Meet The Author

Saya Suraya Jafar,blogger yang berasal dari Sarawak tetapi sekarang tinggal di Johor Bahru, Malaysia. Seorang isteri dan ibu kepada dua cahaya mata. Lahir pada Jun 1985 dan sekarang merupakan pegawai kerajaan yang berkhidmat di salah sebuah Pusat Latihan Kemahiran Awam.

author
Showing posts with label Baby. Show all posts
Showing posts with label Baby. Show all posts

Medical Kits Baby

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Salah satu keperluan yang memang akan aku sediakan kalau travel bersama-sama salman buat masa yang panjang adalah medical kits.. Terutama kalau travel ke luar negara. Setakat ni experience aku travel dengan salman ke luar negara hanya sekali laa ke bandung 5 hari.. Tapi travel ke rumah nenek and atok nun jauh di sarawak dan umah wan and atok di KL pon kira travel jugak la khenn...

Aku senaraikan ikut yang memang sentiasa ada dalam medical kits salman lah.

1. Thermometer
2. Penghalau Nyamuk letrik.
3. Nasal asirator
4. Minyak TYT
5. Vicks
6. Wash cloth 2 helai
7. Napkin baby 1 helai
8. Syrup Panadol of coz la ngan syringe
9. Ubat bontot*.
10. Cool Fever*
11. Kapsul garlic oil*

Begitu sahaja senarainya.. aku akan pastikan siap terpacking sekali dengan barang salman. Masa balik sarawak or KL yang tanda * tu aku tak bawak laa. Tapi masa pergi bandung semua tu aku bawak.. Sebab aku takut nanti aku panic kalau tetiba salman demam. Better bawak then rasa panik tak tentu hala.. lagipon nak jumpa doktor kat bandung susah dan bayaran dia tinggi.. huhu. Tapi kalauu emergency pergi jugak laa.. Alhamdulillah takde jadi apa-apa pon.

Masa nak pergi bandung memang ada banyak lagi yang aku hangkut sekali dengan medical kits papa & mama sekali laa.. nak merantau tempat orang kan. Lain laa kalau tempat sendiri, mudah la sikit..

Ok lah.. aku harap dapat la jadi pedoman untuk korang yang ingin travel..


Read More

Hamil, positif UPT untuk anak ke dua?

1 comment
Assalamualaikum.

Hahaha. Am i ready for 2nd child? Actually i always WANT another child. Ready or not kalau Allah dah bagi so maksudnya dah ready la tu. Allah know best kan? Dan bagi aku, kalau Allah bagi aku akan terima dengan senang hati dan suka hati, apa-apa yang kurang aku akan cuba tambahkan, apa yang tiada aku cuba adakan, apa yang tak cukup aku akan cuba cukupkan.

Selepas lahir je salman aku rasa rindu nak mengandung lagi. Dan aku adalah tidak mengambil apa-apa bentuk jenis dan pencegahan daripada hamil atau dengan ertikata lain merancang. Bila aku bagitahu yang aku tak merancang akan keluar kata-kata kesian salman kecik lagi nak dapat adik. Tunggu dulu bagi rahim kuat balik dan lain-lain. Ada jugak yang positif macam baguslah muda-muda beranak mudah, senang nanti dah tua anak dah besar. Tapi aku cuma pegang satu je, betapa aku nak sangat baby dan tak langsung merancang, dugaan yang aku lalui dari emosi, rohani, jasmani sehingga mengandungkan salman bukan main lagi, walaupon aku akui taklah segetir dugaan teman-teman TTC yang lain, tapi dah cukup sedih dah bagi aku, cukup lama aku menunggu memendam perasaan, yang takde seorang pon yang akan paham kecuali geng-geng TTC la.. jadi lepas je aku bersalinkan salman aku nekad untuk yang seterusnya selepas salman ni aku tak kan merancang apa-apa, bila Allah bagi aku terima dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Nak dapat sorang pon payah lagi nak rancang-rancang yang seterusnya. Rancang maksud aku dengan kaedah hospital lah contohnya makan pill ke injection ke lah.. Bila-bila Allah bagi maknanya itu rezeki Alhamdulillah.. Tapi kalau ada yang merancang tak salah pon, ikut kesesuaian, keselesaan dan kemahuan sendiri. Ni aku cerita mengenai aku. Aku takde niat nak condem mana-mana, ni aku punya pendapat untuk diri aku sendiri. personal. :p

Bila baca balik entry-entry lama, sampai lah entry fefeeling pregnant,  entry aku pregnant, mengimbas kembali tanda-tanda hamil ingatkan tanda nak period bila pregnant bila dah tau pregnant baru lahh ooo tu rupanya tanda kalau aku pregnant.. rasa syoknya pregnant, syoknya bila dapat tau pregnant, syoknya buat test and double line banyak kali.. syoknya nak buat buku merah, syoknya bila rasa baby tendang-tendang perut, syoknya beli barang baby.. semua syok. Rindu nak rasa syok macam tu lagi.

So ye aku nak anak lagi, nak bagi salman kawan. Sian salman dekat rumah kawan ngan mama & papa je.. kalau papa kerja, mama je kawan.. kawan gaduh kawan manja kawan bagi pening kepala kawan nak tidur kawan makan kawan main-main joget-joget tengok pocoyo.. hahaha.

Aku harap Allah mudahkan rezeki aku untuk yang kedua dan seterusnya, tapi kalau ada dugaan jugak aku redha, alhamdulliah salman dah jadi penenang jiwa.. Tapi aku tak akan putus berusaha dan mencuba.. mudahan kali ni dipermudahkan..

Secara rasminya aku back to TTC mode lah..InsyaAllah.. moga perjalanan kali ini lebih mudah dan lebih ceria hendaknya .. Amin.. Doakan aku ye :)
Read More

Buying Baby 1st Shoes?

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Kasut oh kasut.

Seingat aku last sekali aku membeli kasut adalah seminggu selepas aku disahkan mengandungkan salman.. tahun lepas.. Pheww.. dalam setahun 8 bulan jugak lah aku tak membeli kasut baru. Salman pon dah nak genap 1 tahun sabtu ni insyaAllah. Masa tu aku beli 2 pasang, satu sandal flat dan satu lagi kasut bertutup raya ada heels tapi heels nya 1 inci je kot.. Both sandal and shoes aku still pakai sekarang.. Sandal tu kononnya aku pakai untuk ke kerja, mak yong kena pakai kasut flat je kan.. Yang heels aku pakai untuk raya laa.. Salman kan rezeki ramadan.. Alhamdulillah.. So omak shopping sekali la untuk raya. Mak yong nak melaram jugak di pagi raya. ngeee.. ^___^.

So setelah salman lahir, naik kerja lepas pantang dek kerana keselesaan kasut dan sandal tu aku masih belasah je pakai lagipon elok sangat lagi. Aku ni jenis tak de kasut banyak pelbagai jenis rupa warna dan fesyen.. Ada satu untuk jalan satu lagi kasut bertutup untuk mesyuarat atau majlis rasmi di ofis pon dah cukup dah. Kalau ada kenduri aku belasah je pakai kasut bertutup ofis tu.. Sandal pon aku pakai hari-hari ke ofis. Kikiki.. Selesa. 

Laki aku pon sama. Kasut dan sandal dia pon sama tak bertukar sejak sebelum raya 2 tahun lepas.. Elok lagi so kami raya tahun 2013 tu tadi memang melebihkan salman je la. Dipendekan cerita, awal bulan 3 hari tu aku pon bagitau husband yang aku nak beli kasut baru. Nak beli kasut kerja dan kasut flat untuk jalan-jalan. So kami pon memanjangkan langkah ke JPO. Cadangnya nak beli kasut kat FO Clarks, tapi aku tak kenan dengan kasut-kasut situ. Kalau ade design yang cantik pon mak aihh berinci-inci tinggi heels nya.. dengan aku nak mendukung salman lagi mau tergolek mak dan anak. Kalau tak mendukung salman pon aku rasa tak stabil nak pakai kasut heels lagi, pusat graviti aku menjadi semakin tinggi pulak nanti.. 

