegawai kerajaan yang berkhidmat di salah sebuah Pusat Latihan Kemahiran Awam.

author
Showing posts with label Infertility Journey. Show all posts
Showing posts with label Infertility Journey. Show all posts

Hamil, positif UPT untuk anak ke dua?

1 comment
Assalamualaikum.

Hahaha. Am i ready for 2nd child? Actually i always WANT another child. Ready or not kalau Allah dah bagi so maksudnya dah ready la tu. Allah know best kan? Dan bagi aku, kalau Allah bagi aku akan terima dengan senang hati dan suka hati, apa-apa yang kurang aku akan cuba tambahkan, apa yang tiada aku cuba adakan, apa yang tak cukup aku akan cuba cukupkan.

Selepas lahir je salman aku rasa rindu nak mengandung lagi. Dan aku adalah tidak mengambil apa-apa bentuk jenis dan pencegahan daripada hamil atau dengan ertikata lain merancang. Bila aku bagitahu yang aku tak merancang akan keluar kata-kata kesian salman kecik lagi nak dapat adik. Tunggu dulu bagi rahim kuat balik dan lain-lain. Ada jugak yang positif macam baguslah muda-muda beranak mudah, senang nanti dah tua anak dah besar. Tapi aku cuma pegang satu je, betapa aku nak sangat baby dan tak langsung merancang, dugaan yang aku lalui dari emosi, rohani, jasmani sehingga mengandungkan salman bukan main lagi, walaupon aku akui taklah segetir dugaan teman-teman TTC yang lain, tapi dah cukup sedih dah bagi aku, cukup lama aku menunggu memendam perasaan, yang takde seorang pon yang akan paham kecuali geng-geng TTC la.. jadi lepas je aku bersalinkan salman aku nekad untuk yang seterusnya selepas salman ni aku tak kan merancang apa-apa, bila Allah bagi aku terima dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Nak dapat sorang pon payah lagi nak rancang-rancang yang seterusnya. Rancang maksud aku dengan kaedah hospital lah contohnya makan pill ke injection ke lah.. Bila-bila Allah bagi maknanya itu rezeki Alhamdulillah.. Tapi kalau ada yang merancang tak salah pon, ikut kesesuaian, keselesaan dan kemahuan sendiri. Ni aku cerita mengenai aku. Aku takde niat nak condem mana-mana, ni aku punya pendapat untuk diri aku sendiri. personal. :p

Bila baca balik entry-entry lama, sampai lah entry fefeeling pregnant,  entry aku pregnant, mengimbas kembali tanda-tanda hamil ingatkan tanda nak period bila pregnant bila dah tau pregnant baru lahh ooo tu rupanya tanda kalau aku pregnant.. rasa syoknya pregnant, syoknya bila dapat tau pregnant, syoknya buat test and double line banyak kali.. syoknya nak buat buku merah, syoknya bila rasa baby tendang-tendang perut, syoknya beli barang baby.. semua syok. Rindu nak rasa syok macam tu lagi.

So ye aku nak anak lagi, nak bagi salman kawan. Sian salman dekat rumah kawan ngan mama & papa je.. kalau papa kerja, mama je kawan.. kawan gaduh kawan manja kawan bagi pening kepala kawan nak tidur kawan makan kawan main-main joget-joget tengok pocoyo.. hahaha.

Aku harap Allah mudahkan rezeki aku untuk yang kedua dan seterusnya, tapi kalau ada dugaan jugak aku redha, alhamdulliah salman dah jadi penenang jiwa.. Tapi aku tak akan putus berusaha dan mencuba.. mudahan kali ni dipermudahkan..

Secara rasminya aku back to TTC mode lah..InsyaAllah.. moga perjalanan kali ini lebih mudah dan lebih ceria hendaknya .. Amin.. Doakan aku ye :)
Read More

Self Insemination - Do It Yourself (DIY) IUI

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Hari ini nak share satu ilmu baru. Ilmu dan tips untuk mendapatkan anak. Tapi, perlu diingatkan bahawa aku tak pernah cuba cara ni. sebab tu aku kate ilmu baru. aku dapat ni pon sebab follow blog Dr Hamid Arshad.. aku paste sini untuk rujukan masa depan aku, walaupon sekarang dah ada salman, sesetengah orang berpendapat kalau dah lekat, nanti senang dah nak pregnant. aku tetap masih mencari ilmu-ilmu dan tips-tips sebegini. Allah je yang tau rezeki aku nanti camne kan, senang ke susah nak dapat adik salman.. Boleh klik linknya di sini yerk.. Untuk rujukan rakan-rakan TTC yang masih berusaha. semoga termakbul hajat kawan-kawan semua.

Ok aku copy dan paste di sini ek.. yang kaler merah, bold dan italic ni aku copy paste directly dari blog dr hamid termasuk dengan gambar-gambar sekali, klik la link di atas kalau nak feel baca kat blog dr hamid sendiri.

Saya akan jelaskan tentang satu kaedah rawatan DIY untuk tingkatkan peluang hamil. Kos jauh lebih murah dari IUI dan peluang hamil hampir sama.

Ikuti link ini tentang IUI

Ada beberapa kaedaan yang menghalang kehamilan berlaku akibat dari kegagalan benih suami masuk kedalam rahim.

1. Kegagalan persetubuhan. Jangan terkejut masih ada pasangan yang gagal melakukan persetubuhan walaupun setelah beberapa tahun berkahwin . Bukan tidak ada keinginan atau keghairahan tapi isteri ada phobia atau ketakutan setiap kali mencoba bersetubuh. Ada wanita yang masih dara selepas 6 tahun kahwin.

2. Lemah tenaga batin khususnya pihak suami atau 'mati pucuk' dan tidak bolih melakukan persetubuhan. Tetapi dia masih bolih mengeluarkan air mani secara mastubation.

3. Suami sering mengalami 'premature ejaculation' dan tidak bolih masukkan benih dalam faraj isteri. Air mani tumpah diluar , dia ejaculate sebelum dapat masukkan zakar kedalam faraj isteri.

4. Suami ada kecacatan semula jadi/congenital pada saluran air dimana muncungnya terbuka dipangkal bukan dihujung batang zakar (hypospadias). Bila dia ejaculate/pancut air mani diluar faraj.

5. Suami terlalu letih dan tidak terdaya melakukan persetubuhan sedang isteri subur (ovulation) . Tapi bolih keluarkan air mani cara paksaan (mastubation)

6. Benih suami kurang bilangan, kurang pergerakkan dan kurang yang bentuk normal.

Apa bolih dilakukan untuk cuba hamil.?

Saya cadangkan satu kaedah yang digelar 'Self Insemination' - satu cara permanian yang dilakukan olih pasangan suami isteri sendiri tanpa bantuan doktor.

1. Bila datang haid . Makan ubat subur clomid 2 biji setiap malam selama 5 malam berturut2 mulai hari kedua haid bagi mereka yang punya pusingan haid teratur ( 28 - 32 hari)
-

Jika haid jarang datang sebab PCOS makan Norculut 2 biji, 2 kali sehari - sarapan dan makan malam - selama 10 hari. Haid akan datang 3 - 4 hari lepas habis norculut. Makan clomid 4 biji setiap malam selama 5 malam. Beli clomid dari klinik saya atau farmasi.

2. Ovulation Test kit (5 ujian). Ujian air kencing untuk kesan waktu subur dimulakan pada hari ke10 bagi pusingan haid 28 - 30 hari dan hari ke14 bagi pengidap PCOS. Beli ovulation test kit dari klinik saya atau farmasi.
Buat ujian setiap hari hingga jalur ujian sama warna dengan jalur control (positif) .
Bila positif ujian ovulation , pematangan telor akan berlaku 24 - 48 jam selapas itu - esok atau lusa. Mula self insemination esok.

3. Cara lakukan self insemination (DIY). Beli beberapa 3 cc/ml syringe plastik (disposable sterile). Beli 10 - 20 syringe 3cc simpan untuk kegunaan masa depan. Jarum tidak perlu digunakan .





Perlu bekas sterile untuk tadah air mani suami yang dikeluarkan secara mastubasi.




Sebaiknya jangan bersetubuh selama 3 hari sebelum insemination.

Setelah dapat air mani suami, biarkan ia cair selama 1-2 jam. Lepas itu sedut 2-3 cc/ml air mani yang cair kedalam syringe tanpa gunakan jarom. Sedut dari cecair lapisan atas kerana benih2 yang aktif akan berenang2 keatas.

Wanita baring dan suntikan air mani kedalam faraj dengan masukkan keseluruhan syringe dan tolak plungger. Bolih buat sendiri atau olih suami. Baring selama 2 jam dengan bantal dibawah ponggong. Prosedur tak sakit kerana saiz syringe adalah kecil. jika pintu faraj sempit pelincir KY jelly bolih digunakan.

Sebaiknya lakukan prosedur ini pada waktu malam selepas solat isha.

Perlu buat 2 kali self insemination untuk setiap pusingan haid. Esoknya lepas ujian positif dan 2 hari kemudiannya.


Peralatan dan ubat2 clomid serta norculut bolih dibeli dari klinik saya atau farmasi terdekat.

Ok sekian sahaja.. salinan daripada blog dr hamid.. semoga berkat ilmu doktor hamid dan berjaya menolong lebih ramai lagi pasangan macam kami-kami ni..
Read More

TTC Tips: Conceive Plus

3 comments
Assalamualaikum.

Tetiba nak share pasal another ttc tips lak hari ini. Iaitu Conceive plus.

"Conceive Plus® is the only fertility lubricant to proactively aid your chances of getting pregnant. Its advanced formula contains magnesium and calcium ions, which are essential to prolonging sperm viability (keeping sperm healthy) and motility (helping sperm to swim). It also helps with the fertilisation to conception process."

dipetik dari Lamanweb rasmi conceive plus

Actually last visit ke LPPKN JB, nurse bekalkan conceive plus ini untuk digunakan ketika bersama. Its cost us RM12 per applicator. Dia bekalkan 3 applicator. Suruh guna untuk 3 kali bersama. Senang je nak pakai, koyakan penutup applicator then minta husband masukkan dalam miss Vee dalam keadaan baring.. after a few minutes dah boleh bersama. To be honest, its a bit more fun bile pakai conceive plus ni.. trust me suami pon mesti suka dan juga ia membantu untuk hamil sekali. yang ni lah key point dia. haha membantu untuk hamil. since sperma berada dalam keadaan baik dan bertahan lebih lama. Macam sperma ni dapat minum 100 plus sebelum bekerja.. Tenaga lebih bila jumpe ovum nanti.. teeeetttt.. (Jangan fikir lebih-lebih ye).. Sume yang baca dah kawen kan? ade yang tak kawen lagi ke? Mahhapkan saye ye..

Conceive plus ni ada jual di farmasi. Aku dulu, bila habis je conceive plus yang aku beli di LPPKN, aku beli 1 box lagi yang dalamnya terkandung 8 applicator di Caring Farmasi Bukit indah. Harga aku dah lupa since dah lame sangat dah. More than RM50 la yang aku sure.. Conceive plus ni ada dalam bentuk tube yang macam colgate tu. Cuma aku tak sure macam mana nak masukkan dalam miss V kalau beli yang bentuk colgate tu. Jadi jangan ditanye laa.. Aku suggest kalau korang nak beli tujuan nak comceive, beli yang dah sedia dalam bentuk applicator. Kalau just for fun dan nak jimat boleh beli yang tube kot.

testimoni penggunaan?