Pusing-pusing 1 clarks memang yakin tak jumpa kasut pilihan, tetiba tengok en hubby parking kat bahagian kasut kanak-kanak. Sudahnya kami laki bini beli kasut salman pulak. mama yang carik kasut salman pulak yang dibelikan kasut. Its his 1st shoes uools.. kelas anak aku kasut pertama terus belasah beli clarks. Kebetulan memang teacher salman bagitau dia sekarang perlukan kasut sebab dah pandai nak main keluar dah.. So beli satu sandal dan satu lagi kasut. Bajet terus nak pakai raya aku beli saiz besar terus, tak muat lagi kasut tu kalau sandal boleh lagi ketat-ketatkan kasut dah 2 kali pakai kaki salman asyik terkeluar mujur tak tercicir kasut.. Total 2 pasang kasut salman RM120 something gitu. Sandal tu murah sikit dari kasut. Murahla bagi aku untuk kasut berkualiti macam tu berbaloi-baloi la kot, tak muat salman nanti bagi adik pakai... Oleh sebab aku rasa macam tak wajar je nak bagi salman pakai sandal clarks ke taska jadi kami beli lagi satu  sandal untuk pakai di taska, beli baby kiko dekat JUSCO harganya RM38.90 beli je lah masa tu sebab dah takde choice dan kesuntukan masa Jusco dah nak tutup.
tengok betapa besarnya sandal aku beli untuk salman sampai tak nampak hujung kaki salman..  bagi lama sikit pakai.. baru berbaloi..
Berkejaran pergi bayar kasut salman.

Salman 1st shoe and sandal..
Lepas tu konon nak carik FO hush puppies sebab ada member bagitau hush puppies baru bukak cawangan di JPO. Aku dah berkurun tak pergi JPO so kami pon jalan lah anak beranak ke wing baru, sekali tak jumpa.. Bukan tak jumpa sebenarnya kami tak jalan sampai hujung memang lah tak jumpa. sebab dah penat berjalan, hubby aku soh tengok dari jauh je ade ke Hush Puppies kat wing tu.. aku plak maybe salah port berdiri nak tengok dan teropong dari jauh, sign board hush puppies tu terlindung plak dengan board kedai lain.. So aku ingat information kawan aku tu salah lahh.. Carik la ke tempat lain. Sudahnya tak jumpa. Aku dah monyok dah ni tak dapat apa yang hajati, sampai bawah laki aku nak pergi solat dulu, lepas solat kami ingat nak balik dah tapi terjumpa lak directory kat bawah. Tadi bijak sangat tak rujuk directory kan, sudahnya Hush Puppies tu terletak kat wing yang aku jenguk dari jauh tu.. Ke main eksited lagi omak masuk hush puppies. Try-try kasut memula berkenan dengan kasut flat bertutup tu, konon boleh 2 dalam 1 nak shopping or jalan-jalan boleh nak pakai kerja pon boleh. Beli satu kasut dah cukup.. Sekali aku gatal pergi sarung lagi kasut heel 2 inci ke 1 and half aku pon tak sure inci dia tapi tak tinggi mana kaler cream, sokaaa. pakai sambil dokong salman masih stabil la.. Nampak seksi lagi kaki uolls.. Then kat bahagian atas kasut heel tu aku terpandang plak kasut kerja formal kaler dark coklat..try test waahh selesanyaaaaa.. terus rasa nak lompat-lompat. So aku ada pilihan 3 kasut, semua aku mintak nak try both pair of shoes. Tapi bajet aku limit pada 2 pasang je.. So kena buat wise choice. Then aku decide laa nak amek kasut heel kaler cream n kasut kerja kaler coklat tu, laki aku plak tanye nape tak amek semua, aku sengeh-sengeh manja bila dia kata ambikla semua abang belanja.. Yabedabedu.. laju-laju suh tokey kedai bungkus semua.. So dapat la omak kasut 3 pasang..

Papa salman plak beli kasut di kedai kasut dalam Jusco, tak ingat dah kedai apa tapi dekat dengan Harris sebab main masuk je dalam perjalanan nak ke Harris tu haah.. Hubby ni jenis kalau kenan terus beli, takde jalan-jalan survey lagi macam aku. Senang orang laki eh.. Ada duit, berkenan terus bayar..

Kasut baru anak beranak
Koleksi kasut baru anak beranak papa 1 pasang, salman 2 pasang mama 3 pasang.. Mama kan Queen kena lebih. ^_______^

Read More

Baby Solid Food: Bubur nasi instant untuk baby

Leave a Comment
Assalamualaikum

Hah.. before semua mama-mama mummy-mummy ummi-ummi ibu-ibu jump into conclusion yang Iolls sampai hati nak bagi anak soleh I makan instant bubur nasi yang ada.. sila baca dulu sampai habis ye..

Actually takde lah instant process food tu makanan segera. tapi instant dari segi segera siap untuk aku mama yang nak bagi anak makan fresh food tapi takde masa nak melecehkan diri di dapur sebelum pergi kerja yang masa nya sangat mencemburui beta ini kalau awal pagi nieh.. Cepat je masa berlalu..

Tak ingat dari mana dapat idea instant bubur ni sebenarnya.. tapi ada lah baca di mana-mana masa tengah google resepi solid food untuk salman. Instant kerana buburnya cepat sangat siap dan takyah perlu nak blender lagi pepagi buta..

Salman start makan bubur ni dari umur 7 bulan.. dari gigi baru nak tumbuh 2 batang sekarang dah 8 batang hee love bubur ni. Selalu akan jadi makan tengahari di taska or makan malam kat umah..
Hoho.. bubur instant ni masih dari beras laa.. takde letak seasoning langsung pon.. simply just bubur..
Cara nak buat pon senang jee.. hikhikhik.. memula cuci beras bersih bersih.. jangan bagi sampai beras kembang plak.. pastikan air cuci beras betul-betul tos.. gunalah penapis lebih senang.


Lepas dah cuci bersih.. sangai laa dalam kuali atas dapur.. sangai sampai betul-betul kering.. kadang-kadang jadi macam brownish sikit sebutir dua or berbutir-butir beras adalah normal. Jangan semua kuning sudah kecuali kalau pakai brown rice.. Tips nak tau dah betul-betul kering tak beras adalah bile beras dah jadi putih solid.. alah putih cam kertas.. beras kan warna cam putih lutcahaya gitu.. tak putih sangat.. bile basah lagi lah dia semakin lutcahaya.. so bile keringkan atas dapur nanti dia tukar jadi putih solid. Cecuba try dulu nanti bile dah buat baru korang faham ape aku cakap ni.. jangan cuba test ngan jari dah kering ke tak beras.. ade melecur karang. Api janganlaa besar sangat ehh lagi kecik lagi bagus.. tapi api kecik sangat nanti korang kena lebih tabah untuk menyangai beras tu.. beras sekali letak jangan banyak sangat letak sedang-sedang biar senang korang nak bagi dia kering serata..


Ok lepas dah keringkan semua beras.. tunggu beras sejuk then blender halus-halus.. dah blender simpan dalam bekas kedap udara.. masuk dalam petiais pon boleh..


Bile nak guna.. masaklah macam masak nasi biasa.. selalunya akan guna 2 cup air untuk 4 sudu beras. Sudu aku guna adalah sudu aiscream yang dapat kalau makan aiskrim baskin robbins tu.. tu sukatan aku guna untuk masakan bubur untuk makan tengahari salman di taska.. aku letak dalam bekas makanan kedap haba untuk salman. Berapa lama masak? Selalunya aku masak bubur salman atas dapur je.. sebab kalau nak masak guna rice cooker alahh sikit bebeno.. hahah tak economic.. masak atas dapur lebih cepat siap.. api dapur boleb adjust2.. kalau aku masak sebelum mandi aku guna api sedang kurang 10 minit dah siap bubur salman.. keluar toilet mandi aku terus tutup je api dapur.. then letak sikit carrot blend and ikan bilis blend siaplaa..

Kalau aku nak bagi salman bubur ayam.. portion ayam memang dah siap aku asingkan untuk sekali buat bubur. Nak defrost pon cepat je.. aku cincang lumat-lumat ayam yang dah siap cuci then aku masukkan terus dalam bubur sebelum masak then masak cam biasa. Dappp.. kadang2 aku sengaja masak lebih sambil suap salman aku makan sama... kalau ada masa lebih nak makan bubur dengan ikan.. aku masak bubur dan rebus ikan sekali.. Rebus ikan asing laa bukan masuk dalam bubur.. dah siap aku ambik isi ikan then gaul je sekali ngan bubur yang dah siap.. tak yah dah blender lagi.. instant tak? Bagi aku dah cukup instant tu.. Kikiki..



Read More

Muhammad Salman Faris, Seindah Nama, semurni impian dan setinggi harapan mama & papa

1 comment
Assalamualaikum.

Sebelum ini aku pernah cerita rentetan pemberian nama salman faris yang di inspirasikan dari nama sahabat nabi Salman al-Farisi. Aku percaya setiap nama ibu & bapa supaya anak tersebut mewarisi kebaikan nama yang diberikan. Begitulah harapan aku dan husband pada salman.

So aku nak share a lil info yang aku dapat untuk tatapan salman bila dia dah boleh baca dan memahami kelak..

Ketika peperangan Khandak, beliau mencadangkan supaya dibina sebuah parit besar atau khandaq di sekeliling kota Madinah untuk mengelakkan kota tersebut dari serangan orang-orang Quraisy.

Bila Abu Sufyan, pemimpin orang-orang Quraisy itu melihat parit tersebut, dia berkata:

“Strategi seperti ini tidak pernah dilakukan oleh orang-orang Arab sebelum ini.”

Salman al-Farisi terkenal dengan panggilan “Salman Yang Baik.” Beliau adalah alim yang hidup sederhana dan gemar beribadah. Beliau memiliki sehelai jubah yang dipakainya dan dijadikan alas tidur.

Beliau tidak akan mencari perlindungan di bawah bumbung namun tinggal di bawah pokok atau di tepi dinding. Seorang lelaki pernah berkata kepadanya:

“Adakah aku boleh membina sebuah rumah untuk tempat tinggal engkau?”

“Aku tidak perlukan rumah,” katanya.

Lelaki itu tetap berkeras dan berkata:

“Aku tahu bentuk rumah yang sesuai untuk kamu.”

“Terangkanlah padaku,” kata Salman.

“Aku akan membina sebuah rumah yang jika engkau berdiri di dalamnya, maka bumbungnya akan terkena kepalamu dan jika menghulurkan kakimu, maka dindingnya akan terkena ia.”

Tidak lama kemudian, beliau dilantik sebagai gabenor di Al-Madain yang terletak berdekatan Baghdad. Salman mendapat gaji sebanyak lima ribu dirham. Semua wang tersebut disedekahkannya kepada fakir miskin. Beliau menyara hidup dengan bekerja sendiri. Bila beberapa orang datang ke Madain dan melihat beliau bekerja di sebuah kebun kurma, mereka berkata:

“Tuan adalah amir di sini dan rezeki tuan sudah dijamin, tetapi tuan masih melakukan pekerjaan ini!”

“Aku suka memakan hasil dari kerjaku sendiri,” jawabnya.

Diriwayatkan bahawa suatu ketika beliau pernah menziarahi Abu Darda’, yang dipersaudarakan oleh Nabi dengannya ketika sampai di Madinah. Beliau dapati isteri Abu Darda’ berada dalam keadaan tidak terurus lalu beliau pun bertanya:

“Mengapa dengan engkau ini?”

“Saudaramu tidak lagi menghiraukan dunia ini,” jawabnya.

Bila Abu Darda’ datang, dia menyambut kedatangan Salman dan menjamunya makanan. Salman menyuruhnya makan tetapi Abu Darda’ berkata:

“Aku sedang berpuasa.”

“Aku bersumpah tidak akan makan kecuali engkau juga memakannya.”

Salman bermalam di rumah Abu Darda’. Pada waktu malam, Abu Darda’ bangun tetapi Salman memegangnya lalu berkata:

“Hai Abu Darda’! Tuhanmu mempunyai hak ke atasmu. Keluargamu mempunyai hak ke atasmu dan dirimu juga mempunyai hak ke atasmu. Maka berikanlah hak kepada masing-masingnya.”

Pada waktu subuh, mereka solat berjamaah. Kemudian, mereka keluar menemui Rasulullah SAW dan menceritakan kisah yang telah berlaku. Rasulullah SAW menyokong perbuatan Salman itu.

Sebagai seorang yang terpelajar, Salman terkenal kerana ilmunya yang luas dan hikmah kebijaksanaannya. Ali berkata mengenainya bahawa beliau seperti Luqman Al-Hakim.

Kaab Al-Akhbar berkata:

“Salman dipenuhi dengan ilmu dan kebijaksanaan – seperti lautan yang tidak pernah kering airnya.”

Menurut riwayat yang sahih, beliau meninggal dunia pada tahun 35 Hijrah, di zaman Khalifah Uthman bin Affan, di Madain. Beliau meninggalkan tiga orang anak perempuan, yang seorang tinggal di Asfahan, manakala dua orang lagi tinggal di Mesir.

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bahawa Nabi SAW pernah berkumpul dengan para sahabat baginda termasuk Salman Al-Farizi. Sambil memegang bahu Salman, Rasulullah SAW bersabda:

“Jika iman itu tergantung di bintang Suraya di langit, pasti akan dicapai oleh seorang lelaki dari bangsa Farsi ini.”


Jika salman membaca dan memahami artikel ini suatu hari nanti. Percayalah mama & papa nak dan sentiasa mendoakan salman jadi seorang anak yang soleh, baik, alim, sentiasa hidup besederhana even mama & papa mampu memberikan salman kesenangan or disaat salman sendiri dah berjaya dan boleh memperolehi kesenangan, gemar beribadah, suka bersedekah, sentiasa mencari rezeki yang halal dengan usaha sendiri, menjadi seorang yang terpelajar, seorang yang bijaksana serta sentiasa beriman pada Allah, berjaya didalam hidup dunia dan akhirat.. Semoga salman mewarisi sifat dan perwatakan salman al-farisi sepertimana salman mewarisi nama sahabat nabi ini..

Muhamad Salman Faris, Seindah nama, semurni impian dan setinggi harapan mama & papa.
Read More

He is finally here final part

2 comments
p/s entry ni lame giler duk dalam draft arini baru nak publish.. hahahaha

Assalamualaikum..

Final part kisah kelahiran salman.

Selesai proses 'korek mengorek' dan setelah berehat sebentar di labour room, aku di tolak masuk ke wad 4c, actually patutnya wat 4b sebab kat situlah pesakit yangmenjalani prosedure mrp ditempatkan tapi wad penuh, so aku ditolak ke 4c bilik 1 katil 1.

Masa masuk aku sorang je patient nya, tak lame kemudian masuk lagi patient lain.. Semua yang deliver normal ade yang tak payah jahit pon.. Ade 2 boy termasuk salman, dan 2 girl.. 3 malay dan 1 indian. Aku sorang je yang deliver anak 1st, yang other 2 anak 2nd and mama indian tu dah lahiranak yang ke 8, ke 8 i tell u.. Saspek habes laa.. Umur dia baru 34 tahun, aku kalau lahir anak sorang setahun pon belum tentu boleh lawan.. Hahaha.