1st time pakai (cycle yang kononnya nak buat iui tapi tak jadi tu) tak berjaya..

2nd month penggunaan, alhamdulilah aku berjaya conceive baby yummy salmanfaris, syukur pada Allah. 

Bukan lah aku kate pakai conceive plus confirm boleh hamil, conceive plus membantu. Salah satu usaha untuk hamil. Semuanya ketentuan Allah, semua kuasa Allah. Teruskan berdoa pada Allah selain berusaha dengan segala jalan yang ada.


Ni lah conceive plus, dalam bentuk tube dan applicator, gambar kredit Google.. dan laman web conceive plus
Erm lagi, kalau nak tahu laa, after deliver salman.. Since aku sangat seriau nak teetttt.. aku pakai conceive plus. tapi jangan risau tak lekat pon adik salman.. macam aku kate tadi laa.. conceive plus pon leh guna untuk memesrakan lagi hubungan suami isteri.. kekekeke.. tetiba aku rasa entry ni ada bermotifkan blue.. tapi takde niat takde niat.. sori ye sori.. kalau rasa lain macam baca boleh stop baca.

Eh sampai sini je pon entry aku, korang dah sampai penghujung pon. hahaah.
Read More

TTC Tips: Fertilaid for women

6 comments
Assalamualaikum.

Hari ni, before pergi kerja bukak laci sebab nak carik brooch kecik kunun nak bershawl harini, sekali terpandang botol fertilaids kat bahagian belakang yang tak abes makan. Motif botol tu duduk kat belakang adalah kerana aku tak abeskan pon fertile aids tu. Takot en suami marah. Aiyaiyai. Yerp, aku memang tidak istiqamah orangnya. Tiap kali usaha aku kecundang tengah jalan. Haha. eh bile aku tengok ade a few tablet je pon lagi, dan aku teringat aku berenti makan sebab aku nak nyahtoksik kan badan aku sebelum proceed untuk makan clomid. taknak lah campur-campur makan ubat kan, karang jadi lain plak.



Jadi nak kongsi tips hamil dengan fertilaid for women la ni. So there a few people i know ttc friend yang berjaya selepas beberapa bulan makan fertilaids ni, even ade yang baru makan sebulan. So dulu tiap kali ade orang berjaya, aku teruja untuk mencuba. So aku pon membelila fertilaids ni dari kedai online hamilshop. bulan April gitu. Beli hari ini esok sampai. Tapi aku beli yang valuepack, which contains fertilaids for men dan Fertilaid for women. Laki aku pon aku paksa beli sekali. Haha.

Tingkatkan kesuburan dangan fertilaids 
FertilAid for Women dicadangkan oleh doktor-doktor dan pakar-pakar sakit puan di seluruh dunia sebagai suplemen yang dirumus khusus bagi meningkatkan kesuburan dan kesihatan sistem reproduktif wanita.
Ia adalah sepenuhnya hasil ramuan daripada herba-herba danvitamin-vitan-vitamin vitamin-vitamin yang pentiung untuk kesuburan dan telah diuji secara saintifik. Ramuan ini terbukti berjaya membantu mengawalatur hormon-hormon wanita sekaligus dapat meningkatkan tahap kesuburan ketahap optimum dan meningkatkan peluang kehamilan.
Ia dirumus oleh seorang Pakar Sakit Puan dan Pakar Kesuburan yang terkenal di US iaitu Dr Amos Grunebaum. FertilAid For Women ini adalah merupakan kombinasi nutrien-nutrien perangsang kesuburan dengan formulasi lengkap yang terdiri dari ASID FOLIK, VITAMIN, MINERAL dan ANTIOKSIDAN. Formula ini menjadikan FertilAid sebagai satu suplemen yang lengkap bagi wanita yang dalam ikhtiar unutk mendapat zuriat.
FertilAid For Women ini diformulasikan berdasarkan kajian-kajian saintifik dalam jurnal-jurnal perubatan dan kesuburan terhadap beberapa herba yang didapati sangat berkesan secara semulajadi bagi meningkatkan tahap kesuburan seseorang wanita. Herba-herba tersebut adalah chasteberry (vitex), red clover blossom, siberian ginseng, dan gingko biloba.
FertilAid ini adalah berasaskan herba, tiada pewarna/pengawet buatan, dan ia selamat untuk digunakan. Ia dikilangkan di US dengan 'GMP certified. Tiada kesan sampingan yang negatif dan bebas daripada risiko 'multiple birth.' Ia adalah alternatif terbaik bagi ubat-ubatan kesuburan yang mempunyai risiko kesan sampingan.

Quotes & Picture credit to hamilshop

Boleh baca lagi: How FertilAid for Women Works yang menceritakan apa fungsi herba-herba yang terdapat di dalam fertilaid  for women ni.

Dan a few Frequent ask question: Fertilaid FAQ

Berdasarkan pengalaman aku sendiri, walaupon aku makan untuk tempoh sebulan sahaja, ape yang aku perhatikan adalah kuantiti CM yang banyak semasa masa subur. Kualiti ovum tu aku tak pastila sebab tak buat pon TVS.

Sunggupon aku takde lah hamil dengan memakan fertilaids, ramai jugak yang berjaya. Ubat ni ubat luar, Kat US kot, so kebanyakkan testimoni adalah minah salleh. Tapi aku ingat lagi aku beli sebab aku baca testi ni, tak tau nape terus teruja nak try.. hehe. So, ikhtiar dan usaha tak salah kan, sangat digalakkan lagi ade. Selain doa yang tak putus pada Allah. Cuma jangan tak istiqamah macam aku je la.

p/s: Aku perasan semua tips hamil yang aku try semua tak istiqamah, dah tiap kali aku bg tips takdelah aku pregnant terus bulan tu atau bulan selepasnya. Tapi ni aku war-warkan je, mane tau rezeki datang kerana usaha yang satu ni. betul??

Eh kalau kaji bebetul, April aku beli dan makan fertilaids, mei-jun aku makan clomid, cycle julai aku lekat Alhamdulillah. Maybe ade kot sedikit sebanyak fertilaids ni membantu terutama dari kuantiti CM masa waktu subur tu. Waalahualam.

Read More

Cara-cara menyuntik folliova di rumah

1 comment
Assalamualaikum.

Hari ni nak cerita pasal cara-cara untuk menyuntik folliova di rumah dengan sendiri. Ade dapat email kawan-kawan TTC bertanya. Dah lame dah, entry ni lame dok simpan sebagai draf. edited beberapa kali. Ini bagi yang confident atau takde masa nak pergi ke klinik. Percayalah mudah sahaja dan tak sakit pon, lebih mudah dengan bantuan daripada suami sendiri. :) Bila lagi nak main-main doktor pesakit dengan cik abang sendiri kan, lagi-lagi dapat doktor yang hensem tapi garang ;p.

Ok ni adalah pack folliova yang korang akan dapat. Dalam nya ada dua kapsul kaca. Satu pack merah dalam bentuk serbuk tu adalah ubat hormonnya dan botol biru dalam bentuk cecair adalah pelarutnya. Selain ubat hormon ni, korang akan dapat sekali 2 jenis syringe dan juga kapas antiseptik.
Perasan tak ade titik kaler merah kat gambar botol ubat hormon tu? Nanti aku terang kat bawah ye..
ni syringe yang akan korang dapat. Gambar ni sue dapat google ye.. bukan aku punye.. tapi aku dapat syringe yang lebih kurang sama. syringe ni guna untuk suntik ubat hormon yang dah dilarutkan sempurna ke dalam badan nanti.
hah ni yang aku dapat. perasan tak syringe yang dalam plastik yang  agak besar sikit tu.. Syringe tu gunanya untuk sedut cecair pelarut dalam kapsul biru dan masukkan kedalam kapsul merah.
Ok memula korang kena pecahkan kapsul kaca tu. Kat gambar atas aku ade highlightkan mengenai titik kaler merah kat kapsul kaca tu kan? Nak pecahkan kapsul kaca tu senang je sebenarnya, korang jangan takut-takut ye. sebab pada leher kapsul kaca tu dia dah ade satu rekahan panjang yang cantik mengelilingi kapsul kaca, dia tinggalkan sedikit supaya senang korang nak patahkan leher dia nanti. Masa korang nak pecahkan kapsul tu pastikan titik merah tu menghala ke diri korang. Kiranya korang kena face to face la dengan titik tu. kapsul biru tu pon ade titik jugak. Korang guna ibu jari tolak kuat sikit kepala bebuli tu ke belakang nanti kapsul tu akan pecah cantik punya.. pastikan masa tolak ke belakang tu korang pegang la bebuli tu betul2 karang dah pecah korang tak pegang dengan betul jatuh plak sayang oo ubat.

untuk pecahkan kapsul biru pon sama. Pastikan titik pada kapsul biru tu menghadap korang.

Sebelum pecahkan korang ketuk-ketuk sikit kedua-dua kapsul kaca tu supaya takde air atau ubat yang melekat di bahagian atas. Lepas dah confirm semua ubat dan cecair ada kat bawah baru pecahkan ok.

Kasi ketuk-ketuk sikit manja-manja
Lepas dah pecah kedua-dua kapsul, sedut dengan syringe yang besar air pelarut dalam kapsul biru. Sedut semua sampai habis ye.. Condongkan sikit botol bila dah dekat nak abis larutan tu disedut, jangan risau reka bentuk kapsul yang unik tu akan menghalang air tu keluar. Bila dah sedut masuk dengan perlahan-lahan dan penuh hati-hati, masukkan cecair tersebut ke dalam kapsul merah. Jangan masukkan sekali pancut gitu, nanti serbuk ubat tu beterbangan. Sayang dah membazir.. Tekan syringe pelahan-lahan. Masukkan sampai habis. Goncang dengan penuh hati-hati jangan sampai tumpah ubat tu tau.

Bila dah larut sepenuhnya, korang sedut ubat hormon yang telah di larutkan dalam kapsul merah tadi dengan syringe yang kecil macam gambar ke dua di atas. Macam tadi, condongkan sedikit kapsul lebih kurang 45 darjah untuk menyenangkan korang menyedut ubat tu dengan habis.

Ok kita ke step yang agak mengerikan tapi takde la ngeri sangat pon. Menyuntik ubat ke perut.

Hoho, area yang korang nak suntik tu adalah disekitar pusat atau belly button. Tapi ingat, bukan terlalu hampir dengan pusat tau. Jaraknya adalah sejauh 2 inci dari pusat anda. Tak kisah la kiri ke kanan, bawah sikit ke.. yang penting jarak 2 inci atau lebih sikit dari pusat. Jangan jauh sangat plak ye. Picit sikit lemak area korang nak suntik tu, sapukan dengan kapas antiseptik dan cucuk jarum perlahan-lahan ke dalam perut dalam keadaan lemak masih dipicit ye.. Lebih senang kalau korang baring dan minta bantuan pasangan masing-masing. Pastikan jarum tu masuk semua baru tolak ubat dalam syringe perlahan-lahan ok. Lepas ubat dah masuk, kira sampai sepuluh, Cabut perlahan-lahan. Sapu balik tempat yang dicucuk dengan kapas antiseptik.