So after husband aku hantar ke wad nurse suh dia beli makanan since waktu sarapan dah lepas. After hantar sarapan husband kena turun dan tunggu waktu melawat untuk datang balik. So kesorangan lah aku dengan tak tukar lagi baju pink yang penuh darah.. Nurse masuk untuk suntik bcg kat salman then dia tanye aku dah larat jalan belum, kalau larat dia suh mandi dan tukar baju dan kain batik, pad serta pakai stokin.. Actually aku dah bertenaga sikit lepas makan tapi aku tak berani nak bangun takut jahitan terbukak padahal sikit je pon jahitnya.. Aku tanye akak sebelah katil cane nak bangun aku takot.. Dia ajar nak bangun tarik nafas then try berdiri dulu beberapa minit, kalau pening duduk dulu. Kalau tak pening boleh jalan pelan-pelan.. Aku pon try, nasib baek tak de rasa pening. Dalam toilet ada air suam, aku basahkan je badan dengan tuala kecik bagi badan segar dan cuci darah yang ade di badan dan kaki terutamanya.. Lepas mandi aku tukar kain batik dan tshirt yang aku bawak serta tukar pad..

After mandi, ade sorang lagi nurse masuk tanye dah kencing berak belum baby.. Au tanye dah kencinh berak belum. Nurse tanye lagi aku dah kencing belum.. Aku kate dah. Then dia belek rekod dia bgtau oleh sebab aku mrp kena stay lagi semalam, kalau esok ok baru boleh keluar. Tengah hari tu ke tiga-tiga patient lain semua boleh discharge, tinggallah aku sorang dengan akak india tu sebab suami akak india tu boleh datang malam sebab kerja..

Owh lepas mandi nurse suh aku bf baby, aku tak sure cane nak bf so dia ajar cane. Time tu susu kuar sikit sangat. Dan aku masih pening2 cane nak bf baby.. Baby lak dah start ngek ngek ngek lapar. Huhu sian salman..aku pon tanye akak india tu cane nak bf baby, masa tu dia tengah susukan anak dia.. dia pon ajarkan secara teori, aku rasa dah betul dah tapi salman masih ngek ngek nangis, dia kate maybe susu aku tak kuar lagi, anak 1st dia kate lambat sikit tapi dia suh suakan aje breast kat baby.. Esok mesti ade susu dia kate. Dia pesan nanti sudah boleh balik kasi itu mak bidan urut nanti susu keluar. Hehehe. Tengah salman nyonyot susu, nurse datang nak check gula dia, sian salman kena cucuk dengan jarum, check gula sama cam kite check bsp tu. kandunga guladia rendah so nurse amek kejap untuk letak dia bawah lampu untuk elak dia kena hipotermia kerana kurang gula

Waktu melawat tengahari mak, ayah dan husband aku datang, masa tu salman masih dalam bilik baby. Waktu diaorang datang aku tengah tidur, husband dan mak aku jenguk baby di bilik baby.. Tak lame kemudian baru nurse datang hantar salman balik kat aku.. Time tu dia tengah tidur.. Lepas kena halau oleh guard, laki aku janji untuk datang lagi petang..  Bile tgk salman tidur, aku pon join tidur sama..

Petang laki dan mak aku je datang, ayah aku tinggal.nak dijadikan cerita masa petang tu wad tempat aku duduk tu black out, so lift semua tak berfungsi, naseb baik la ayah aku tak ikut kalau tak comfirm dia sakit kaki naik tangga. Aku bagitau husband aku esok baru boleh balik, aku suh dia bwak sekali kain batik extra and pad extra, 15 pad yang aku bawak tak cukup kot sebab akutukar pad selang 2 or 3 jam..

Ok kita fast forward ke depan. Malam tu, aku risau salman tak berak lagi. Aku dari lepas waktu melawat tu dok kerja check pampers dia, jadi malam tu aku keluar tanye nurse nape baby aku tak berak lagi.. Kebetulan aku tanye nurse yang betul, dia tanye awak yang mrp tu ye, katil 1 bilik 1, aku iyekan, dia jawab baby awak dah berak tengahari td, saya dah tukarkan pampers dia. Akutak perasans since hospital pon guna huggies jugak, yelah huggies yg aku pakai tu pon aku guna sample free yang aku dapat.. So legalah salman dan berak, kalau takde ape2 esok pukul 9 boleh balik..

Dah lega baby dah berak, aku pon tidur lepas berbual kejap dengan akak india tu. dalam pukul 10 aku jaga bila salman nangis, mau tidak terkejut aku tinggal sensorang dalam bilik tu. huhuhuhu. Nurse datang amek tekanan darah tak lame lepas tu, aku pesan supaya dia bukak kan aje pintu bilik sebabaku takut tinggal sensorang.. Malam tu aku baca ayat kursi 7 kali aku tiup pada salman dan pada aku. Mulala otak ni fikir bukan2.. Takot woo.. Takot2 bile salman tidur balik aku pon join tidur sama.

Pukul 2 pagi, salman menjerit balik nak nenen, tapi masa tu dia nangis sampai merah2 muka.. Aku dah start cuak, aku dengar macam ade bunyi2 dari perut dia.. Bunyi perut lapar..uwaa kesian anak aku lapar, aku picit2 susu ade keluar cecair jernih.. So aku ingat susu aku ade..tapi dia still nangis sampai merah padam muka.. Nurse pon masuk then dia tanye kenape, aku bgtaula aku dah susukan dia tapi dia still nangis dan aku kate perut dia bunyi2 lapar nurse tapi taknak menyusu... Innocent tak ayat aku.. Dia tekan2 dan picit breast aku, keluar la susunya sikit, then dia bgtau, susu awak masih takde, patut dah lama nyusu susu keluar kaler kuning sikit.. Dia lapar ni.. Dia tanye samada aku nak bagi tak topap susu formula.. Aku tolak, aku kate aku try, aku try suakan lagi salman susu bile dia dah tak nangis sampai merah muka, dia hisap then dia nangis semula, aku pon ikut nangis sama, aku nak buat apa, aku try urut2 dan picit breast aku, masih keluar setitis je air susu. Bukan setitis besar tau, ni macam sebesar mata ballpen tu.. Aku rasa cam nak meraung nangis sama, akhirnya aku relakan salman disusukan dengan susu formula.. Nurse pon ambik salman after 15 minit dia hantar balik salman dalam keadaan yang tengah tidur.. sian anak mama lapar yee.. mengalir air mata aku tengok anak tidur..

Esok pagi-pagi lagi aku book makcik tukang urut, mintak-mintak lepas urut susu aku ade.. tengah hari baru aku dan salman keluar.. mak dan husband aku datang bawak salman balik.. so 1st time salman balik rumah.. Welcome home sayang, papa and mama lama tunggu sayang.. I love u so much..

Sampai sini je lah kot entry lahirkan salman dan pengalaman bersalin dan duduk hospital..  rindunya nak mengandung lagi.. tapi lagi best melayan salman yang dah semakin banyak akal, semoga salman menjadi anak yang soleh, membesar dengan sihat dan sempurna.. amin..


Read More

Barut bayi zap on @ velcro

Leave a Comment
Assalamualaikum..

Heheh, salman dah sebulan mama masih sibuk beli barut lagi. Salman ada total 10 barut sahaja actually, mama beli 5 helai colourfull nenek jahit 5 helai warna putih.. Semua barut tali..

Alkisahnya pertambahan barut salman terjadi kerana, mama yang tungang langang mengikat barut salman lepas mandi.. Semasa nenek masih jaga pantang, semua nenek yang pakaikan, dari mandi dan pakai baju, setiap hari selama 40 hari.. Mama rilex goyang kaki. Bile nenek dah balik, mama take over totally.. So jadilah kisah salman menjerit-jerit nangis mama lak tersedu sedan nangis.. Hahaha.

Salman suka mandi, time mandi dia senyap je, bile keluar je dari besen mandi, balut ngan towel, tu dia start ek ek ek nangis.. Amboi nak oii, takkan nak berendam sampai kecut sayang.. Lagi lah bile start nak pakai baju.. Melalak habes.. Ke mama kasar sangat.. Mama dah wat selembut mungkin dah tu.. Ke slow sangat mama awak ni pakaikan baju... Jadi untuk mengurangkan keslowan (heh ade ke perkataan, keslowan) mama memakai baju terutamanya mengikat barut kerana awak salman pakai baju sambil nangis tambah pakej meronta-ronta.. Mama dengan segeranya mengoogle kembali barut bayi.. Kali ni barut velcro, tak mo tali dah..