Ingat kena jarak lebih kurang 2 inci dari pusat tau..

Tada.. dah siap. Tak sakit pon, sebelum suntik baca selawat banyak-banyak ok.

Kalau rasa seram jugak nak suntik sendiri boleh pergi klinik la. lagi senang. :)

Kesan sampingan??

Nanti kawasan yang disuntik tu mungkin akan lebam sikit. dont worry, akan hilang dalam masa beberapa hari. Kalau nurse suntik pon akan lebam jugak, korang jangan risau ye..

Untuk yang pergi LPPKN, dia ade phamplate mengenai cara suntik ubat ni bolehlah korang ambil dan nurse atau doktor akan terang dahulu macam mana nak larutkan ubat dan jugak cara nak suntik ye. Caranya lebih kurang macam yang aku bagitahu tu.

Bila dah suntik satu tempat, untuk ubat seterusnya korang boleh suntik di tempat lain, yang penting di sekitar pusat dengan jarak 2 inci.

aku minta maaf sebab semua gambar ni adalah ihsan google. So mungkin ada kekurangan di situ di sini. Kalau tak faham boleh email lagi ye.. Masa aku suntik dulu tak de amek gambar. hehehe. Jadi di atas tu bukan gambar perut aku yerk, dan juga bukan gambar perut laki aku.. ahahah.
Read More

Ikhtiar hamil: Serbuk debunga kurma @ Date pollen

10 comments
Assalamualaikum.

Sebelum ni sue ade share pasal buah zuriat atau buah adam atau buah hawa kan? Sebagai salah satu ikhtiar untuk hamil. Sekarang sue share lagi satu ikhtiar. Sue cuba jugak, namun masa tu masih belum rezeki. :p tapi ade yang berjaya. InsyaAllah kalau istiqamah mengamalkan boleh membantu.
Serbuk debunga kurma  Credit

Debunga kurma atau date pollen. ade yang kate palm pollen powder. mane-mane aje lah yang penting debunga ni datang dari tanah arab gitu. Sue makan ni sebotol je, tu pon MIL yang beli ketika dia mengerjakan haji 2 tahun lepas kot. Hehehe. ade lagi debunganya sebab tak makan sangat sebab bila makan dia menyebabkan tersedak masuk lam hidung. huhu.


Cara makan nya adalah seperti berikut:

Dos yang dicadangkan: 1 sudu teh yang kecil setiap hari bersamaan 1 grams serbuk debunga kurma. Campurkan dengan 1 sudu madu asli. Kacau sehingga kelihatan seperti gambar di bawah.

Waktu makan: Pagi sebelum sarapan atau malam sebelum tidur.

Atau lepas gaul hingga sebati tadi, gumpal kecil-kecil jadikan bebola. Make sure boleh dapat 20 biji untuk 20 hari makan. Dos yang kami sarankan ini sebenarnya digunakan oleh penyelidik Universiti of Tikrit, Iraq.

Simpan dalam peti sejuk.

Kalau nak tambah serbuk habbatus sawda dan debunga lebah, lagi bagus. Ramai wanita Arab menambah 2 unsur ini kedalam resipi Serbuk Debunga Kurma.

Ade yang nasihatkan makan jugak sebelum bersama suami. Suami dan isteri boleh makan. Sebaiknya makan bersama-sama lah sebab dia boleh membantu kesuburan jugak. InsyaAllah dengan kehendak yang Esa.

Quote from http://herbazuriat.blogspot.com
SERBUK DEBUNGA KURMA atau dalam Bahasa Inggeris disebut 'Palm Pollen Powder' atau 'Dates Pollen Powder' ini lebih glamour atau lebih popular di kalangan orang Arab dalam merawat infertility atau ketidaksuburan berbanding Buah Zuriat atau Doum. Malahan, orang Arab juga percaya yang serbuk debunga kurma ini dapat meningkatkan tenaga seksual atau tenaga batin untuk hubungan suami isteri. Sebab itu, kalau kita ke pasar-pasar yang berdekatan kebun kurma, kita akan dapati ramai pak-pak Arab menjual Debunga Kurma ini.
Kepercayaan masyarakat Arab ini sebenarnya bukan omong-omongan kosong, malahan kajian beberapa penyelidik universiti mendapat Serbuk Debunga Kurma ini memang mampu merawat ketidaksuburan dan infertility dengan izin Allah. Biasanya, Serbuk Debunga Kurma ini dicampur dengan madu sebelum dimakan. Untuk mereka yang pernah memakan Serbuk Debunga Kurma, pasti akan merasakan bahawa bau Serbuk Debunga Kurma ini seperti air mani lelaki. Itu lah keunikan Serbuk Debunga Kurma. Selalunya masyarakat Malaysia hanya membeli Serbuk Debunga Kurma ini di Mekah atau Madinah sewaktu mengerjakan haji atau umrah.

Jangan lupa berdoa banyak2 & minta rezeki hanya pada Allah. Boleh lah amalkan doa untuk mohon zuriat yang sue letak dalam link buah zuriat tu ye.

Serbuk debunga kurma ni boleh dibeli secara online dari banyak sangat penjual maya sekarang. Kebanyakan yang jual buah zuriat turut sama menjual debunga kurma ni. Jadi sue letak a few link kat sini, tak pon boleh google je.. insyaAllah akan jumpe banyak. Testimoni pon ade

Link 1 ; Link 2 ; Link 3 ; Link 4 ; Link 5 ; Link 6

Boleh beli serbuk kurma sahaja atau pakejkan dengan buah zuriat. Cara makan pon ade pelbagai boleh rujuk kepada penjual ye untuk detail yang lebih sempurna.

InsyaAllah, ikhtiar, semoga kita sama-sama leh rasa nikmat Allah yang satu ni.

Doakan sue dan baby selamat sampai melahirkan ye. Semoga baby sihat sejahtera, sempurna sifat dan menjadi anak yang soleh atau solehah serta membesar menjadi anak bijak dan pandai.. InsyaAllah..
Read More

Buah Zuriat, Buah Adam & Buah hawa

17 comments
Assalamualaikum.

Another TTC Tips, usaha TTC untuk mendapatkan zuriat sue pernah try. Ramai yang sampai rezekinya dengan usaha yang satu ni. Dan kebetulan sekarang masih musim haji, mungkin boleh kirim kepada sedara-mara atau sahabat handai yang sedang menunaikan haji sekarang.

Kalau ikut apa yang sue baca, buah zuriat ni boleh didapati di Jabal Uhud, Jabal Rahmah serta gua Hira'.

Buah Zuriat atau buah adam & hawa

Cara makan pon ade beberapa cara antaranya:

Cara Pertama

Beberapa rakan arab memberitahu caranya dengan menggunakan sudu di ketuk-ketuk sekitar buah zuriat ( tak perlu di belah ) dan kita ibaratkan seperti kita sagat/kikis buah ini menjadi serbuk dan di makan begitu sahaja ataupun di campur bersama susu.

Cara Kedua

Oleh kerana buah ini juga di gelar buah adam dan hawa, maka ada yang merebus dua biji buah ini sekali gus. Buah di belah kepada dua, dan di ingatkan buah ini keras dan memerlukan keupayaan yang kuat untuk membelahnya. Rebus biji dan isirungnya sekali,sehingga air bertukar warna seakan-akan teh. Dan di sarankan di minum selama 44hari atau sehingga mengandung. Diminum suami isteri dan boleh direbus berulangkali sehinggalah air rebusan itu bertukar warna menjadi putih kembali baru di ganti dengan buah yang baru.

(Boleh diminum pada bila-bila masa sahaja,malah buah ini juga kalau dia gosok-gosok ke sendi-sendi kita yang sakit,Insya Allah akan terasa kelegaannya)

Antara Surah yang boleh di amalkan semasa meminumnya ialah Surah Al-Imran ayat 38 & Selawat ke atas Nabi S.A.W (3 x)

Surah Ali Imran ayat 38
Yang bermaksud:
"Di sanalah Zakaria mendoa kepada Tuhan.
Ia berkata: Berilah aku keturunan yang baik daripadaMu. Sesungguhnya Engkaulah
yang memperkenankan segala doa."

Antara cara lain

1) Ada dengan cara menggunakan tukul besi untuk memecah lapisan luar, kemudian bijinya dihiris hiris.
2) Ada yang mengisar keseluruhan buah didalam mesin pengisar
3) Ada yang kata kalau nak pecahkan memang kena guna kudrat orang lelaki dengan sebilah parang.
4) Ada yang terus merebus keseluruhan buah itu begitu sahaja.
5) Ada yang merebus dua biji (sepasang) buah ini sekali gus.
6) Ada yang buah itu hancurkan isi nya dan dicampur dengan susu segar kemudian direbus, air rebusan tadi diminum

Kalau takde sedara mara atau sahabat handai yang pergi menunaikan haji, atau segan nak mintak tolong belikan, boleh lah google sebab ramai sangat yang jual buah zuriat ni. kalau dulu sue beli dari akak ni. Dia jual 10 biji RM85. (ni tahun 2011 ye). Tak tahu akak ni masih jual ke tak ye. sapa nak cuba boleh lah try call lagi. ni no dia: Kamariah 0127192058.

Kalau tak boleh lah try beli kat sini


atau sini


atau sini


kat sini pon ade


Buah zuriat ni sangatla keras, dulu aku nak minum bermacam-macam cara digunakan untuk pecahkan buah zuriatnya. guna lesung la, guna gergaji la, nak guna pisau sahaja? jangan harapla boleh pecah. tapi ade satu cara yang paling senang dan sangat cepat nak pecahkan buah zuriat ni.

Gunakan pisau daging yang besar tu dan alu lesung batu untuk pecahkan. Alhamdulillah berjaya, dan aku pon boleh nak belah tak yah tunggu hubby dah. heheh. Cer try ek.. 

Ni bukan kaki laki aku ye credit to: http://burnqis.blogspot.com

credit to; http://burnqis.blogspot.com
Selamat mencuba :). InsyaAllah kalau rezeki akan sampai jua, aku minum tak menjadi , mungkin belum lagi rezeki masa tu. tapi ramai yang berjaya. Ini satu usaha jugak kan :)
Read More

Basal Body Temperature (BBT)

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Heheh. Arini dapat email tanye ape yang sue amalkan sepanjang TTC. Kawan ni, nama dirahsiakan pon sama jugek cycle panjang dan tidak regular. Jadi aku nak kongsi satu rahsia, takde la rahsia pon teknik ni sangat la glamer bagi golongan TTC. Macam aku tidakla sangat berdisiplin pon berBBT ada yang lebih otai, tapi adelah sikit knowledge dan pengalaman, so insyaAllah aku share sini semampu yang boleh.

Ok BBT atau Basal Body Temperature ini adalah satu teknik untuk mengesan hari subur berdasarkan suhu awal (asas) badan sebaik sahaja bangun tidur pada awal pagi dan belum bergerak lagi. Bagi yang regular, teknik ini sangat membantu, tapi bagi yang tidak regular pon membantu juga, tapi kena dapatkan jugak bantuan OPK (Ovulation Prediction Kit) atau yang lain-lain. Kalau korang Google lebih lanjut pasal Basal Body Temperature atau singkatnya BBT ni, mesti banyak info dan tips yang korang dapat. Cube laa, sini aku share yang berdasarkan pengalaman sendiri je.