Dan akhirnyaaa.. Jeng jeng jeng.. Beli di Mayangsari Kids, pakej 6 helai barut RM26, the cheapest dan the chomelest barut yang mama jumpa.. Mama pilih corak hari khamis, bayar hari jumaat sebab nak kena tanya papa dulu boleh beli ke tak, sampai hari sabtu.. 10.30am.. Mama tengah sidai baju tetiba pakcik posmen pos laju hon hon.. Tanjat mama.. Yuhuuu.. Alhamdulillah..

Seriously, corak cantik-cantik, kain cotton on both side, plain white kat dalam, corak kat luar.. Jahitan kemas.. Sangat value for money.. Mama pilih colour merah, biru dan hijau je.. Main pilih je corak sebenarnya tak sedar langsung mama pilih corak yang sama, warna je lain.. Kecuali satu warna biru corak lain..

Read More

5 days to go.. dah rasa mild contraction ke bukan contraction? omak kompius

2 comments
Assalamualaikum.

Take a rest kejap sebelum nak solat lepas memvakum rumah.

Holaa.. 5 more days ke due date.. Hari ni dalam jaga-jaga ayam menjelang subuh hari ada rasa senggugut sikit. sakit senggugut yang aku kate tu senggugut versi aku lah ye.. bukan versi senggugut yang teruk sampai tergolek-golek dan tak mampu pergi kerja. Rasa senggugut ni takde rasa sakit pinggang.. Aku selalu rasa lenguh pinggang day 1 and 2 period je.. sebelum period tarak, rasa nya seperti ini cuma plus rasa nyut-nyut kat ari-ari sama cam yang aku rasa sebelum dapat tau pregnant (sebelum tu tak pernah)..

Sakitnya tiap 5 minit, setiap kali sakit kurang dari 1 minit. Time sakit bile tekan perut, rasa perut keras giler. tapi sakit ni aku rasa bila jaga je, aku boleh tidur lagi jap tadi sepanjang tidur aku lena, tak rasa sakit pon.. so ape kah? contraction ke tu? Tadi tanye mak dia kate belum lagi sebab dia tengok aku syok je tido.. hahaha. selalunya rasa sakit pinggang sekali. Tapi pagi tadi dah pesan siap-siap kat suami, kalau call angkat, hatta dalam meeting sekalipon.. suka tau tak angkat phone.. geram.. grrrr..

Korang rasa cane??

Memula aku ingat sakit perut nak membuang ke ape.. memang ade membuang tadi pagi tapi lepas tunai hajat sakit still rasa.. so bukan sakit nak membuang.. selalunya aku tau sakit nak membuang aku cane.. tapi mane lah tau kan arini pesen sakit nak membuang lain..

Baby gerak cam biasa, siap bonjol2 lagi pinggang..
Read More

No more weeks, kita counting days

2 comments
Assalamualaikum.

Ade 6 hari lagi ke duedate.. baby sedap duduk lam tummy ye sayang..? mama dah tak sabar nak jumpe awak ni. Papa pon dah bising tanye bile mama nak deliverkan awak ke dunia.. ke awak nak kasi can mama makan macam-macam dulu before awak keluar ni sayang??

Hari dah tak dapat nak counting weeks dah.. no more weeks to count tinggal days. 6 hari lagi ke due date.. Hari ini last checkup di KKIA, awak nak ikut belah mama ye sayang, mama side sume duk lam tummy cukup-cukup sampai due date.. kalau ikut papa side sume keluar awal-awal. Papa pon keluar awal. Supposedly aku hari ini mc, tapi dek kerana kerja yang aku suka tangguh-tangguh untuk buat akhirnya aku balik rumah pukul 3 petang jugak. macam alang-alang je kan? pergi kerja jugak sebab esok nak start cuti dah la.. malas dah nak pergi kerja. Tapi kalau aku pergi kerja jugak esok atau lusa tak tau la.. itu pon kalau tak beranak lagi laa.. hehe. Tapi semua dah setel dah tadi, cuma bos aku out station aku just tinggal notes je.. Staff aku dah pesan siap-siap jangan tutup HP. Tapi esok aku ade kelas pukul 10.00 pagi. Aku datang kelas jelah kot esok.. kesian bebudak aku ade 1 topik lagi nak kena cover, risau jugak kalau yang take over kelas aku karang tak ajar subjek yang sepatutnya ajar topik lain pulak.. plus aku nak bagi jugak contoh soalan yang selalu naik masa exam nanti. Untuk ulang kaji.

Tapi elok jugak aku datang keja jugak arini walaupon mc, tengahari tetiba kak niza datang bagitau yang ade ex-student hantar kek. kek secret recipe gitu.. haihh la budak, sesusah je.. aku acah-acah je aritu, gurau-gurau dengan student macam selalu.. baby cam tau-tau je mama kalau datang keja akan dapat kek.. dikuatkan jugak hati mama nak masuk ofis dengan niat murni nak siapkan keja.. rupanya Allah balas dengan secret recipe, langkah kanan.. dapat my old time fav choccheese dan kek ape ntah.. ye aku dapat 2 jenis kek.. patutlah hati nak sangat pergi ofis even dapat mc. mc sehari je pon. sudahnya balik pukul 3 tak serupa mc pon. tapi hati lega.. boleh beranak dengan suka ria.. eh eh engkau.. belum tau sakit bersalin lagi camne sesedap je kate bersuka ria.. aku tak pasti bahagian aku macam mana.. tapi doakan ye.. mudahan dipermudahkan, mohon didoakan juga agar baby dan mama selamat dan sihat. amin...

So today, 39 weeks 1 day down.. 6 days to go!!

kenape lah yakin sangat 6 days to go.. ade je orang overdue kan?? Jawapan.. aku preggy suspect kencing manis dan on diet.. sticker kaler kuning.. wahahah. so tak leh lebih dari due date.. hehehe. tak bersalin lagi, pagi 9 April 2013 aku akan serah diri ke hospital..
Read More

Entering 39 weeks..

6 comments
Assalamualaikum.

Glup.. 39 weeks down another 1 weeks to go.

Mak dan bapak aku dah sampai sabtu lepas. membawa sekali segala ubat-ubatan pantang aku dan baby. and a few baby stuff like selimut, tuala, bedung, mitten booties and barut. hehe. serta beberapa kuih muih sarawak untuk jajan aku sebelum bersalin.

Sampai airport, mak ayah aku dah kat luar menunggu. Kami sampai lambat, so adelah diaorang tunggu around 5 to 10 minutes gitu. Sampai je, laki aku nak lah kuar g jemput mak ayah aku, aku tunggu dalam kereta je.. dengan jalan kedek-kedek cam penguin aku ade lagi hati nak kuar, di tahan aku boleh pulak jawab dengan muka kesian "alah ayang nak famous amos", laki aku boleh jatuh kesian pulak (selalu tak kasi sebab famous amos kan manis.. nanti kena kencing manis ;p)  dia kasi jugak aku pergi jemput dia tunggu kat kereta sebab yelah, kiteorang tak park, karang kalau dia pergi jemput dan membeli famous amos tu bukankah lame sape nak pergi alih kereta kalau kena halau. gigih lah aku membeli famous amos memusing 1 balai ketibaan Airport senai baru jumpa famous amos yang akhirnya aku tahu kalau masuk lalu MPH boleh terus jumpa. Shortcut. hahaha.

Sudahnya sampai rumah, aku sibuk mengunpack barang-barang mak aku bawak, laki aku dok mengunyah famous amos sampai tinggal 2 3 biji je untuk aku.. aku beli 300 g, setiap 100 g kegemaran aku.. nasib aku suh letak beg asing-asing kalau biar 1 bag je 300g mau habis kat situ gak sekali harung. sedap ngunyah famous amos cam addicted.. korang setuju?? tak setuju? heheh. tapi ni dah masuk hari ke 4 aku beli, tak makan pon lagi 2 bag famous amos tu.. eh eh.. sekarang ni dok terbayang famous amos plak dah..