Jadi untuk berBBT apa korang perlukan? Mudah dan senang, korang hanya perlukan termometer digital dan graf BBT. Termometer digital boleh beli yang satu tempat perpuluhan (36.6) atau dua tempat perpuluhan (36.58). Dua-dua boleh pakai tapi preferable yang dua tempat perpuluhan la ye.. aku pakai 1 tempat perpuluhan je, beli kat watson RM15 jer. Kalau yang 2 tempat perpuluhan mahal sikit ada yang cecah RM5+.++. Juga boleh dapat di Watson atau Guardian, boleh tanya dia nak thermometer untuk BBT atau thermometer basal body temperature, nanti dia tunjukkan.. Tapi ingat, thermometer nya yang boleh letak dalam mulut tau, bukan thermometer baby yang letak lam telinga tu

Seterusnya korang perlukan Graf BBT dalam unit celcius, boleh dapat dekat sini ye. atau Sini ye.

Cara untuk berBBT adalah. ini my guideline ye.

1. Pastikan korang tidur tidak kurang daripada 5 jam, dan tidak terganggu tidurnya dalam tempoh 5 jam tu, kalau korang jenis yang terjaga tapi pastu senang tidur balik tu takpe lagi boleh terima, tapi kalau terjaga susukan buat susu baby, susukan baby atau keluar masuk g toilet tu tak boleh la ek.. takot tak valid. tapi kalau dalam banyak-banyak hari cuma sekali sekala bangun tengah malam ulang alir toilet tu sebab terceri beri takpe la, tapi kalau tiap malam gitu.. erm cam tak sesuai je teknik ni. 

2. Anda perlu berdisiplin, pastikan anda bangun pada waktu yang sama (preferable) setiap pagi untuk ambil suhu badan. Contohnya bangun 6.30 pagi, tiap pagi kena ambik suhu pada pukul 6.30 pagi, kalau terlewat atau terawal dalam 15 - 30 minit tu takpe lagi, kalau dah sejam, tak valid. Tapi rekodkan jugak la suhu tu nanti cuma kena bezakanlah suhu tu dari suhu yang ambik pada waktu biasa tu. 

contoh, hari-hari ambil suhu 6.30 pagi, tandakan suhu dalam chart dengan pen hitam, Tetiba hari ahad terbangun pukul 8.30 pagi, lupa kunci jam, catat jugak suhu tu, tapi gunala pen merah untuk bezakan.

3. Selain berdisiplin untuk bangun pukul 6.30 pagi (tepulangla korang nak letak waktu biasa pukul berape ye, 6.00 am ke, 6.15 am ke, pukul 5.30 am ke), korang kena pastikan sebelum ambil suhu badan tu korang tak bangun lagi dari katil, atau tak membuat pergerakan yang terlampau banyak, means lepas je bangun terus ambil suhu badan, so senang cerita, thermometer ada kat sebelah bantal, bangun je tidur terus ambil suhu.

4. lagi korang kena ambil suhu pada tempat yang sama, kalau ambil bawah lidah belah kanan, hari-hari ambil bawah lidah, kalau belah kiri hari-hari bawah kiri, kalau bawah lidah tengah, hari-hari ambil kat tengah. Ade lagi satu tempat actually, dalam faraj, hehe, tapi ni semua pon seriau nak cucuk tiap pagi. So sangat di recommended bawah lidah ye.. :D

5. Lepas ambil suhu boleh rekod dalam chart.

Habis cerita. Lebih detail boleh download detail bagi BBT ni di sini. E-book percuma khusus cerita pasal BBT dari A sampai Z. Link atas ni bukan terus ke e-book nya. Korang perlu masukkan nama dan email kat form dalam tu nanti pemilik e-book ni akan send melalui email. PERCUMA. Dan saya tidak dapat komisen ye, saje menghebahkan info yang ade.

Hehe, semoga membantu. :)
Read More

Prosedur LPPKN Johor Bahru

6 comments
Assalamualaikum.

Harini nak cerita insyaAllah dengan agak detail sikit mengenai LPPKN. Tahu ape LPPKN. LPPKN ni adalah singkatan untuk Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara. LPPKN ni selain membantu golongan yang sukar mendapat anak untuk memperolehi cahaya mata (sub-fertility), pon membantu juga golongan yang ingin merancang keluarga. Dengan ertikata lain merancang keluarga.

Aku pon termasuk dalam golongan yang sukar memperolehi cahaya mata. Golongan Trying to conceive (TTC). hehe. So aku nak share bagi sesiapa yang terbaca blog ku ini yang ingin tahu dan ingin memperolehi zuriat. Actually, boleh jugak sebenarnya nak berappointment dengan pakar O&G di hospital-hospital kerajaan, murah, dan kalau kakitangan awam macam aku boleh dapat free, tapi kena tunggu lama sikit la. hehe. LPPKN ni still bawah subsidi kerajaan tapi kena bayar sikit la, keistimewaannya tak payah tunggu la berbulan-bulan nak jumpa doktor. Murah sikit la daripada jumpa O&G Private sepenuhnya. Cuma, LPPKN terima pasangan yang telah setahun berkahwin. Tu je syaratnya. Heheh. Lom sampai setahun dia suruh cuba natural dulu, kecuali umur anda telah mencecah 30 tahun. 6 bulan kawen dah cukup. hehe

So nak tahu prosedur nak pergi LPPKN? bagi yang nak ber TTC lah ye. Tapi aku mula-mula sekali pergi LPPKN ni lebih kurang setahun lebih yang lepas iaitu tahun 2011. So mungkin nilai wang yang kena bayar tu aku anggar-anggar je ye. Heheh.

Ok.

Actually aku ade cerita sedikit pasal LPPKN dalam entry ni. Tapi ada yang email aku tanya appointment 1st dengan lebih terperinci. so aku buat dalam point form ye. tapi mungkin guna pakainya banyak di LPPKN JB, tempat lain maybe lebih kurang sama kot.

STEP 1:
  1. Day 1 period cycle: Call LPPKN untuk appointment pertama. tak kisah la kalau regular ke tak regular, bila period je terus call je, tapi isnin hingga jumaat la.. sabtu ahad cuti.
  2. Tanya jumlah wang yang korang perlu bawa untuk bayaran. (Lebih kurang RM250)
  3. Kalau boleh pastikan yang korang tidak bersama suami 3 hari sebelum appointment pertama.Tujuan nya masa 1st appointment tu kena buat Sperm Analisis. Tapi, kalau kurang 3 hari, dont worry nanti appointment kedua boleh buat juga.
  4. Booking appointment untuk HSG pada antara hari ke 8 hingga 10 period (pastikan pada tarikh ni darah haid dah kering ye)
  5. Sediakan mental dan fizikal untuk appointment pertama.
STEP 2:
  1. Pergi la ke LPPKN seperti masa dan tarikh yang ditetapkan oleh LPPKN, biasanya hari ke 2 atau ke 3 period.
  2. Beritahu tempoh perkahwinan anda.
  3. Ceritakan sejarah kesihatan diri anda dan suami serta kesihatan keluarga kedua-dua belah pihak.
  4. Bagi perempuan, perlu detailkan berapa lama tempoh period anda, macam mana flow, ada senggugut ke, berapa hari heavy flow dan sebagainya.
  5. Bagi suami, beritahu kalau sebelum ni pernah sakit berkaitan virus (cth: chicken pox yang lama, atau beguk) atau ade tiriod ke tak.
  6. Nurse akan ambil darah isteri untuk pemeriksaan tahap estrogen dalam darah dan hormon LH dan dan FSH dan yang sewaktu dengan nya.
  7. Ambil darah suami untuk tahu HIV dan ada masalah darah yang mengganggu kesuburan atau tak.
  8. Nurse akan suruh suami keluarkan benih secara manual (samada dengan bantuan isteri atau tak) dalam bilik khas untuk sperm analisis. Tapi kena make sure anda telah tidak bersama selama 3 hari. Kalau lama sangat dah tak bersama pon tak boleh jugak, kalau telah bersama kurang 3 hari pon tak boleh jugak. Kalau masa ni korang tak boleh nak proceed untuk buat SA suami. Takpe, next appointment, dia akan pesan untuk tidak bersama suami selama 3 hari sebelum tarikh appointment tu.
  9. Nurse akan pesan untuk membuat HSG di klinik-klinik tertentu dengan bayaran tertentu pada hari ke 8 hingga 11. Kalau dekat JB 2 pilihan. Regency Hospital (RM180) atau Wisma Maria (RM250). Aku  tulis dalam step 1 kat atas bila hari period pertama je buat appointment HSG ye. Takut penuh. hehe.
  10. Kemudian boleh buat bayaran pendaftaran dan nurse akan bagi kad appointment.
STEP 3:
  1. Pada appointment kedua, kena ambil darah lagi untuk isteri sahaja.
  2. Suami yang belum buat SA bagi yang missed SA pada appointment pertama akan buat SA masa ni.
  3. Buat bayaran less than RM 100.
  4. Nurse akan suruh call pada hari pertama next period untuk appointment dengan doktor. Jangan lupa call.
STEP 4:
  1. Day 1 next cycle period: Call LPPKN untuk appointment doktor.

STEP 5: 
  1. Appointment ke 3 LPPKN, pertama bersama doktor. :)
  2. Doktor akan terang semua result-result ujian darah yang ada serta result SA suami.
  3. Selain tu maybe doktor akan scan untuk tengok ada fibroid atau cyst ke tak ye. (sesiapa yang tak pernah jumpa doktor sebelum ni la), untuk PCOS dia boleh detect melalui ujian hormon LH dan FSH tu. nanti doktor akan terangkan jangan risau ye. 
  4. Kalau tiada masalah rumit dengan suami atau isteri, doktor akan terus proceed dengan clomid dahulu bergantung dengan tahap hormon isteri. Tapi selalunya dia akan mula dengan dos rendah la, kalau hormon sangat rendah pon paling tinggi dia akan mula dengan sebiji clomid sehari. Untuk mengelakkan ovari teroverstimulated. Bahaya ye. So jangan ambil clomid tanpa nasihat pakar. Ni doktor LPPKN ni bagitau sebab ada sesetengah doktor klinik-klinik biasa terus bagi high dosage. Doktor tak tahu macam mana tahap hormon dalam badan ni mengstimulate kan kilang telur untuk mengeluarkan telur. Ada yang bantu sikit dengan dos clomid yang kecik je, terus aktif keluarkan telur, so selamat dengan mula dengan dos kecik dulu. Ada yang mula dengan half pil per day tau. maksudnya 25gm sebab paling kecik dosage adalah 50mg per pil. sebab tahap hormon dalam badan dia takde la kritikal sangat. Macam aku ni, hormon badan low sangat hasil dari result darah dan cycle period aku yang lama more than 35 days,  so dia bagi 50gm untuk 5 days je, nak tengok tindak balas badan sue dengan clomid, Alhamdulillah, dengan dos yang kecik, my body terima dan ovary diransang untuk ovulate pada masa yang normal. less than 35 day masa sue makan clomid 1st cycle tu. Boleh tengok dekat sidebar ni. 1st time dengan clomid cycle aku 33 hari je, Alhamdulillah.
  5. Selalunya kalau suami takde masalah, doktor akan bagi clomid dan suruh cuba natural dulu. lepas beberapa cycle dengan clomid dia akan suggest IUI pulak. 
  6. Tapi kalau suami ada masalah sikit, dia akan suruh proceed dengan IUI terus je. sebab chance lebih tinggi sebab dia akan pilih benih terbaik je nak masukkan dalam rahim isteri.
Aku rasa sampai part ni je kot sama. Step lepas-lepas ni bergantung dengan jenis rawatan masing-masing la. All the best.

My advice: 
  1. Sambil-sambil buat treatment dengan doktor, sentiasa berdoa dengan Allah. Jangan putus berdoa. 
  2. Kalau boleh makan makanan seimbang sepanjang bertreatment dan berTTC, jauhila benda-benda jeruk, nenas, tebu dan segala benda yang tajam.
  3. Jangan campurkan jamu dan ubat doktor. Minum susu kambing, madu, kurma ,kismis tu boleh. Tapi BIODEX atau Fertile Aids atau Bidadari, pendek kata yang ubatan proses-proses yang lain yang khas untuk kesuburan please stop dulu kejap la.
  4. Ada yang kata semua susu kambing, madu tu jangan makan dulu sebab panas. tapi bagi aku boleh makan dan minum susu kambing dan madu, tapi dalam kuantiti terkawal. Yes memang aku akui madu dan susu kambing tu panas, tapi aku kurangkan pengambilannya. Ambil sikit je dan banyakkan minum air. 
  5. Kurma dan kismis amalkan je, takyah pikir panas ke tak panas. :)
  6. Kurangkan berat badan. tak kisah la dengan cara apa pon, puasa, jogging, swimming, premium beautiful, tapi kalau nak diet, diet secara sihat. Sarapan WAJIB!!, makan tengahari portion yang sedikit, Makan malam sebelum marghib portion yang lagi sikit dari tengahari atau tukar dengan buah terus, makan banyak mana pon takpe kalau malam. 
  7. Teruskan dengan amalan lain, niat ikhlas kerana Allah. 
  8. Lagi sekali last, ni censored sikit hehe bila bersama tu, tak payah pikir nak anak je, fikir bersama kerana Allah taala, dan kerana tanggungjawab kepada suami, enjoy bebeh, nikmat perkahwinan tu. Hehe. dulu aku admit, bersama je kerana nak anak. haha, agaknya Allah uji aku kerana patutnya bersama kerana tanggungjawab aku sebagai isteri patutnya. Wallahualam, bila Allah kata sampai rezeki aku, akan sampai jua.
Sekali lagi, bila entry baby-baby ngandung-ngandung ni, aku mohon korang doakan aku dan baby selamat dan sihat hingga saat melahirkan nanti. Semoga Allah jadikan anak aku yang lahir nanti anak yang soleh atau solehah. Anak-anak korang jugak, semoga semua anak-anak kita menjadi insan yang berguna untuk agama bangsa dan negara. Dan aku doakan juga bagi semua yang nakkan nikmat ni juga, buat pertama kali atau sekali lagi. ;D. Amin.

Read More

#UPT Positif: Sebenarnya bukan feeling dah rupanya..

11 comments
Salam.

Ingat lagi entry tajuk Feeling Pregnant? Entry aku menceritakan yg betapa downnya aku bila cik P mai bulan 7 tu. Yelah selepas aku lewat 4 hari. siap emergency leave 1st day cik P. Aku type entry feeling pregnant tu setelah aku cam boleh menerima hakikat dan redha, Allah belum sampaikan lagi rezeki aku. Aku cuma perlu terus berdoa dan memang aku sangat mengharap berkat bulan ramadan Allah makbulkan doa aku dan suami. Alhamdulillah, atas ketentuan dan kehendak Allah, rupanya saat tengah type entry Feeling pregnant tu rupanya baby dah ada in my tummy. Syukur sangat. Alhamdulillah.

Macam yang korang tau, aku memang ade ambil pil kesuburan clomid dan suntikan hormon follivia cycle yang aku tak berjaya tu. Tapi, bila period 3 julai tu, aku rest sekejap daripada ambil pil or suntikan sebab tujuan aku ambil suntikan tu sebab nak buat IUI. IUI mane boleh buat bulan puasa, untuk yang muslim laa, sebab IUI memerlukan suami mengeluarkan benih secara manual dan proses memasukkan sperma yang da dicuci ke dalam rahim. karang batal la puasa laki den dan den sendiri.. berdosa lak. (opps, malu sekejap, tapi tu la realiti nya antara usaha kami golongan TTC, trying to concieve ni). Doktor pesan untuk datang semula selepas raya untuk proceed IUI. so cycle bulan 7 tu cuma berusaha secara natural.

Dalam entry feeling pregnant tu aku ade cerita yang period aku lame sangat sampai ari ke 11 baru suci kan. Tu la kali pertama cik p mai sangat banyak sampai masih bertukar pad tengahari dan sebelum tidur sampai hari ke lapan. Time tu aku hanya ingat tu effect pemakaian Premium Beautiful dan pil hormon je la. Ingat lagi sepanjang cik p mai tu, aku tengah on diet. Sarapan 1 sandwich, tengahari buah2an. Petang 1 sandiwich lagi dan malam buah. Tak makan nasi. Minum banyak sangat air. hari ke 13 dan 14 aku keluar egg white yang sangat banyak.

Macam mana aku tau aku mengandung? Ingat tak dalam entry feeling pregnant tu aku bgtau aku kalau check je UPT comfirm akan period keesokkannya, or malamnya? dah berikrar tak nak buat UPT lagi dahh. siap bagitau agaknya kena check kat klinik or bila aku rasa breast sakit or morning sickness menyerang baru tau pregnant? Heee. aku check jugak UPT on 5 Ogos tu. pada hari ke 34 Cycle day aku. Kalau kira 28 hari cycle memang la dah delay 6 hari kan. Tapi sebelum-sebelum ni aku jenis period yang lama more than 40 days usually dan tak pernah kurang dari 35 days. Kecuali bulan-bulan aku makan pil clomid, period 33 days dan 32 days gitu. Jadi aku tak feeling pon aku dah delay time tu. Cuma a week before aku test, perut aku mengila sakit macam nak period gitu, org kata senggugut.. tapi tak mai gak. Aku ni jenis yang tak senggugut bila period, selalu dia just bagi warning sekejap je rasa sakit menyucuk, bila check kat toilet, ade la kawan baik datang melawat. Tu jela yang aku pelik. lama gila aku sakit menyucuk, seminggu jugak la, until 2 days before aku check UPT aku rasa akit yang tak pernah rasa, rasa ngilu kat vagina. Ooo dah la dia ngilu menyucuk time solat terawikh. aiyayai, aku ingat dah sakit lain dah sebenarnya. Risau sangat hati time tu. Rupanya, memangla sakit lain, sakit buatan orang. hiks :D

Hari sabtu 4 ogos, laki aku seperti biasa kerja halfday lah.. malam sebelumnya lepas terawikh aku ngadu aku ngilu kat vagina tu. dia kate nak bawak g jumpa doktor esoknya, yakni hari sabtu la. Pagi aku relax lagi, tak rasa dah sakit, then dekat nak tengahari, ngilu tu datang balik. Aku tahan je la sebab dia kejap mai kejap ilang, kejap mai kejap ilang. nyut2 gitu rasanya. Aku tunggu laki aku balik kol 1. tak sampai2, kol 2 pon tak sampai, alih-alih aku sms bagitau aku sakit nak pergi jumpa doktor balik la cepat. So dalam kol 3 dia balik siap-siap solat tukar baju kami pun pergi klinik panel. Kebetulan doktor masa tu doktor lelaki india. aku segan la nak cerita semua. aku cuma bagi tau aku sakit perut area pinggang sampai perut bahagian abdomen bawah. Dia tanye aku pregnant ke tak. Jawapan aku " entahla doktor, saya pon tak tahu", dia suruh baring and di ketuk-ketuk perut aku gaya nak check kembung ke tak, pastu dia buat kesimpulan perut aku masuk angin. aku laki bini pon oo je la. Lepas ambil ubat, aku nak laki aku terus pecut ke JPO.

Hari ahad 5 Ogos, pagi tu laki aku dah bebel sebab aku tak makan pon ubat yang doktor kasi, haha aku jenis suka pergi klinik tapi tak suka makan ubat, oleh sebab masa tu dah habis dah waktu sahur, jadi aku janji yang aku akan makan ubat time buka puasa petang nanti. Lepas sahur, solat subuh, aku tidur balik. sebelum tidur tu memang dah shi shi siap-siap sebab dah minum air banyak gile masa sahur. Dalam pukul 8 aku bangun, entah kenape, bangun tidur tangan aku laju je pergi ambil stok UPT yang banyak gile dalam laci dalam bilik tidur terus pergi test. Without any hesitation. Lepas letak je test dalam urin aku perhati je  UPT tu, a few seconds, naik line yang paling bawah dengan samar-samar. Masa tu tak tahu pon itu test line, dengan mata rabun aku, aku anggap itu control line la macam biasa. kemudian tetiba naik line atas dengan terang nya. line atas tu control line, aku angkat terus UPT tu dari urin dan tengok betul-betul sekali lagi instruction, eh yang pertama naik samar-samar tadi tu rupanya test line. Dengan percaya tiada percaya aku letak balik test tu dalam urin dan kira sampai 30. Kunun-kunun 30 saat la bagi urin tu banyak sikit serap. Line test menjadi semakin terang dan nyata. Dalam hati "double line, ya Allah" terus masa tu air mata merembes keluar tak henti-henti, keluar toilet nangis-nangis bangunkan husband cakap yang diri ni pregnant and dia bakal jadi papa. Laki aku kes mamai punya pasal dia kate ermm je n kiss dahi terus peluk ajak tidur sekali. Aku mane dapat tidur, baring je lah sambil nangis-nangis dia peluk sambil tepuk-tepuk badan aku, gaya nak bagi baby tidur tu. Pukul 11 lebih aku buat balik UPT sebab macam tak percaya je pregnant.. Yakin sahih memang double line. Alhamdulillah. Laki aku time tu dah bangun dah, dia dah buat sujud syukur dan ajar aku buat sekali.

Disebabkan aku belum lagi due seminggu, aku dan laki aku tak terus pergi jumpa doktor. Petang tu, selepas beli juadah buka puasa, aku ajak laki aku gi watson untuk beli clear blue digital tu. Aku beli satu dan esok pagi aku test dengan urin pertama. Sebelum test tu aku test yang manual dulu, mahal beb, haha still tak percaya, bila double line, baru rendam clear blue.Tertera di clear blue tu. Pregnant 3+ week. Owh betapa bahagia rasa hati, Allah sahaja yang tahu. Mulut ni tak henti-henti ucap Alhamdulillah. betapa bahagia nya bila dapat tahu nikmat dan rezeki yang ditunggu-tunggu Allah sampaikan dan makbulkan juga di bulan  ramadan yang berkat tu. Allah dengar dan makbulkan doa kami suami isteri. Air mata ni dah tak tahu dah tumpah banyak mana mengenang rezeki, nikmat dah kebahagiaan yang Allah beri kan. Alhamdulillah ya Allah. Moga aku dan kandunganku selamat, sihat dan sempurna sentiasa. Amin.