So far barang aku dan barang baby semua dah lengkap. Last week aku cuti 2 hari (sayang kau nak cuti, aku nak simpan cuti banyak-banyak) kerana laki aku sibuk nak prepare rumah untuk menyambut kedatangan my mom and dad sebab diaoarang nanti stay lame kan kat umah, kena bagi diaorang selesa. So laki aku berniat nak lengkapkan bilik utilities yang sentiasa sepah dengan segala barang dan stok yang tidak teratur. Bilik utilities tu kiteorang jadikan bilik laundry bilik iron bilik kasut stor plus bilik stok.. kan namanya utilities.. hahaha.. kecik je pon bilik tu, tak sesuai nak jadi bilik tetamu pon.. nanti aku rajin aku cerita kedetailannya ok.

ok lah.. pesanan khas buat baby.. ok sayang awak dah boleh keluar dah sekarang.. mama dan papa dah ready to meet u baby.. atok dan nenek pon dah sampai.. takde la mama mengagau keseorangan.

Doakan aku dipermudahkan untuk bersalin dan juga both mummy dan baby selamat dan sihat. Amin.

p.s Jiha dah selamat lahir baby girl yang comel putih giler.. ma fiza and ma nadiah pon dah selamat lahirkan baby.. tahniah korang.

Kak intan, baby kasik aprilfool ek.. hihihi :) takpe, kite tunggu sesame ek.. baby keluarlah dengan mudah dan selamat :)
Read More

Dapat ilham dari blog..

5 comments
Assalamualaikum..

Hehe, hari ni dapat ilham (memula nak letak petunjuk, tp cam tak sesuai) dari blog. pasal ape??? babywearing.. atau direct translation nya.. memakai bayi.. eh eh tak lahh translation tepat, mengendong bayi.

Since, daddy to be suka sangat nak mengendong baby dia nanti sampai tak nak beli stroller.. tapi hati omak nak stroller sebenarnya.. (omak yang nak senang je keja) tapi still menurut perintah suami nak beli carrier je.. (ok, syurga2) walau hati meronta-ronta tiap kali tengok stroller.. tetiba arini dapat ilham lepas baca entry ni.. nukilan Dr harz.. (sila klik) kebaikan mengendong bayi.. banyak juga kebaikannya.. hati terbukak plak.. terus dengan tak malu mintak dia tips cara pilih carrier dan teknik mengendong bayi dengan betul.. pemalas betul nak carik sendiri sanggup menyusahkan orang.. hahaha.. lau dia buat nanti saya sharing lagi.. banyak pahala die.. lau dia pon sibuk jugak belum sempat carik, yelah dia siap bagi penerangan apa yang dia baca dan faham dalam artikel english ke bahasa melayu.. untuk omak yang baca artikel-artikel dalam english ni setakat boleh kira ngan jari, entry blog bergini sangat membantu (aku baca novel english je suka, artikel ilmiah ni lemah sikit lah nak baca) boleh la nak carik sendiri, tapi tahap kerajinan kena letak gear 5.. hehe..

ok da da..
Read More

Menghitung hari..

Leave a Comment
Assalamualaikum..

Yerp.. anytime soon now.. sudey 36 weeks. Fasa menanti hari, bile-bile masa baby dipersilakan untuk pop out.. esok mau ke HSI checkup dengan pakar.. nak tau kepala baby dah ke bawah ke tak.. last scan last week di KKIA katenya dah ke bawah. baby mama kepala stay bawah je ye, nanti senang mama nak push keluar.. and please help mama from the inside ye.. kite push sesama.. :)

Doakan segalanya dipermudahkan. Both mummy and baby selamat. Amin.

Mohon maaf kiranya ada terkasar bahasa, tersakit hati, terlajak bicara.. doakan semuanya selamat ye, berjaya lah nak push baby secara normal dan dipermudahkan.. amin..
Read More

Lagi Info teknik pernafasan

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Semoga membantu jugak.. insyaAllah. untuk pedoman diri sendiri dan orang lain gak.. esok check up nak tanye nurse cane nak curi nafas tu.. hehe.

Source: Majalah Pa&Ma Mac 2012
Teknik Bernafas Waktu Pelahiran

Apabila anda berada dalam keadaan tertekan, pernafasan akan terganggu. Lalu, menjejaskan kelancaran proses pelahiran. INTAN JASTINA JAMALUDDIN mendapatkan ulasan lanjut daripada Dr. Siti Esah Bahari, doktor pakar perbidanan dan sakit puan di Hospital Pakar KPJ Selangor, Shah Alam.

Pernafasan yang bagus memainkan peranan penting sewaktu anda berada dalam fasa pelahiran. Selain membantu kelangsungan proses bersalin, pernafasan yang lancar dapat mengelakkan otot daripada mengalami ketegangan atau kekejangan. Jika tidak, ia akan menggugat proses meneran apabila ketika tiba saat itu, anda sudahpun keletihan.

Lebih daripada itu, pernafasan yang lancar akan membuatkan anda memberi tumpuan kepada pernafasan dan bukannya terhadap kesakitan yang semakin kerap dialami. Antara lain, anda dapat memaksimumkan bekalan oksigen di mana ia baik untuk diri anda sendiri, bayi dan otot-otot yang berkait langsung dengan proses kelahiran.

Ketahuilah bahawa apabila anda tidak bernafas dengan baik, ia akan mencetuskan suatu keadaan yang dikenali sebagai pernafasan panik. Apabila bernafas terlalu pantas, ia akan menyebabkan hyperventilation. Hal ini berlaku kerana terlalu banyak karbon dioksida dikeluarkan yang akhirnya menjadi punca anda mengalami pening dan kebas di mulut serta jari-jemari. Langkah terbaik bagi mengatasi masalah ini ialah dengan menekup mulut menggunakan beg plastik atau tangan sendiri, seterusnya menghidu karbon dioksida perlahan-lahan.

Dr. Siti Esah menegaskan bahawa amat penting untuk setiap wanita hamil mengikuti kelas antenatal terutamanya yang melalui kehamilan pertama. Dalam memilih kelas antenatal, anda digalakkan untuk memastikan kelas yang ditawarkan menyentuh aspek pernafasan. Pada masa yang sama, adalah lebih baik jika anda menghadiri kelas tersebut bersama suami agar dia dapat mengajar teknik pernafasan yang betul ketika anda sedang menghadapi kontraksi kelak selain daripada sokongan moral.

Kurang oksigen
Kekurangan oksigen sepanjang proses bersalin berlangsung boleh mendatangkan mudarat bukan sahaja kepada diri anda malah kepada bayi juga. Banyak komplikasi yang bakal dihadapi kesan daripada tindakan tidak bernafas dengan cara yang betul.

Kesan negatif pada ibu termasuklah otot rahim tidak berfungsi dengan baik. Malah, ia turut mengakibatkan penghasilan oksitosin berkurangan. Untuk makluman, oksitosin sangat penting untuk kontraksi rahim. Jadi, jika anda tidak bernafas dengan lancar, ia boleh merencatkan proses kelahiran. Di pihak bayi pula, disebabkan oleh kurang oksigen, denyutan jantung bayi akan terjejas. Ini dapat dilihat melalui bacaan kardiotograf (CTG) yang tidak normal.

Teknik bernafas
Anda boleh mula mengaplikasikan teknik pernafasan apabila mula merasai kontraksi yang tidak selesa. Biarpun, anda mempelajari pelbagai jenis pernafasan ketika di kelas antenatal, pilih satu yang bersesuaian dengan keadaan diri ketika di dalam bilik bersalin.

1. Peringkat awal (early labour)
Bernafas secara perlahan-lahan dengan menarik nafas melalui hidung tiga kali. Kemudian hembus nafas melalui mulut tiga hingga empat kali. Dalam pada itu, hembuslah lebih lama berbanding tarik nafas.