Petang balik kerja, aku ajak laki aku pergi klinik untuk comfirmkan. Doktor scan dan dia kate rahim kembang tapi karung tak nampak lagi sebab kandungan masih baru. dia kira 4 weeks 6 days. dia suruh mai lagi lepas raya nak check dan hopefully masa tu dah boleh tengok kantung dan jantung baby. :D.
Ok sambung next entry. Doakan aku dan bayi selamat dan sihat sentiasa kawan-kawan. bagi yang mengharapkan bayi pertama macam aku, yang baru kahwin atau yang dah lama kahwin. Doa ku agar nikmat ini sama kita dapat rasa. dan bagi yang nak anak ke dua, ke tiga dan seterusnya, ehemm , "kak elly" .. pun sama di doakan juga untuk rasa lagi sekali nikmat ni. InsyaAllah. Amin..





Read More

Feeling pregnant

9 comments
Salam,

Tajuk tak boleh belah la hai.. lame nye tak update. entry ramadan pon tak dak lagi ni haa. Apsal tajuk cenggitu?? Feeling je, sebab bulan lepas delay period sampai 4 hari, ingat dah lekat agaknya sebab stress banyak sangat kerja jadi hormon badan imbalance.

Meh aku cerita kronologi.

Aku suntik pregnyl yang fungsinya untuk pecahkan telur aku yang dah besar 17mm ketika TVS hari ke 11 aritu.. pada 13 June 2012 pukul 7 pagi , sepatutnya telur akan pecah pada 14 June 7 petang. so malam tu tau-tau je laah dah kebetulan malam jumaat. kikiki.

So aku jangka aku akan period balik kalau tak berhasil pada 28 Jun 2012. dalam 2ww tu aku memang super bz dengan kerja yang sangat banyak dan super stress. mana taknya minggu pertama 2ww aku kena menghadap audit iso dalaman dari ibu pejabat, minggu ke 2 2ww aku kena menghadap audit sirim sebenar dan audit 5S.. dalam pada stress tu aku cuba happykan diri dan tidak langsung berfikir pasal 2ww aku tu. 29 jun tu birthday aku. Happy birthday to me. 29 jun tu jugak audit persijilan 5s, petang tu dah setel semua aku pon dok kira-kira hari aku patotnya period. eh dah lewat sehari. Aku dah berkira dah. dah lewat ni dah ade ke.. perut pon takder rasa tanda-tanda macam aku nak period seperti selalu.. jeng jeng jeng.. rasa macam exited tapi aku layankan aje.. maybe esok lusa kot.. atau malam sikit sbb aku memang akan start period lepas marghib atau isya selalunya.. atau pon esok pagi. tunggu punya tunggu hari minggu pon tak datang jugak. Hati dah exited dah nak suh cek UPT.. tapi still takot lagi sebab asal check mesti esok atau malam tu jugak period mai.

Suami aku pon dah tanye-tanye. ade tanda ke yang?? aku cakap takdak. tanda nak period takde tanda nak pregnant pon takde. Aku call LPPKN hari isnin nak comfirmation adakah lepas suntik pregnyl tu lepas 30 jam telur tu akan pecah. akak tu kate ye, aku bgtau la aku dah delay kalau ikut 2ww tu.. dia kate tunggu after a week delay baru check. tapi aku ni kan tak menyabor orangnya. petang tu aku check dengan harapan ade la line kedua.. or kalau tak de line yang jelas, line samar-samar pon aku tak kisah. sebab time tu dah delay 4 ari kan. aku tak pernah delay sampai 4 hari kecuali aku memang tak tau bile aku ovulate la.. aku yakin sangat aku dah ovulate dah 14 jun tu kalau ikut kesan pregnyl tu pada tubuh aku.  bile aku cek UPT.. jeng jeng jeng.. satu line sajok. aku rasa cam langit ni runtuh.. aku mengharap-harap la ade second line yang faint akan muncul lepas tu.. tapi lepas sejam aku tengok lagi UPT memang 1 line.. aku time tu macam masih dalam denial lagi, konon-konon sebab aku tak guna urin awal pagi jadi hormon HCG low..  tak leh detect (ni lah akibat banyak membaca kisah orang check UPT, kihkihkih).

Esok paginya.. selasa.. 3 hb Julai..bangun subuh aku check panty lagi.. ok clear.. aku solat subuh dulu.. tak kencing lagi ni.. Aku doa-doa ade lah rezeki aku bulan tu.. pergi mandi aku wat lagi sekali UPT, berdebor-debor koo.. mengigil-gigil tangan aku.. check-check UPT 1 line sajok.. aku campak terus UPT tu dalam lubang toilet.. terus mandi.. lepas mandi aku  nak pakai baju la kononnya nak g kerja.. sekali rasa cam something mengalir, panas.. aku terus g toilet n check lagi.. dush dush dushhh.. dia dah mai laaa.. uwaaaa..tp darahnya pelik, kaler coklat merah  sikit.. aku jerit dalam toilet bgtau lagi aku.. rasa cam downnnnnnn sesangat.. memang aku ni tak leh check UPT sendiri kat umah kot, nak tau pregnant kena tunggu morning sickness or sakit breast yang teramat.. atau sampai 3 bulan tak period dan ade tanda-tanda pregnant kot terus scan je nampak kantung baby (ni la kesan banyak baca blog orang pregnant lagi.. kikikiki) tapi peliknya aku tak nangis pon. selama ni pon aku tak pernah nangis bila aku period.. tapi down kali ni aku rasa teruk sangat sebab dah delay 4 hari dah kan.. delay yang membuatkan aku feeling-feeling tengah pregnant. Feeling yang aku tahun ni akan berpuasa sebagai mom tu bo.. feeling nak antar anak g pengasuh or g nursery, feeling raya tahun depan bawak se kecik berjalan raya kutip duit raya.. feeling untuk menjejakkan kaki ke kedai baby n mom dan seangkatan dengan nya.. feeling untuk tukar kasut kerja aku yang heel tu ngan kasut flat.. feeling untuk mengendong baby dalam perut aku... :( Over tak aku. tapi aku memang nak sangat baby, zuriat keturunan aku dan suami.

3 hari bulan tu aku terus EL, tak daya aku nak g kerja hari tu.. terus berbungkus dengan comforter dan ngade-ngade suh laki aku cuti sekali.. tapi dia terpaksa g kerja sebab ade meeting ngan bos dan klien dia pagi tu. dia janji dia balik tengahari untuk teman aku..

Cycle aku bulan ni agak lama, darah pon banyak.. sampai hari ke 8 pon pad aku masih bertukar tengahari dan sebelum tidor sebab dah penuh takot bocor.. hari ke 11 baru aku suci sepenuhnya dan boleh solat.. :) Cycle ni aku cadang nak makan biodex, tapi atas sebab tertentu aku tangguhkan dulu, tunggu cycle depan.

Sekian, kisah feeling-feeling pregnant aku. :).. terima kasih buat yang mendoakan aku.. aku harap kalian tak putus terus berdoa untuk aku sempena bulan ramadan ni. moga mendapat berkat.. :)
Read More

IUI dan Rumah

Leave a Comment
Tak tau nak definisikan perasaan, nak kata sedih.. tak nangis. nak kata pasrah pon tak jugak. Redha paling sesuai kot. Cycle ni adalah last chance nak IUI untuk sebelum raya ni. Time puasa memang takde lah doktor nak suh wat IUI kan. cane hubby nak kuarkan sperm time bulan puasa, batal lah puasa dia, hikhikhik. So nampak nya kalau bulan ni pon tak berhasil cuba natural dulu la untuk 2 months. cycle lepas raya baru try lagi untuk IUI lagi.

TVS day 12 aritu menyaksikan hanya sebiji je telur yang membesar dengan jayanya. yang lain paling besar pon 8mm, so dengan itu doktor kata usaha natural dulu lah. mane tahu ade rezeki. suami pon sekarang tengah makan set lelaki biodex, tapi tak tahu ade perubahan tak makan set tu, baru je makan, tak abis lagi satu set. Doktor bekalkan dengan pregnyl je untuk cucuk supaya telur pecah dan boleh bersama lepas 36 jam.

Sementara tengah rest dari ubat-ubatan doktor ni suami pon plan suruh ambek sama-sama set lengkap biodex sampai sebelum next IUI ni.. tapi dia suh start bile cycle ni tak berjaya. betul jugak lah kan. logik, set tu dah lah mahal.. hopefully dalam folikel yang membesar cantik ni ade lah telur nya.. angan-angan untuk dapat present birthday terindah tu tak leh letak tinggi sangat la gamaknya. sekarang bile dengar orang mengandung boleh senyum je, dan bila di tanya aku bila lagi, jawapannya insyaAllah next time rezeki aku pulak. aku pikir-pikir nanti stress pulak walaupun hakikatnya aku memang berfikir pasal tu, ni tengah menaip blog ni maksudnya tengah terpikir la ni. hahaha.

Owh bagi yang tertanya-tanya kos, setiap kali buat TVS akan dicharge RM10, then akan ada consultation fee RM20. so kena bayar RM30 je. :D Murahkan?

Ok cukupla dulu kot cerita pasal IUI. Sekarang cerita pasal rumah pulak. Alhamdulillah Isnin lepas, dengan jayanya Homelife menghantar dua wardrobe yang telah dibeli masa furniture fair dekat Persada Johor yang lepas. dah 2 malam dah ni menyusun pakaian di dalam almari. Lagi besar almari aku rasa lagi macam tak cukup ruang nak letak baju. hahahah. dikira logik akal, baju aku ngan laki aku cukup je untuk wardrobe dalam bilik kami yang panjang nya 8 kaki itu, tapi tak cukup jugak aku dengan gila kuasanya pon menyusun jugak baju di dalam wardrobe bilik tetamu. aku dah ambik gambar tapi kabel camera pulak tinggal kat rumah. so korang layan lah dulu entry tanpa gambar ni. hahah.

Cermin dan dining table dah sampai dah sebelum ni. Alhamdulillah bila di ikutkan pondok kecil kami telah lengkap sudah. Laki aku kata opis dia tunggu tahun depan lah baru setup. Sekarang aku letak meja banquet dan kerusi yang dulunya meja makan kami sebagai meja kerja dia. Aku request untuk beli rak buku since buku/novel aku yang melambak itu memerlukan tempat untuk diletakkan. sekarang semua dok dalam kotak lagi. Tu pon laki aku kata tahun depan.

Ok.. last sekali, berita happy untuk hari ini. Boleh aku senyum sampai petang camni :D




Read More

Sabtu kerja and TVS

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Hari ni CD10. Semalam CD 9 aku pergi TVS,  atau lebih glamer scan telur. Hahah. Aku ingat kena bagi full blader, so aku takdela pergi shishi lepas minum pagi semalam. rupanya nak TVS kena bagi bladder kosong. Next time TVS sampai LPPKN aku tunaikan hajat terus laa hehehe.

Keputusan Telur belah kanan ada 3, saiz doktor tak berapa happy sebab paling besar pon 7 X 10, yang lain nya 7 x 5 dan 8 x 7 gitu.. belah kiri lagi kecik, paling besar 5 x 7, paling kecik 5 x 5, jadi doktor bagi another 75IU jab untuk suntik lagi hari ini. Dinding rahim alhamdulillah berkembang sihat.. Aku tawakal pada Allah je sekarang, redha. Tapi aku harap sangat dapat proceed IUI cycle ni. Kalau tak jalan laki aku nak suh ambek sekali ngan biodex nanti.. 

Doktor kata aku memang ada kes telur lambat nak berkembang sebab cycle yang panjang kan. Hormon dalam badan yang tidak stabil. tak mo stress-stress dah. kena happy. Think Positif je selalu..

Owh hari ni aku kerja, sebab ada gotong-royong 5S. Hari ni juga alhamdulillah almari akan sampai. Tak sabar nak 5S kan rumah plak ahad ni.

Ok lah. Think Positive always right :)
Read More

IUI: Folliova 2nd Jab :(

1 comment
Assalamualaikum.

Sudahkan aku memberitahu yang bulan ni insyaAllah, mohon dipermudah Allah aku akan buat IUI?? Jadi aku bagi tau sekarang ek. Hihihi.

Untuk cycle bulan Mei ni (Kira mei la ek sebab aku haid 31 Mei 2012 :D), aku dan suami berkeputusan untuk membuat IUI ang tertangguh setahun. Jadi jumpa macam yang aku bagitahu 3 entry sebelum ini, aku jumpa nurse yang menyerahkan ubat yang doktor telah prescribe untuk aku iaitu Clomid Day 3-7 (100mg per day) dan Folliova Day 4,6 dan 8 (75 IU). TVS pada hari ke 9. Mintak-mintak la telur aku berkembang dengan sihat dan cantik, mengikut saiz yang sesuai , amin..

Hari ni sudah hari ke 6, maksudnya aku telah menelan sebanyak 6 clomid dan 2 folliova jab. Clomid aku makan pukul 11 malam sebelum tidur (sebab aku baca ada yang mengadu pening kefala la bila makan pagi), aku telan dua-dua bijik sekaligus. Memang dinasihatkan pemakanan clomid ini consistent setiap malam iaitu waktu yang lebih kurang sama. setakat ini aku mampu la makan pukul 11 setiap malam siap ade alarm lagi takot tertidur ke hapa kan :D

Folliova jab aku suntik sepenuhnya untuk satu dos, tapi malangnya, petang tadi aku tertumpah separuh, sayangnya. mintak-mintak la tanpa separuh tu telur aku masih mampu berkembang dengan sihat dan cantik dengan izin Allah. Amin. So tinggal satu jab je. Pukul 11.00 malam karang aku makan clomid plak.

Supplement aku tak makan apa pon selain asid folik dan madu pagi dan petang. Madu pon aku dah lama beli, tapi baru sekarang nak makan. InsyaAllah, mudahan Allah buka hati untuk istiqamah, jangan tau beli je, makan payah.

Kalau ikut apa yang nurse bagitahu, kalau telur aku berkembang dengan jayanya, hari isnin minggu depan, insyaAllah aku buat IUI, kalau belum, dia akan bagi aku lagi 1 folliova jab then TVS lagi hari Isnin..insyaAllah, mintak-mintakla dipermudahkan Allah segala proses dan mudahan rezeki aku IUI ini berjaya. Amin.

Aku nak buat entry khas pasal jab folliova ni. Aku try google gak cara dan step, tak jumpa. agaknya aku google guna bahasa melayu kot. jadi tak jumpa. nanti aku try google bahasa omputih plak ek.

Aku selalu dengar antara side effect clomid atau pil hormon adalah peningkatan berat badan. Sekarang aku maintain lagi pakai PB hari-hari. Belum timbang lagi cuma skrg dah senang sikit la nak pakai girdle dan bengkung, tadi aku try adjust-adjust bengkung ke cangkuk ke dua. dah boleh dah, tapi aku rasa maintain dulu kot cangkuk paling luar ni.. skrg kontrol makan nasi, aku makan siang je, since kita bekerja, banyak bergerak memang perlu banyak tenaga. Malam aku makan buah je alas perut, nak sedap minum milo. Dan minggu ni aku start pergi gym, buang lemak. hehe. RM10 per entry, laki aku pergi swimming aku pergi gym, tempat yang sama je dekat permas jaya sport club.

Aku sampai petang, dalam kol 5.45 cenggitu. spend time about an hour and half. sebab laki aku kata ready 7.15 balik.. Aku naik 4 jenis equipment.. hahaha jakun punya pasal semua aku nak try.. tak ambil gambar sebab aku tinggalkan handbag dalam loker. Rabu aku pergi lagi, so nanti aku snap beberapa gambar.

antara equipment yang aku naik.. jeng jeng jeng..

Memula, naik treadmill dulu dalam lebih kurang 20 minit. yang larinya betul-betul 10 minit je, 5 minit awal dan akhir aku jalan je.. 
Pastu aku naik basikal ni. Ni jenis upright stationery bike. punyala aku adjust tempat duduknya itu sampai yang paling lower boleh adjust.. kihkihkih.. ni 15 minit, aku bawak sampai 5km..

Kendian, nak try duduk relax sambil goyang kaki plak, aku naik basikal ni jenis recumbent exercise bicycle. Ni 15 minit je, lenguh kaki mengayuh.. last sekali aku naik yang kat bawah ni.. elliptical trainer. Kaki dah lenguh-lenguh dah baru nak naik, best gak naik benda alah ni. tapi aku takut sbb cam nak jatuh je.. hikhik. ni kena try dulu kot baru gi treadmill..


Balik badan rasa segar, tapi esok paginya. rasakan penangan gym.. perhhh.. kaki ketar-ketar je rasa.. Nanti aku amek gambar yang real nye ek. Korang-korang yang area JB tu boleh la g tengok and try :)
Read More

HSG

Leave a Comment
A hysterosalpingogram is an X-ray of the uterus and fallopian tubes which allows visualization of the inside of the uterus and tubes. The picture will reveal any abnormalities of the uterus as well as tubal problems such as blockage and dilation (hydrosalpinx). If sterilization reversal is planned, the point at which the tubes are blocked can be seen. This helps to plan the reconstructive procedure.
If the tubes are not blocked by scar tissue or adhesions, the dye will flow into the abdominal cavity. This is a good sign but it does not guarantee that the tubes will function normally. It does give a rough estimate of the quality of the tubal structure and the status of the tubal lining. Some cases where the tubes appear to be blocked where they join the uterus, may in fact be normal. Often blockage at this location may be due to spasm of the opening from the uterus into the tube or from accumulated debris and mucus blocking the opening. This can be managed by passing a very thin catheter into the fallopian tube either at the time of hysterosalpingogram or during a hysteroscopic procedure. 
A hysterosalpingogram may also indicate endometrial polyps, submucus fibroids, intrauterine adhesions (synechia), uterine and vaginal septa uterine cavity abnormalities, or the after-effect of genital tuberculosis. The hysterosalpingogram may or may not be able to detect pelvic adhesions, mild hydrosalpinx, small polyps, endometriosis, tubal phimosis (clubbing of the fimbria at the end of the tube), or immotility of the tube. Other tests, such as hysteroscopy saline sonohysterography or laparoscopy may be necessary to accurately evaluate your uterus.
Although the purpose of the hysterosalpingogram is not therapeutic, sometimes forcing dye through the tube will dislodge any material which blocks it. A number of women have become pregnant following a hysterosalpingogram without further treatment. 
Generally there is no special preparation needed for this test. However, depending upon your diagnosis, you may need to take antibiotics to guard against possible infection. To ensure that you are not pregnant, the study is done between Day 7 and 10 of your cycle. Prior to the procedure you may take an anti-inflammatory medication (Aleve or Motrin). A small catheter is placed into the cervix and the dye is injected. You may feel heavy cramping during, and for several hours following this procedure. Expect a sticky vaginal discharge for a few days as the dye is expelled from the uterus. Use a pad or panty liner during this time to allow fluid to escape. Any dye that remains will be absorbed without any ill effect. 
NOTE: Be sure we are aware of any allergies you may have to Iodine, Betadine, or Novocaine prior to the procedure.


Baiklah, dah janji nak cerita pasal HSG kan. kalau ikut quotes di atas, HSG ni adalah salah satu cabang proses yang melibat  X-Ray dan cecair dye.. Tujuaan nya adalah untuk memastikan  tiub fallopio tidak tersumbat yang boleh menghalang telur bertemu sperma since tiub fallopio adalah tempat pertemuaan dan persenyawaan benih-benih suami dan isteri. Caranya dia akan pancut dye samada bewarna atau tak ke dalam rahim kita, dye tersebut akan mengalir dan dia akan capture gamba X-RAY kita nanti.

Sewaktu kali pertama jumpa doktor di LPPKN, doktor akan pesan supaya buat HSG pada hari ke 8, ke 9 atau ke 10.. hari ketujuh pon boleh kalau pasti haid dah kering sepenuhnya. Kena terus pergi sebab kalau pergi lambat sangat nanti dinding dah terlalu tebal dan mungkin dah mengganggu bacaan keputusan nanti.

HSG tidak dibuat di LPPKN since diaorg takde bilik X-RAY.. (tapi tak tahu kalau LPPKN KL ade ye)..Untuk warga Johor Bahru, setakat yang aku tahu, HSG boleh di buat di Wisma Maria, Johor Bahru atau Regency Hospital Pasir Gudang. Dekat wisma Maria, dalam RM250 kot tak silap, dan di Regency RM180. Nasihat aku, once ada sudah period hari pertama, cepat-cepat wat appointment untuk HSG kerana kalau di Regency, satu hari limited orang je yang boleh buat. kalau tak silap, 2 orang pagi 2 orang petang.. Kebetulan aku call, ada satu slot kosong sebab ada orang cancel. Alhamdulillah. :) Sue buat hari ke 8 cycle. hari ke 7 takot tak kering lagi.

Bila dah  confirm tarikh HSG, sila lah korang makan makanan yang tidak menyebabkan perut anda sembelit dah susah nak membuang "besar". dia akan pesan jangan makan berat-berat dan bukan-bukan. bukan tak boleh makan nasi langsung, boleh.. sangat elok la kalau ada jenis yang senang membuang pagi-pagi. Terus terang sepanjang period tu, sue makan banyak betik dan pisang, konon nak bagi senang untuk membuang. 

Pada waktu HSG tu, kalau korang dapat cuti, cuti lah.. lagi-lagi yang buat pagi. Dan kalau boleh minta ubat tahan sakit.. or panadol. Makan lepas HSG la ek.. aku tak makan apa-apa langsung dah la buat pagi. Lepas buat terus balik opis.. Sakit lepas HSG tu lebih dasyat daripada waktu buat HSG.. ala-ala macam kene senggugut gitu. Dan pesan aku, kalau nak buat HSG tu, bawa la pad satu, sebab lepas tu maybe ade pendarahan sikit. dia akan bagi pad, tapi pad yang maha tebal tak selesa betul pakai. Ahahah.

Semasa HSG pesanan aku korang tarik nafas dalam-dalam bila rasa sakit. Baca banyak-banyak doa nabi Yunus A.S. Korang nanti kena tanggalkan semua pakaian dari pinggang ke bawah. panty pon tak leh pakai tau. Sebelum wat HSG tu nanti dia akan suh tukar baju dulu baru proceed HSG. rasa sakit HSG tu akan terasa masa dia pancut dye dalam rahim kite, kemudian dia akan capture aliran dye tu, kalau melimpah keluar, maksudnya tiub tak tersumbat. Keputusan HSG akan dapat pada hari yang sama.