2. Peringkat aktif (active labour)
Ketika sakit bertambah kuat, hela nafas terlebih dahulu. Disusuli dengan tindakan menarik dan menghembus nafas. Apabila sakit semakin ketara bernafaslah secara cepat dan tidak dalam. Pada kemuncak kontraksi, pernafasan secara tercungap-cungap melalui mulut (panting) boleh membantu. Setelah kontraksi beransur hilang, bernafaslah seperti biasa secara perlahan-lahan.

3. Peringkat transisi (Masa bersalin hampir tiba tetapi pangkal rahim belum buka sepenuhnya)
Anda tidak digalakkan meneran kerana ini boleh memudaratkan.Lakukan pernafasan panting namun jangan teran pada punggung. Sebaik-baiknya panting-panting – hembus.

INFO TAMBAHAN
Pernafasan Lamaze

Masyarakat Barat sangat menggemari kaedah pernafasan Lamaze. Dengan mengaplikasikannya, keadaan anda akan lebih terkawal. Apabila tumpuan dihalakan kepada pernafasan, maka kesakitan dapat diabaikan. Caranya ialah dengan bernafas sambil menyebut perkataan hee-hee-hoo.

Namun, adalah dinasihatkan agar kerap melakukan latihan sebelum tiba masa untuk bersalin kerana dikhuatiri bila tiba masanya anda tidak dapat melakukannya dengan baik kerana kurang berlatih. Tambahan pula ketika sakit anda tidak dapat menumpukan perhatian kepada teknik pernafasan yang betul. Oleh kerana itulah, amat penting untuk suami turut serta dalam kelas antenatal agar dia dapat memberi panduan ketika anda mengalami kontraksi.

Teknik betul meneran
Bayangkan keadaan seperti hendak membuang air besar. Pastikan dagu dirapatkan ke dada dan anda berkeadaan sama seperti udang membengkok. Ketika ini belakang badan perlu menyentuh katil. Fokus ke arah perut dan anda meneran dari abdomen ke bawah seperti diarahkan oleh doktor dan jururawat. Bila berlaku kontraksi, tarik nafas lalu meneran selama yang boleh. Dalam satu kontraksi, anda digalakkan mengambil nafas sebanyak dua hingga tiga kali. Meneran haruslah dari bahagian abdomen ke punggung dan bukannya di muka. Jangan sesekali mengangkat punggung kerana ia boleh menyebabkan koyak yang besar. Apabila bayi di tahap akhir pelahiran iaitu sebahagian kepala bayi mula kelihatan jangan meneran terlalu kuat. Teran perlahan lahan untuk mengelakkan koyak teruk.
Read More

1st step untuk fully breastfeed. InsyaAllah

3 comments
Assalamualaikum.

Rentetan entry stress pasal breastpump dan botol baby yang lalu.. akhirnya.. *dah lame pon beli ni.. entry tu update pada 16 Februari ek? beli pada 17 Februari.. hehehe*

Dah decide sedecidenya dah untuk membeli spectra 3 breastpump dan botol baby di Fabulous Mom cawangan johor bahru. Dekat, dapat segera, puas hati :)



Spectra 3 w Jingle Jungle Elegante Mom Set @ RM 449.00
1 unit of Spectra 3 breastpump and its double pumping kit
1 Elegante Mom multifunction (breastpump) bag
1 Elegante Mom cooler bag
6 Jingle Jungle storage & feeding bottles
3 Jingle Jungle Reuseable icepacks

PWP @ RM10
2 boxes of Jingle Jungle Breastmilk Storage Bags (25 pcs per box)

Eco Shopping Bag - Free

MAM - Ultivent Anti Colic Bottle (5oz/160ml) - 2 Pack @ RM 56.90

Total: RM 515.90

Purchased RM500.00 and above in single receipt on January and Febuary u'll received Fabulous Mom VIP Card which entitle you for special discount all year round.. no expired date Yeayy!! Boleh shopping lagi ke fabulous mom next time :). Thanks en hubby sudi drive ke FM skudai..

Setel 1st step toward niat nak exclusively bf our baby nanti.. InsyaAllah, amin. Doakan yerk rezeki baby murah dan dipermudahkan sue nak bf baby.. Entering 35 weeks.. 5 weeks to go.. tetiba rasa nervous.. erk..

Read More

Boy or girl part 3

2 comments
Assalamualaikum..

Antara-antara barang-barang yang dibeli setakat ini. Boleh teka jantina tak?? Even dah 90% comfirm tapi semua ketentuan Allah kan.. Yang penting baby in my tummy selamat lahir dan membesar menjadi anak yang soleh solehah.. bijak pandai, anak yang dibanggakan.. manusia dan hamba Allah yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Doakan sue dipermudahkan untuk bersalin dan both mummy and baby selamat.. amin..











Read More

Baby Warehouse sale lagi

1 comment
Again. semua baby warehouse sale letaknya di KL.. huhu..

Happy menyopping mummy-mummy KL sekalian..


Read More

My Dear Warehouse sale

1 comment
Warehouse Sale, Baby and Children Product


Superior Quality and Comfort

Products Offered: Cots, Walkers, Car Seats, Baby Accessories and many more

Time: 9am – 7pm

Location (603 8060 0095)
34, Jalan Meranti Jaya 10
Meranti Jaya Industrial Park
47120 Puchong
Selangor

For more information, please visit:

Website: www.mydear.com.my

Email: enquiry@mydear.com.my

untungnya dok KL.. sob sob sob.. happy shopping korang..
Read More

Carter's Baby Rompers and Calvin Klein Sleepsuit murah.

5 comments
Assalamualaikum.

Online shopping lagi =D. hehe kali ni membeli baju-baju pulak.. syok jugak menanti parcel datang ke opis. Bila sampai tak sabar nak bukak. Setelah puas menggoggle, menge"like" facebook store-store baby yang tumbuh bak cendawan lepas hujan, membuat comparison price, memilih corak-corak berkenan akhirnya..

Disney baby blanket 4 pcs per set @ RM34/set

3 pcs per set CK sleepsuits @ RM44/set

A pair of  baby prewalked shoe @ RM18/pair

5 pcs per set Carter's Baby Rompers @ RM28/set

dengan selamatnya aku melaburkan duit secara "underground payment" ataupun juga boleh diistilahkan "membuat pembelian tanpa pengetahuan suami" atau "membeli ikut sesuka hati dan sesedap napsu" AGAIN =D. hahaha. demi untuk baby dan demi memuaskan napsu omak. hahah. 

Total pembelian kali ni RM125 sahajo termasuk postage. Actually sepatutnya RM130 termasuk postage, tapi seller bagi diskaun so bayar RM125 je. Boleh la kan.. jimat jugak RM5 boleh lagi buat beli Apple Pie McD idaman kalbu.. eh eh eh.. hahah. Buat payment hari ahad, isnin dipos, selasa selamat sampai.. heheh. Alhamdulillah.

Thanks you kak ayu from Lovelykids wardrobe. Yor really made my day! Suka sangat dengan semua baju-baju, bedung dan kasut tu. Bedung kain 100% cotton lembut, bile buka dari gulungan terus fall in love sebab comel sangat.. material rompers dan sleepsuit pon very good.. and last paling geram sekali dengan kasut.. alahai kenape comel sangat dikau kasut.. Bile tunjuk kat hubby siap dia cakap "amboi, bukan main beli yang comel2 untuk anak dia" hahaha. sorry baby, habes kalau nak beli untuk abang, abang sendiri yang nak pilih, kalau suruh ayang pilih sure ayg pilih yang comel-comel jugak.. hahahah..

Ok lah.. tu je la kot, try la pergi ke Lovelykids wardrobe usha-usha mane yang berkenan.. macam-macam ada dan yang paling penting harga yang paling menarik dan berbaloi-baloi setakat ini. :)
Read More

Breathing Technique during Labour dan petua ketika bersalin

2 comments
Assalamualaikum.