HSG ni insya Allah boleh detect ada fibriod atau tak dalam rahim. :)

So aku simpulkan tips berdasarkan pengalaman aku.

1. Booked cepat HSG session korang pada hari pertama korang period, walaupon belum jumpa doktor lagi.
2.Sila la pastikan usus besar anda kosong sebelum pergi.
3. Bawak pad siap-siap.
4. Bawa beg untuk letak seluar / skirt / kain baju kurung. kalau korang tak yakin untuk meninggalkan barang-barang peribadi termasuk panty anda di bilik tukar baju.
5. Tarik nafas panjang-panjang / dalam-dalam kalau rasa sakit, jangan keraskan badan.. relax-relax. lagi keras badan lagi sakit nanti. Relax je time dia buat tu, bile rasa sakit, tarik nafas.
6. kalau boleh, atau agak-agak kalau rasa tak larat menanggung rasa perut cramp macam senggugut lepas HSG tu, boleh la cuti kalau buat HSG.. :)

Owh nak habaq mai, kalau buat HSG dekat Regency, Doktor lelaki India. Kat WismaMaria Lelaki Cina. (waktu aku g tahun lepas la, tahun ni tak tahu) Tapi dia di assist oleh nurse perempuan Melayu. Memang kita akan kangkang kaki depan dia ala-ala nak beranak, tapi time tu nurse perempuan tu dah siap-siap sapu alkohol dan tutup bahagian tut kita tu dengan kain berlubang, agaknya tertutup la kot (aku assume) sikit sebab dia nak masuk muncung itik dia tu.. part montot tu tak nampak la kot sebab memang rasa ada kain. lepas u kain tu pon dia buang terus..aku tengok lepas HSG tu ada macam kesan darah.. Muncung itik tu aku rasa dia sapu pelincir kot sebab aku tak rasa sakit pon masa dia masukkan, ngilu je la sikit.

Lain-lain info boleh rujuk sini dan sini
Read More

Perjalanan LPPKN Bermula

13 comments
Assalamualaikum.

Setelah dibincangkan dengan suami, ermm.. tak bincang sangat pon sebenarnya, just a simple question, "ayang share dalam blog boleh abang?" dan jawapan setelah terdiam sebentar "boleh la, sebagai info pada yang senasib dengan kita", telah membolehkan aku memperceritakan kisah usaha untuk memperolehi zuriat kami disini. Bukan aku nak buka pekung di dada. Tak semua in detail hal lhidup aku cerita di sini, tapi aku cuba setelus mungkin bercerita mengenai perjalanan infertility kami. mane tau ade yang senasib ye kan?

So dengan lafaz bismillah. semoga apa yang aku kongsikan di sini memberi manfaat, inspirasi dan pedoman buat sesiapa sahaja yang senasib dengan kami. dah kami mengharapkan jua doa kalian juga buat sesiapa yang sudi. doakan kami, iaitu aku dan suami, kuat dengan dugaan yang sedia ada dan mendatang tanda kasih Allah pada insan terpilih seperti kami. doakan segala usaha kami untuk memperoleh zuriat kami sendiri, berjaya dan doa kami untuk diberikan zuriat keturunan di perkenankan oleh Allah S.W.T.

Aku harap ada komen membina dari semua yang membaca blog ini nanti (kalau ade la.. hihihi)..kalau ada petua-petua.. atau ada nak bagitau pengalaman masing-masing, aku sangat alu-alukan..kalau malu nak komen sini boleh email pada aku di suraya_jafar@yahoo.com

Aku cerita sedikit sebanyak perjalanan infertility kami.

LPPKN PERTAMA KALI

Both me and husband mula start nak menjalani rawatan ngam2 lepas setahun kami berkahwin. Iaitu tahun 2011. Kami pergi LPPKN di Hospital HSA. Sebelum jumpa doktor hari pertama haid aku call dulu LPPKN untuk temujanji. Then keesokan harinya datang untuk check. Day 2 kena ambil darah both husband and wife. Tujuan ambil darah untuk wife adalah untuk memastikan kilang telur a.k.a ovari adalah berfungsi sepenuhnya dan mempunyai telur. untuk lelaki adalah untuk check samaada suami mempunyai masalah berkaitan darah macam hipetatis or hiv.. Dia juga akan tanya sejarah family dan kita sendiri termasuk pekerjaan kita sekarang. So ceritalah yang sebenarnya. dia akan tanya mengenai cycle kita juga. ini yang penting sebenarnya kan. boleh bagitau cycle berapa hari, darah haid warna apa. ada senggugut ke tak. Kemudian buat bayaran dalam lebih kurang RM 250++ . tak ingat figure betul sebab dah lama sangat. Pada perjumpaan pertama kali ni, doktor akan minta kita buat HSG dulu.. selalunya HSG ni akan dibuat pada hari ke 8 hingga 10. Yang penting selepas habis darah haid.. dan LPPKN takde servis HSG. Nanti aku ceritakan pasal HSG in detail dalam 1 entry khas ok. Doktor juga akan mintak kita datang pada hari ke 21 cycle untuk ambil darah sekali lagi. tapi ni untuk wife je.. husband tak yah..

Result for both of us ( ni akan dapat tau pada perjumpaan kali ke 2 la ek).. Aku alhamdullillah, kilang telur masih berfungsi dan ada telur. suami pon alhamdulillah adalah sihat. Result HSG aku normal dan tiada apa-apa masalah.

LPPKN KEDUA KALI:

Hari ke 21, aku dan suami datang lagi bersama keputusan HSG.. sekali lagi kena ambil darah. tapi cuma aku sorang je. Suami pula kena wat sperm analisis (SA). time ni nanti doktor akan bagitau dan terang mengenai keputusan darah yang lepas dan keputusan HSG. Result SA pon akan dapat pada kali ni juga. Result SA dia normal alhamdulillah, but ada sedikit kekurangan dari segi progression sperm.. untuk Sperm analisis pon nanti aku wat lain entry ye.. Doktor prescribe suami ngan clomid time ni, dan mintak repeat SA after 30 days..Sepatutnya doktor akan minta kita datang semula hari pertama haid untuk cycle seterusnya tapi oleh sebab suami masih on clomid dia mintak datang sekali semasa suami repeat SA. Bayaran kali ini adalah sebanyak RM180++ untuk clomid, SA dan ujian darah aku ..


LPPKN KETIGA KALI:

Jumpa doktor kali ni, dia akan bagitau keputusan result darah hari tu. aku pon bawak sekali Chart BBT aku (nanti kita cerita pasal BBT kat entry lain lak ye). Masa tu aku dah 3 cycle la wat BBT. Doktor bagitau aku takde ovulation pada hari 21 itu. tapi bukan bermakna aku memang takkan ovulate. sebab... pertama: aku cycle lama, yakni 40 hari. sepatutnya kalau mengikut kitaran haid aku ni, kalau dia ambil darah day 26 and above, insyaAllah dia boleh detect aku ovulate. sebab kedua: dia buat hipotesis ini (eceh macam ayat saintis lak) berdasarkan BBT chart-chart yang aku bawak.. day 26 memang graf aku ada perubahan suhu yang menandakan ada ovulasi berlaku.. day 21 tu memang masih rendah suhu.. suami pulak diminta untuk membuat membuat SA sekali lagi. Masa ni aku dah masuk cycle ke dua.. maksudnya, aku dah period balik laa.. jadi doktor minta aku datang semula pada 1st day period cycle berikutnya untuk aku proceed dengan IUI. Aku yang super bz ini pon tidak datang-datang kerana sibok..

Ok itu cerita awal-awal aku ke LPPKN. Berhenti sekerat jalan.

LPPKN KEEMPAT KALI:

Awal tahun ni, 2012 aku jumpa doktor lagi. (time ni LPPKN dah pindah Nusajaya, takde dah dekat HSA) setelah setahun pon masih tak conceive.. jumpa doktor niat nak terus IUI tapi belum rezeki aku, doktor outstation pada waktu aku sepatutnya buat IUI tu, jadi doktor prescribe aku dengan Clomid dulu dan cuba natural.. dia suh makan 2 biji clomid (50mg each) dari day 2 to day 9.. so bayaran kali ini adalah: RM3.60. x 2 biji x 8 hari = RM 57.60 sahaja.

Cycle ni tidak berjaya. Pada waktu aku haid hari pertama jatuh pada hari Ahad dah time tu aku ada di KL sebab my sister in law nak kawen, Mungkin masih belum rezeki lagi, kebetulan aku lepas wedding tu kena pergi taiping seminggu..Aku sangat tak jangka akan period sebab selalunya aku haid after 40 days. time tu baru hari ke 33.. kelam kelibut aku pergi cari pad.. huhu, jadi aku menanti lagi lah selama 40 hari untuk jumpa doktor lagi sekali.

Dan penantian 40 hari itu akhirnya tamat pada hari khamis lepas.. sebab aku period hari itu.. ngam-ngam 40 hari. Hari jumaat aku merancang untuk jumpa doktor lagi. Jumaat kebetulan pulak kak long aku datang umah tidak dijangka-jangka. and my sister bagitau dia tengah pregnant anak ke 4.. bulan 11 lahir..alhamulillah.. ya Allah minta-minta la ini pertanda my turn lak lepas ni :) hihihi.. mane tau kan aku dah laga2 perut ngan kakak aku jangkit lak kat aku.. hahahaha.

LPPKN KELIMA KALI

Kali ni, kami datang terus proceed dengan ubat terus. sebab sebelum ni doktor memang dah prescribe dengan ubat kan dulu.. Tak jumpa doktor pon, maybe sebab ada patient lain masa tu. Aku pon memang nak cepat pon time tu. Jumpa la akak nurse yang friendly.. Kali ini doktor bagi aku clomid makan day 3 to 8. dan juga injection folliova sebanyak 3 set. untuk injek pada hari ke 4, 6 dan 8.. hari ke 9 aku TVS..

So bayaran untuk kali ini adalah RM3.60 x 2 biji x 5 hari = RM36.00 dan juga RM 63 x 3 = RM 189.. So jumlah semua RM 225..

Pada 2 Jun 2012, aku pon start makan clomid.. hehe. :) Pada korang yang membaca, doakan aku supaya berjaya ek :)

Ok ini sebagai pemangkin semangat je ye, jangan korang rasa aku taksub dan sangat tidak sedar diri pulak aa.. Sekiranya Allah izinkan aku berjaya mengandung IUI kali ini. (amin), insyaAllah baby akan lahir pada 6 March 2012. dan dengan izin Allah aku berjaya mengandung.. aku akan tahu keputusan nya pada 27 Jun 2012.. sebelum birthday aku iaitu 29 Jun 2012.. aku berdoa dengan izin Allah aku berharap agar sambutan hari lahir kali ini lebih bermakna dengan kehadiran zuriat kami dalam rahim aku.. sob sob sob.. :') :') ;') amin..

Ok. Sekian :) ku mengharapkan doa kalian jua..

Nah.. Gambar a few benda dpt dari LPPKN.. Ada yang dah makan dah.. Hikhik - update ahad 3 jun 2012
Read More
Previous PostOlder Posts Home
Powered by Blogger.