Hari ni nak share tips cara pernafasan sewaktu bersalin. Not that i have any experience but tips ni dapat dari kawan blog Rdna.. yang sedang menunggu hari untuk bersalin anak kedua. :). Semoga dipermudahkan rdna.. amin. 

So here goes, semoga boleh menjadi ilmu yang bermanfaat dan berguna. Sambil-sambil tu doakan agar sue dan baby selamat dan dipermudahkan sewaktu bersalen nanti. amin, insyaAllah. Today already  34 weeks, 6 weeks to go..

Untuk panduan mommy to be boleh la kalau nak try jugak..

  • Masa mula-mula contraction datang
Tarik nafas dalam-dalam guna hidung..Pastu lepaskan panjang-panjang guna mulut
  • Bila contraction makin kerap
Bernafas laju-laju guna mulut.Tarik nafas guna mulut,lepas pun guna mulut jugak..fuh fuh fuh fuh..cam gitu
  • Bila rasa nak teran,tapi belum masa untuk teran (faham ker??)
Biasanya rasa nak teran tu automatik..Bila gesaan nak teran tu ada ofkos kita rasa nak teran.Tapi tak boleh sebab belum 10cm lagi..Huaaaa part ni memang sakit and scary kot..kalau teran jugak time ni confirm nurse akan marah.Selalunya nurse akan inform,"kalau rasa nak teran,panggil"then diorang akan datang check bukaan.Kalau dah complete 10cm boleh la teran.Kalau belum,bersabar je la..

So masa ni kena tarik nafas laju laju guna hidung 2x.Lepas nafas guna mulut sekali.Ulang banyak kali sampai hilang rasa nak teran..kira cam "sniff sniff fuhhh".."sniff sniff fuhhh"..
  • Dah sampai masa nak teran
Tarik nafas dalam-dalam guna mulut.Sebab udara lebih banyak masuk kalau kita tarik nafas guna mulut compare kalau tarik nafas guna hidung..Dan bila lepas tu push dengan sekali nafas. Kalau nafas dah habis,tarik nafas semula slowly.Sebab kalau tarik nafas kuat, takut tersedut balik baby yang dah nak keluar tu..

Position masa nak meneran ni biasanya nurse akan ajar..Tangan tarik lutut(pegang kat buku lali),badan naikkan dan teran perut..Jangan angkat bontot..Kalau suami ada sama dalam labour room,position suami pulak,sebelah tangan pegang bahu (pangku kepala)isteri untuk jadikan tempat menyandar,sebelah tangan lagi tekan lutut isteri untuk elakkan isteri mengangkat bontot semasa meneran..

So ade 4 situasi berbeza semasa labour dan dihadapi dengan 4 cara pernafasan berbeza. Boleh start practice la masing-masing. Tapi bak kata rdna, pengalaman bersalin berbeza-beza.. moga dipermudahkan untuk kita semua. Amin.

Satu lagi yang Rdna share:

PETUA MENGHADAPI SAAT KELAHIRAN

1st time mommy macam aku boleh take noted la.. huhu.. meh meh jom belajar..

PETUA SEMASA MULA TERASA SAKIT CONTRACTION (start dari pintu rahim terbuka 2cm)
  1. Mula bernafas cara 'Early labour breathing".Cam entry sebelum ni ...Yang 1st step
  2. Mula minum air selusuh.Sebelum minum,selawat 3x,baca Al-Fatihah dan berdoa "Ya Allah,izinkanlah dan permudahkanlah anak dalam kandungan ini lahir dengan mudah dan sempurna..Ampunkanlah segala dosa dan ringankan kesakitan ini"
  3. Kalau ada minyak selusuh,sapu minyak sambil selawat pada seluruh perut,pangkal peha,peha dan pinggang.Kemudian selawat dan minum sesudu sambil berdoa.."Ya Allah izinkanlah dan permudahkanlah anak dalam kandungan ini lahir dengan mudah dan selicin minyak ini..Ampunkan la segala dosa dan ringankanlah kesakitan ini.."
  4. Jangan fokus pada sakit,ingatlah yang kita sedang berusaha hendak melahirkan seorang khalifah Allah ke dunia
  5. Sekiranya contraction makin kerap,mula bernafas cara "active stage breathing"..Sniff sniff fuhhhhh
  6. Banyakkan zikir doa Nabi Yunus dalam perut ikan Yu..."la ila hailla anta subhaa naka inni kuntuminalzolimin" dan banyakkan doa "Ya Allah permudahkanlah kelahiran seorang lagi hambamu dan umat Muhammad S.A.W ke dunia ini" 

PETUA SEMASA PROSES KELAHIRAN BAYI (PROSES MENERAN UNTUK KELUARKAN BAYI)

  1. Jangan fokus pada sakit.Ingatkan yang kita tengah berusaha nak keluarkan seorang khalifah Allah ke dunia
  2. Jangan teran cepat sangat,biasanya gesaan akan datang dengan sendiri.Bersedia meneran apabila bukaan 8-10cm.Apabila rasa sakit dan gesaan untuk meneran sudah terasa baru boleh meneran
  3. Posisi semasa nak melahirkan...Dalam keadaan berbaring,buka kaki dan tinggikan lutut sambil kedua-dua tangan pegang pada kedua-dua buku lali.Posisi ini memastikan kedudukan kaki akan terbuka dan terkangkang dengan luas bagi memudahkan proses keluaran bayi dan memudahkan doktor/bidan menyambut kelahiran
  4. Posisi suami untuk membantu isteri supaya mudah melahirkan-Sebelah tangan pegang bahu isteri untuk dijadikan tempat menyandar (isteri boleh bersandar dengan suami supaya terasa lebih selesa).Dan sebelah tangan lagi tekan lutut isteri untuk mengelakkan isteri mengangkat punggung semasa meneran (elakkan koyakan)
  5. Teknik Meneran dan bernafas (Second stage breathing) -Tarik nafas dalam-dalam melalui mulut,dan teran sambil angkat badan.(bukan angkat punggung)..mendekati lutut sambil dagu cecah ke dada..dengan satu nafas supaya bayi keluar keseluruhannya tanpa tersekat.teran tanpa mengeluarkan suara untuk memastikan kita meneran sepenuh hati dan sekiranya tak cukup nafas semasa meneran,jangan lepaskan kesemuanya,terus tarik nafas semula,sebab dikhuatiri kalau lepaskan kesemuanya,bayi akan termasuk ke dalam semula atau tersekat..
Moga dipermudahkan dengan izinNya.. insyaAllah, amin..
Read More

List Penjual Set Tilam Kekabu Bayi

14 comments
Assalamualaikum.

Hari ni nak share senarai individu-individu kreatif yang menjual set tilam kekabu.. pelbagai saize, pelbagai pakej, pelbagai pilihan corak kain yang sangat-sangat cun melecun sampai boleh mabuk.. hehehe. happy shopping everyone.. :)

Kebanyakkannya page facebook ye.

Mendahului senarai carta, ecewah.. sue beli dari MEJA JAHIT TOK MIE
nak tengok testimoni boleh tengok entry ni ek..

GOSH BABY SHOP
CRAFTZONE
LOVELYKHAISYA
CUTIE BABY BEDDING
BEBIKU SHOPPE
SET TILAM BABY (MARISSA BUM BUM)
D'WHITE ROSE SHOPPE
SET TILAM BAYI (KEKABU 100% ASLI/KAMPUNG)
SET TILAM BAYI - BUTIK UMMI
UMMI OLEEA HOME MADE
SMILEY BEAR SHOP
LOTS OF LOVE
BUTIK ONLINE DIESHA
SET TILAM KEKABU DAR'S BABY
BANTAL KEKABU VENTURES
LITTLE DJE
MY LITTLE STUFF
SET TILAM BABY
BABY SET (TILAM & BANTAL KEKABU ASLI)
Iklan ini tidak berbayar.. heheheh.

Happy shopping.

Read More
Previous PostOlder Posts Home
Powered by Blogger.